You are on page 1of 18

1.

0 Pendahuluan
Pencapaian pelaksanaan Sekolah Bestari melibatkan lima komponen utama iaitu pelajar, guru, pentadbir, pengintergrasian teknologi dan penglibatan ibu bapa atau penjaga/komuniti. Terdapat pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kelompok pelajar ini memerlukan ruang untuk mengembang dan menggunakan kemahiran mereka. Briged Bestari bukan sahaja dapat membantu menggerak dan memantapkan penggunaan ICT di sekolah, Briged Bestari juga dapat memberi ruang kepada pelajar yang berkemahiran menyalurkan kepakaran mereka ke arah yang positif. Dengan demikian,menjadi satu harapan setiap warga sekolah akan mendapat manfaat daripada penubuhan pasukan melalui aktiviti sokongan, latihan dan penyelenggaraan komputer.

2.0 Rasional
Memandangkan wujudnya keperluan semasa untuk memantapkan pengurusan Sekolah Bestari, Briged Bestari perlu ditubuhkan sebagai agen pemangkin kepada pembestarian sekolah. Komitmen pelajar bukan hanya terbatas kepada panggunaan kemudahan teknologi yang dibekalkan tetapi merangkumi aspek teknikal agar faedah program ini dapat dioptimumkan kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum.

3.0

Matlamat

Briged Bestari ditubuhkan bagi membantu sekolah menjayakan Program Pembestarian Sekolah serta membantu pelbagai program teknologi maklumat dan komunikasi berjalan lancar. Program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin bertambah di sekolah dan bagi melicinkan pelaksanaan program ini, sebuah badan khas seperti Briged Bestari perlu diwujudkan.

4.0

Objektif

Antara objektif penubuhan Briged Bestari: 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam menggunakan aplikasi di sekolah. Menjadi agen penggerak bagi bantu melancarkan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah. Melatih sekumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Menggembleng ilmu dan kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan pelajar untuk kegunaan positif. Memberi peluang kepada pelajar berkongsi kemahiran dan seterusnya menyebarkan ilmu kepakaran mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi kepada rakan-rakan lain di sekolah.

5.0

Fungsi

Antara fungsi penting Briged Bestari: 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 Membimbing rakan sebaya dalam penggunaan aplikasi di sekolah. Membantu proses pengisian data dalam beberapa aplikasi di sekolah. Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan teknikal semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Membantu kerja-kerja penyelenggaraan yang mudah serta pengawasan perkakasan dan perisian. Membantu kerja-kerja penyenggaraan perkakasan ICT (Preventive Maintenance) Membantu menyebarkan maklumat terkini berkaitan Program Pembestarian Sekolah. Membantu memastikan program ICT di sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan.

6.0

Aplikasi Yang Perlu Dikuasai Ahli-Ahli Briged Bestari

Pelajar Briged Bestari perlu menguasai aplikasi berikut 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7 6.8 6.9 Emel Internet CD TLM(Stand-Alone) Kolaborasi Think.com

Pemprosesan perkataan (MS Word) Hamparan Elektonik (MS Excel) Aplikasi Persembahan (Power Point/Flash) Aplikasi Multimedia (Movie Maker/Video Cutter) Aplikasi Grafik (Adobe Photoshop)

7.0

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi Jawatankuasa Briged Bestari


PENAUNG Pengetua/Guru Besar

PENASIHAT Penolong Kanan HEM

GURU PENYELARAS Guru Penyelaras Bestari

PENGERUSI (Pelajar)

TIMBALAN PENGERUSI

SETIAUSAHA

PENOLONG SETIAUSAHA

BENDAHARI

AHLI JAWATANKUASA

BIRO INFRASTRUKTUR TEKNOLOGI

BIRO PENDOKUMENTASIAN DAN PENERBITAN

BIRO LAMAN WEB SEKOLAH

BIRO LATIHAN

8.0

BIDANG TUGAS ORGANISASI BRIGED BESTARI 8.1 Penasihat

8.1.1

Bertindak sebagai penasihat kepada jawatankuasa pelajar Briged Bestari bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.

8.1.2

Menjalankan aktiviti pemantauan terhadap pelaksanaan semua aktiviti Briged Bestari bersama Kementerian Pelajaran

Malaysia/Bahagian Teknologi Pendidikan. 8.1.3 Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.

8.2

Penyelaras

8.2.1 8.2.2 8.2.3 8.2.4 8.2.5

Merancang dan mengawasi perlaksanaan aktiviti Briged Bestari. Memastikan aktiviti berkaitan Briged Bestari berjalan lancar. Melatih ahli Briged Bestari dalam pengunaan aplikasi di sekolah. Memantau keberkesanan pelaksanaan aktiviti Briged Bestari. Memeriksa tahap keselamatan semasa perkakasan, perisian dan data.

8.3

Pengerusi

8.3.1

Bertanggungjawab secara langsung kepada Guru Penyelaras Briged Bestari.

8.3.2

Mempengerusikan setiap perjumpaan atau mesyuarat Briged Bestari.

8.3.3

Berhubung dengan Guru Penyelaras bagi membincangkan setiap masalah dan membuat keputusan.

8.3.4

Membimbing ahli-ahli kelab bagi mencapai matlamat Program Pembestarian Sekolah.

8.3.5

Merancang, menyelaras dan menjalankan aktiviti tahunan bagi Briged Bestari.

8.4

Timbalan Pengerusi

8.4.1

Bertanggungjawab kepada arahan Guru Penyelaras berkaitan dengan pelaksanaan Program Pembestarian Sekolah ketika

ketiadaan Pengerusi. 8.4.2 Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya dan menyediakan laporan. 8.4.3 Membantu Pengerusi contohnya dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Briged Bestari

8.5

Setiausaha

8.5.1

Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan pelaksanaan Briged Bestari.

8.5.2 8.5.3 8.5.4

Mengemas kini fail dan dokumentasi Briged Bestari. Mencatat dan merekodkan minit mesyuarat Briged Bestari. Mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.

8.6

Penolong Setiausaha

8.6.1

Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan Briged Bestari.

8.6.2

Mengambil alih tugas Setiausaha semasa ketiadaannya dan membuat laporan.

8.6.3

Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan briged.

8.7

Bendahari

8.7.1

Bertanggungjawab kepada Guru Penyelaras tentang urusan kewangan.

8.7.2

Menguruskan sumbangan dan derma daripada ahli atau orang perseorangan.

8.7.3

Mengemas kini buku akaun Briged Bestari.

8.7.4 8.7.5

Menguruskan keluar masuk wang melalui Guru Penyelaras. Menyediakan laporan semasa kewangan untuk dibentang dalam mesyuarat.

8.8

Ahli Jawatankuasa

8.8.1

Bertanggungjawab

kepada

setiap

arahan

Guru

Penyelaras

berkaitan dengan pelaksanaan Briged Bestari. 8.8.2 Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Briged Bestari. 8.8.3 Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Briged Bestari.

8.9

Tugas-tugas Biro 8.9.1 Biro Infrastruktur Teknologi y Memastikan penggunaan peralatan yang dibekalkan melalui Program Pembestarian Sekolah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. y Memastikan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi yang dibekalkan sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk digunakan. y Membantu menyenggara pelbagai peralatan yang ada di sekolah. y Membantu menyelenggara pelbagai peralatan yang ada di sekolah.

8.9.2

Biro Latihan y Merancang dan melaksanakan latihan atau kursus yang berkaitan dengan aplikasi di sekolah dan penggunaan ICT Briged Bestari.

8.9.3

Biro Dokumentasi dan Penerbitan y Menyedia dan menyimpan laporan bagi setiap aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti sekolah.

y

Menerbit dan mengedar bahan atau maklumat yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti di sekolah.

8.9.4

Biro Laman Web y y Membangun dan mengemas kini laman web rasmi sekolah. Menjadi pembimbing rakan sebaya kepada badan atau persatuan serta kelab pelajar bagi membina laman web pertubuhan mereka.

9.0

AKTIVITI BRIGED BESTARI

9.1

Aktiviti Khusus 9.1.1 Mengadakan kursus dan latihan berkenaan ICT kepada ahli Briged Bestari. 9.1.2 Membantu dibenarkan). 9.1.3 9.1.4 Membantu menguruskan bilik operasi mengikut jadual. Membantu penyenggaraan (Preventive Maintenance) teknologi maklumat dan komunikasi. 9.1.5 Membantu penyelenggaraan prasarana teknologi maklumat dan komunikasi. 9.1.6 Membantu guru mata pelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran . prasarana tugas-tugas guru-guru memasukkan data (yang

9.2

Aktiviti Sampingan 9.2.1 Membantu webmaster mendapatkan bahan-bahan yang sesuai bagi tujuan mengemas kini laman web sekolah. 9.2.2 Mendokumentasikan setiap aktiviti khas yang telah dijalankan oleh sekolah. 9.2.3 Membantu Guru Penyelaras Bestari sebagai penyampai maklumat untuk tetamu. 9.2.4 Membantu mengendalikan kursus asas literasi komputer kepada warga sekolah. 9.2.5 9.2.6 Membantu pengambilan gambar untuk profil pelajar. Mengadakan lawatan ke sekolah lain bagi tujuan penanda aras.

PERLEMBAGAAN BRIGED BESTARI

1 NAMA Briged Bestari 2 OBJEKTIF 2.1 Membentuk wadah perkongsian ilmu, minat dan kepakaran dalam menggunakan aplikasi di sekolah. 2.2 Menjadi agen penggerak membantu kelancaran perlaksanaan Program Pembestarian Sekolah. 2.3 Melatih kumpulan pelajar yang berminat dan berkeupayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. 3 SYARAT-SYARAT KEAHLIAN 3.1 Syarat Pemilihan 3.1.1 3.1.2 Terbuka kepada semua pelajar setiap tingkatan/tahap 2. Berminat dan berpengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. 3.1.3 3.1.4 3.1.5 Mempunyai rekod akademik baik. Tahap kesihatan yang memuaskan. Mempunyai rekod disiplin yang baik.

3.2

Prosedur Pemilihan 3.2.1 Pemilihan pelajar berdasarkan borang permohonan dan

pencalonan guru. 3.2.2 Setiap pelajar yang dicalonkan akan ditemuduga oleh

Jawatankuasa Pemilih. 3.2.3 Sekurang-kurangnya seorang pelajar dari setiap kelas dan memenuhi syarat 3.2.4 3.2.5 Pelajar yang terpilih akan dilantik oleh pihak sekolah. Keutamaan diberikan kepada pelajar yang tidak memegang sebarang jawatan badan khas di sekolah.

PEMBATALAN KEAHLIAN 4.1 Seseorang murid dianggap hilang atau batal kelayakan menjadi ahli Briged Bestari ini apabila 4.1.1 4.1.2 4.1.3 Tidak lagi dianggap sebagai pelajar. Melanggar peraturan Briged Bestari. Melanggar Akujanji.

CARTA ORGANISASI BRIGED BESTARI 5.1 Berikut adalah Carta Jawatankuasa Kerja Briged Bestari yang telah dicadang untuk digunapakai.

PENAUNG Pengetua/Guru Besar PENASIHAT Penolong Kanan HEM

GURU PENYELARAS Guru Penyelaras Bestari

PENGERUSI Pelajar

TIMBALAN PENGERUSI Pelajar

SETIAUSAHA Pelajar

PENOLONG SETIAUSAHA Pelajar

BENDAHARI Pelajar

AHLI JAWATANKUASA

BIRO INFRASTRUKTUR TEKNOLOGI

BIRO LATIHAN

BIRO PENDOKUMENTASIAN DAN PENERBITAN

BIRO LAMAN WEB SEKOLAH

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAJAR BRIGED BESTARI 6.1 Penasihat 6.1.1 Bertindak sebagai penasihat kepada jawatankuasa pelajar Briged Bestari bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lancar. 6.1.2 Membuat pemantauan pelaksanaan semua aktiviti Briged Bestari bersama Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Teknologi Pendidikan 6.1.3 Mengenal pasti dan berusaha membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan Briged Bestari. 6.2 Penyelaras 6.3.1 6.3.2 6.3.3 Merancang dan melaksana aktiviti Briged Bestari. Memastikan aktiviti berkaitan Briged Bestari berjalan lancar Melatih ahli-ahli Briged Bestari dalam pengunaan aplikasi di sekolah. 6.3.4 6.3.5 Memantau keberkesanan perlaksanaan aktiviti Briged Bestari Memeriksa tahap keselamatan semasa perkakasan, perisian dan data. 6.4 Pengerusi 6.4.1 Bertanggungjawab secara langsung kepada Guru Penyelaras Briged Bestari. 6.4.2 Mempengerusikan setiap perjumpaan atau mesyuarat Briged Bestari. 6.4.3 Sentiasa berhubung dengan Guru Penyelaras Briged Bestari bagi membincangkan sebarang masalah dan membuat keputusan. 6.4.4 Membimbing rakan pelajar untuk mencapai matlamat Program Pembestarian Sekolah. 6.4.5 6.5 Merancang aktiviti tahunan Briged Bestari.

Timbalan Pengerusi 6.5.1 Bertanggungjawab kepada setiap arahan Guru Penyelaras Briged Bestari berkaitan dengan perlaksanaan Program Pembestarian Sekolah ketika ketiadaan pengerusi.

6.5.2

Mengambil tugas pengerusi semasa ketiadaannya dan membuat laporan.

6.5.3

Membantu pengerusi melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Briged Bestari

6.6

Setiausaha 6.6.1 Bertanggungjawab kepada setiap arahan pengerusi berkaitan perlaksanaan kelab. 6.6.2 6.6.3 6.6.4 Mengemas kini fail Briged Bestari. Mencatat dan merekodkan minit mesyuarat Briged Bestari. Mengenal pasti dan membantu menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan Briged Bestari.

6.7

Penolong Setiausaha 6.7.1 Bertanggungjawab kepada setiap arahan Pengerusi berkaitan dengan Briged Bestari. 6.7.1 Mengambil alih tugas Setiausaha semasa ketiadaannya dan

membuat laporan kepada Setiausaha dan Pengerusi. 6.7.1 Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Briged Bestari. 6.8 Bendahari 6.8.1 Bertanggungjawab kepada Guru Penyelaras Briged Bestari tentang setiap urusan kewangan. 6.8.1 Menguruskan perseorangan. 6.8.1 6.8.1 Mengemas kini buku akaun Briged Bestari. Meguruskan keluar masuk wang melalui Guru Penyelaras Briged Bestari. 6.8.1 Menyediakan laporan kewangan semasa untuk dibentangkan dalam mesyuarat Briged Bestari. sumbangan dan derma daripada ahli atau

6.9

Ahli Jawatankuasa 6.9.1 Bertanggungjawab kepada setiap arahan Guru Penyelaras Briged Bestari berkaitan perlaksanaan Briged Bestari. 6.9.2 Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Briged Bestari. 6.9.3 Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan olah Briged Bestari.

6.10

Tugas-tugas Biro 6.10.1 Biro Insfrastuktur Teknologi y Memastikan penggunaan peralatan yang dibekalkan melalui Program Pembestarian Sekolah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. y y Memastikan keselamatan peralatan-peralatan yang dibekalkan. Membantu dibekalkan. y Membantu dibekalkan. 6.10.2 Biro Latihan y Merancang dan melaksanakan latihan dan kursus yang berkaitan dengan aplikasi di sekolah serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi Briged Bestari. 6.10.3 Biro Dokumentasi Dan Penerbitan. y Menyedia dan menyimpan laporan bagi setiap aktiviti yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti sekolah. y Menerbit dan mengedarkan bahan-bahan atau maklumat yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti sekolah. 6.10.4 Biro Laman Web y Membantu membangun dan mengemas kini laman web rasmi sekolah. y Menjadi pembimbing rakan sebaya kepada badan, persatuan atau kelab pelajar bagi membina laman web pertubuhan mereka. penyelenggaraan peralatan-peralatan yang penyenggaraan peralatan-peralatan yang

PEMILIHAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA. 7.1 Pemilihan ahli-ahli jawatankuasa Briged Bestari perlu diadakan dalam satu mesyuarat yang dihadiri olah sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah ahli.

7.2

Walau bagaimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu Penasihat Briged Bestari dengan kuasa yang ada padanya boleh membenarkan mesyuarat dijalankan walaupun kehadiran ahli kurang dari majoriti sebagaimana yang dikehendaki.

PENGGUGURAN/PEMECATAN AJK 8.1 AJK yang dipilih boleh dipecat atau digugurkan apabila: y y y y 8.2 Tidak lagi menjadi warga sekolah. Didapati bersalah dalam kes displin yang berat. Tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik. Meletak jawatan.

Pengguguran/pemecatan boleh dibuat melalui mesyuarat khas sekurangkurangnya 2/3 ahli yang hadir bersetuju dengan pengguguran/pemecatan tersebut.

8.3

Pengguguran/pemecatan berlaku secara automatik apabila pelajar tidak lagi menjadi warga sekolah atau meletak jawatan.

8.4

AJK yang ada berhak melantik mana-mana AJK atau ahli untuk memegang jawatan AJK yang gugur/dipecat sehingga mesyuarat

pemilihan AJK yang berikutnya. 8.5 Semua pengguguran/pemecatan perlu mendapat persetujuan Guru Penyelaras Briged Bestari dan dimaklumkan kepada Penasihat. 9 PERJUMPAAN BRIGED BESTARI 9.1 Mesyuarat Tergempar 9.1.1 Mesyuarat tergempar badan ini boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja jika difikirkan mustahak apabila sesuatu tindakan segera perlu diambil mengenai sesuatu isu yang berbangkit atau perkara yang melibatkan ahli atau Briged Bestari ini.

9.2

Kekerapan Mesyuarat Biasa Jawatankuasa 9.2.1 Jawatankuasa badan ini hendaklah mengadakan perjumpaan atau mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa satu bulan dengan tujuan untuk berhubung serta berbincang demi

kepentingan Briged Bestari serta ahli-ahlinya. 9.2.2 Dalam setiap mesyuarat jawatankuasa, kehadiran pengerusi atau timbalannya dan enam anggota lain adalah dianggap mencukupi korum dan mesyuarat tersebut boleh dijalankan. 9.3 Minit-minit Mesyuarat 9.3.1 Setiap minit mesyuarat hendaklah ditulis dan direkodkan dengan baik oleh setiausaha atau jika ketiadaannya oleh penolong setiausahanya.

10

TABUNG BRIGED BESTARI 10.1 Sumber Kewangan 10.1.1 Sumbangan ahli. 10.1.2 Sumbangan dari sektor swasta, individu atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru. 10.1.3 Jualan hari terbuka dan aktiviti-aktiviti lain. Akaun 10.2.1 Semua sumbangan yang diterima hendaklah diserah kepada Guru Penyelaras Briged Bestari.

10.2

10.3

Perbelanjaan 10.3.1 Setiap perbelanjaan yang hendak dikeluarkan mesti mendapat kelulusan daripada Guru Penyelaras Briged Bestari. 10.3.2 Dalam keadaan apabila perbelanjaan segera diperlukan yang tidak memungkinkan untuk dipanggil mesyuarat serta merta, maka atas nasihat Guru Penyelaras Briged Bestari, boleh dengan kuasa yang ada padanya meluluskan seberapa banyak perbelanjaan yang diperlukan mengikut peruntukan yang dibenarkan oleh Undangundang Kecil Briged Bestari.

11

PROJEK DAN AKTIVITI BRIGED BESTARI 11.1 Briged Bestari ini dari semasa ke semasa hendaklah merancang dan melaksanakan aktiviti-aktivitinya sendiri untuk menjadikan Briged Bestari ini sebuah organisasi yang bergerak aktif dan dinamis. 11.2 Briged Bestari boleh mengambil apa-apa bahagian dalam projek dan aktiviti yang dijalankan oleh organisasi lain di sekolah ini atau di sekolah lain. 11.3 Keputusan sama ada ingin melibatkan diri atau tidak bagi ceraian 11.2 di atas boleh sama ada dibuat menerusi mesyuarat biasa atau tergempar oleh ahli jawatankuasa. Keputusan itu hanya memerlukan suara majoriti mudah dan tidaklah memerlukan suara majoriti dua pertiga. 11.4 Berkaitan ceraian 11.2 dan 11.3, Guru Penyelaras Briged Bestari mempunyai kuasa penuh bagi memberi kata putus selepas dirujuk terlebih dahulu kepada Penaung.

12

PINDAAN PELEMBAGAAN 12.1 Sebarang pindaan perlembagaan ini hendaklah diluluskan dengan suara majoriti dua pertiga oleh AJK setelah dipersetujui oleh Guru Penyelaras Briged Bestari.

13

TARIKH PERLEMBAGAAN DIGUBAL DAN TARIKH BERKUAT KUASA 13.1 Perlembagaan ini telah digubal hh/bb/tttt mula berkuat kuasa pada tarikh digubal.

14

PEMAKAIAN PERLEMBAGAAN 14.1 Perlembagaan ini hendaklah digunakan dengan sahnya. Sebarang Perlembagaan Briged Bestari sebelum ini, jika ada, hendaklah terbatal setakat yang berlawanan dengan perlembagaan ini.

UNDANG-UNDANG KECIL BRIGED BESTARI


1. Pakaian Seragam Menggunakan logo rasmi Briged Bestari, logo BTP, tanda nama dan/atau Baju T atau vest. 2. Dasar Keselamatan

Ahli Briged Bestari mesti mematuh peraturan penggunaan Makmal Komputer dan Dasar Keselamatan ICT. 3. Penggunaan Infrastruktur Ahli Briged Bestari mesti pada setiap masa mematuhi peraturan penggunaan infrastruktur teknologi sekolah. 4. Penggunaan Bilik Ahli Briged Bestari mesti sentiasa mematuhi peraturan penggunaan Bilik

Operasi/Makmal Pengkomputeran/Pusat Akses Sekolah. 5. Peraturan Sekolah 5.1 Ahli Briged Bestari adalah tertakluk kepada peraturan sekolah. Tugas dan Tanggungjawab 6.1 Ahli Briged Bestari wajib hadir bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak tiga kali tanpa sebarang alasan yang munasabah akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sekolah. 6.2 Ahli Briged Bestari boleh dipanggil bertugas pada bila-bila masa mengikut keperluan. 6.3 Setiap ahli Briged Bestari perlu merekodkan tugas harian mereka.

6.

7.

Keselamatan 7.1 Ahli tidak dibenarkan menyimpan kunci Bilik Operasi/Makmal Pengkomputeran/Pusat Akses Sekolah. 7.2 Ahli bertugas perlu merekodkan pengambilan kunci.

8.

Kerosakan 8.1 Sebarang kerosakan hendaklah direkod dan dilaporkan kepada Guru Penyelaras Briged Bestari. 8.2 Kerja-kerja penyenggaraan peralatan ICT hanya boleh dilakukan oleh penyelaras dan pegawai yang diberi kuasa oleh Guru Penyelaras Briged Bestari.

9.

Kewangan 9.1 9.2 Wang Briged Bestari hanya boleh digunakan dengan kelulusan mesyuarat. Penggunaan wang untuk kes-kes kecemasan sekolah adalah mengikut budi bicara Guru Penyelaras Briged Bestari. 9.3 Penyalahgunaan wang akan dikenakan tindakan mengikut peraturan sekolah. 9.4 Laporan kewangan hendaklah sentiasa dikemaskini, dibentang dan disahkan dalam mesyuarat. 9.5 Sekiranya Briged Bestari menerima sumbangan berupa wang, wang tersebut hendaklah dimasukkan kedalam akaun PIBG sekolah. Jika sumbangan yang diberikan itu berbentuk peralatan atau bahan-bahan lain, ia hendaklah didaftarkan sebagai harta modal sekolah.

10.

Peraturan-peraturan Lain 10.1 Segala peraturan Briged Bestari adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan-peraturan semasa yang berkuatkuasa sama ada peraturan sekolah atau sebarang peraturan tambahan yang diputuskan dalam meyuarat jawatankuasa Briged Bestari.

You might also like