Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
KEBERKESANAN KAEDAH PENGUKURAN DAN PENILAIAN HASIL PEMBELAJARAN – HASIL PROGRAM (CO-PO)

KEBERKESANAN KAEDAH PENGUKURAN DAN PENILAIAN HASIL PEMBELAJARAN – HASIL PROGRAM (CO-PO)

Ratings: (0)|Views: 59|Likes:
AJTLHE
AJTLHE

More info:

Published by: PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK on Mar 01, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/13/2014

pdf

text

original

 
ISSN : 1985-5826 AJTLHE Vol. 4, No.1, Jan 2012, 61-68KEBERKESANAN KAEDAH PENGUKURAN DAN PENILAIANHASIL PEMBELAJARAN – HASIL PROGRAM (CO-PO)Seri Mastura MustazaAini HussainHafizah HusainSiti Salasiah MokriUniversiti Kebangsaan Malaysia, MalaysiaAbstrak
 Pembelajaran Berasaskan Hasil (PBH) merupakan satu pendekatan menyeluruh bagimengurus dan mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran yang fokusnya adalahuntuk menghasilkan pelajar yang berjaya mendemonstrasikan hasil pembelajaran denganberkesan. Penilaian dan pengukuran ialah dua aspek penting dan dititikberatkan dalam PBHbagi memastikan hasil pembelajaran kursus (CO) dan seterusnya hasil program (PO) dicapai.Justeru, satu kaedah yang menggabungkan dua kaedah penilaian langsung dan tidaklangsung telah dibangunkan untuk tujuan tersebut. Kaedah tidak langsung dikenali sebagaiPenilaian Kendiri Pelajar (PKP) dan kaedah langsung merupakan kaedah penilaian summatifyang menggunakan gred akhir (GA). PKP adalah sebuah instrumen untuk menilai pencapaianpelajar secara kendiri berdasarkan sasaran CO yang telah digariskan dalam setiap kursus. DiJabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, PKP telah digunakan untuk mengukurpencapaian CO secara tidak langsung dan seterusnya dikaitkan dengan pencapaian hasilprogram (PO). Kertas kerja ini bertujuan mengkaji keberkesanan instrumen PKP sertapencapaian GA sebagai kaedah mengukur pencapaian CO-PO. Tujuh kursus yangditawarkan pada Semester 2 Sesi 2008/2009 telah dipilih secara rawak untuk tujuan kajian.Analisis maklum balas PKP serta perbandingan dengan GA menunjukkan kaedah ini adalahkurang sesuai untuk mengukur dan menilai pencapaian CO-PO. Walau bagaimanapun,gabungan kedua-duanya didapati sesuai untuk memantau dan menilai pengendalian sesuatukursus di mana perbezaan besar (>10%) antara keputusan PKP akhir dengan GA bolehdijadikan sebagai petunjuk keperluan melakukan penambahbaikan terhadap pengendaliankursus tersebut. Kesimpulannya, satu penambahbaikan diperlukan untuk memastikan CO-POdapat diukur dan dinilai secara lebih objektif dan langsung.
Katakunci
: hasil pembelajaran kursus (CO), hasil program (PO), penilaian kendiri pelajar(PKP)
THE EFFECTIVE COURSE LEARNING OUTCOMES - PROGRAM OUTCOMES (CO-PO)MEASUREMENT AND ASSESSMENT METHODSAbstract
Outcome Based Education (OBE) is a comprehensive approach to manage and control theprocess of teaching and learning that is focused to produce students who have demonstratedeffective learning outcomes. Evaluation and measurement are two important aspects that areemphasized in OBE to ensure that the course learning outcomes (CO) and subsequent resultsof the (PO) is achieved. Thus, a method that combines two methods of direct and indirect
 
 
62
assessment has been developed for this purpose. Indirect method of the Student Self-Assessment (SSA) and the direct method of evaluation using the summative final grade e(GA) were used in this study. SSA is an instrument to assess student achievement in self-COtargets outlined in each course. At the Department of Electrical Engineering, Electronics andSystems, SSA has been used to measure the achievement of CO and thus indirectly linked tothe achievement of program outcomes (PO). This paper seeks to examine the effectiveness ofthe SSA and the achievement of the instrument as a method for measuring the performanceof GA and PO-CO. Seven courses offered in semester 2 2008/2009 were randomly selectedfor the study. SSA response analysis and comparison with the GA indicates that this methodis less suitable to measure and evaluate the performance of CO-PO. However, a combinationof both are suitable to monitor and evaluate the administration of a course in which a largedifference (> 10%) between the results of the final SSA with GA can be used as an indicator ofthe need to improve on the handling of the course. In conclusion, an improvement is neededto ensure that the CO-PO can be measured and evaluated in a more objective and directmanner.
Keywords
: program outcomes (PO), self-assessment of students (SSA), the course learningoutcomes (CO)
PENGENALAN
Pembelajaran berasaskan hasil (PBH) merupakan satu pendekatan menyeluruh bagimengurus dan mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran yang fokusnya adalahuntuk menghasilkan pelajar yang berjaya mendemonstrasikan hasil pembelajaran denganberkesan (Woolston, 2008). Ia merupakan satu kaedah pembelajaran aktif yang bertujuanuntuk menghasil dan menyuburkan kompetensi generik di dalam diri seseorang pelajar (Hairiet al., 2008). Penilaian dan pengukuran adalah aspek yang sangat penting dan dititikberatkandalam melaksanakan PBH bagi memastikan hasil pembelajaran (CO) dan hasil program (PO)dicapai. Pengukuran dan penilaian juga seharusnya dilakukan berterusan secara berkala dansistematik serta diintegrasi dalam pembelajaran. ABET
Engineering Criteria 
(2000) telahmenetapkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan program kejuruteraanuntuk membuktikan pencapaian CO yang ditetapkan melalui penilaian dan pengukuran (P&P)(Thigpen, 2007). Kriteria ini dijadikan salah satu syarat dalam mendapatkan kelulusanakreditasi program pengajian kejuruteraan. Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik danSistem, CO dinilai melalui kaedah langsung serta tidak langsung (Karami et al., 2004) dankemudian dikaitkan dengan pencapaian PO. Kertas kerja ini bertujuan membentangkanperlaksanaan Penilaian Kendiri Pelajar (PKP) sebagai instrumen dalam melakukan penilaiansecara tidak langsung untuk mengukur pencapaian CO dan seterusnya melalui pemetaanmatrik CO-PO, pencapaian PO dirumuskan secara inferens daripada pencapaian CO.PKP telah dibangunkan sebagai instrumen mengukur pencapaian CO secara tidak langsungyang melibatkan pihak berkepentingan, iaitu pelajar sendiri untuk menilai pencapaian merekadari segi pemahaman, kemahiran, proses mahupun sikap mereka berdasarkan sasaran COyang telah digariskan dalam setiap kursus. Menurut Dunning et al. (2004), penilaian kendiriadalah penting bagi menjadikan pendidikan sebagai satu proses pembelajaran sepanjanghayat. Dunning et. al juga menyatakan bahawa kebolehan menilai diri boleh dilatih dandiperbaiki sekaligus dapat meningkatkan prestasi pelajar. Dalam konteks kertas kerja ini,instrumen PKP serta gred akhir (GA) digunakan untuk merumus pencapaian PO melaluipenilaian tidak langsung pencapaian CO di mana pelajar sendiri menilai tahap keyakinan danpemahaman mereka terhadap CO yang telah ditetapkan dan pensyarah pula menilai pelajarsecara langsung melalui penilaian summatif yang dibuat sepanjang proses pembelajaran(Karami et al., 2004). Data yang dikumpul menggunakan instrumen PKP dianalisis dandibandingkan dengan hasil kaedah penilaian langsung, iaitu penilaian summatif menggunakanGA bagi tujuan pengesahan. Di samping itu, keputusan analisis perbandingan juga digunakan
 
 
63
sebagai petunjuk untuk menentukan keperluan melakukan penambahbaikan terhadappengendalian sesuatu kursus sesuai dengan amalan Penambahbaikkan Kualiti Berterusan(
Continuous Quality Improvement – CQI)
yang merupakan ciri wajib untuk mendapatkanakreditasi.
PENYATAAN MASALAH
Dalam melaksanakan PBH, penilaian dan pengukuran merupakan proses penting untukmemastikan pencapaian objektif PBH. Sebagaimana semua sedia maklum, ABET telahmenetapkan supaya pembuktian bagi pencapaian pelajar terhadap CO dan seterusnya POmerupakan salah satu kriteria bagi mendapat kelulusan akreditasi. Maka, proses penilaiandan pengukuran (P&P) adalah perlu bagi memantau pencapaian pelajar, meningkatkan kualitiprogram dan sebagai alat bagi melaksanakan CQI terhadap kurikulum serta program yangditawarkan. Salah satu cabaran yang dihadapi oleh kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi(IPT) adalah untuk memastikan proses CQI berjalan lancar dan CO-PO dapat diukur.Sehubungan itu, kaedah P&P yang sistematik dan berkesan amat diperlukan supaya kedua-duanya, iaitu proses CQI dan pengukuran CO-PO boleh dilaksanakan (Rogers, 2007a). P&Pmelalui gabungan penilaian tidak langsung, iaitu melalui penggunaan instrumen PKP, diharapdapat mengenal pasti masalah pembelajaran dan pengajaran kursus apabila analisiskeputusan PKP terhadap pencapaian CO dibandingkan dengan pencapaian GA yang dinilaimelalui kaedah langsung (Rogers, 2006).Dengan melihat kepada sisihan perbandingan PKP dan GA, satu kaedah P&P untukmenentukan keperluan CQI di samping usaha untuk mengukur pencapaian CO dapatdilakukan, yang kemudian dikaitkan pula kepada pencapaian PO melalui matrik pemetaanCO-PO (JKEES, 2008 & Rogers, 2007a) . Walau bagaimanapun, selepas dua tahunperlaksanaannya, P&P pencapaian CO-PO melalui penggunaan intrumen PKP dan GA telahdipersoalkan kerana PKP merupakan satu kaedah P&P tidak langsung serta terlalubergantung kepada persepsi pelajar sahaja. Persoalan yang timbul tentang kewajaranpendekatan proses P&P, sama ada secara langsung atau tidak dan juga keberkesanansoalan-soalan yang digunakan (Rogers, 2007b). Justeru, satu kaedah yang objektif,sistematik dan lebih neutral (tidak bergantung kepada persepsi pelajar) diperlukan supayaP&P CO-PO boleh dilakukan dengan lebih tepat dan saksama. Sebagai satu langkahpenambahbaikan, pihak pelaksana telah mencadangkan satu pembaharuan dalamperlaksanaan P&P CO-PO. Penambahbaikan yang dimaksudkan akan digariskan dalamkertas kerja ini.
KAEDAH DAN PERLAKSANAAN SEMASA
PKP telah dilaksanakan di JKEES dan setiap kursus yang ditawarkan di jabatan dari tahunsatu hingga tahun akhir diwajibkan untuk menggunakan PKP. Ia juga menjadi satu keperluandalam menyediakan laporan penilaian kursus bagi setiap semester. Borang soal-selidik PKPdiedarkan pada awal dan akhir semester dan pelajar dikehendaki menilai sendiri pencapaianCO masing-masing dengan mengaitkan pemahaman dan kemahiran mereka terhadapkandungan sesuatu kursus berdasarkan skala Likert, iaitu daripada skala 1 hingga 5. Skala 1menunjukkan pelajar amat tidak memahami, manakala skala 5 ialah pelajar amat yakin danfaham terhadap kandungan sesuatu kursus. Pelajar dikatakan telah mencapai hasil kursussekiranya pelajar mencapai kelompok skala 3 hingga 5. Pelajar dikatakan tidak mempunyaikeyakinan dan kefahaman terhadap kursus jika mereka berada pada kelompok skala 1 dan 2.Contoh borang PKP yang telah diedarkan kepada pelajar untuk kursus KKL 2083 adalahseperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->