You are on page 1of 32

SESI PENGENALAN BUKU POLITIK BARU: MEMATANGKAN DEMOKRASI MALAYSIA

Oleh: Kassim Thukiman m-kassim@utm.my

20 Februari 2012

ANALISIS BUKU POLITIK BARU


ANJURAN BERSAMA: JPSM, FPPSM FAKULTI TAMADUN ISLAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA, PEJABAT PENDAFTAR

BUKU SECARA UMUM


Penulis YB Dato Saifuddin Abdullah Penerbit Institut Terjemahan Negara Malaysia Tahun 2009 (Cetakan kedua) Tempat Kuala Lumpur Kandungan 2 bahagian (9 bab) Format 2 versi (BM dan BI) Halaman 90 muka surat

BUKU SECARA UMUM


Ada prakata (termasuk penghargaan) Pendahuluan Ada bahagian kesimpulan Bibliografi Biodata penulis Tiada indeks

KULIT LUAR BUKU


Sekiranya gagasan dan saranan dalam buku ini menjadi amalan, pasti budaya politik Malaysia akan lebih segar Pernyataan Prof. Dato Ir. Dr. Zaini Ujang Naib Canselor UTM

BHG 1: INTEGRITI POLITIK


Bab 1 Bab 2 Bab 3 Bab 4 Idealisme Politik Politik Ilmu Politik Hikmah Politik Bakti

BHG 2: KERANGKA GOVERNANS BARU


Bab 5 Tiga sektor pembangunan negara Bab 6 Generasi muda dan masyarakat sivil Bab 7 Keperluan kepada governans baru Bab 8 Penghakupayaan perniagaan dan masyarakat sivil Bab 9 Perwakilan perniagaan dan masyarakat sivil

TUJUAN PENERBITAN
Penerbitan buku ini merupakan kesedaran mendalam terhadap penghayatan budaya ilmu yang sebati dengan penulis sejak sekian lama (hlm. xi) Kita meneruskan dan menambah nilai perjuangan demi meningkatkan kemajuan, kemakmuran dan kebahagiaan negara buat semua (hlm. xvii)

PENGLIBATAN PENULIS
Minat penulis yang mendalam dalam bidang penulisan memang terserlah sejak zaman kepimpinan mahasiswa dan menerajui pertubuhan belia kebangsaan. Buku ini merupakan penerusan daripada penulisannya dalam akhbar Berita Harian dan Institut Integriti Malaysia.

PEMIKIRAN MENERUSI KARYA


Pemikiran beliau tentang politik golongan muda boleh dirujuk menerusi Pemuda Sebagai pemangkin integriti politik negara dalam Anis Yusal Yusoff et al. (eds.) (2007) Integriti Politik di Malaysia, KL:IIM. Lihat juga teks syarahan berjudul Governans Baru: Ke arah demokrasi lebih matang Siri Syarahan Akademi Belia (23 April 2008).

KAJIAN LITERATUR
Buku ini mempunyai kekuatan ilmiah kerana mempunyai rujukan berdasarkan sumber yang dirujuk. (lihat hlm. 19-22) Lihat juga senarai bibliografi dalam hlm. 85-87. Penekanan kepada sumber rujukan membezakan penulisan buku ilmiah dengan buku politik picisan yang diterbitkan sebelum ini yang hanya menonjolkan ketokohan seseorang pemimpin.

MAUDUK BUKU
integriti politik berkaitan dengan PIN kekalkan keluhuran perlembagaan dan sistem politik negara berasaskan demokrasi governans baru (urus tadbir) amalan ketelusan dan kebertanggungjawaban, penglibatan dalam dasar politik

3 RUKUN POLITIK PERJUANGAN (hlm. xx) Idealisme Aktivisme Intelektualisme Gabungan ketiga-tiga rukun tersebut menghasilkan pemikiran politik berjiwa besar, berbudaya ilmu dan berjiwa merdeka.

3 CIRI KEPEMIMPINAN (hlm. xxi)


Berwawasan Menguasai apa-apa yang dilakukannya Mampu membina jaringan kerjasama Ketrampilan kepemimpinan merupakan tunggak kejayaan sesebuah organisasi (sama ada parti, agensi, syarikat dll) untuk menjayakan visi dan misi yang ditetapkan.

GOVERNANS BARU (hlm. xxi)


Dikaitkan dengan ketelusan dan kebertanggungjawaban. Kerangka baru melibatkan 3 sektor pembangunan negara: Kerajaan/politik Perniagaan Masyarakat sivil Penglibatan politik dalam kerangka membuat sesuatu dasar.

GOVERNANS BARU (hlm. xxii)


Bertitik tolak daripada beberapa kepercayaan iaitu kerajaan/politik bukan satu-satunya sektor yang berperanan dalam membuat keputusan tentang negara. Terdapat 2 lagi sektor iaitu perniagaan dan masyarakat sivil yang mampu memainkan peranan sebagai rakan pembangunan. Demokrasi bukan sekadar pilihan raya, tetapi penglibatan rakyat dalam sistem demokrasi menerusi penghakupayaan, perwakilan dan perundingan.

EKSPERIMEN GOVERNANS BARU


Penubuhan Majlis Perundingan Parlimen Temerloh 50 orang forum mesyuarah dan permuafakatan Parlimen akar umbi untuk mengiktiraf dan meningkatkan partisipasi rakyat dan semua pihak berkepentingan (stakeholders) dalam struktur dan proses membuat keputusan bagi pembangunan kawasan Parlimen.

HASIL GOVERNANS BARU


6 bidang utama pembangunan kawasan iaitu: 1. Pendidikan & latihan 2. Kesihatan & kecergasan 3. Pekerjaan & ekonomi 4. Jati diri & sosio-budaya 5. Partisipasi & masyarakat sivil 6. Prasarana & kemudahan asas/awam.

ANJAKAN PARADIGMA (hlm. xxiv)


Pemikiran dan amalan politik baru memerlukan anjakan paradigma iaitu: Paradigma melaksanakan pemerintahan (ruling) kepada paradigma melaksanakan governans (governing)

CIRI-CIRI IDEALISME POLITIK (hlm. 9)

1. Politik ilmu, bukan politik ampu 2. Politik hikmah, bukan politik fitnah 3. Politik bakti, bukan politik undi

IDEALISME POLITIK
Idealisme merujuk kepada pegangan fundamental yang berasaskan 2 perkara pokok - Kecintaan terhadap nilai yang muluk, mulia dan murni. - Kebencian terhadap unsur yang murah, muak dan mual.

PELAN INTEGRITI NASIONAL (hlm. 4)


Mengekalkan keluhuran perlembagaan dan sistem politik negara berasaskan demokrasi Mengekalkan kedaulatan dan meningkatkan keutuhan institusi Parlimen. Mengamalkan politik berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokratik. Memantapkan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan governans terbaik.

K-POLITIK (hlm. 19)


Politik berasaskan ilmu dan budaya ilmu. 1. Meletakkan ahli politik berilmu di tempat yang paling tinggi. 2. Setiap ahli politik sentiasa menuntut ilmu atau menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan ilmu. 3. Setiap keputusan dan tindakan ahli politik adalah berdasarkan ilmu, seperti R&D. * [Ada parti politik yang tidak gemar anjurkan program ilmu hlm. 17]

POLITIK HIKMAH (hlm. 27)


Politik hikmah adalah politik yang melaluinya kearifan ilmu dan kebijaksanaan digunakan dalam berpolitik. Sebaliknya, kini begitu subur politik fitnah yang disebabkan oleh terlalu partisan dan adversarial.

POLITIK HIKMAH (hlm. 29)


Politik hikmah menolak politik yang terlalu partisan dan terlalu adversarial. Ia akan mencari persefahaman. Ia tidak akan sentiasa berlawan. Apabila kepentingan rakyat dan politik untuk semua menjadi lebih penting daripada kepentingan politik individu atau kepartian, maka ia bersedia menjadi bukan partisan dan bersedia menjadi kawan.

POLITIK HIKMAH vs POLITIK FITNAH


Membangunkan masyarakat secara menyeluruh. Menolak usaha memporak-perandakan masyarakat menerusi fitnah. Penulis ambil contoh di zaman Rasulullah dan para sahabat (hlm. 30-31) Fitnah terhadap Rasulullah oleh Salman Rushdie, penulis Denmark dan Belanda.

POLITIK BAKTI (hlm. 36)


Semangat politik berbakti perlu dikembalikan semula daripada hanya memancing undi. Secara sinis, ramai yang tampil berbakti secara sukarela apabila mendapat habuan 4T Tambang, Topi, T-Shirt dan TV. Kita boleh merujuk ahli politik lampau melibatkan diri dalam politik semata-mata untuk berbakti kepada anak bangsa. Politik undi menggalakkan rasuah.

INOVASI DALAM DEMOKRASI


Ramai orang terutamanya generasi muda bersikap sinikal dan skeptikal terhadap politik. Namun, mereka masih yakin dengan amalan sistem demokrasi. Justeru itulah, penulis mencadangkan keperluan membuat reformasi terhadap amalan demokrasi. Tambahan pula kesedaran politik dalam kalangan generasi muda kini semakin meningkat dan menuntut pelbagai perubahan.

MEDIA SOSIAL BARU


Selepas negara melancarkan Koridor Raya Multimedia (MSC), rakyat mendapat akses kepada pelbagai maklumat menerusi ICT. Pelbagai media baru digunakan oleh generasi muda untuk melontarkan idealisme mereka secara terbuka. Mereka respons terhadap dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa.

PEMIKIRAN POLITIK PROGRESIF


Tujuan utama dalam politik ialah pembentukan masyarakat yang baik dan bahagia. Rakyat perlukan elemen asas transformasi untuk membentuk masyarakat sejahtera. Antaranya kepercayaan kepada Tuhan, budaya ilmu, membangun peradaban bangsa, kesederhanaan, keadilan sosial, penglibatan dalam demokrasi, ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Kesemua ini menyumbangkan kepada kesejahteraan hidup rakyat Malaysia secara menyeluruh.

KESIMPULAN
Konsep politik baru tentunya berbeza dengan politik lama. [Namun politik lama juga kental dengan semangat perjuangan untuk membela agama, bangsa dan tanah air] Isu utamanya ialah membuat perubahan dan penambahbaikan kepada sistem politik demokrasi yang sedia ada. Politik baru bukan bertujuan menonjolkan seseorang pemimpin Karya ini merupakan suatu usaha untuk proses pemikiran baru berasaskan inovasi bagi menghadapi cabaran masa kini dan masa depan.

You might also like