Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Dasar Pemisah SBPA

Dasar Pemisah SBPA

Ratings: (0)|Views: 50 |Likes:
Published by roszelan

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: roszelan on Mar 01, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/02/2012

pdf

text

original

 
 
1
JPA(S)134/2/4-1 Klt.4 (10) No Siri:KERAJAAN MALAYSIA
 _________________________________ 
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011 _________________________________ PELAKSANAAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)DALAM PERKHIDMATAN AWAMTUJUAN
1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusanKerajaan untuk memperkukuhkan pelaksanaan dasar pemisah (
exit policy
) dalamPerkhidmatan Awam selaras dengan pelaksanaan Saraan Baru PerkhidmatanAwam (SBPA).
LATAR BELAKANG
2. Mulai 1 Januari 2012, Kerajaan memperkenalkan Saraan BaruPerkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia. SBPAmembawa perubahan radikal melalui kaedah pengambilan dan pemilihan calonyang lebih ketat (
 stringent 
) bagi memperoleh dan mengekalkan bakat terbaik sejajar dengan usaha menyokong transformasi Perkhidmatan Awam ke arah yanglebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi.
 
 
2
3. Sebagai pelengkap kepada kitaran pengurusan bakat dalam PerkhidmatanAwam dan bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam,Kerajaan memperkukuhkan lagi dasar pemisah bagi membolehkan tindakan tegasdiambil terhadap pegawai bermasalah dan berprestasi rendah di sampingmempunyai tahap integriti yang boleh mencemarkan imej serta menjejaskan penyampaian Perkhidmatan Awam. Dasar pemisah ini juga menyediakan laluankeluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang mempunyai masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannyauntuk menjalankan tugas.4. Pelaksanaan dasar pemisah ini akan mengekalkan pegawai yang komiteddan berprestasi bagi membolehkan Perkhidmatan Awam meningkatkan lagi dayasaingnya untuk mendepani cabaran persekitaran masa kini dan akan datangselaras dengan prinsip rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.5. Pelaksanaan dasar pemisah ini dilaksanakan melalui dua (2) kaedah iaitu penamatan demi kepentingan awam bagi pegawai yang bermasalah dan berprestasi rendah serta persaraan demi kepentingan perkhidmatan awam bagi pegawai yang berprestasi tetapi tiada peluang kemajuan kerjaya dan mengalamimasalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.
PENAMATAN PERKHIDMATAN PEGAWAI BERMASALAH DANBERPRESTASI RENDAH
6. Bagi memastikan penyampaian Perkhidmatan Awam tidak terjejas,Kerajaan akan mengambil tindakan untuk mengeluarkan pegawai bermasalah dan berprestasi rendah. Tindakan ini dilaksanakan melalui penamatan perkhidmatandi bawah peraturan 49, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan danTatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] atau peraturan yang berkuat kuasa mengenai
 
 
3
 penamatan demi kepentingan awam, tertakluk kepada fakta bagi setiap kes.Penamatan perkhidmatan pegawai dalam kategori ini adalah dibuat setelahKerajaan mengambil kira prestasi, kelakuan, kebergunaan pegawai kepada perkhidmatan, kegagalan pegawai untuk memenuhi apa-apa syarat perkhidmatandan segala hal keadaan lain yang ditentukan oleh Kerajaan. Dalam melaksanakandasar ini, pertimbangan perlu dibuat, sama ada berdasarkan fakta kes, tindakantatatertib lebih wajar diambil terhadap pegawai.7. Penamatan pegawai dalam kategori ini boleh dibuat atas sebab berikut:(a)
 
 pegawai yang berprestasi kurang 60 peratus berdasarkan LaporanPenilaian Prestasi Tahunan (LNPT) pada satu tahun sebelumnyadan masih berada pada tahap prestasi kurang 60 peratus selepas penilaian prestasi khas dibuat oleh suatu Panel Penilaian PrestasiKhas (PPPK);(b)
 
 pegawai yang telah mencapai umur persaraan pilihan yangdiperiksa dan diperakui oleh pegawai perubatan Kerajaanmengguna dan mengambil dadah selain daripada maksud perubatanatau menyalahguna atau menagih suatu dadah berbahaya;(c)
 
 pegawai yang disabitkan oleh mahkamah kerana terlibat dengansalah laku jenayah yang menjejaskan imej Perkhidmatan Awamtetapi tidak diuruskan mengikut prosiding jenayah di bawahtindakan tatatertib, atas dasar Kerajaan ingin menghargai perkhidmatan dan sumbangan pegawai;(d)
 
 pegawai yang diperakui oleh pegawai perubatan atau psikiatriKerajaan mengalami masalah kesihatan mental seperti gangguan

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->