Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
101Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Tamadun Islam

Tamadun Islam

Ratings:

4.9

(10)
|Views: 10,985 |Likes:
Published by anon-802234

More info:

Published by: anon-802234 on Nov 24, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/27/2013

pdf

text

original

 
ISLAMIC CIVILIZATION AND ASIAN CIVILIZATIONTamadun Islam dan Tamadun Asia
Kenapa Kita Gagal Membina Semula Tamadun?
DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDINDALAM sebuah cerita rakyat, kononnya seorang buta diberikanpenglihatan dalam beberapa minit. Ketika celik, dia hanya berpeluangmelihat seekor keldai yang ada di hadapannya. Kemudianpenglihatannya dibutakan kembali. Selepas itu apabila disifatkansesuatu kepadanya, dia akan bertanya: “Adakah ia seperti keldai?”Atau dia akan berkata: “Bagaimanakah ia jika dibandingkan dengankeldai?”Cerita itu mungkin dongengan. Namun ia menggambarkan keadaaninsan yang tidak pernah melihat perkara lain, melainkan yang tertentusahaja. Maka segala gambaran dan andaiannya tertumpu atau terkaitdengan apa yang pernah dilihat.Sekali lagi saya ingin memperkatakan soal membina ketamadunan.Banyak pihak bercakap atau berkempen agar umat Islam menjadiumat yang maju dan kembali membina tamadun kegemilangan.Malangnya kekadang pihak yang dikempen atau mungkin yangberkempen tidak memahami teras dan asas ketamadunan dalamIslam. Maka apabila bercakap soal kemajuan terus sahaja tergambaroleh mereka kemajuan atau tamadun yang sedang mereka saksi dizaman ini iaitu tamadun Barat. Hingga tidak tergambar oleh merekaselain dari kehidupan Barat. Apatah lagi jika dibandingkan kemunduranbangsa-bangsa yang menganut Islam hari ini. Justeru, bagi mereka seakan jika kita ingin maju dan bertamadun, kitamesti memiliki apa yang dimiliki Barat, berbudaya ala Barat, bergayaala Barat, berbahasa dengan bahasa Barat, berhiburan dengan hiburanBarat dan seterusnya. Tamadun dan kemajuan umat Islam lampauhanyalah catatan sejarah yang boleh dibaca. Sama seperti cerita orangbuta dan keldai. Dia hanya dapat membayangkan apa yang pernahdilihat.Maka lebih tergambar di fikirannya keldai dibandingkan binatang lainyang hanya diceritakan kepadanya, sedangkan dia tidak pernahmelihatnya.Pendek kata, untuk menjadi maju pada hari ini, ramai umat Islam
 
menyangka mereka kena ceduk apa yang ada di Barat. Untukmenceduk teknologi Barat, prosesnya susah dan panjang. Juga bukanmudah untuk Barat mengajar kesemua ilmu tersebut, kerana itu tidakmembuahkan keuntungan jangka panjang untuk mereka. Perkara yangpaling pantas diceduk oleh masyarakat Islam ialah gaya hidup Barat.Maka kita mengimport fesyen Barat dalam berpakaian dan berbudaya.Dalam kita berkempen ke arah kemajuan umat, lihat sahajaperkembangan hiburan. Segala format hiburan Barat dibawa dandidagangkan di sini. Sementara masyarakat Muslim pula yangmelariskannya.Hiburan-hiburan dalam media kita, bukan sahaja tidak kreatif terpaksamenceduk gaya Barat, bahkan nama program pun tidak mampudiubah. Maka anak-anak kita yang tercicir dalam banyak urusankehidupan, berasa maju kerana bergaya dengan pakaian dan hiburansecara Barat.Itulah hakikat sebahagian artis kita. Maka yang berjaya diceduk dandibawa dengan ‘ranggi’nya ke sini hanyalah nilai negatif. Sementarayang positif, kita masih meminta sedekah daripada Barat. Samaseperti orang Arab yang bangga dengan kereta mewah Barat tetapinegara dan umatnya belum mampu menghasilkan sekalipun basikal.Bahkan setiap detik hasil minyak mereka dirompak oleh Barat.Permasalahan kita – mungkin termasuk pihak yang diamanahkan untukmenguruskan kemajuan umat Islam – gagal memahami apakah asasatau sukatan kemajuan dalam pandangan Islam yang kerananya umatIslam dahulu menjadi umat contoh dan pemimpin muka bumi ini.Dalam banyak program televisyen yang ditaja oleh pihak tertentu,apabila cuba menggambarkan kemajuan maka disiarkan gambar orangmemakai ‘lebai’ atau songkok atau jubah beraksi di hadapan komputer.Atau gambar tokoh agama bertali leher yang saiznya kecil sedikitdaripada kain sejadah atau seumpamanya.Padahal, bukan setiap yang menggunakan komputer otaknyabertamadun. Entah berapa ramai ustaz di televisyen yang beraksiberceramah di hadapan komputer, tetapi isi kandungan ceramahnyahanya menggambarkan kemunduran cara fikirnya. Bukan semua yangpakai tali leher, otaknya kelas pertama. Juga bukan semua yangmenggunakan Internet menunjukkan dia menjadi insan yangbertamadun.Itu semua hanyalah hasil yang dinikmati dari kemajuan dan keluasanilmu. Bukan asas kepada ketamadunan insan menurut al-Quran dan al-sunah.
 
 Tamadun Islam tertegak atas prinsip akidahnya dan cara fikir atauminda yang berdisiplin berdasar prinsip-prinsip syariat. Seorang tuayang berbasikal di kampung tetapi berakhlak dengan masyarakat,menghormati hak orang ramai, lebih bertamadun dari tokoh yangbertali leher kemas tetapi mengambil rasuah.Pak cik yang berkain pelekat yang membuang sampah ke dalamtongnya, lebih bertamadun daripada yang memakai pakaian menawantetapi mencampakkan puntung rokoknya di sana sini.Lebih besar dari itu, menurut Islam, seorang yang kurang berhartatetapi memelihara akidahnya dari kesyirikan dan kekhurafatan adalahlebih bertamadun dari yang berkereta mewah tapi bertangkal, atauberulang-alik ke rumah bomoh. Tamadun itu bermula dari akidah yangsejahtera dan cara fikir yang betul yang berteraskan roh al-Quran danal-sunah.Akibat hilangnya akidah dan cara fikir yang betul maka hilanglahtamadun yang kita bina. Kita akan gagal membinanya semula selagikita tidak membereskan soal pembinaan kefahaman terhadap prinsip-prinsip ketamadunan dalam Islam ini.Sekalipun kita ada badan, pertubuhan, institut, jabatan yang dikaitkandengan kemajuan Islam, nampak kita belum mampu maju. Sebabnyapersoalan asas terhadap kefahaman tamadun dalam Islam itu bukansahaja tidak difahami oleh orang awam, bahkan kadangkala gagaldifahami oleh pelaksananya pun.Sebenarnya, menghayati Islam yang tulen bererti menghayatitamadun keagungan. Namun pentafsiran Islam yang sempit danpengamalnya yang bersifat konservatif telah menggagalkan usahamembawa kembali Islam yang asal lagi tulen. Sumber Islam ialah al-Quran dan al-sunah dengan berteraskan tafsiran generasi awal (salaf)yang terbukti berjaya memimpin alam ini dahulunya.Sesiapa yang menghayati dan beramal dengan sumber agung inibererti dia mengamalkan Islam yang sebenar. Sesiapa yangmengamalkan Islam yang sebenar bererti dia sedang menghayatitamadun yang agung. Kemunduran umat ialah kerana merekamenyimpang dari kedua sumber agung ini. Atau salah dalammentafsirkan kedua sumber tersebut.Perlu diingat, kita tidak boleh membina tamadun kegemilangandengan membebaskan diri dari ikatan-ikatan Islam, kononnya keranainginkan kemajuan. Jika kita inginkan ketamadunan dengan

Activity (101)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nur Hafifa liked this
Brian Ng liked this
Dze Afez liked this
zmanr70 liked this
zmanr70 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->