You are on page 1of 2

Efektif menurut kamus dewan bahasa membawa maksud "pengaruh atau kesan".

maknanyamudah saja kita fahami segala tindakan kita akan dipengaruhi oleh apa-apa saja unsur sama ada baik atau sebaliknya.Ekoran dari pengaruh itu wujudlah tingkahlaku yang akan dilakukan oleh seseorang dan mempunyai kesan dalam dirinya. Perlakuan individu yang efektif merupakan individu yang mempunyai sifat yangpositif dalam dirinya. Perlakuan yang tidak efektif pula individu yang sifat negatif dalam dirinya untuk melaksanakan sesuatu perkara. Perlakuan yang efektif akan membentuk identiti berjaya. Manakala perlakuan tidak efektif turut membentuk identity gagal.Perlakuan efektif adalah menjurus ke arah mencapai maksud tingkah laku yang akan mendatangkan penghasilan yang berjaya dan bermakna dalam hidup seseorang individu perlakuan ini terlaksana dengan adanya sifat-sifat yang terpuji di dalam sanubari individu supaya dapat dijadikan pedoman ke atas pihak lain, contohnya sebagai guru, kita mestilah bersifat selari dengan perlakuan yang positif dan aktif dalam membentuk sahsiah diri yang cemerlang supaya murid-murid kita sentiasa didedahkan dengan suasana persekitaran individu berakhlak mulia, berkebolehan,berkeyakinan tinggi, bersemangat waja dan berketrampilan supaya akhirnyaharapan dan kehendak masing-masing mencapai tahap kualiti terbilang.Perlakuan tidak efektif bermaksud individu tidak mampu mencapai usaha yang diingini disebabkan oleh kawalan sahsiah yang sentiasa dibayangi perasaan rendah diri serta beranggapan personaliti dirinya dalam keadaan tidak tenteram dan tergugat,contoh baik guru atau murid yang mana usaha yang dilakukan sentiasa dikritik atau diuji cabaran beranggapan nilai usahanya itu sentisa rendah dan tidak dihargai.Menurut Teori Pilihan ( Choice Theroy ), manusia bertingkah laku berdasarkan perspektif psikolagi kawalan luaran dan psikologi dalaman, dunia kualiti, keperluan asas dan sebagainya.Individu yang berjaya mempamerkan tingkah laku yang efektif mempunyai kemahiran mendengar yang tinggi,menghormati orang lain, selalu berunding dan lain-lain. Sebaliknya, individu yang gagal mempamerkan tingkah laku yang tidak efektif selalu mengkritik,rasa dirinya terancam, menunjukkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya.Seseorang individu yang berkelakuan efektif adalah sentiasa mendapat galakan, mudah menerima oranglain, wujudnya kepercayaan orang lain, menghormati orang lain dan sebagainya. Manakala individu yang berkelakuan tidak efektif adalah sentiasa rasa tidak puas hati dan menuduh orang lain tanpa bukti, suka mengkritik dan berleter, rasa terancam kerana takutkan hukuman dan sebagainya. Individu yang berkelakuan efektif adalah individu yang berjaya sementara individu yang gagal biasanya berkelakuan tidak efektif.Sebagai seorang guru, kita patut mempunyai perlakuan efektif. Ini kerana kita telah menjadi role model kepada anak murid kita. Penting sekali, perkara yang dibuat oleh kita akan berjaya, jika mempunyai perlakuan efektif. Dalam perspektif Islam, pembangunan sahsiah bukan sahaja dilihat dari aspek jasmani, tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan akal individu.Pembangunan sahsiah yang unggul adalah suatu konsep yang berkaitan dengan kualiti insan.Setiap insan harus faham cara menguruskan hidup secara profesional daripada perspektif Islam agar tidak bertentangan dengan tuntutan Al-Quran. Jika ditinjau dan dihalusi sirat terdahulu, umat Islam berjaya kerana mereka mampu memaksimumkan segala kekuatan yang dianugerahkan Allah dalam hidup mereka Dari perspektif Barat, pembangunan sahsiah lebih diperjuangkan untuk memenuhi keperluan jasmani manusia sendiri. Berdasarkan pandangan para pemikir seperti Mark (1818 - 1883), Weber (1864 -1920) dan Maslow (1908 - 1970), antara keperluan jasmani yang ditekankan mengikut perspektif Barat ialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia, meningkatkan status kuasa dan agama

sertameningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukandan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia (Kamarul Azmi, 2002).

Sigmund Freud menyatakan hasil interaksi tenaga akan menghasilkan keseluruhan sifat dan tingkah laku manusia. Beliau menekankan tenaga dorongan haruslah dikawal untuk membentuk persekitaran sosial yangbertamadun. Menurut Freud (1985), tiga kompenan utama yang dikenali sebagai Id , Ego dan Superego wujud dalam memotivasikan tingkah laku manusia. Manusia dilahirkan dengan Id tersendiri. Id berperanan sebagai dorongan biological dan tenaga naluri dalam memotivasikan manusia menghasilkan tingkah laku mengikut kehendak diri. Dorongan dan nafsu adalah secara tidak sedar dan tidak dipengaruhi oleh input luaran. Id membenarkan manusia mendapatkan keperluan-keperluan asas. Keperluan-keperluan asas ini wajar diperolehi sehingga mengabaikan realiti keadaan. Ego memahami bahawa individu-individu lain juga mempunyai keinginan mereka yang tersendiri. Ego turut memahami bahawa bersikap terlalu mementingkan diri atau terlalu mendesak akan mendatangkan akibat yang buruk pada diri sendiri. Ego pada peringkat ini berfungsi dengan menyesuaikan keinginan-keinginan daripada id dan mempertimbangkan keinginan-keinginan tersebut kepada keadaan realiti persekitaran. Kompenan Ego dalam diri berusaha mencari jalan untuk memuaskan kehendak Id dalam mencapai tujuannya. Superego merupakan kompenan seperti kuasa dalam jiwa manusia yang mengawal segala kehendaknya dan menentukan kebaikan sesuatu tingkah laku dalam mencapai kehendak Id. Kompenan ini juga menentukan sesuatu tingkah laku yang bersesuaian dengan suasana persekitarannya. Kompenan ini bertindak mempengaruhi Ego mencari kaedah yang baik dalam memuaskan kehendak yang wujud dalam Id. Kompenan Superego mempunyai hati naluri, iaitu nilai-nilai moral yang menjadi pegangan seseorang remaja. Nilai-nilai ini penting dalam mempengaruhi kehendak-kehendak remaja agar tingkah laku yang terhasil membentuk manusia yang bertamadun.

You might also like