You are on page 1of 28

Unsur-unsur ketidaksamaan peluang pendidikan

Kelas sosial jantina


Disediakan oleh: Kek Pei Pei Phang Pei Sian Tiong Ee Ming

APAKAH KELAS SOSIAL??

Konsep kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan harian, kelas sosial dikatakan segolongan individu yang menpunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.

Kelas sosial dalam masyarakat kapitalis


Terbahagi kepada 2 Golongan iaitu: Bourgeoise masyarakat yang memilik punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran Proletariat masyarakat yang tidak memilik perkara diatas, sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja.

Diskriminasi dan Ketaksamaan peluang pendidikan masyarakat telah wujud sejak munculnya Kelas Sosial masyarakat dari Sistem Feudal lagi. Rakyat bawahan, golongan pembesar dan golongan istana menerima Sistem Pendidikan yang berbeza. Pihak penjajah meneruskan dasar yang sama yang mana anak-anak dari golongan pentadbir dan pembesar diberikan peluang untuk belajar di sekolah yang dikhaskan untuk mereka.

Max Weber mengatakan ada 5 Kelas Sosial iatu:-

i. Golongan Bangsawan (Aristokrat) ii. Golongan Pertengahan Atasan (Profesional) iii. Golongan Pertengahan Bawahan iv. Kelas Pekerja (Kolar Biru) v. Golongan Bawahan (Kelulusan Amat Rendah)

Rusli Md Zain (1998), melaporkan terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga.

Mereka yang berpendapatan tinggi akan dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.

Faktor Kelas Sosial jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid.


Tahap Kesihatan seperti kemudahan mendapatkan rawatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit juga menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid. Suasana tempat tinggal yang lengkap dan keadaan persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan.

Struktur

Keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes penceraian, tahap pendidikan ibu bapa, pengaruh luar yang terdiri daripada masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukan Kelas Sosial dalam masyarakat.

Contohnya, golongan atasan yang perpendapatan tinggi menpunyai keupayaaan kewangan untuk menikmati akses kepada pelbagai pilihan dan peluang pendidikan sama ada dalam negara atau luar negara. Mereka mampu membeli komputer ,peralatan sekolah dan bahan bacaan tambahan untuk membantu pembelanjaran anak mereka.

*Dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMke3), kerajaan telah menekankan supaya semua rakyat di Malaysia menerima peluang pendidikan yang sama.

*Kementerian

Pelajaran Malaysia memperuntukkan RM 1 Billion untuk keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program pembangunan pendidikan dalam usaha mengatasi Ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat di negara ini.

*Jika

kita ingin membangunkan Modal Insan, kita harus memiliki komuniti yang mengamalkan Budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar dan berfikir dan setiap Kelas Sosial perlu diberikan hak yang sama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan tersebut.

Jantina

Pada

zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang untuk menerima pendidikan pada ketika itu. Peningkatan pencapaian dalam pendidikan formal telah mempengaruhi kadar penglibatan guna tenaga.

Siti

Rohani Yahya (1989 & 1998) melihat secara Makro penyertaan tenaga wanita dalam proses pembangunan. Faktor Pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor Kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian. Faktor Ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru(1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita Melayu luar bandar ke kawasan bandar.

Penyelidik

Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, sekolah vokasional dan teknik serta di Institut Pengajian Tinggi, khususnya di Politeknik.

Di negara yang mana perempuan dan lelaki menikmati peluang-peluang pendidikan, penurunan kuasa agak berat sebelah, iaitu perempuan sentiasa diabaikan.

Ketaksamaan jantina di sekolah boleh lihat daripada pelbagai aspek seperti ketiada keselamatan dalam kalangan perempuan, bias jantina dalam buku teks dan bahan pengajaran.

Kerap kali juga perempuan digambarkan dalam persekitaran domestik dan terbatas dalam kemahiran serta guru sering menstereotaipkan peranan kedua-dua jantina dalam masyarakat.

Beberapa

faktor utama yang menjadi perempuan meninggalkan sekolah pada peringkat sekolah rendah dan jika mereka menyempurnakan kursus, mereka harus menghadapi cabaran sengit berbanding dengan lelaki untuk melanjutkan pelajaran.

Analisi

kurikulum merupakan langkah paling penting dalam menentukan pembelajaran tentang isu-isu kualiti dan kesamaan.

Matlamat

sesetengah kurikulum dibeza secara eksplisit daripada aspek jantina.

Contohnya,

didapati bahawa sebahagian buku teks Sains lebih cenderung terhadap lelaki dan tidak memberi pengiktirafan kepada saintis perempuan.

Sekolah

dan guru mengambil peranan yang sangat penting untuk membentuk persekitaran pembelajaran, di mana hak untuk belajar kurikulum dan penyemakan semula kurikulum tidak berkaitan dengan jantina.

Penggubal kurikulum dan penyemakan semula kurikulum perlu mewujudkan suatu kefahaman bagaimana pelajar dan guru harus bertindak terhadap pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini perlu kerana pelajar lelaki dan perempuan mempunyai pemikiran dan gaya pembelajaran yang berbeza serta guru harus berkebolehan mengenal pasti dan mengenai isu perbezaan dengan berkesan.

Perubahan tingkah laku guru dalam bilik darjah serta mentransformasikan sikap dan perspektif guru perlu berlaku dalam jangka masa panjang.

Contohnya, terdapat guru menganggap bahawa pelajar perempuan kurang mahir dan berminat dalam bidang matematik dan sains. Bagi kurang tanggapan ini, guru perlu memastikan tidak wujudnya sikap memihak kepada lelaki secara berterusan.

You might also like