You are on page 1of 3

TEKS PENGACARAAN

MESYUARAT AGUNG PIBG SKSK KALI YANG KE 35 Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat di dalam dewan kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi. Mengumunkan ketibaan Encik Ramly bin Abdullah, pengerusi jawatankuasa, kemajuan dan keselamatan kampung, Kampung Felda Sg Kemahal. Para hadirin diminta berdiri. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka kata. @ Assalamualaikum w.b.t. Yang dihormati Encik Ramly bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Encik Salam bin Mat, Yang Dipertua PIBG SK Sg Kemahal, Encik Saharudin bin Ibrahim, Guru Besar SK Sg Kemahal, Guru Penolong Kanan, guru-guru, ibu bapa, penjaga dan hadirin sekalian. @ Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat llahi kerana dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan mesyuarat agung PIBG SK Sg Kemahal buat kali yang ke-35. Semoga mesyuarat ini dapat dijadikan medan dalam memberikan pandangan yang dapat bersama-sama membantu memajukan SK Sg Kemahal, bukannya menunding jari mencari salah dan silap sesiapa. @ Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua para jemputan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini, semoga majlis yang diadakan pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya.

@ Hadirin dan hadirat sekalian, Bagi memberkati majlis, dengan ini pihak majlis menjemput dan mempersilakan Ustaz Mohd Nasir bin Kassim, Ketua Panatia Pendidikan Islam untuk membacakan doa. Dipersilakan. @ Amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Nasir Bin kassim di atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Pada pagi yang berbahagia ini akan diserikan lagi dengan bacaan ayat suci al-Quran yang akan disampaikan oleh adik Nurul Syuhada bt Khari. Majlis mempersilakan.

@ Terima kasih diucapkan kepada adik Nurul Syuhada bt Khari, untuk makluman hadirin sekalian, adik Nurul Syuhada bt Khari, medapat tempat kedua dalam pertandingan tilawah al-quran, pada Majlis Tadarus al-Quran peringkat daerah Bentong. Hadirin sekalian, @ Majlis diteruskan dengan ucapan dari Tuan Guru Besar Sk Sg Kemahal, Encik Saharudin bin Ibrahim berkaitan dengan aspirasi sekolah, perkembangan dan harapan sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi sekolah pada tahun ini. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. @ Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar. Diharapkan apa yang disampaikan oleh beliau sebentar tadi dapat direnungkan sejenak. Sesungguhnya ilmu adalah harta yang tidak ternilai yang perlu diwariskan kepada anak-anak kita. Hanya dengan ilmu di dada sahaja dapat menjamin masa depan generasi akan datang. @ Seterusnya ucapan dari Yang di Pertua PIBG SK Sg Kemahal bagi sesi 2009/10, Encik Salam bin Mat. Majlis dengan segala hormat menjemput dan mempersilakan. @ Terima kasih diucapkan kepada Encik Salam bin Mat. . @ Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, ucapan perasmian mesyuarat agung pibg yang akan disampaikan oleh pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampong, kampong felda sg kemahal, Encik Ramly bin Abdullah. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan. @ Terima kasih diucapkan kepada Encik Ramly bin Abdullah di atas ucapan beliau sebentar tadi. Dengan ini sempurnalah sudah upacara perasmian mesyuarat agung PIBG kita pada hari ini. @ Sebagai penghormatan kepada Encik Ramly bin Abdullah di atas kesudian beliau hadir merasmikan mesyuarat agung kita pada hari ini, majlis menjemput Tuan Guru Besar mengiringi Encik Ramly bin Abdullah, membuat cabutan bertuah sebanyak 5 cabutan. Dipersilakan. @ Terima kasih diucapkan kepada encik Ramly bin Abdullah, di atas kesudian beliau. Para hadirin sekalian, @ Ibu bapa penjaga yang bertuah pada hari ini ialah pemegang nombor

@ Tahniah diucapkan kepada ibubapa penjaga yang bertuah pada hari ini, kepada yang nombornya belum disebut lagi, diharapkan bersabar kerana masih banyak lagi hamper menunggu anda. @ Majlis di teruskan lagi dengan persembahan koir dari murid tahun 6 dengan lagunya Bahtera Merdeka. Di persilakan. @ Terima kasih diucapkan kepada kumpulan koir itu tadi. Hadirin sekalian.. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada ajk pibg bagi sesi 2009/10 dan kepada guru sksk. Sekali lagi, dipersilakan tuan guru besar mengiringi En Ramly bin Abdullah bagi menyampaikan sijil dan cenderahati. Majlis dengan segala hormat mempersilakan.(sebut nama ikut susunan sijil).. Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Encik Ramly bin Abdullah di atas kesudian beliau menyampaikan sijil itu tadi. Hadirin sekalian.. Seterusnya untuk sajian halwa telinga, majlis telah datangkan khas sebuah kumpulan nasyid popular sk. Sg. Kemahal yang telah menjadi johan dalam pertandingan nasyid sempena sambutan maulidurrasul baru-baru ini..untuk itu majlis mempersilakan kumpulan nasyid jannatul firdaus untuk meyampaikan sebuah nasyid nasyid yang bertajuk ya Nabi Salamun Alaik

You might also like