You are on page 1of 2

REFLEKSI Syukur Alhamdulillah tidak terhingga kepada maha Pencipta yang masih memberi peluang kepada saya untuk

terus bernafas di muka bumi ini malah berkesempatan untuk menyiapkan kerja kursus berasaskan ilmu bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Dalam menyiapkan kerja kursus pada kali ini, saya berkesempatan menggembleng tenaga dan bertukar fikiran bersama rakan saya, Awatif Bt. Azizan dalam menyiapkan tugasan yang agak mencabar iaitu menghasilkan penulisan esei tentang tokoh-tokoh tamadun Jepun dan

sumbangannya terhadap dunia. Tajuk yang sukar dan mencabar ini membuatkan saya banyak mengumpul maklumat dan informasi berkaitan tajuk tugasan daripada media cetak dan media massa seperti buku-buku dan bahan bercetak daripada sumber internet. Selain itu, untuk mendapatkan beberapa maklumat tambahan saya melayari laman sesawang dan menghabiskan masa di perpustakaan bagi mengumpul maklumat dan informasi berkaitan tokoh-tokoh tamadun Jepun. Namun, malangnya saya mengalami sedikit kekangan dan masalah dalam usaha mencari bahan-bahan berkaitan antaranya ialah tidak banyak buku yang berkaitan dengan tajuk boleh didapati di perpustakaan. Malah, bahan yang diperolehi daripada sumber internet juga adalah terhad apatah lagi maklumat berkaitan semuanya di dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, saya terpaksa membuat transliterasi bahasa iaitu daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Namun Alhamdulillah, semua kekangan dan halangan yang berlaku berjaya diatasi hasil sokongan dan bantuan daripada rakan-rakan kelas yang turut memberi bantuan mencari maklumat. Malah, jutaan terima kasih perlu saya ucapkan kepada Ustaz Mohd Akhir Bin Wahab, selaku pensyarah pembimbing yang tidak lokek menyumbang idea dan memberikan pandangan terhadap tajuk tugasan ini. Semasa menghasilkan penulisan esei tentang tokoh-tokoh tamadun Jepun, saya menyedari bahawa golongan ini telah banyak memberi sumbangan dan

membantu membangunkan tamadun Jepun sehingga wujudnya negara Jepun pada hari ini. Antara tokoh-tokoh yang telah saya berjaya mengenalpasti ialah Maharaja Meiji, Maharaja Hirohoto, Tokugawa Ieyasu, Fukuzawa Yukichi, dan ramai lagi.

Semua pencapaian yang berjaya dikecapi oleh negara Jepun pada hari ini adalah merupakan hasil penjanaan idea dan pelaksanaan strategi yang baik oleh tokohtokoh Jepun di mana mereka memperlihatkan kebijaksanaan dari segi kepimpinan dan pentadbiran. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa negara Jepun masih berjaya mengekalkan keunggulannya sehingga ke hari ini. Semasa membuat kajian dan analisis, saya mendapati bahawa tamadun Jepun banyak menerima pengaruh tamadun asing. Namun, tokoh-tokoh Jepun telah memperlihatkan kebijaksanaan mereka dalam menerima pengaruh tamadun asing dan kemudiannya menyesuaikannya dengan keadaan negara Jepun. Tokoh-tokoh ini juga banyak memberikan sumbangan di dalam pelbagai aspek termasuklah aspek ekonomi, sosial dan budaya. Namun sebenarnya, tokoh-tokoh ini dilihat banyak menyumbang di dalam bidang ketenteraan dan pentadbiran. Oleh itu, tanpa kita sedari, sumbangan mereka bukan sahaja terhadap pembinaan tamadun Jepun, tetapi sumbangan mereka telah banyak diaplikasikan di seluruh dunia. Antaranya ialah sistem pengurusan yang bernama Kanzen. Sistem ini dipraktikkan di seluruh dunia kerana mengamalkan pekerjaan secara adil dan saksama. Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyiapkan penulisan esei tentang tokoh-tokoh tamadun Jepun dan sumbangan mereka kepada dunia selepas mendapat bimbingan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Malah melalui tugasan pada kali ini saya berpeluang menambah pelbagai ilmu pengetahuan terutamanya berkaitan sistem pentadbiran yang dilaksanakan oleh tokoh-tokoh pada masa dahulu dalam membangunkan sesebuah tamadun. Malah, saya berpendapat bahawa tamadun Jepun amat relevan dalam konteks pembangunan dan kemajuan di Malaysia pada masa kini terutamanya dalam sistem pengurusan dan pentadbiran. Oleh itu, Malaysia boleh mengambil Jepun sebagai role-model terbaik melalui konsep Dasar Pandang ke Timurnya.

NADZIRAH BINTI MOHD ZUKRI ( 910307-02-5388 )

You might also like