You are on page 1of 4

PRAKTIKAL 3 PENGENALAN: Pembakaran merupakan tindak balas redoks antara 1 bahan dengan oksigen (O2) untuk menghasilkan tenaga

haba. Semasa pembakaran, unsur ditukarkan kepada oksidanya, misalnya karbon terbakar untuk membentuk gas karbon doksida, manakala hidrogen terbakar untuk membentuk air. Hasil tindak balas pebakaran ialah haba pembakaran. (Toon, Sukses Kimia SPM, 2005) Haba pembakaran ialah tenaga haba yang terbebas apabila 1 mol bahan api dibakar dengan lengkapnya dalam gas O2 yang berlebihan. Apabila sesuatu bahan api terbakar dalam udara (gas O2), tenaga haba dibebaskan. Oleh itu, pembakaran sebarang bahan api merupakan tindak balas eksotermik. Kuantiti tenaga haba yang dibebaskan oleh pembakaran bahan api yang berbeza adalah berlainan dan dapat dibandingkan dengan mengukur haba pembakarannya. (Soo, 2005) Bahan api pula ialah bahan kimia yang mudah terbakar dalam udara untuk membebaskan tenaga haba. Ia juga merupakan sumber tenaga yang penting dalam kehidupan manusia. Misalnya, bahan api digunakan untuk menggerakkan

kenderaan, menjana kuasa elektrik serta memasak. Setiap bahan api berbeza dari segi nilai bahan apinya. Nilai bahan api ialah suatu ukuran kandungan tenaga dalam sesatu bahan api. Nilai ini dapat ditentukan secara eksperimen di mana di dalam eksperimen ini, nilai bahan api bagi kerosin, bahan lilin dan Laboratory gas (LPG) ditentukan. (http://cikguzainida.blogspot.com/2011/07/haba-pembakaran.html)

TUJUAN

: Menentukan nilai bahan bakar bagi kerosin, LPG dan bahan lilin.

BAHAN

: Kerosin, Laboratory gas (LPG) dan Bahan lilin

RADAS

: Bekas kuprum, tungku kaki tiga, thermometer (0-100C), silinder penyukat 100cm3, pelita minyak, penimbang elektronik, segitiga tanah liat, pengadang udara dan blok kayu.

GAMBARAJAH:

PROSEDUR: 1. 200 cm3 air dimasukkan ke dalam bekas kuprum menggunakan silinder penyukat. 2. Bekas kuprum tersebut kemudiannya diletakkan di atas tungku kaki tiga. 3. Suhu awal air tadi diukur dan direkodkan. 4. Pengadang udara diletakkan seperti yang ditunjukkan dalm Rajah 1. 5. 50 cm3 kerosin dituangkan ke dalam pelita minyak dan jisim pelita direkodkan berserta kandungannya. 6. Pelita diletakkan di bawah bekas kuprum seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3 dan sumbu pelita tersebut dinyalakan dengan serta merta 7. Air sentiasa dikacau disepanjang eksperimen. 8. Nyalaan api dipadamkan apabila suhu air telah meningkat sebanyak 30C. Suhu tertinggi yang dicapai oleh air direkodkan. 9. Kemudian, jisim pelita beserta kandungannya ditimbang dengan serta merta dan direkodkan. 10. Langkah 1 hingga 9 diulang semula menggunakan bahan lilin. 11. Langkah 1 hingga 9 diulang semula menggunakan LPG.

KEPUTUSAN:

Aspek Suhu awal air (C)

Kerosin 28

Bahan lilin 28

LPG 28

Suhu tertinggi air (C)

58

58

58

Peningkatan suhu (C)

30

30

30

Jisim sebelum pembakaran (g)

214.7

9.6

429.1

Jisim selepas pembakaran (g)

212.2

7.9

426.9

Jisim yang terbakar (g)

2.5

1.7

2.2

Jadual 1

RUJUKAN

Soo, T. P. (2005). Siri Teks Referens Kimia SPM Tingkatan 4 & 5. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Toon, Y. T. et all (2005). Sukses Kimia SPM. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Toon, Y. T. (1997). Kuasai Peperiksaan Kimia STPM. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Toon, Y. T. (1997). Kimia Fizik STPM. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://cikguzainida.blogspot.com/2011/07/eksperimen-haba-pembakaran.html
http://cikguzainida.blogspot.com/2011/07/haba-pembakaran.html http://www.ausetute.com.au/heatcomb.html http://www.webchem.net/notes/how_far/enthalpy/measurement_of_enthalpy.htm http://www.mikeblaber.org/oldwine/chm1045/notes/Energy/Enthalpy/Energy02.htm

You might also like