You are on page 1of 7

Alat ukuran kerjaya SDS Kegunaan alat ukuran minat kerjaya ini adalah : 1.

Mengenalpasti bidang minat dan jenispersonaliti individu 2. Membantu individu memilih program pengajian yang sesuai. 3. Membantu individu memilih kerjaya yang sesuai. 4. Membantu mengenalpasti tahap keselarasan kerjaya.

Pentadbiran alat ukuran SDS : Ujian ini dijalankan di dalam bilik yang kondusif dan masa yang diambil bagi menyelesaikan ujian ini ialah di antara 20-25 minit. Dan para responden perlulah menjawab berdasarkan minat mereka dan bukannya mengikut pandangan orang lain.

Ujian SDS ini adalah berdasarkan Teori Tepologi Holland (John L. Holland). Menurut Holland terdapat 6 jenis personaliti iaitu REALISTIK (R) ,INVESTIGATIF (I), ARTISTIK (A), SOSIAL (S), ENTERPRISING (E) DAN COVENSIONAL (C).

Dan terdapat 6 jenis persekitaran iaitu REALISTIK (R) ,INVESTIGATIF (I), ARTISTIK (A), SOSIAL (S), ENTERPRISING (E) DAN COVENSIONAL (C).

Menurut Holland lagi, individu akan mencari persekitaran yang akan membenarkan ekspresi diri. Dan tingkah laku individu iaitu Motivasi, Pencapaian,Kepuasan, Produktiviti dan Stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran.

Realistik

Investigatif (I)

Conventional

Artistik (A)

Enterprising( E)

Sosial (S)

Jenis personaliti Realistik

Jenis personaliti Realistik ini adalah jenis individu yang mempunyai kemahiran etletik dan mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan dan binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan daripada di dalam bangunan. Contoh pekerjaan Realistik ialah : Jurutera awam, jurutera keratapi, jurutera automotif, jurutera elektrik, operator mesin, mekanik kapal terbang, mekanik kereta, jurutera elektronik, ahli ilmu perkebunan dan tukang kayu.

Antara ciri-ciri individu yang Realistik ialah : Tidak sosial Suka menyendiri Natural Jujur Berhemat Keras hati Keras kepala Tidak melibatkan diri Materialistik Akur Tidak fleksibel Normal Tulin Tiada/kurang celik akal Praktikal

Jenis Personaliti Investigatif Jenis Personaliti Investigatif adalah jenis individu yang suka membuat poemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Indivudu jenis ini juga mempunyai kemahiran saintifik dan matematik yang tinggi dan meminati kerjaya yang bercorak teknikal.

Contoh pekerjayaan Investigatif ialah : doktor perubatan, doktor gigi, ahli kaji cuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli kaji bumi, penyelidik sains dan antropologis.

Antara ciri-ciri individu yang Investigatif ialah :

Analitik Rasional Intelektual Kritikal Pendiam Pesimistik Ingin tahu Tidak popular

Bebas Berhati-hati Menyisihkan diri Introspektif Kompleks Rendah hati Jitu

Jenis Personaliti Artistik Jenis Personaliti Artistik ini merupakan individu yang mempunyai kemahiran artistik dan inovatif. Mereka mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Mereka juga tidak selesa dengan kerja yang berstruktur tinggi, rutin atau berulang-ulang. Dalam kebanyak hal, mereka selalunya menggunakan imaginasi dan kreativiti.

Contoh pekerjaan artistik ialah : penyair, penyajak, pemimpin orchestra, penyanyi konsert, pengubah lagu, pengarang, pelukis perdagangan, pelukis potret, wartawan, pelukis kartun, juruhias dalaman, penghias rumah dan arkitek.

Jenis Personaliti Sosial Jenis personaliti sosial adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang , mengubati serta membuat kebajikan kepada orang lain. Mereka mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata

serta mahir dalam berkomunikkasi dengan orang lain. Matlamat utama mereka ialah membuat kebajikan. Contoh pekerjaan jenis personaliti social ini ialah, : ahli sosiologi, guru, pengetua sekolah, pegawai perhubungan awam, pengarah kem belia, pengarah agensi kebajikan, kaunselor kerjaya dan kaunselor peribadi. Antara ciri-ciri Personaliti Sosial ialah: Berpengaruh Bertanggungjawab Idealistik Sabar Bijaksana Baik hati Pemurah Mesra Suka menolong Bekerjasama Sosial Empati Peramah Memahami Pemujuk

Jenis Personaliti Enterprising Jenis personaliti enterprising adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin dan menguruskan individu lain. Matlalmat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. Antara ciri-ciri Personaliti Enterprising Ialah: Sukakan pencapaian Suka menggoda Suka menunjuk Mudah bersetuju Yakin diri Berusaha Angkuh Suka bercakap Bertenaga Suka mengembara Optimistik Mengembirakan

Bercita-cita tinggi Sosial Ekstrovert

Jenis Personaliti Conventional Jenis personaliti conventional ialah jenis individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kemahiran dan kebolehan dalam menggunakan nombor. Mereka selalunya melakukan sesuatu perkara dengan terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan. Contoh pekerjaan yang sesuai bagi mereka ialah : setiausaha syarikat, penyimpan kira-kira, guru perdagangan, guru perakaunan, akauntan, kerani bank, pakar cukai, kerani gaji, operator komputer, penilai harta, jurujual insuran dan kerani insuran. Antara ciri-ciri jenis personality Conventional ialah: Berhati-hati Memendam rasa Teliti Sopan santun Menurut perintah Cekap Tidak imaginative Sukar dilentur Akur Praktikal Mengikut arahan Defensive Cermat Berstruktur

(Sumber : Professor Madya Dr. Sidek Mohd Noah Pentadbiran dan Pentafsiran Alat Ukur SDS)

You might also like