You are on page 1of 38

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

EDU 3106
TUTORIAL MING 2

PANTANG LARANG KAUM MELAYU

MENGAPAKAH PANTANG LARANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT DAHULU?


Pantang larang diamalkan oleh masyarakat melayu dahulu adalah bertujuan untuk
 mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni

dalam kehidupan mereka.  Ia juga diamalkan kerana pantang larang adalah seperti harta pusaka nenek moyang mereka dan bagi mereka mereka bertanggungjawab untuk mengamalkannya dan menurunkan tradisi itu kepada anak-anak atau cucu-cucu mereka.  Di dalam sebuah pantang larang mempunyai erti sendiri yang akan memberi manfaat dalam hidup masing-masing.

WANITA HAMIL

Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar

LELAKI

1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. 2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan. 3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit. 4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati. 5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu. 6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

PEREMPUAN

1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua. 2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang. 3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin. 4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh. 5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh. 6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua. 7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.

8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama. 9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap. 10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja. 11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang. 12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki. 13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial. 14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai. 15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.

KANAK- KANAK

1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul. 2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur. 3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. 4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong. 5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh. 6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati. 7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung. 8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis. 9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu. 10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat. 11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat. 12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.

BAYI

1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan semangat kerana ditakuti menjadi kurus. 2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan. 3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut. 4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap. 5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur. 6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut. 7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya. 8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.

KETIKA BERDIRI

1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.

2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.

KETIKA MAKAN

1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding. 2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu. 3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar. 4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu. 5. Makan sisa anak, anak akan degil. 6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit. 7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.

8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang. 9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki. 10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua. 11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah. 12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing. 13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh. 14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas. 15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki

KETIKA TIDUR

1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu. 2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir. 3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap. 4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu. 5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.

KETIKA DUDUK

1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul. 2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.

3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang. 4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki. 5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.

DI DALAM HUTAN

1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu. 2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal. 3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu. 4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana. 5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir. 6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu. 7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu. 8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu. 9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.

DI SUNGAI

1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring. 2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut. 3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan. 4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya. 5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta. 6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.

PANTANG LARANG KAUM CINA

Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya.

Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian.

PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung dan diantaranya ialah


tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.

 Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak

mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.

 Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin.  Sebarang   

konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan sama ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina.

ASPEK MEMBERI NAMA:


Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan. Bunyi nama mestilah sedap didengar. Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan. Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat. Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi.

Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.

Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

BERTUNANG

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan .

Sebelum

tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari.
Adalah

tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.
Baju

pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.

Apabila

berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat

handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati.

Tangisan

ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di

ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam.

Lazimnya

tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan kata-kata

yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali.

Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak. Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan. Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.

Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut.

Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi.

PENYAPU

Penyapu dipercayai mempunyai roh atau semangat sendiri Ia tidak boleh digunakan untuk membersihkan perkakas memuja dan kawasan sembahyang di rumah orang cina. Semasa perayaan Tahun Baru Cina, menyapu rumah ataupun kedai milik orang cina tidak dibenarkan pada 3 hari pertama perayaan ini kerana ia boleh menghilangkan tuah. Memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan selama beberapa tahun. Adakalanya penyapu digunakan untuk menghilangkan semangat buruk atau lemah seseorang dengan menyapu seluruh badan sambil menghadap patung-patung pujaan. Sejurus selepas itu penyapu tersebut akan dipukul and dipijat seumpama untuk mengeluarkan semangat yang tidak diingini itu.

NOMBOR

Nombor sunggguh penting sehingga digunakan untuk menafsir nasib seperti menghasilkan nama seseorang bayi. Nombor 8 adalah paling digemari oleh orang Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah. Nombor 4 pula melambangkan kematian oleh itu ia jarang digunakan sebagai nombor plat kereta, alamat dan lain-lain. Nombor-nombor lain yang dielakkan kegunaan secara umum adalah 7 dan 1 kerana mereka melambangkan kematian dan kesunyian masing-masing

MISAI DAN JANGGUT

Sesiapa yang gemar menyimpan misai ataupun janggut boleh dikatakan membawa kecelakaan ke atas si kerluaga dan saudara mara lelaki itu.

Walaupun terdapatnya wira-wira dan dewa dewa Cina yang memilikinya pada zaman dahulu, ia masih di percayai tidak akan membawa tuah kepadanya.

KUKU JARI KAKI DAN TANGAN

Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu senja akan mengalu-alukan kehadiran hantu dan rohroh jahat.

Sisa sisa kuku yang telah dipotong mestilah dibuangkan di tempat yang tersembunyi, kerana mengikut adat, ia boleh digunakan untuk menjatuhkan sumpahan terhadap pemilik kuku itu

RUJUKAN
http://malaysiana.pnm.my/01/0102cna_p engenalan.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantang_lar ang_Melayu http://site4daie.blogspot.com/2008/01/ad at-resam-pantang-larang-kaumcina.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantang_lar ang_Melayu

You might also like