You are on page 1of 31

PENDEKATAN & KAEDAH PENGAJARAN BAHASA

EVALORENNA LAMINSIN MARINI ARIFIN MOHD. RAZIMAN ABD. ROSHID

Kaedah Abjad/Huruf

Kenalkan huruf a- z

Kenalkan bunyi huruf


Kenalkan huruf konsonan, vokal dan diftong

Ajar gabung huruf-huruf ( konsonan dan vokal ) membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Contoh

Batu

Kekuatan kaedah
memberi asas yang kukuh dalam membaca

membolehkan kanakkanak mengeja perkataan-perkataan baru sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya

Kaedah Pandang dan sebut/ Kaedah Seluruh Perkataan

sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa diguna Cth : saya, makan, lari, main, emak, bapa

perkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya disertakan gambar tidak menggunakan aktiviti mengeja

Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi Cth: rumah , sebut bunyi huruf r iaitu [ r ] kalau perlu bunyikan suku kata [ ru ].

Kaedah Fonik/Bunyi

- antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru - menekankan hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya - sesuai digunakan BM ada suku kata yang tetap bunyinya.

hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ]. [ b ] + [ a ] = [ ba ] [ t ] + [ a ] = [ ta ] [ ba ] + [ta ] = [ bata ] Kaedah gabungan bunyi kata ( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )

Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory).

Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut.

Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf (terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).

Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu

Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.

Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.

Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.

Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.

Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikut; i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan). ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja). Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.

PENDEKATAN BINAAN

Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan sintesis. Pengajaran bacaan bagi pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsurunsur yang terkecil terlebih dahulu kemudian diikuti dengan unsur yang lebih besar. Murid-murid diperkenalkan dengan hurufhuruf terlebih dahulu kemudian diikuti dengan suku kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita.

Contoh : Untuk mengajar perkataan mata , muridmurid diperkenalkan dahulu dengan hurufhuruf m , a , t , dan a dan daripadanya dibentuk suku kata ma dan ta , kemudian digabungkan menjadi mata .
Huruf-huruf Suku kata perkataan

PENDEKATAN CERAKINAN

Pendekatan ini dikenali juga pendekatan analisis. Pendekatan pengajaran ini adalah mendahulukan unsur yang besar, kemudian unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentukkan struktur yang besar tersebut. Tujuan: - Murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik.

Pengajaran bacaan ini dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan-perkataan, daripada perkataan dipecahkan kepada suku kata dan seterusnya huruf-huruf. Contoh : Ayat : Buku saya tebal Perkataan-perkataan : buku saya tebal Suku kata : bu + ku , sa + ya , dan te + bal Huruf-huruf : b , u , k , u , s , a , y , a , t, e, b, a, l.

Ayat

Perkataanperkataan

Suku kata

Hurufhuruf

Kaedah yang bersesuai dengan pendekatan ini ialah kaedah pandang dan sebut yang di dalamnya terangkum kaedah seluruh perkataan, kaedah rangkai kata, kaedah ayat dan kaedah cerita.

4 peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid -muridnya seperti:
Latihan menyebut perkataan Latihan memisahkan perkataan kepada sukukata Latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama Latihan membina dan membaca ayat sempurna

PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Pendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Perkara penting dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasa digunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Fokus kepada aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi ini adalah bertujuan bagi memastikan murid menggunakan bahasa yang betul semasa berkomunikasi.

Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana:
Pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap Tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan atau secara berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif.

Aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif :


Bercerita Teater Pembaca Laporan Ulasan buku Choral speaking

Prinsip pendekatan komunikatif

Murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya Pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar

Pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana Mempelbagaikan aktiviti komunikasi

PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA

memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna Bagi setiap peringkat, murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut

PERINGKAT LATERAL

You might also like