You are on page 1of 17

Slug:Maut15Jun ROSMARINI YUNOS SETIU,Ahad_ seorang lelaki maut dalam kejadian kemalangan, yang berlaku melibatkan sebuah kereta

kancil semalam di kilometer 73 Kampung Fikri disini Semalam. Menurut Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, Pemangku Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu Abdul Hamid Che Ahmad berkata, mangsa Mohamed Zakaria 34, bersama rakannya Wan Johari Ishak 24 dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kampung Raja di Besut. Dalam Kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu mangsa dikatakan tidak dapat mengawal kenderaan lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar sebatang pokok disitu. Mangsa meninggal ditempat kejadian dalam keadaan tersepit ditempat duduk pemandu. Manakala kawannya mengalami cedera parah dimuka dan kaki dan kedua-dua mereka di bawa ke hospital Kuala Terengganu bagi bedah siasat dan mendapatkan rawatan lanjut, katanya. Beliau berkata, Post mortem telah dijalankan keatas simati dihospital Setiu dan mangsa disahkan meninggal kerana mengalami patah tengkuk dan patah tulang pipi. Beliau memberitahu, Siasatan masih diteruskan dibawah seksyen 41(1)APJ 1987 bagi mengetahaui punca kematian mangsa. ENDS

Slug: Curi15Jun NOR HASMAZIANI AWANG AHMAD KUALA TERENGGANU,Khamis_ Seorang Tauke kedai cermin kerugian kira-kira RM3,000 apabila kedainya dimasuki lima pencuri di Jalan Sultan Ismail di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supritendan Abdul Halim Mohd Ishak berkata, kejadian berlaku pada jam 2.30 petang ketika mangsa, Tor Peng Bon,53, dikatakan pulang ke rumah di bangunan yang sama dan menyedari kejadian tersebut setelah diberitahu oleh ibunya. Mangsa diberitahu oleh ibunya tentang lima pencuri dimana tiga lelaki dan dua wanita menyamar sebagai peminta derma, dan dipelawa oleh ibu mangsa masuk ke dalam bangunan tersebut, manakala salah seorang diantara mereka menghilangkan diri pergi ke tingkat atas menuju ke bilik dan mengambil wang tunai tersebut tanpa disedari ibu mangsa, katanya. Halim memberitahu, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu semalam. Sehingga ini polis masih belum membuat sebarang kesan dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan , katanya. Ends..

Slug: pecahrumah3julai NOOR HAYATI MAMAT KUALA BERANG, Isnin- Seorang pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerugian kira-kira RM2,000 setelah rumahnya dipercayai di pecah masuk di sini malam semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Berang, DSP Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian berlaku antara pada bermulanya cuti sekolah sehingga 30 Jun lepas ketika mangsa, pergi bercuti di Kuala Lumpur. Mangsa dikatakan mengunci semua pintu dengan baik sebelum meninggalkan rumah, dan bila sampai , mangsa dapati pintu depan di cungkil dan di dapati kunci rantai rosak , mangsa kemudian masuk ke dalam dan mendapati keadaan rumahnya berselerak, jelasnya. Jelas Kamaruddin, mangsa mendapati beberapa barang telah hilang iaitu seutas rantai emas , tiga rantai leher, serta satu telefon bimbit dengan jumlah keseluruhan RM 2,000. Sehingga ini polis belum membuat sebarang tangkapan dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan Pecah Rumah, ujarnya. Ends

Slug: MotorCuri3Julai NOOR HAYATI MAMAT KUALA BERANG, Isnin-Seorang peniaga kerugian apabila motorsikal jenis Honda EX5 yang diletakkan di garaj kuaters kesihatan Kuala Berang di dapati hilang di sini malam semalam. Menurut Ketua Balai Polis Kuala Berang, DSP Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata, kejadian berlaku pada jam 9 malam setelah mangsa, seorang peniaga 61 tahun dikatakan telah mengunci motornya di garaj dan terus masuk untuk tidur manakala mangsa menyedari motosikalnya hilang kira-kira jam tiga pagi. Mangsa dikatakan mengunci motosikalnya dan tidak pula menyediakan kunci sampingan pada motorsikal tersebut, setelah tersedar dari tidur jam 3 pagi, mangsa dapati motor yang terletak di garaj telah hilang, katanya. Kamaruddin memberitahu, mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang pada jam 4.40 petang semalam. Sehingga ini polis masih belum membuat sebarang kesan dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan , katanya. Dalam pada itu, beliau menyarankan orang ramai meningkatkan tahap keselamatan kenderaan masing-masing dengan memasang kunci keselamatan tambahan agar kejadian seperti itu tidak berulang. Ends...

Slug: P.Redang NOR HASMAZIANI AWANG AHMAD KUALA TERENGGANU_ Keindahan alam semulajadi, batu karang, flora dan fauna deengan pantai memutih serta kejerihan air lautnya pasti menggamit kedatangan pengunjung ke Pulau Redang yang terletak kira- kira 50 kilometer dari Kuala Terengganu. Kunjungan ke Pulau itu pastinya akan lebih bermakna jika anda turut menikmati keindahan dasar laut dan juga pulau pulau berhampiran seperti Pulau Lima, Pulau Pinang, Pulau Kerengga Besar dan Pulau Kerengga Kecil. Pemandangan yang cukup indah dengan kehadiran beribu-ribu jenis sepsis ikan pasti menarik lagi kunjungan ke Pulau Redang. Siapa sangka di perairan Pulau Redang juga terdapat terumbu karang di antara yang terluas di rantau ini, ia dikatakan mempunyai sebanyak 346 spesis menjadikanya teman laut yang terindah di dunia. Pulau yang mempunyai jumlah penduduk yang terdiri kira-kira 200 keluarga dengan jumlah antara dua ribu orang, sedikit sebanyak menjadi tarikan utama pengunjung lebihlebih lagi bagi mereka yang ingin mencari ketenangan. Bagi pengunjung yang mencari ketenangan desa, pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat lagi tentang kehidupan seharian nelayan di Pulau berkenaan dengan berkunjung ke Hulu Redang. Selain itu, pengunjung tidak perlu khuatir dengan perkhidmatanya yang ada, kerana Pulau tersebut tersedia menyediakan perkhidmatan seperti bot, malah pelbagai resort yang boleh di duduki,antaranya Laguna Resort, Ayu Mayang Resort, Coral Beach Resort, Bahtera Beach Resort serta banyak lagi dengan kadar kos yang berpatutan. Persekitaran pulau ini sesuai bagi seisi keluarga, dan yang penting kami akan pastikan setiap pengunjung tidak akan melupakan keseronokan mereka di sini, kata Pengurus Bahtera Beach Resort, Ruslan Ismail. Aktiviti snorkeling tidak seharusnya dilepaskan apabila sampai di sini, dan bagi mereka yang inginkan sesuatu yang mencabar, pengujung juga boleh melakukan aktiviti selam scuba, dimana perkhidmatanya boleh didapati mana mana resort yang tersedia.

Menurut seorang pengujung, Nazariah Said, 30,berkata, kunjungan beliau kesini membawa satu ketenangan dari kesibukan kerja. Sebagai ibu dan isteri beliau tertarik dengan keindahan pulau ini disamping dengan hasil seni kraf yang menarik. Kebersihan Pulau dan keindahan memberi tarikan utama kepada pengunjung yang datang berkunjung ke sini bagi merehatkan minda dan juga fizikal, kata Nazariah kepada Sinar Harian. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Idris Yusuf semperna tahun melawat Terengganu beliau mensasarkan 3 juta pengunujung yang dating ke Terengganu dan tempat yang di utamakan adalah pulau- pulau termasuklah pulau redang. Ends.. 1.Zie_Redang01 ( Tempat Bersantai) 2.Zie_Redang02 (Keindahan Pulau Redang) 3.Zie_Redang03 ( Terdapat Pulau-pulau kecil) 4.Zie_Redang04 ( Pasir yang putih menarik pengunjung datang) 5.Zie_Redang05 ( Air yang jernih menarik untuk mandi manda) 6.Zie_Redang06 ( Perkhidmatan bot disediakan) 7.Zie_Redang07 ( Kemudahan bot dan jeti disediakan) 8.Zie_Redang08 ( Bot-bot yang sentiasa ada) 9.Zie_Redang09 ( Air yang jernih ) 10.Zie_Redang10 ( Kehijauan air dan kejernihan pantai) 11.Zie_Redang11 ( Resort yang disediakan) 12.Zie_Redang12 ( Perkhidmatan bot setiap masa) 13.Zie_Redang13 ( Mark-Shop_ Ruslan Ismail) 14.Zie_Redang14 ( Kebersihan pantainya mengamit pengunjung) 15.Zie_Redang15 ( Aktiviti mandi manda) 16.Zie_Redang16 ( Caf yang disediakan) 17.Zie_Redang17 ( Mark-shop_Nazariah Said) 18.Zie_Redang18 ( Resort disedikan) 19.Zie_Redang19 ( Pemandangan waktu senja)

Slug : Tabik Tuan 26April NOR HASMAZIANI AWANG AHMAD Pengalaman sewaktu berkhidmat dalam anggota tentera pasukan utama 36 Kor Ordinan Diraja sebagai Pegawai Waren II di Bahagian Penyelia Stor (Logistik) banyak meninggalkan kenangan dan pengalaman yang sukar dilupakan oleh 1067998 Pegawai Waren II, Zainuddin Ahpah 42,yang kini berkhidmat di Rejimen 512, Battalion A, Padang Midin Kuala Terengganu. Menurut Encik Zainuddin atau dikenali Encik Din, Beliau yang akan bersara pada akhir Jun ini, menyatakan sepanjang tempoh khidmatnya, dalam anggota tentera bahagian Logistik selama 20 tahun, banyak pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang tempoh khidmatnya, bermula dari latihan sehinggalah ke sekarang. Tugas utama saya dalam Rejimen 512 Battalion A, sebagai Quarter Master Sarjan Kanan , iaitu memastikan atau menyelengara dan mengeluarkan peralatan atau bahanbahan yang berkaitan dengan Logistik kepada anggota tentera. Tugas sebagai ketua penyelia stor, adalah tugas paling besar dalam memastikan setiap kelengkapan yang diperlukan oleh anggota mencukupi. Beliau menceritakan bagaimana pekara yang tidak dapat dilupakan olehnya sewaktu berkhidmat di Kem Desa Pahlawan Kelantan dimana, satu kesilapan di bahagian Logistik berlaku menyebabkan beliau menerima arahan 24 jam bertukar ke Kuching, Serawak. Bagi saya, pengalaman ini memang meninggalkan kesan dan ia memberi pengajaran agar saya tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Tetapi saya berfikiran positif dan menganggap pertukaran tersebut ada kelebihannya dimana dengan pertukaran ke Sarawak itu saya dapat mengenali cara kehidupan masyarakat di sana. Ia satu bonus bagi saya. Walaupun enam tahun berjauhan dengan keluarga namun ia tidak membataskan untuk kita saling berhubung. Kata Zainuddin ketika menceritakan pengalamanya kepada Sinar Harian baru- baru ini. Beliau yang berkhidmat selama sepuluh tahun di Kem Desa Pahlawan telah di tukarkan ke Serawak selama enam tahun pada tahun 1996, manakala pada tahun 2001 sekali lagi beliau ditukar ke Battalion A, Kem Padang Midin Kuala Terengganu sehingga akhir bulan Jun 2006, dan bersara dari tentera beliau akan mengikuti Latihan Peralihan dalam bidang Asesori Kenderaan di Istitut Kemahiran Kejuruteraan Sungai Buluh.(IKK) sehingga januari 2008.

Ini adalah satu kelebihan bagi anggota tentera yang akan bersara di mana kita akan diberi peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru sebagai bekalan apabila kita telah bersara. Semua ini bertujuan agar apabila tamat perkhidmatan nanti kita mampu mencari pekerjaan lain bagi menambah pendapatan selain untuk mengisi masa lapang,ujarnya. Zainuddin memulakan kerjaya bersama angkatan Tentera pada tahun 1986 sebagai anggota biasa di bahagian penyelaras stor, dinaikkan pangkat ke Lans Koperal pada tahun 1993, tahun 1995 sebagai Koperal manakala tahun 1998, beliau dinaikkan pangkat ke Sarjan, 2001 Staff Sarjan, dan pada tahun 2004 beliau dinaikkan pangkat ke Pegawai Waren II sehingga sekarang. Bercerita mengenai awal pembabitannya dalam tentera, Zainuddin memberitahu beliau menjejak kaki dalam tentera atas dasar minat dan juga desakan kerja ketika itu. Walaupun tidak berpelajaran tinggi dan hanya setakat Sijil Rendah Pelajaran (SRP), beliau nekad untuk berusaha demi masa depannya. Katanya, kerana desakan hidup dan kemiskinan keluarga beliau pernah berkerja sebagai buruh kasar dengan upah RM15 sehari. Anak ketiga dari sepuluh beradik, akhirnya mengambil keputusan untuk mengikuti latihan ketenteraan di kem Port Dikson. Katanya lagi sepanjang tempohnya berkhidmat, beliau begitu komitmen dengan tugasnya,memandangkan displin ketenteraan begitu dititik beratkan malah dengan jati diri yang kuat, beliau begitu disenangi oleh ketuanya. Dia amat berharap segala komitmen yang diberikan selama ini dapat meninggalkan kesan kepada anggota yang lain. Bak kata pepatah melayu Yang Baik Jadikan Teladan Yang Buruk Jadikan Sempadan. Zainuddin menasihati agar semua anggota tentera hendaklah bekerja dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Katanya kesungguhan itu perlu dilakukan sepanjang masa walau pun negara berada dalam keadaan aman. Berbanding dahulu, setiap anggota tentera bertungkus-lumus menghadapi peperangan dan ancaman pihak luar terutama semasa serangan komunis dulu. Mereka tidak hidup aman macam sekarang. Dulu ancaman banyak. Sekarang kita hanya pantau sahaja, kerana negara kita sudah bebas dan aman. Ends ZIE- TABIK TUAN 1

Slug : Usahawan NOR HASMAZIANI AWANG AHMAD KUALA TERENGGANU- Berkat kesabaran dan keletihan, kini pemilik Terengganu Songket, Hajjah Zainab Mamat 64, boleh tersenyum dengan hasil titik peluh sendiri dengan mengusahakan songket yang diwarisi turun temurun sehingga di beri anugerah Tokoh Usahawan Warisan Negeri 2005. Berbekalkan tulang empat kerat , beliau ke hulu dan ke hilir memasarkan sendiri hasil tenungan songket semata-mata mencari sesuap nasi bagi membesarkan keenam-enam anaknya sehingga kesemuanya telah berjaya malah ada diantara anak beliau yang menjadi ahli perniagaan. Nak sampai ke tahap begini, banyak pekara yang terpaksa saya tempuh. Mula- mula memang pahit,tapi apabila kita tengok hasilnya pasti manis. Luahan hati Hajjah Zainab apabila memulakan pengalaman beliau dalam bidang perniagaan yang diusahakanya kini. Hajjah Zainab atau panggilan Mak Ngah, dilahirkan di kampung Pengulung Gajah Kuala Terengganu, Pada usia 13 tahun beliau sudah mahir dalam menghasilkan songket tenung yang diturunkan dari nenek dan ibunya. Pada asalnya beliau hanya melihat ibu dan neneknya menenun, sehingga satu tahap muncul dalam dirinya untuk mengusahakan sendiri songket tenunan sehingga kini. Waktu mula mengusaha songket, Mak Ngah sendiri yang menenum, dalam sebulan, dua pasang dapat hasilkan. Lepas itu, Mak Ngah jual sendiri kepada pelanggan, Mak Ngah naik beca ulang alik pergi berniaga di Tanjung, Pasar Payang ada juga dekat Cabang Tiga. Dulu kain tidak laris macam sekarang, paling banyak dua helai satu hari. Harga pula tak semahal macam sekarang, dulu harga sehelai songket dalam RM 50-70 sahaja,sekarang sampai angka ribu. Bermula dari kecil-kecilan, kini Hajah Zainab telah menubuhkan syarikat iaitu Terengganu Songket yang terletak di Bukit Depu Kuala Terengganu bertujuan memperbesarkan pasaran songket ke luar negeri dan juga tempatan Bebekalkan tiga biji alat menenum peninggalan orang tuanya,dan bermodalkan sebanyak ribuan ringgit, kini hajah zainab mula memperbanyakan sehingga 6 biji alat menenum

sebahagianya peruntukan dari kraftangan Negeri dan memiliki tenaga kerja seramai 30 orang termasuk yang melakukan dirumah sendiri. Terengganu Songket ditubuhkan dari sambutan dan permintaan yang tinggi terhadap kain songket. Ia bermula pada tahun 1980 an, dimana peranan suami, Haji Jusof Hussin 74, bertindak bijak dengan memasarkan industri songket ke luar negeri antaranya, perak,kedah,johor , kuala lumpur sehingga ke singapura. Mak Ngah sebenarnya sudah tekad nak berhenti dari membuat songket,memandangkan sambutan yang tidak mengalakan. Sekali fikir Mak Ngah sayang sebab ini warisan Mak Ngah.Galakan dari Arwahyahamah Sri Endon juga menyebabkan Mak Ngah mengambil keputusan memaksa suami Mak Ngah berhenti kerja sebagai buruh dan mencari jalan untuk pasaran songket ini. Perasaan malu sudah hilang waktu itu. Suami Mak Ngah dengan tidak berbekalkan ilmu perniagaan, dia pergi ke perak,kuala Lumpur, johor dari satu kedai ke satu kedai untuk mempromosikan songket. Tauke kedai berminat, kita dapat tempahan banyak, maka Terengganu songket diwujudkan. Nak ambil masa supaya orang kenal sangat lama. Syarikat Mak Ngah sendiri ambil masa dalam belahan tahun. Selama 51 tahun bergiat dalam industri songket ini, Hajjah Zainab kini dapat mencapai kemewahan dan kepuasan yang diimpikan walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan yang pahit. Bagi beliau warisan sentiasa di kekalkan. Bagi memantapkan hasil jualan dan juga kesenian songket, pelbagai seminar, program telah diikuti Hajjah Zainab antaranya mengikuti Institut Keusahawanan Negara, dan Krusus Bina Jutawan. Kesungguhan yang ditunjukkan Hajjah Zainab dalam pengusahaan ini,pelbagai anugerah yang telah dipeolehinya antaranya Tokoh Kraf Negara National Craftsman 2002, Anugerah Usahawan Warisan Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM) 2005 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Anugerah Tokoh Kraf Negara 2002 yang di sampaikan oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, Anugerah Seni Negeri Terengganu 2005, Peranan kerajaan juga berharga buat hajjah zainab, dimana pihak Yayasan Pembangunan usahawan begitu aktif dengan tindakannya bagi memasarkan industri songket sehingga Hajjah Zainab pernah di pelawa untuk mengikuti pamaren di Brunai dan juga Indonesia dan beliau begitu aktif mengikuti pameran pameran yang dianjurkan oleh kraftangan. Peruntukan dari kraftangan Negeri Terengganu juga memberi nafas baru bagi Terengganu songket untuk bertahan dengan lebih lama lagi. Peruntukan dari segi alat menenun, benang malah Hajjah Zainab juga telah di tugaskan untuk mengajar pelajar tenungan anjuran institut kraftangan.

Mak Ngah bangga dan bersyurkur dengan adanya sokongan dari pelbagai pihak antaranya keluarga, dan juga kerajaan. Mak Ngah boleh mencapai ke tahap sekarang walaupun Mak Ngah terpaksa tempuh pelbagai suka duka. Biarlah warisan ini Mak Ngah turunkan kepada generasi sekarang supaya warisan kita dikekalkan dan dapat bersaing dengan pruduk dari luar. Ends

Slug : Sekolah Pilihan NOR HASMAZIANI AWANG AHMAD Nama Sekolah Kedudukan Daerah Keluasan kawasan Pengetua Pen.Kanan HEM Pen.Kanan Pentadbiran Pen. Kanan Kokurikulum Penyelia Petang Bilangan guru keseluruhan Lelaki Perempuan Bilangan kakitangan sokongan Bilangan pelajar keseluruhan Penubuhan Percapaian kokurikulum Olahraga : Johan keseluruhan Merentas Desa Peringkat MSSM Kuala Terengganu Selatan : Johan Kategori L 18 Merentas Desa : Pingat emas 4x400 Meter L 16. : Bola Sepak bawah 18 (peringkat kebangsaan) : Johan peringkat K.Terengganu L &P (KRS) : Tempat ke-3 peringkat K.Terengganu ( BOMBA) : Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor : Kuala Terengganu : 4 Hektar : Puan Hajah Timah Hamzah : Puan Hajah Zainon Abdullah : Haji Abdul Halim Muda : Encik Afandi Ariffin : Encik Ramli Yusoh : 102 orang : 35 orang : 67 orang : 12 orang : 1757 orang : 1 April 1992

Sukan Unit beruniform

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor ( SMKSM) yang terletak di pendalaman Kuala Terengganu telah melahirkan ramai anak- anak tempatan ke arah kecemerlangan yang amat membanggakan sejak kebelakangan ini. Sejak penubuhannya lagi iaitu pada 1 April 1992 lagi, SMKSM terkenal di kalangan sekolah-sekolah pendalaman. Dengan di nahkodakan oleh seorang pengetua yang telah diiktirafkan sebagai salah seorang pengetua cemerlang serta dengan sokongan dari anggota pentadbiran yang lain juga melahirkan semangat dan juga kecemerlangan kepada pelajar-pelajar khususnya pelajar di pendalaman.

Dibina di atas tanah yang mempunyai keluasan 4 hektar, SMKSM merupakan sebuah sekolah pendalaman yang mempunyai pelbagai kemudahan yang tersendiri, ditambah dengan persekitaran yang amat menarik serta bersesuaian dengan slogannya iaitu sekolah kita tanggungjawab kita, sekolahku tanggunjawabku. Tinjauan Sinar Harian ke sekolah itu baru- baru ini dapat melihat dan memerhati sendiri landskap-landskap serta persekitaran yang amat mendamaikan serta di mana para pelajarnya semakin hari semakin meningkat prestasi akademiknya malah juga dari kokurikulum serta pembangunan demi pembangunan dilakukan dari segi bangunan kelas, makmal serta kemudahan lain. Menurut Pengetua SMKSM, Hajah Timah Hamzah, pelajar-pelajar di sekolah ini kebiasaannya datangnya dari keluarga yang sederhana serta dari kalangan petani serta nelayan. Namun taraf serta status kedudukan seseorang tidak menghalang pelajar-pelajar SMKSM meneruskan perjuangan hingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi. semakin hari prestasi akademik pelajar-pelajar kita semakin meningkat dari penggal-ke penggal serta dari tahun ke tahun, walaupun mereka datangan dari golongan miskin serta sederhana , tidak menghalang mereka untuk berusaha dengan lebih maju lagi, setakat ini kita telah melahirkan ramai pelajar sehingga ada yang memperolehi 9A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), katanya. Katanya lagi, pihak sekolah berusaha dengan sebaik mungkin dalam mempertahankan kecemerlangan pelajar-pelajar pada tahun yang akan datang, meletakkan misi bahawa menjelang 2009 SMKSM akan menjadi juara bagi keseluruhan negeri. objektif utama kita dalam hal-hal akademik, kita akan utamakan suatu visi untuk membantu pelajar yang berhad mendapat layanan yang sama dan kita memberi kebajikan yang sama, di mana pelajar-pelajar yang lemah kita didik serta motivasikan mereka hingga dapat melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang, jelasnya. Tambah Hajah Timah, pihak sekolah serta kerjasama dengan yang dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG) sepakat untuk menganjurkan pelbagai program-program yang boleh melahirkan pelajar ke arah kecemerlangan sama ada dari akademik serta kokurikulum sekolah antaranya program masih ada yang sayang, serta program jati diri. sekolah ini diiktiraf sebagai sekolah harapan di mana telah melahirkan ramai pelajarpelajar yang cemerlang dan ada di antara mereka telah mewakili negeri dalam bidang sukan sekaligus memberi harapan baru kepada sekolah ini dalam melahirkan lebih ramai lagi pelajar- pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang, katanya. Selain mempunyai tenaga pengajar seramai 102 orang yang berpegalaman tidak mustahil sekolah ini akan menjadi sekolah harapan dengan melahirkan para pelajar yang berkualiti ditambah juga dengan kemudahan disediakan oleh kerajaan terutama sekali dalam bidang ICT, sekaligus dapat membantu mereka menguasai kemahiran ICT supaya tidak ketinggalan ke belakang.

Pihak kerajaan telah menyediakan dan menempatkan sebanyak 34 bilik darjah serta dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi petang dan juga sesi pagi, serta satu bilik makmal ICT disediakan supaya pelajar-pelajar dapat berkongsi dalam mempelajari ICT dengan selesa. Bagi melahirkan para pelajar dalam memiliki kehebatan menguasai ICT sama dengan sekolah-sekolah lain, kerajaan telah memberi bantuan yang secukupnya, dan kami juga telah mengsasarkan pada tahun 2009 nanti, sekolah ini akan melahirkan sekolah pendalaman yang pertama menjadi juara dalam setiap pekara yang diceburi, tidak kira dalam kokurikulum, akademik serta memiliki kehebatan dalam menguasai ICT, tegasnya. SMKSM juga terselah dengan aktiviti kokurikulumnya dimana beberapa pelajar telah mewakili negeri ke peringkat kebangsaan anataranya melalui Kadet Remaja Sekolah(KRS) dimana johan di peringkat Negeri serta mewakili negeri ke peringkat kebangsaan sejak 1999 hingga sekarang. Disamping itu juga, pelibatan para pelajar dalam bidang sukan juga amat membanggakan, dimana salah seorang pelajar telah mewakili negeri Terengganu dalam olahraga iaitu Merentas Desa dalam MSSM. sememangnya kita telah mengwajidkan setiap seorang pelajar mesti mempunyai satu acara seperti badan beruniform, serta menyertai satu kelab atau persatuan yang ada di sini dan juga satu kegiatan sukan, Katanya. Penekanan tersebut dibuat kerana ia juga sejajar dengan misi sekolah yang ingin melahirkan warga sekolah yang berkebolehan, berketrampilan dan juga memiliki sahsiah diri yang cemerlang, tegas beliau. Ends Keterangan Gambar 1.zie_smksm01 ( Mark-shot_Hajah Timah Hamzah01) 2.zie_smksm02 ( Mark-shot_Hajah Timah Hamzah02) 3.zie_smksm03 ( Mark-shot_Hajah Timah Hamzah03) 4.zie_smksm04 ( Mark-shot_Hajah Timah Hamzah04) 5.zie_smksm05 ( Piala-piala yang diterima dalam kegiatan kokurikulum01) 6.zie_smksm06 ( Piala-piala yang diterima dalam kegiatan kokurikulum02) 7.zie_smksm07 ( Piala-piala yang diterima dalam kegiatan kokurikulum03) 8.zie_smksm08 ( Piala-piala yang diterima dalam kegiatan kokurikulum04) 9.zie_smksm09 ( suasana pejabat sekolah01) 10.zie_smksm10 ( suasana pejabat sekolah02) 11.zie_smksm11 (persekitaran sekolah SMKSM01) 12.zie_smksm12(persekitaran sekolah SMKSM02)

13.zie_smksm13 ( aktiviti kokurikulum yang bergiat aktif01) 14.zie_smksm14( aktiviti kokurikulum yang bergiat aktif01) 15.zie_smksm15 ( Landskap yang indah01) 16.zie_smksm16( Landskap yang indah01) 17.zie_smksm17(persekitaran sekolah SMKSM03) 18.zie_smksm18(persekitaran sekolah SMKSM04) 19.zie_smksm19(persekitaran sekolah SMKSM05) 21.zie_smksm21( Landskap yang indah01) 22.zie_smksm22(persekitaran sekolah SMKSM06) 23.zie_smksm23( aktiviti kokurikulum yang bergiat aktif01) 24.zie_smksm24 ( Landskap yang indah01) 25.zie_smksm25 (persekitaran sekolah SMKSM07) 26.zie_smksm26 (persekitaran sekolah SMKSM08) 27.zie_smksm27 ( Landskap yang indah01) 28.zie_smksm28( Landskap yang indah01) 29.zie_smksm29 (persekitaran sekolah SMKSM09) 30.zie_smksm30 ( Landskap yang indah01) 31.zie_smksm31( Landskap yang indah01) 32.zie_smksm32 ( Landskap yang indah01) 33.zie_smksm33 (persekitaran sekolah SMKSM10) 34.zie_smksm34 (persekitaran sekolah SMKSM11) 35.zie_smksm35 (persekitaran sekolah SMKSM12) 36.zie_smksm36 (persekitaran sekolah SMKSM13) 37.zie_smksm37 ( hasil kerja pelajar-pelajar) 38.zie_smksm38 ( membaca buku di perpustakaan) 39.zie_smksm39 ( membaca buku di perpustakaan) 40.zie_smksm40 ( berkerjasama dalam kumpulan) 41.zie_smksm41 ( sebahagaian tenaga pengajar yang berpegalaman)

Slug : Tabik Tuan 26April NOR HASMAZIANI AWANG AHMAD Pengalaman sewaktu berkhidmat dalam anggota tentera pasukan utama 36 Kor Ordinan Diraja sebagai Pegawai Waren II di Bahagian Penyelia Stor (Logistik) banyak meninggalkan kenangan dan pengalaman yang sukar dilupakan oleh 1067998 Pegawai Waren II, Zainuddin Ahpah 42,yang kini berkhidmat di Rejimen 512, Battalion A, Padang Midin Kuala Terengganu. Menurut Encik Zainuddin atau dikenali Encik Din, Beliau yang akan bersara pada akhir Jun ini, menyatakan sepanjang tempoh khidmatnya, dalam anggota tentera bahagian Logistik selama 20 tahun, banyak pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang tempoh khidmatnya, bermula dari latihan sehinggalah ke sekarang. Tugas utama saya dalam Rejimen 512 Battalion A, sebagai Quarter Master Sarjan Kanan , iaitu memastikan atau menyelengara dan mengeluarkan peralatan atau bahanbahan yang berkaitan dengan Logistik kepada anggota tentera. Tugas sebagai ketua penyelia stor, adalah tugas paling besar dalam memastikan setiap kelengkapan yang diperlukan oleh anggota mencukupi. Beliau menceritakan bagaimana pekara yang tidak dapat dilupakan olehnya sewaktu berkhidmat di Kem Desa Pahlawan Kelantan dimana, satu kesilapan di bahagian Logistik berlaku menyebabkan beliau menerima arahan 24 jam bertukar ke Kuching, Serawak. Bagi saya, pengalaman ini memang meninggalkan kesan dan ia memberi pengajaran agar saya tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Tetapi saya berfikiran positif dan menganggap pertukaran tersebut ada kelebihannya dimana dengan pertukaran ke Sarawak itu saya dapat mengenali cara kehidupan masyarakat di sana. Ia satu bonus bagi saya. Walaupun enam tahun berjauhan dengan keluarga namun ia tidak membataskan untuk kita saling berhubung. Kata Zainuddin ketika menceritakan pengalamanya kepada Sinar Harian baru- baru ini. Beliau yang berkhidmat selama sepuluh tahun di Kem Desa Pahlawan telah di tukarkan ke Serawak selama enam tahun pada tahun 1996, manakala pada tahun 2001 sekali lagi beliau ditukar ke Battalion A, Kem Padang Midin Kuala Terengganu sehingga akhir bulan Jun 2006, dan bersara dari tentera beliau akan mengikuti Latihan Peralihan dalam bidang Asesori Kenderaan di Istitut Kemahiran Kejuruteraan Sungai Buluh.(IKK) sehingga januari 2008. Ini adalah satu kelebihan bagi anggota tentera yang akan bersara di mana kita akan diberi peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru sebagai bekalan apabila kita telah bersara.

Semua ini bertujuan agar apabila tamat perkhidmatan nanti kita mampu mencari pekerjaan lain bagi menambah pendapatan selain untuk mengisi masa lapang,ujarnya. Zainuddin memulakan kerjaya bersama angkatan Tentera pada tahun 1986 sebagai anggota biasa di bahagian penyelaras stor, dinaikkan pangkat ke Lans Koperal pada tahun 1993, tahun 1995 sebagai Koperal manakala tahun 1998, beliau dinaikkan pangkat ke Sarjan, 2001 Staff Sarjan, dan pada tahun 2004 beliau dinaikkan pangkat ke Pegawai Waren II sehingga sekarang. Bercerita mengenai awal pembabitannya dalam tentera, Zainuddin memberitahu beliau menjejak kaki dalam tentera atas dasar minat dan juga desakan kerja ketika itu. Walaupun tidak berpelajaran tinggi dan hanya setakat Sijil Rendah Pelajaran (SRP), beliau nekad untuk berusaha demi masa depannya. Katanya, kerana desakan hidup dan kemiskinan keluarga beliau pernah berkerja sebagai buruh kasar dengan upah RM15 sehari. Anak ketiga dari sepuluh beradik, akhirnya mengambil keputusan untuk mengikuti latihan ketenteraan di kem Port Dikson. Katanya lagi sepanjang tempohnya berkhidmat, beliau begitu komitmen dengan tugasnya,memandangkan displin ketenteraan begitu dititik beratkan malah dengan jati diri yang kuat, beliau begitu disenangi oleh ketuanya. Dia amat berharap segala komitmen yang diberikan selama ini dapat meninggalkan kesan kepada anggota yang lain. Bak kata pepatah melayu Yang Baik Jadikan Teladan Yang Buruk Jadikan Sempadan. Zainuddin menasihati agar semua anggota tentera hendaklah bekerja dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Katanya kesungguhan itu perlu dilakukan sepanjang masa walau pun negara berada dalam keadaan aman. Berbanding dahulu, setiap anggota tentera bertungkus-lumus menghadapi peperangan dan ancaman pihak luar terutama semasa serangan komunis dulu. Mereka tidak hidup aman macam sekarang. Dulu ancaman banyak. Sekarang kita hanya pantau sahaja, kerana negara kita sudah bebas dan aman. Ends ZIE- TABIK TUAN 1 :

You might also like