You are on page 1of 3

Folio Kerjaya Saya

NAMA : Muhammad Syazwan bin Johari KELAS : 5 Bestari

Folio Kerjaya Saya

i.

Kerjaya yang saya minati


Saya ingin menjadi seorang Jurutera Elektronik. Sejak kecil lagi, saya telah didedahkan dengan pelbagai objek-objek yang berunsurkan elektronik. Ayah saya juga mempunyai pelbagai kemahiran dalam bidang ini dan oleh kerana itu, saya amat tertarik dengan elektronik. Projek elektronik pertama saya hanya melibatkan sebiji LED dengan bateri 9v dan beberapa gulung wayar. Sejak daripada itu, saya telah bertekad untuk mempelajari lebih lagi tentang elektronik.

ii.

Prospek masa depan kerjaya yang saya minati di Malaysia


Jika saya mengambil jurusan Jurutera Elektronik ataupun Electrical Engineering , saya boleh memohon kerja di pelbagai tempat. Masa depan saya juga dijamin untuk menjadi cerah.

iii.

Kolej atau universiti yang menawarkan latihan, kursus, diploma atau ijazah yang berkaitan dengan Jurutera Elektronik
Terdapat pelbagai pusat pengajian yang menawarkan saya kursus ini untuk dipelajari. Antaranya adalah :
*Universiti Teknologi Malaysia *Universiri Tun Hussein Onn *Universiti Teknologi Mara

*Universiti Selangor (UniSEL) *HELP University College *Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) Shah Alam *Kolej Universiti Insaniah

iv.

Kemudahan program pendidikan sepanjang hayat yang ditawarkan oleh badan-badan berkanun dan swasta jika anda ingin bekerja sambil belajar
Jika saya ingin bekerja sambil belajar, pelbagai kemudahan program pendidikan sepanjang hayat ditawarkan oleh badan-badan berkanun dan swasta. Nota-nota yang berkaitan dengan jurusan saya juga mudah didapati di lawan sesawang. Selain itu, dari segi kewangan pula, kos program pendidikan sepanjang hayat pasti dapat dikurang kerana terdapat biasiswa yang ditawarkan oleh badanbadan berkanun dan swasta.

You might also like