untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat. Oleh itu konsep budaya merupakan satukonsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatumasyarakat yang lain.Justeru, dapatlah difahamkan bahawa melepak di kompleks membeli belah, bermain permainankomputer di kafe siber, berbual kosong di kedai fast food dan seumpamanya lagi, tidak wajar disebut sebagai budaya. Malahan perbuatan-perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai perilaku,tabiat, atau perbuatan yang sia-sia yang tidak mendatangkan faedah kepada diri mahupunmasyarakat. Biasanya mereka berkumpul tanpa misi dan visi, matlamat dan hala tuju yang tertentu.Perbuatan tersebut hanya sekadar untuk membuang masa, memenuhi selera jiwa remaja yang tidak terurus, berseronok suka dan kadang-kadang untuk meloloskan diri mereka daripadatanggungjawab yang sepatutnya mereka pikul. Oleh sebab itu, tidak ada masyarakat dan ahlinyayang dapat menerima tingkahlaku-tingkahlaku tersebut sebagai budaya atau cara hidup yang patutdiamalkan oleh kelompoknya, sebaliknya tingkahlaku-tingkahlaku sedemikian adalah dianggapsebagai suatu gejala sosial dalam masyarakat.Golongan remaja pula boleh didefinisikan sebagai satu golongan peralihan, iaitu peralihan dari segisikap, fizikal, mental, emosi, rohani dan jasmani daripada zaman kanak-kanak ke zaman dewasa.Golongan ini merangkumi individu lelaki dan perempuan yang berumur antara tiga belas tahunhingga dua puluh tahun. Berasaskan hakikat inilah sesetengah remaja masih lagi terbawa-bawadengan gaya hidup kanak-kanak sementara sesetengahnya pula ingin dipandang matang sepertiorang dewasa. Lantaran itu, menyebabkan golongan remaja semakin tersepit untuk menentukanidentiti diri dalam arus pemodenan negara dan akhirnya muncullah golongan remaja yangterjerumus ke kancah jenayah dan masalah sosial akibat daripada kekaburan identiti diri.1.1 Punca-punca berlakunya gejala sosial di kalangan remajaTabiat suka menghabiskan masa lapang di kalangan remaja dengan melakukan perkara-perkarayang tidak berfaedah seperti melepak di kompleks membeli belah, bermain permainan komputer dikafe siber, berbual kosong di kedai fast food, sering dikaitkan dengan isu sosial sepertikecenderungan untuk mencipta identiti baru, kecenderungan kepada kelainan, masalah penggunaanmasa senggang, ketandusan wawasan hidup, keinginan melapaskan diri daripada kongkongankeluarga, untuk mendapatkan publisiti, dan manifestasi atau sindrom ketidakupayaan remajamenghadapi perubahan dan pemodenan dalam masyarakat yang begitu pantas bergerak.Umumnya golongan remaja yang terlibat dengan gejala sosial ini mempunyai ciri sosiobudayatertentu seperti tahap pendidikan yang tidak kesampaian atau keciciran, keadaan keluarga yangtidak terurus dengan sempurna, kurang disiplin dan pengawalan diri, mudah terpengaruh, tidak suka kepada tugas yang memerlukan tumpuan dan daya usaha, asas pendidikan agama yang lemah, putus asa kerana gagal dalam sesuatu hal yang berkaitan dengan diri sendiri, tidak mempunyai cita-cita atau matlamat hidup, kurang rasa tanggungjawab, tidak mampu menghadapi cabaran, tidak adadaya usaha dan sebagainya lagi. Rumusan daripada senario tersebut, golongan remaja yangterjebak ke dalam kancah gejala sosial tersebut, disebabkan oleh beberapa faktor yang dominan.Antara faktor-faktor tersebut ialah pengaruh rakan sebaya, kepincangan institusi keluarga, pengaruh persekitaran, tarikan media massa dan kurangnya didikan agama.Mengikut Kamus Dewan (2002), rakan sebaya bererti anak-anak muda yang sama umurnya dalamsatu kumpulan. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru, terikut dan terpengaruh dengan