You are on page 1of 5

Perkataan "tuju" atau dengan istilah lainnya ialah "baling" sudah dapat kita gambarkan keadaan tempat untuk

memainkan permainan ini sudah semestinya mempunyai kawasan yang luas. Pemain dalam

permainan ini tidak terhad asalkan dapat dibahagikan sama banyak antara ke dua-dua kumpulan. Alatan yang diperlukan adalah ringkas dan mudah di perolehi iaitu tin susu kosong dan bola tenis atau seumpamanya.

Permainan ini adalah mudah dimainkan, tin susu disusun membukit di tengah padang oleh kumpulan penyerang manakala pemain kumpulan pelontar pula membuat balingan. Sekiranya susunan tin itu jatuh akibat lontaran bola tersebut, maka pemain kumpulan penyerang akan cuba merebut bola itu dengan tujuan membalingkan kepada salah seorang ahli kumpulan pelontar sebelum mereka sempat menyusun semula tin itu. Sementara itu, pelontar tadi hendaklah menyusun semula tin tersebut secepat mungkin dan boleh ditolong oleh rakan-rakan sekumpulan dengannya. Ini memerlukan kebijaksanaan para pemain untuk bekerjasama. Jika pelontar tadi berjaya menyusun semula tin-tin itu sebelum dibaling daripada kumpulan penyerang , maka kumpulan pelontar mendapat satu mata. Jika pemain kumpulan pelontar terkena balingan daripada kumpulan penyerang maka pelontar itu dianggap "mati" dan pemindahan balingan pula berpihak kepada kumpulan penyerang. Perkara berikut akan berulang sehinggalah salah satu kumpulan mendapat kiraan mata yang tertinggi dalam masa yang ditetapkan.

a) Dua kumpulan diperlukan b) Setiap kumpulan harus mempunyai pemain dua orang minimum dan lima org maksimum. Jumlah ini mestilah sama bagi kedua-dua pasukan. c) Setiap pemain diberi sekali balingan sahaja untuk menjatuhkan tin. Sekiranya semua pemain tidak berjaya menjatuhkan tin, maka permainan akan berubah posisi(turnover) dimana pelontar akan menjadi penyerang. Pelontar tidak semestinya menjatuhkan semua tin untuk memulakan permainan. Minima ialah satu jatuhan tin untuk memulakan permainan. d) Pemain daripada kumpulan penyerang hanya boleh membaling pemain daripada pihak pelontar di bahagian pinggang ke bawah sahaja untuk mengelakkan kecederaan. e) Lontaran yang dibuat di atas bahagian pinggang akan diberikan amaran dan pihak lawan tidak dikira mati. f) Setiap penyerang yang membawa bola untuk dibaling kepada pelontar juga tidak boleh bersembunyi di sebalik pokok-pokok, rumah atau sebagainya untuk memastikan pelontar dapat mengetahui kedudukan penyerang. g) Bola yang dibawa oleh penyerang untuk tujuan membaling pelontar juga tidak boleh disembunyikan di dalam baju atau sebagainya.

h) Penyerang juga tidak boleh menjatuhkan tin-tin atau mengubah kedudukan tin-tin semasa permainan dimainkan. i) Acah-mengacah boleh dilakukan untuk memastikan kejayaan sesuatu pasukan. j) Setiap pemain daripada kumpulan yang sama akan bekerjasama untuk memenangi permainan tersebut. k) Masa permainan ialah 8 minit bagi setiap perlawanan. Dalam tempoh ini, pasukan yang paling banyak menyusun semua tin akan dikira pemenang. l) Kedudukan pasukan dalam liga adalah mengikut kutipan mata. Perbezaan skor akan digunakan sekiranya mata sama. Seterusnya, jumlah turnover yang paling minima akan dikira pemenang jika perbezaan skor sama. Jika jumlah overturn sama, rekod pertemuan pasukan akan dikira untuk menentukan pemenang. m) Tin tidak boleh dibawa keluar gelung. Pemain mana yang

melakukannya akan terkeluar semasa pusingan tersebut. n) Susunan tin yang telah diubah, disepak atau diselerakkan oleh penyerang selepas pelontar memulakan permainan akan terbatal dan pelontar dikira pemenang pusingan tersebut.

o) Bola tidak boleh disorokkan ke dalam pakaian dan apabila ini berlaku, pemain penyerang yang melakukannya boleh dibatalkan dan pelontar

masih boleh meneruskan permainan walaupun telah mengenai balingan daripada pihak penyerang. p) Pemain pasukan pelontar akan dikira batal sekiranya terkeluar daripada kawasan permainan,begitu juga pemain pasukan penyerang melainkan pasukan penyerang mahu ambil bola yang terkeluar.

You might also like