You are on page 1of 2

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK PISMP (BAHASA MELAYU) Semester 3, 2012

Institut: Mata Pelajaran: Tarikh Mula:

IPG Kampus Keningau Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105) 13 Februari 2012

Nama Guru Pelatih: Jabatan: Tarikh Hantar: Pengajian Melayu 13 Mac 2012 Dengan memiliki

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang guru.

kemahiran tersebut, guru dapat mempelbagaikan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan sesuai dengan kecenderungan murid-murid hari ini. Sebagai seorang bakal guru anda dikehendaki menghasilkan tugasan bagi Kursus Pengajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer yang boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu di sekolah rendah. Bagi melaksanakan tugasan tersebut, anda dikehendaki: 1. Menyedia dan melengkapkan folder yang mengandungi bahan amali untuk minggu 1, 2, 3 dan 4. Bahan-bahan hendaklah dikumpul dan dikategorikan mengikut keperluan Kurikulum Baharu Sekolah Rendah (KBSR) atau Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. 2. Membina laman web (individu) yang kandungan utamanya ialah bahan-bahan rujukan dan hasil tugasan amali untuk minggu 1, 2, 3, 4 dan 5. Maklumat lain yang sesuai juga boleh dimasukkan. 3. Menghasilkan pakej tutorial pembelajaran untuk tahun tertentu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan menggunakan perisian power point dan perisian lain yang sesuai . 4. Merancang, mengurus dan melaksanakan pameran bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah dihasilkan. 5. Berkolaborasi dengan pensyarah, rakan, dan pihak lain yang berkaitan tugasan. Menyediakan penulisan refleksi antara 350-400 patah perkataan yang berkaitan tugasan.

PANDUAN

1.

Hasil dan bahan tugasan 1, 2 dan 3 hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy yang dimuatkan dalam CD. Sementara tu, hasil tugasan 1 dan 3 hendaklah dimuat naik ke laman web indvidu yang telah dibina. Hasil tugasan 3 hendaklah dicetak dan dilampirkan bersama-sama dengan tugasan 5. Tugasan hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan langkau satu setengah baris. Sumber bahan/rujukan perlu dinyatakan mengikut format penulisan bibliografi. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (lampiran). Sumber maklumat dalam penulisan perlu dinyatakan. Bahagian kulit luar dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:

2.

3. 4. 5. 6.

(a) Nama Pelajar: (b) Angka Giliran (c) No. Kad Pengenalan: (d) Kumpulan/Unit: (e) Kod dan Mata Pelajaran: (f)
Nama Pensyarah Pembimbing:

(g) Tarikh Mula dan Tarikh Serahan:

You might also like