Assalamualaikum wbt. Terima kasih pengacara majlis, yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru rakan-rakan seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Bulan bintang penyeri malam Indah sungguh ciptaan tuhan Kisah nabi Adam Alaihissalam Ambil iktibar jadikan pengajaran
Iblis dan syaitan musuh durjana Menggoda nabi Adam dan juga Hawa Buah khuldi termakan akhirnya Penyesalan dirasa tidak berguna
Ya kawan-kawan Nabi Adam dan Hawa telah dilempar ke dunia kerana kesilapan mereka melanggar perintah Allah memakan buah khuldi kerana terpedaya dengan hasutan iblis.Nabi Adam amat menyesal dan bertaubat kepada Allah.
Firman Allah NBC B,1,; BqoL B,1@0 f, V B,1 Bq=V, _N,1 @Bb mafhumnya 23. Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami Telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya Pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi. (Surah Al Aaraf ayat 23) Rakan-rakan, Jauhilah diri dari godaan syaitan dengan perbanyakkan zikrullah serta hayatilah program- program keagamaan seperti rancangan Al kuliah, forum perdana dan sebagainya. Taubat Nabi Adam diterima oleh Allah.walaupun begitu Allah memerintahkan nabi Adam dan Hawa meneruskan kehidupan di dunia.
BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN(LELAKI)
1 Firman Allah =PJBb =,; LBJ =@1 N),
Kemudian Tuhannya memilihnya[950] Maka dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk. (surah Toha ayat 122) Sebagai umat islam kita hendaklah sentiasa memohon ampun dan bertaubat kepada Allah kerana Allah itu maha penerima taubat.Pihak JAKIM sentiasa bersedia membantu rakyat malaysia yang terpesong akidahnya untuk kembali ke pangkal jalan seperti golongan maknyah yang ingin bertaubat, Nabi Adam dan Hawa telah dipertemukan kembali di Jabal Rahmah. Hiduplah mereka di bumi dengan menemph pelbagai dugaan, berbeza sekali dengan cara kehidupan mereka di Syurga. Firman Allah XBC B@ _,@ B@, _V_V B8, _ Allah berfirman: "Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan. (Surah Al Aaraf ayat 25) Bermulalah kehidupan Nabi Adam dan Hawa di dunia sebagai khalifah di muka bumi.Mereka dilimpahi dengan kebahagiaan dan kesempurnaan apabila Hawa melahirkan dua pasang anak kembar. Qabil berpasangan dengan Iqlima Habil berpasangan dengan Labuda
Di bawah bimbingan ayah dan bonda tercinta. Anak-anak nabi Adan terdidik dengan sempurna. Anak lelakinya Qabil mengusahakan pertaniaan manakala Hbil pula menguruskan penternakan. Sementara Iqlima dan Labuda menguruskan rumahtangga. Rakan-rakan Para bapa adalah ketua keluarga. Sebagai ketua rumahtangga, mereka perlu membina institusi keluarga yang bahagia.Tontonlah rancangan semanis Kurma di TV 9 bagi mencari tips keharmonian keluarga. BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN(LELAKI)
2 Setelah putera dan puterinya menginjak dewasa, Nabi Adam mencadangkan agar Qabil dikahwinkan dengan Labuda manakala Habil pula dikahwinkan dengan Iqlima. Tetapi hal ini tidak dipersetujui oleh Qabil dengan alasan Labuda tidak secantik Iqlima. Ahh....saya tidak setuju. Mana mungkin saya akan berkahwin dengan Labuda. Kembarku Iqlima lagi cantik. Kemudian Allah telah mewahyukan agar mereka berkorban.Sesiapa yang korbannya Allah, maka dia berhak menentkan pilihannya. Firman Allah VVBb, @1 0P Bb @b, CBB [f BC B1BC Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang Sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban (Surah Al maidah ayat 27) Kesal kecewa bersarang di hati Iqlima disanjung tak dapat dimiliki Kata nasihat tidakdipeduli Qabil beremosi menghadapi realiti
Ya rakan rakan Perkahwinan merupakan satu ikatan yang suci, ianya boleh megurangkan gejala sosial seperti seks bebas, pembuangan, pembunuhan bayi juga kelahiran bayi yang tidak sah taraf.
Berbalik kita kepada cerita tadi Habil bersetuju mengorbankan kambing peliharaan kesayangannya. Manakala Qabil pula bersetuju mengorbankan gandum yang sudah rosak.keesokan harinya ketika mereka sedang menunggu korban siapa yang akan dipilh, tiba-tiba mereka ternampak cahaya putihdari langit telah menyambar korban Habil.gembiranya habil bukan kerana ini bermaknna dia yang akan Dikahwinkan dengan Iqlima.Hal ini menibulkan rasa marah di hati Qabil dan membunuh Habil
Inilah korban pembunuhan pertama di muka bumi di dalam sejarah islam.Setelah Habil dibunuh, Qabil berasa gelisah.Allah telah menunjukkan Qabil bagaimana seekor gagak menggali lubang dengan paruhnya lalu memasukkan gagak yang telah mati ke dalam lubang tersebut. Dengan ilham itu, Qabilpun melakukan hal tersebut ke atas mayat Habil.
BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN(LELAKI)
Sebelum kewafatan nabi Adam, baginda mengumpulkan anak-anaknya dan berpesan agarmereka berpegang teguh dengan ajaran Allah. Baginda juga mewasiatkan agar Sith menggantikan tempatnya. Nabi Adam wafat pada hari jumaat ketika usianya 1000 tahun dan dikebumikan di jabal Qubais.
Rakan-rakan Syaitan itu musuh utama Sabar pula senjata iman Berbuat baiklah sesama insan Kelak hidup diberkati tuhan.