You are on page 1of 17

Pembuangan Murid-Murid daripada sekolah rendah kerana kelakuan curang

SURAT/NO.FAI L/ TARIKH Bil.6/88 Bil.8543/(10) 10hb September 1968 ISI PENTING 1. Murid, ibu bapa dan penjaga diberi amaran bertulis berkaitan dengan kesalahan dan satu salinan borang jawapan disertakan untuk penjaga memberi akuan terima. 2. Surat amaran kedua dihantar kepada ibu bapa sekiranya kelakuan murid tidak bertambah baik. 3. Sekiranya murid tidak patuh, Guru Besar/Pengetua boleh mengantung persekolahan maksimum dua minggu. 4. Satu salinan semua amaran penggantungan atau pembuangan mestilah dikirim kepada Pendaftar Sekolah dan Pengarah Lembaga Sekolah. 5. Kelakuan curang yang serius, Guru-guru Besar/Pengetua perlu memberhentikan murid sementara waktu untuk dibuat penyelidikan. Jika munasabah murid tersebut boleh dibuang sekolah. 6. Jika rayuan diterima, persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diperlukan.

Tatatertib Di Sekolah-Sekolah
SURAT/NO.FAIL/ TARIKH Bil.8/68 KP. 8543 02(12) 18hb. September ISI PENTING 1. Tatatertib ialah tindakan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan sekolah diikuti.

1968 2. Guru-guru mempunyai peranan untuk menyelesaikan masalah-masalah pelajar. Kesalahan berat diserah kepada Guru Besar/Pengetua. 3. Kesalahan berat dikenakan tindakan pembuangan atau penggantungan sementara (tidak melebehi 10 hari). 4. Pakaian mestilah sesuai dengan peraturan sekolah.

Tambahan Kepada Surat Pekeliling "Professional"


SURAT//NO.FAIL / TARIKH Bil.6/88 dan 9/68 KP.8543(11) 12hb Oktober 1968 ISI PENTING 1. Penggantungan pelajar, maksimum 14 hari.

2. Ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan dalam masa satu bulan selepas tarikh pembuangan kepada Menteri Pendidikan.

Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH ISI PENTING

No.Siri: Bil.1/1972 No.Fail:0504/11/ (144) Tarikh: 4/2/1972

1. Hukuman dera terhadap murid-murid perempuan adalah dilarang.

2. Hukuman dera terhadap murid lelaki dihadkan pada pukulan dengan rotan kecil ke atas tapak tangan atau punggung yang berlapik. 3. Hukuman hanya diberikan oleh Guru Besar atau dengan kuasa yang diberikannya

Murid-Murid Menghisap Rokok


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.6A/1975 No.Fail:K.P.8548/8 / (75) Tarikh: 5/9/1975 ISI PENTING 1. Semasa perhimpunan Guru Besar dikehendaki memaklumkan kepada pelajar bahawa :-

a. Penghisapan rokok adalah dilarang kerana sebab-sebab kesihatan. b. Tindakan disiplin akan diambil ke atas murid yang tidak mematuhi peraturan. c. Tempoh pengampunan selama seminggu kepada pelajar untuk membuat pengukuran. d. Selepas tempoh pengampunan murid yang merokok akan menghadapi tindakan disiplin. 2. Langkah-langkah ke atas murid-murid yang merokok. a. Tindakan disiplin yang sewajarnya. b. Ibu bapa/Penjaga pelajar diberitahu. c. Murid dirujuk kepada guru panduan untuk nasihat. d. Guru panduan menyimpan rekod untuk tujuan penyelidikan Kementerian Pelajaran.

Salahguna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan Dan Guru Besar

SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No. siri: 7/1975 No.Fail:K.P.8548/8/ (67) Tarikh: 19/8/1975

ISIPENTING 1. Matlamat Kementerian Pelajaran membantu pelajar dan mengelakkan dari publisiti. 2. Tindakan disiplin selepas pertolongan gagal dan selepas berunding dengan Pengarah Pelajaran Negeri. 3. Tindakan-tindakan yang harus diambil a. Rujukan sendiri. b. Rujukan oleh Guru-guru/murid. c. Rujukan dibuat atas keputusan tindakan disiplin. 4. `Checklist tindakan yang harus diambil. 5. Jenis-jenis dadah yang disalah gunakan.

Peraturan-Peraturan Sekolah Untuk MuridMurid


SURAT/NO.FAI L/ TARIKH No. siri: 9/1975 No. Fail: K.P.8543/ ISI PENTING 1. Guru Besar dan semua guru bertanggungjawab menjaga disiplin sesebuah sekolah.

Vol.2(55) Tarikh: 4/11/1975 2. Guru Besar dan semua guru mesti memahami ordinan-ordinan/surat-surat Pekeliling /Pekeliling Ikhtisas - Lampiran A. 3. Perkara-perkara Tatatertib yang dianggap berat - Lampiran B. 4. Peraturan-peraturan Sekolah yang Bertulis untuk murid-murid. Tindakan oleh tiap-tiap sekolah - Lampiran C. 5. Peraturan-peraturan Khas untuk Asrama, Perpustakaan dan Bilik-bilik Mata-mata Pelajaran Praktikal. 6. Guru mesti menjadi teladan baik kepada murid.

Potongan Rambut Murid-Murid


SURAT/NO.FAI L/ TARIKH No.Siri: 2/1976 No. Fail: KP.8543/ Vol.II(58) Tarikh : 7/1/1976 ISI PENTING 1. Peraturan merangkumi murid-murid sekolah, guru dan kakitangan lain.

2. Rambut murid-murid lelaki. 3. Misai dan janggut.

4. Rambut murid-murid perempuan. 5. Menjadi tanggungjawab guru dan kakitangan lain memberi teladan yang baik kepada pelajar.

Mengharamkan Semua Jenis Permainan Judi Di Sekolah-Sekolah


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.Siri: 11/1976 No. Fail: K.P.85919 (11) Tarikh: 9/10/1976 CATATAN 1. Permainan berunsur judi dilarang di sekolahsekolah.

2. Penjualan alat-alat permainan berunsur judi di kantin sekolah dilarang.

Pengelolaan Walkaton Di Sekolah-Sekolah


SURAT/NO.FAI L/ TARIKH No.Siri: Bil.7/77 No.Fail: 86103B(15) Tarikh: 7/9/1977 ISI PENTING 1. Pengelolaan Walkaton dirancang dan dikawal supaya tidak menjejas pelajaran, kebajikan dan keselamatan pelajar. 2. Perkara-perkara yang perlu dipatuhi oleh Guru Besar. i. ii. iii. Waktu mencari penaja. Persetujuan ibu bapa murid. Keselamatan dan kebajikan murid.

Menganjur Dan Menjual Loteri Di Sekolah-Sekolah


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: 9/1977 No.Fail: K.P.8610/ (30) Tarikh: 3/10/1977 ISI PENTING 1. Penjualan loteri oleh sekolah-sekolah melalui Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru dan badanbadan yang berkaitan dengan sekolah dilarang. 2. Penjualan loteri kepada murid-murid dalam kawasan sekolah yang dianjur oleh manamana pihak dilarang. 3. Pihak sekolah perlu berikhtiar dengan cara lain untuk mendapatkan wang.

Acara Suaikenal Di Sekolah-Sekolah


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No. siri: Bil.4/1978 No. Fail: KP.8542/07/ Jld.XI/ (85) Tarikh: 2hb Mei 1978 ISI PENTING 1. Melarang `ragging yang bertopeng suaikenal di sekolah-sekolah.

2. Mereka yang terlibat akan diberhentikan dari sekolah tanpa amaran.

Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan
SURAT/NO.FAIL/ TARIKH ISI PENTING

No.siri: Bil.2/1979 No.Fail: KP(BS)878651/Jld.IV/(20) Tarikh: 26hb. Mac 1979

1. Arahan membuat laporan terperinci mengenai pelajar-pelajar sekolah yang dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah yang memerlukan pertolongan.

Permainan 'Pin-Table, Video Game, Game Watch'


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil. 4/1982 No. Fail: KP.8591/ (97) Tarikh: 1hb.Oktober 1982 ISI PENTING 1. Melarang pelajar sekolah: a) bermain permarkahan `pin-table, video game dan lain permainan yang seumpama. b) membawa ke sekolah segala jenis `game watch. 2. Mengambil tindakan yang sewajar terhadap pelajar yang bersalah.

Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-Sekolah


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.1/1983 No.Fail: KP.8591/ (99) Tarikh: 25hb Feb.1983 ISI PENTING 1. Langkah-langkah positif bagi menjayakan kempen anti-merokok.

Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.3/1983 No.Fail:KP(BS)859 1/ Jld.II/(2) Tarikh: 9hb Mac 1983 ISI PENTING 1. Mengemaskini arahan yang berhubung dengan pakaian murid-murid daripada sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam aspek-aspek: a. Pakaian seragam sekolah

b. c. d. e.

Pakaian Pakaian Pakaian Pakaian

ketika bersenam/ bersukan dalam Pasukan Beruniform murid-murid Islam hari Jumaat seragam khas

f. Kasut

Larangan Bermain Bahan-Bahan Letupan


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.6/1983 No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.II/(6) Tarikh: 23hb April 1983 ISI PENTING 1. Memberi ingatan mengenai bahaya dan larangan bermain dan menggunakan bahanbahan letupan adalah satu langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk menyedar dan menginsafkan murid-murid tentang bahayanya

Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-Murid Sekolah


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.7/1983 No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.II.(7) Tarikh: 11hb April 1983 CATATAN 1. Menyatakan beberapa prinsip dan garis panduan mengenai pungutan derma yang dijalankan di sekolah.

Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran
SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.8/1983 ISI PENTING 1. Menyarankan kepada guru besar dan guru-

No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.II/(17) Tarikh: 7hb Nov.1983

guru kepentingan mengenakan tindakan yang adil dan sejajar bagi jenis kelolaan tersebut 2. Kewajipan Guru Besar dalam membimbing guru-guru dalam menjalankan tugas mengenai disiplin pelajar. 3. Guru Besar juga disarankan menjalankan langkah-langkah positif untuk mendisiplinkan murid-muridnya.

Perhimpunan Sekolah
SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.4/1984 No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.II/(24) Tarikh: 14hb Jun 1984 ISI PENTING 1. Mewajibkan sekolah mengadakan perhimpunan sekolah sebagai majlis rasmi pada setiap minggu.

2. Panduan mengelolakan perhimpunan sekolah dalam aspek a. masa b. aturcara 3. Pihak sekolah dikehendaki memberi perhatian dalam perkara berikut : a. b. c. d. e. Surat Pekeliling Am Bil.23 Tahun 1996 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1975 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8.1975 Penglibatan semua guru/ pelajar Menggalakkan penglibatan kakitangan bukan

guru f. Mengadakan aktiviti positif dan dilarang menjalankan hukuman disiplin kepada pelajar

Perhimpunan Sekolah (Tambahan Kepada Surat Pekeliling Iktisas Bil 4/84)


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.4/1984 No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.II/(26) Tarikh: 10 Sept.1984 ISI PENTING 1. Memasukkan Lagu `Malaysia Berjaya semasa perhimpunan (selepas Lagu Kebangsaan dan Lagu Negeri)

2. Perlu diadakan perhimpunan khas setiap hari sebelum waktu pertama bermula untuk menyanyikan lagu `Negaraku dan `Malaysia Berjaya. Nyanyian dengan teratur dan tertib.

Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.8/1985 No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.II/(39) Tarikh:22hb Nov.1985 CATATAN 1. Kasut murid-murid sekolah rendah dan menengah adalah berwarna putih dan diperbuat daripada `canvas/bahan sintetik yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara. 2. Setokin berwarna putih.

Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.7/1986 No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.II/(56) Tarikh: 1hb Ogos ISI PENTING 1. Tumpukan kepada faktor sekolah yang boleh dikawal dan diubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah.

1986 2. Pengetua atau Guru Besar mempunyai kuasa bagi mengawal Organisasi Sekolah dan bagi menentukan disiplin. Berkuasa menentukan hukuman yang munasabah. 3. Perlu mempunyai maklumat ordinan pelajaran, surat pekeliling dan buku panduan disiplin. 4. Menubuhkan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid peringkat sekolah. 5. Pejabat Pelajaran Daerah juga perlu berusaha mengambil langkah-langkah bagi mengurangi masalah disiplin.

Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.8/1988 No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.III/(10) Tarikh : 1 Mac 1988 ISI PENTING 1. Diingatkan semua pihak di sekolah sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini, ke atas diri pelajar.

2. Menekankan aspek keselamatan melalui :- pengajaran, peraturan,latihan, bimbingan dan amalan. - memaklumkan kepada ibu bapa mengenai penggal dan aktiviti sekolah. - sistem kawalan rekod yang kemas - menyediakan tempat berkumpul yang selamat dan terkawal. - Sistem berteman - Mengawasi kawasan dengan kerap - Menjadikan peraturan keselamatan sebagai sebagai peraturan sekolah

Tata Kelakuan Pelajar Ketika Di Masjid


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri:Bil.2/1991 No.Fail:KP(BS)859 1/ Jld.V/(60) Tarikh: 5hb Feb. 1991 ISI PENTING 1. Pelajar tidak mempunyai tatatertib yang baik ketika berada di masjid.

2. Tindakan yang perlu diambil: i. ii. iii. memperingatkan para pelajar mengenai adab dan tatatertib di masjid. Guru perlu mengawas kelakuan pelajar. Pelajar dikelompok mengikut kumpulan dan diketuai oleh seorang Pengawas.

Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/Institusi Pendidikan


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri:Bil.3/1991 No.siri:Bil.3/1991 No.Fail:KP(BS)8591 / Jld.V(95) Tarikh:16hb Mei 1991 ISI PENTING 1. Cadangan undangan ke upacara tertentu hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan.

Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah


SURAT/ NO.FAIL/ TARIKH No.siri:Bil.4/1991 No.Fail:KP(BS)8591(Jld.V/ (96) Tarikh:16 Mei 1991

ISI PENTING
1. Pelajar menjadi mangsa kepada perbuatan jenayah penceroboh dan pelajar terlibat melancarkan mogok, merusuh, mencedera dan bergaduh. 2. Pengetua dikehendaki dengan serta merta melaporkan kepada Kementerian Pendidikan, PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Usaha Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah
SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.6/1994 No.Fail: KP(BS)8586/ 090/Jld.5(11) Tarikh: 12 Sept.1994 ISI PENTING 1. Semua pihak hendaklah bersama-sama mengambil sikap yang serius mengenai soal taat setia dan cinta terhadap negara. 2. YB. Menteri Pendidikan mengarah supaya semangat patriotisme ini ditanam melalui upacara perhimpunan mingguan atau harian. 3. Semua upacara tersebut perlu dijalankan dengan penuh penghayatan dari semua pihak. 4. YB Menteri menyarankan supaya senaman ringkas diadakan di dalam bilik darjah sebelum memulakan P&P.

5. Semangat patrotisme dan senaman ringkas disarankan supaya dapat diadakan di semua sekolah dan sertamerta.

Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.6/1995 No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.VIII/(9) Tarikh: 5 Sept. 1995 ISI PENTING 1. Ponteng sekolah dan ponteng kelas dua masalah yang perlu diatasi dengan segera oleh semua pegawai yang berkaitan.

2. Pihak Kementerian telah menerbit dan mengedarkan Buku Panduan bagi mengatasi masalah ponteng di sekolah. Saranan dan cadangan dalam buku ini diyakini dapat mengatasi dua masalah di atas.

Tatacara Mengenakan Tindakan Dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.7/1995 No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.VIII(10) Tarikh: 11 Okt. 1995 ISI PENTING 1. Terdapat laporan mengatakan pihak sekolah telah mengenakan tindakan dan hukuman yang keterlaluan di atas kesalahan disiplin para pelajar yang terlibat.

2. Keadaan ini boleh menjejaskan maruah dan reputasi Kementerian Pendidikan. 3. Surat ini mengingatkan semua yang terlibat agar mematuhi garis panduan seperti yang terkandung dalam Lampiran ini.

Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.2/1996 No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.VII(33) Tarikh: 24 Jun 1996 ISI PENTING 1. Meminta semua sekolah mengambil langkahlangkah dan tindakan yang wajar, konsisten dan tegas bagi mempastikan amalan-amalan ke arah pembinaan sahsiah dan penampilan diri yang baik di kawasan para pelajar.

Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.1/1996 No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.VIII(32) Tarikh: 13 Feb. 1996 ISI PENTING 1. Sikap pelajar ke arah mengutamakan kebersihan perlu dibina dalam diri pelajar.

2. Tindakan Pengetua dan Guru Besar i. Meningkatkan usaha dan menggunakan inisiatif serta kreatif untuk memastikan sekolah dalam keadaan bersih. Mengambil tindakan positif dalam memupuk kesedaran dan rasa tanggungjawab bagi menjaga keindahan dan kebersihan sekolah.

ii.

Perlantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa Sekolah Menengah


SURAT/NO.FAIL/ TARIKH No.siri: Bil.3/1996 No.Fail: KP(BS)8591/ Jld.VII/(35) Tarikh: 11 Julai 1996 ISI PENTING 1. Perlantikan Guru Kaunseling Sepenuh Masa telah diluluskan dan dilaksanakan secara berperingkat.

2. Perlantikan perlu mengambil kira. i. ii. iii. iv. Kelulusan Iktisas,Bimbingan dan Kaunseling Guru yang belum disahkan dalam jawatan. Guru yang layak tetapi mengajar kelas peperiksaan. Guru yang layak tetapi menolak perlantikan sebagai Kaunselor sepenuh masa.

You might also like