You are on page 1of 30

MENGATASI KELEMAHAN MEMBACA PERKATAAN YANG MELIBATKAN DIFTONG DAN VOKAL BERGANDING MELALUI LAGU

Oleh Maimon bt Abdul Latif SK Sultan Omar 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman.

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran penggunaan menyebut dan membaca perkataan diftong atau vokal berganding bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Gigih. Seramai 10 orang murid terlibat dalam kajian ini. Saya fokuskan kepada penggunaan menyebut dan membaca perkataan diftong atau vokal berganding. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid kurang mahir dalam kemahiran ini.. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik lagu untuk mensifarkan kesalahan murid dalam kemahiran bacaan. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid untuk menyebut dan membaca diftong semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ISI KANDUNGAN
2

Kandungan Penghargaan Abstrak 1. Pendahuluan 1.1 1.2 2. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Sorotan Literatur

Fokus Kajian 2.1 2.2 Tinjauan Masalah Analisa Tinjauan Masalah ...

3.

Tujuan Kajian 3.1 3.2 Objektif Umun Objektif Khusus .

4. 5.

Kumpulan sasaran Perancangan Pelaksanaan Kajian 5.1 5.2 5.3 5.4 Prosedur Pelaksanaan Tindakan Cara Pengumpul Data Cara Analisis Data Perancangan Pelaksanaan Tindakan

.. .. .. ..

6. 7.

Bibliografi Lampiran

PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang saya menjalankan kajian ini kepada : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Pendidikan Daerah Dungun kerana telah memberi imput yang amat berguna dalam Kajian Tindakan yang telah saya jalankan pada Mata pelajaran BMM 3113 Encik Shahrin bin Sulong Pegawai Pendidikan Daerah Dungun Encik Mohd Nor Bin Chik Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Omar

1.0

PENDAHULUAN 4

1.1

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Pada tahun ini merupakan tahun kedua saya mengajar semula mata pelajaran Bahasa

Melayu selepas saya menyambung pelajaran dalam program PGSR yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan. Saya memohon dengan pihak pengurusan sekolah agar ilmu yang saya perolehi sewaktu belajar dapat diaplikasikan kepada murid saya dan tidak tinggal begitu sahaja.Saya ditugaskan untuk mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 2 Gigih iaitu kelas yang keempat dari lima kelas di sekolah kebangsaan Sultan Omar sama seperti tahun lepas . Perbezaan yang ketara pada tahun 2011 perubahan sukatan menggunakan kurikulum KBSR tetapi pada tahun ini merupakan tahun kedua KSSR diperkenalkan.Hati saya terasa amat terkilan dan tersentuh dengan keupayaan murid pada tahun ini tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menyebut khususnya pada perkataaan diftong atau vokal berganding. Saya merenung kembali di manakah silapnya dan mengapakah keadaan ini berlaku . Walaupun pada tahun lalu, saya ditugaskan untuk mengajar kelas yang sama dan jumlah keramaian yang sama , namun keupayaan dan kebolehan mereka amat ketara

berbanding tahun lepas. Masalah disiplin dan tidak berapa berminat terhadap pengajaran yang disampaikan. Saya mula tertanya adakah perubahan sukatan dari KBSR kepada KSSR merendahkan keupayaan murid dalam kemahiran ini atau saya sendiri yang tidak mahir memikat minat murid menguasai kemahiran ini? Kelemahan murid menguasai kemahiran menyebut suku kata yang mempunyai kata vokal berganding atau diftong vv (ai, oi dan ou ) paling ketara terutama kepada sepuluh orang murid dalam kelas tersebut dan dapat dilihat

pada awal pembelajaran kerana kemahiran ini mula diajar pada unit pertama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Dua. Di peringkat awal sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas 2 Gigih, saya berasa sedih dan kecewa kerana sepuluh dari murid dalam kelas ini tidak menunjukkan respon kepada pengajaran yang disampaikan. Situasi yang berlaku pada murid saya mungkin kaedah pengajaran yang disampaikan tidak menarik dan menyeronokkan. Sering kedengaran dan bertanyakan .. lambat lagikah rehat atau waktu pulang.Kebosanan dan sikap sambil lewa dalam masa belajar.Bagi murid tahun dua , kemahiran unit yang pertama dikehendaki berbual,membaca dan menulis dan membina ayat menggunakan perkataan yang

mengandungi diftong. Bagi sepuluh orang murid tersebut, mereka betul betul mengajar aku supaya lebih menginsafi bahawa tidak semua murid mempunyai keinginan dan keupayaan yang sama. Saya amat kesal dan tidak berpuas hati kerana tidak memberi tunjuk ajar yang betul dan sempurna kepada anak didik saya. Setelah dikenal pasti beberapa kelemahan dan kekurangan pada diri mereka, barulah saya menyedari bahawa tujuh dari murid tersebut mempunyai masalah dalam keluarga . Kerap tidak hadir ke sekolah, sering mengatuk ketika di dalam kelas, sering kali keluar ke tandas dan selalu menganggu rakan ketika guru tiada di dalam kelas. Seorang mempunyai kecacatan fizikal dan dua daripadanya bersifat pendiam serta tidak mahu bercakap. Hampir 14 tahun saya tidak mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu setelah diarahkan untuk mengajar mata pelajaran sains tahun enam. Walaubagaimanapun, saya berpengalaman selama 7 tahun mengajar murid Tahap 1 membuatkan saya rasa pengalaman yang selama ini saya simpan begitu berharga. Bermula dengan sukatan pelajaran yang mudah bagi murid
6

tahun 1 iaitu KBSR mula diperkenalkan pada tahun 1984 hinggalah 2011 KSSR ditukar menggantikan KBSR pada zaman era perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap kali latihan di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak pun kadangkala cuai dengan penggunaan diftong atau vokal berganding khususnya murid tahap 1. Persoalannya adakah masalah ini akan berterusan seandainya saya sendiri mengambil sikap membiarkan sahaja keadaan ini berlaku. Rasa sedih, keliru dan kesal mengingat yang murid saya tidak dapat menguasai kemahiran seperti mengecam, menyebut, membaca dan menulis perkataan serta ayat mudah yang merupakan asas untuk kemahiran Bahasa Melayu . Membaca tidak lancar dan masih lagi tergapap-gagap untuk menyebut sesuatu perkataan. Suasana kelas sunyi seolah olah tiada penghuni ketika sesi pertanyaan. Apabila saya bertanyakan kepada mereka .. tiada jawapan yang diterima kecuali pada murid yang pandai mencelah dia memang gitu cikgu , dari tahun satu lagi kerap tidak hadir ke sekolah..malas dan sebagainya. Setelah menyedari situasi tersebut , saya mula berbincang dengan rakan-rakan yang mengajar mereka pada tahun satu. Ada guru yang menyatakan murid ini memang bermasalah dan lambat menyiapkan kerja. Ada yang suka menyalin tetapi tidak suka membaca. Selain dari menyebut perkataan yang bersuku kata terbuka (kv+kv) atau suku kata tertutup, kelemahan yang sering dihadapi ialah menyebut diftong atau vokal berganding. Kegagalan murid menguasai kemahiran ini mencacatkan sebutan dan kelancaran bacaan seterusnya tidak dapat membaca dengan lancar. Kelemahan ini semakin bertambah apabila tiada kesinambungan di rumah ,tambahan pula cuti akhir tahun telah membuatkan mereka terus lupa kepada pelajaran yang diajar pada
7

tahun satu. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana kemahiran membaca adalah penting dalam semua mata pelajaran.Jika masalah ini tidak diatasi, peratus markah dalam subjek Penulisan Bahasa Melayu Tahap 1 nanti akan terjejas. Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran membaca dengan intonasi yang betul dan jelas. Saya rasa terpanggil untuk mengubah situasi ini. Saya mesti mencari idea lain atau perlu merujuk beberapa buah buku ilmiah,teori teori pembelajaran yang saya belajar atau hasil kajian tindakan yang telah dilakukan sebelum ini. saya berjanji kepada diri saya sendiri berusaha dan berazam dengan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan pada diri saya bagi mempertingkatkan pembelajaran anak didik saya. Saya mula memperkenalkan satu pendekatan yang berkesan untuk membimbing mereka menguasai kemahiran

membaca.Perubahan yang ditunjukkan oleh murid dapat membantu mereka menguasai kemahiran membaca dan seterusnya mendapat markah yang tinggi dalam mata pelajaran bahasa Melayu pada akhir tahun nanti.

1.2

Sorotan Literatur

Kajian ini merupakan satu kajian tindakan mengenai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan lagu ( didik hibur ) dalam menyebut dan membaca perkataan vokal berganding dan diftong. Didik Hibur merupakan satu kemahiran baru yang diperkenalkan dalam Bahasa Melayu KSSR sekolah rendah. Dalam bahagian ini, saya akan membincangkan cara atau kaedah yang akan digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Gigih.. Kaedah ini juga telah diguna pakai untuk mata pelajaran matematik dan hasilnya amat memberansangkan. Nyanyian merupakan salah satu dari cabang muzik . muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan dan budaya masyarakat keseluruhannya. (Kementerian Pendidikan

Malaysia,1983). Abdullah al Amin al Namiy (1994) di dalam bukunya menyatakan bahawa Ibu Khaldum telah mengistiharkan sesungguhnya muzik adalah suatu ilmu , dan menekankan bahawa muzik dan nyanyian itu sesuatu perkara yang dapat memperkembangkan pengetahuan dan idea semasa melagukan sesuatu lagu. Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1988) , menyanyi adalah aktiviti yang berlaku dalam kehidupan kita yang sebenar dan aktiviti ini boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik dan menyeronokkan. Kanak kanak suka menyanyi dan bagi kanak kanak yang masih belajar , menganggap menyanyi lebih sebagi satu bentuk bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran.

Dalam konteks mengukuhkan kemahiran murid , menyanyi merupakan satu kegiatan yang dapat membantu guru mencapai matlamat tersebut. Ini adalah kerana nyanyian itu sendiri memerlukan penyebutan bunyi dengan jelas dan betul, mengikut rentak dan irama serta disampaikan mengikut tekanan,intonasi dan nada tertentu. Guru boleh menyediakan seni kata lagu mengikut isi dan bahan pelajaran yang dipilih. Aktiviti menyanyi mempunyai beberapa tujuan antaranya ialah, menyanyi dapat menambah kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga kepada pengalaman murid mempelajari bahasa. Ia mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim dalam bilik darjah. Menyanyi dapat membantu proses mengingat kanak kanak. Ia amat berguna dan boleh membantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan,intonasi, rima dan tekanan, struktur dan bentuk ayat. Lagu juga boleh membantu menyumbang kea rah bentuk pemikiran dan daya inkuiri otak mentafsir sesuatu perkara. Kajian Rosne hafizah (2009) hasil dapatan terhadap beberapa orang murid di sebuah sekolah di Selangor, beliau mendapati bahawa aktiviti nyanyian ini dapat meransang minat murid-murid untuk mempelajari bahasa Arab. Secara tidak langsung , telah Berjaya menguasai perbendaharaan kata bahasa Arab melalui kaedah nyanyian. Dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ayat al- Quran ini sesuai dengan proses mengingat bagi seseorang individu. Setiap individu dikurniakan Allah kemampuan dan kecerdasan minda yang berbeza-beza. Jadi , bagi mengingat dan menghafal sesuatu perkara , seseorang itu perlu untuk menggunakan kaedah tertentu supaya ingatan itu berkekalan.

10

Dalam model teori pembelajaran Carl Rogers (2003) iaitu di bawah mazhab humanis yang menekankan bahawa pembelajaran manusia itu bergantung kepada emosi dan perasaannya serta setiap individu mempunyai cara yang berbeza. Dalam proses mengingat , emosi memainkan perana yang penting. Emosi mempengaruhi keupayaan seseorang itu

mengingat dan menghafal fakta dengan jelas. Jika berlakunya gangguan emosi, maka proses menghafal dan mengingat akan terjejas. Murugiah Velayutham (1997) melihat pembelajaran ialah suatu proses yang cergas dan perlu dirangsang serta dibimbing kea rah matlamat yang diingini. Rangsangan luaran yang mendorong pembelajaran termasuklah pengaruh guru melalui tugasan yang dibuat, soalan yang ditanya, alat bantu mengajar yang digunakan dan semua prosedur yang digunakan untuk membangkitkan dan kegiatan belajar. Menurut pandangan Zulkifli Ismail (1993), ingatan ialah kebolehan memanggil balik atau menyebut dan menulis fakta atau kejadian yang telah berlaku setelah beberapa lama. Kemahiran mengingat mempunyai fungsi yang sangat penting dan mustahak kepada pemikiran dan tindakan. Seandainya manusia tidak boleh mengingat fakta dan kejadiankejadian yang penting, aktiviti aktiviti harian tidak dapat dilaksanakan dengan baik,teratur atau sistematik. Jika seseorang itu lupa ingatan , sudah tentu dia tidak boleh bercakap, membaca, mengenal benda atau rakan rakannya yang lain. Bagi penadapat yang dikemukakan oleh Hanafi Ismail dan sadali Othman ( 2001 ) faktor yang mempengaruhi daya ingatan seseorang ialahsikap murid itu sendiri. Selain itu juga, teknik mengingat dan bahan yang ada. Bahan pembelajaran yang hendak diingat hendaklah dalam

11

bentuk yang padat,ringkas, mudah dibaca dan difahami serta dapat menarik minat murid yang terlibat. Menyanyi dapat meningkatkan kecekapan seseorang dalam mengingat. Ini dibuktikan dengan penemuan formula mengira sambil menyanyi `KASDIM' oleh Ahsahri Kasdi, 32, guru di Sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor yang dinobatkan pemenang ke-3 Guru Inovatif Sekolah Rendah sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2000. Penggunaan nyanyian/ karaoke ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan mengelakkan pelajar berasa bosan dan mengantuk di dalam kelas. Selain itu, ia juga akan menarik minat pelajar untuk belajar melalui teknik ini. Pembelajaran koperatif adalah strategi pengajaran yang berstruktur dan sistematik, iaitu ahli-ahli dalam sebuah kumpulan kecil sahaja bekerja bersama-sama untuk mencapai suatu matlamat yang sama. Dalam pembelajaran koperatif, terdapat hubungan saling bergantungan yang positif pada matlamat pelajar. Pelajar merasakan mereka boleh mencapai matlamat, jika hanya pelajar lain dalam kumpulan mencapai matlamat pembelajaran mereka. Kejayaan sesebuah kumpulan bergantung kepada hasil kerja yang dilakukan oleh setiap ahli kumpulan. Pembelajaran koperatif dilakukan bertujuan untuk memastikan pelajar yang dilantik sebagai ketua perlu memainkan peranan dan tanggungjawabnya untuk memastikan kejayaan tugasan yang dihasilkan bersama ahli kumpulannya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar menjadi seorang aktif, bekerjasama dan menghormati antara satu sama
12

lain. Menggalakkan pelajar untuk membantu setiap ahli kumpulan yang lemah iaitu dengan cara memberikan tunjuk ajar kepada mereka. Teori Pelaziman Operan ialah tingkahlaku secara tidak sengaja. Ia fokus kepada pembelajaran di mana tingkah laku sengaja diperkukuh atau dilemahkan oleh konsekuen. Hukum kesan Thorndike (Thorndike's Law of Effect) menyatakan bahawa sebarang tindakan yang menghasilkan kesan yang memuaskan atau menyeronokkan mempunyai kemungkinan yang besar akan diulang. Monks (2000) - muzik dapat membantu individu lebih efisyen dan meningkatkan pencapaian mental dan pemikiran. (2002)- muzik dapat meningkatkan ingatan, tumpuan, dan mengintegrasikan gaya pembelajaran. Menurut Blair, Jones & Simpson (1991) - banyak kajian lepas telah dikendalikan untuk menguji keberkesanan kaedah nyanyian / karaoke dapat membantu tahap perkembangan mental pelajar. Drosher (2006) - mendapati bahawa pendedahan terhadap teknik nyanyian / karaoke dapat meningkatkan IQ dan perkembangan mental. Hasil kajian lalu menunjukkan bahawa nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mengingat. Ini kerana lagu dapat membantu pelajar mengenali teks secara lebih berkesan berbanding dengan pertuturan . (Colwell, 1994, Register, 2001 dan Stanley & Hughes, 1997). Hansen & Bernstrof, 2002- Hasil kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor pencapaian pelajar meningkat dengan menggunakan teknik nyanyian dalam mata pelajaran.

13

Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993)- mendapati wujudnya hubungan antara pencapaian membaca dengan teknik nyanyian. Allen (2007) - kelemahan yang terdapat dalam penggunaan nyanyian / karaoke dalam mata pelajaran ialah tidak terdapat signifikan dalam pencapaian kemahiran membaca bagi pelajar ELL (English Language Learning) selepas satu tahun terlibat dalam kajian yang menggunakan pendekatan nyanyian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Menurut Borich & Tombari (1997) - murid perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Murid memberikan maklumat dengan aktif melalui nyanyian, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang diasimilasi dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membian kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat (Cheek, 1992, dalam Khadijah, Mahani dan Ramlah, 2002). Menurut Dewey (1966)- pembelajaran melalui kaedah nyanyian dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman kepada pelajar tentang masalah yang cuba dihuraikan.

14

2.0

FOKUS KAJIAN Tinjauan masalah Masalah yang sering dihadapi ialah bila membaca perkataan yang mempunyai diftong

2.1

dan vokal berganding. Mereka akan tergapai gapai untuk menyebut perkataan tersebut. Kajian kali ini memfokuskan masalah murid tahun 2 Gigih dalam menyebut dan membaca perkataan yang mempunyai diftong seperti taun , landai, mulai, aising, gulai, tembikai, salai . Ini kerana deretan vokal menwujudkan dua bunyi vokal secara berurutan dalam perkataan. Kegagalan murid menguasai kemahiran menyebut perkataan suku kata yang mempunyai diftong mencacatkan sebutan dan kelancaran bacaan seterusnya tidak dapat membaca dengan lancar. Untuk menjalankan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan beberapa instrumen bagi mengenalpasti masalah. Saya menggunakan instrument analiss dokumen, pemerhatian dan temubual. 2.1.1 Pemerhatian Pemerhatian merupakan suatu maklumat yang dilakukan dengan melihat atau mendengar sesuatu peristiwa , kemudian hasil keputusan direkodkan di dalam bentuk yang sesuai mengikut kehendak kajian. Saya membuat pemerhatian tidak berstruktur sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemerhatian dibuat adalah untuk melihat tingkah laku dan tindak balas murid terhadap pembelajaran.

15

2.1.2 Temu bual Temu bual ialah proses yang dilakukan untuk mendapat matlamat melalui berhubung secara lisan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan bersama orang yang ditemu bual. Saya mudah untuk mendapat data yang diperlukan dan juga maklumat yang diberikan jelas. Saya juga telah membuat temu bual tidak berstruktur bersama guru Bahasa Melayu yang pernah mengajar mereka pada tahun satu. Bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tahap kecerdasan responden-responden. Seramai 10 orang murid dari kelas 2 Gigih telah dipilih untuk ditemu bual berdasarkan tingkah laku dan tindak balas yang dilakukan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tujuan utama temu bual dilakukan terhadap guru Bahasa Melayu yang mengajar mereka dahulu ialah bagi mengenalpasti kelompok murid-murid yang lemah di dalam kelas tersebut. Murid yang terlibat adalah dari kelas yang berbeza pada tahun lepas. Mereka disusun mengikut markah pencapaian akhir tahun. Manakala temu bual yang dilakukan terhadap murid bertujuan untuk maklum balas daripada murid berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan terhadap mereka. 2.1.3 Analisis Dokumen. Lembaran kerja individu telah diedarkan kepada setiap murid bagi memberi pengukuhan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelaran berlangsung. Analisis lembaran kerja dijalankan bagi mengenalpasti kelemahan murid dalam penguasaan terhadap menyebut dan membaca perkataan yang mengandungi diftong atau

16

vokal berganding. Lembaran kerja dibuat secara individu dan murid dilarang untuk berbincang semasa mereka mendapatkan jawapan. 2.2 Analisis Tinjauan Masalah

2.2.1 Pemerhatian Semasa pemerhatian dilaku ketika proses pengajaran dan pembelejaran berlansung, saya mendapati terdapat beberapa orang murid menunjukkan respon yang negatif iaitu tidak memberi tumpuan dan hilang fokus dalam pembelajaran mereka. Semasa sesi latih tubi menyebut perkataan diftong murid masih boleh mengikuti sesi pembelajaran tetapi apabila sesi untuk membaca dan menulis semula perkataan tersebut , terdapat beberapa orang murid yang hilang fokus. Apabila murid diminta untuk membaca ayat mudah dari perkataan ini,mereka terkial-kial untuk menjawabnya dan yang selebihnya mendiamkan diri. Jadual 1 di bawah menunjukkan peristiwa yang berlaku sepanjang lima minggu proses pengajaran dan pembelajaran . Jadual 1 : Jadual Pemerhatian Tidak berstruktur
Peristiwa catatan

_________________________________________________________________________ Guru memasuki kelas dan murid membaca doa secara bersama-sama. Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan set induksi yang bersesuai dengan tajuk. Guru menggunakan berbagai kaedah dengan berbantukan Bahan bantu mengajar. Murid diminta untuk menyebut perkataaan yang mengandungi diftong dan vokal berganding yang ditulis oleh guru pada papan gulung. Soalan lisan diajukan kepada murid murid tertentu untuk Menyebut perkataan yang dipilih secara rawak.
17

Murid lupa

2.2.2 Temu bual Temu bual ini dilakukan bersama beberapa orang guru yang pernah mengajar murid 2 Gigih pada tahun satu dahulu. Seramai 10 orang murid dikenalpasti dengan masalah yang berbeza. Temu bual dijalankan untuk mendapatkan maklumat berkenaan tahap kecerdasan murid di dalam kelas tersebut dan juga respon murid murid terhadap pembelajaran. Rujuk dan pembelajaran berlangsung. Berikut merupakan masalah yang dikenalpasti yang dihadapi oleh murid-murid.

Jadual 2 : Masalah Dihadapi Murid Kod 1. Susah untuk mengingat


2. Keliru dengan bunyi kv dan kvv

kuantiti 10 7 5 8 5

3. Tidak berminat untuk membaca


4. Sukar membatang suku kata dan menyebut 5. Bosan

_________________________________________________________________________

Masalah di atas merupakan masalah yang dihadapi oleh murid setelah sesi temubual dilakukan terhadap 10 orang murid. Masalah utama yang dihadapi oleh mereka ialah susah untuk mengingat semula perkataan perkataan diftong dan vokal berganding. Ini disebabkan oleh sifat malas dan tahap kecerdasan yang agak perlahan.selain itu , mereka keliru dengan bunyi yang dipalukan dengan vokal dan konsonan. Terdapat dalam kalangan mereka yang mencampur adukkan bunyi yang betul seperti / kua/la/ disebut / ku / a / la / dan / gu / lai / atau /gu /la / i/. Disamping itu juga , masalah yang timbul ialah murid murid berasa bosan dengan kemahiran yang melibatkan perkataan diftong dan vokal berganding.Terutama ketika guru
18

menggunakan kaedah tradisional , menyebabkan murid-murid berasa bosan semasa proses pembelajaran berlaku. Dapatan dari analisis ini juga , masalah yang dihadapi murid murid tidak berminat belajar terlalu lama iaitu melibatkan 3 masa berterusan tanpa aktiviti yang menarik.
2.2.3 Analisis Dokumen.

Lembaran kerja individu telah diedar kepada setiap murid bagi memberi pengukuhan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Analisis lembaran kerja dijalankan bagi mengenalpasti kelemahan murid dalam penguasaan terhadap membaca dan menyebut perkataan diftong. Lembaran kerja dibuat secara individu dan murid dilarang untuk berbincang sesame mereka untuk mendapatkan jawapan.

Jadual 3: analisa Pemarkahan Lembaran kerja Skala Markah Bilangan Murid

19

Daripada analisis pemarkahan dalam jadual 3, didapati seramai 10 orang murid mendapat markah 10 dan ke bawah dan 18 orang mendapat markah 12 ke atas. Tiada seorang murid pun mendapat markah penuh bagi set lembaran kerja yang dijawab oleh mereka. Berdasarkan dapatan analisis markah individu ini, saya berpendapat bahawa perolehan markah di bawah 10 ini memerlukan rawatan dan bimbingan bagi meningkatkan prestasi dalam pembelajaran murid. Maka dengan itu , saya telah memilih seramai 10 orang murid ini sebagai responden dalam sampel kajian tindakan saya. 3.0 TUJUAN KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan , pelajar-pelajar diharapkan akan mencapai objektif berikut. 3.1 Objektif Umum

Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran membaca serta meningkatkan markah dalam PLBS KSSR di dalam Bahasa Melayu Tahun 2 dan peperiksaan akhir tahun 2012 bagi sekolah kebangsaan Sultan Omar. 3.2 Objektif khusus

Secara khususnya , kajian tindakan ini dapat:


3.2.1 Meningkatkan kemahiran mengujar dan menyebut perkataan yang

mengandungi diftong dengan intonasi yang betul dan tepat


3.2.2 Meningkatkan kemahiran membaca perkataan yang mengandungi diftong

dengan sebutan yang betul dan tepat. 3.2.3 Menyenaraikan perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding.

3.2.4 Menulis perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding dalam

ayat tunggal dan ayat majmuk dengan tepat dan betul.


20

3.3

Soalan Kajian

Kajian ini akan menfokuskan kepada permasalah berikut: 3.3.1 Adakah murid dapat menyebut perkataan diftong dengan betul dan tepat ? 3.3.2 Adakah murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat ? 3.3.3 Adakah kaedah nyanyian ini dapat membangkitkan minat murid dalam menguasai kemahiran membaca? 3.3.4 Sejauhmanakah keberkesanan kaedah ini dapat diaplikasikan dalam membina ayat tunggal dan ayat majmuk?

4.0 KUMPULAN SASARAN. Kumpulan sasaran kajian ini ialah seramai 10 orang iaitu 6 lelaki dan 4 perempuan. Sampel ini merupakan murid tahun 2 Gigih di Sekolah Kebangsaan Sultan Omar. Pemilihan sampel ini berdasarkan tempat saya mengajar dan berdasarkan analisis dokumen yang telah dibuat melalui lembaran kerja yang dilaksanakan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Sampel yang dipilih ini mempunyai markah yang terendah dalam lembaran kerja yang dilakukan oleh mereka. Kajian tindakan ini dijalankan terhadap kumpulan sasaran ini dengan melihat perbezaan min ujian pra dan ujian pos serta mengenalpasti minat murid setelah aktiviti nyanyian dijalankan ke atas mereka.

21

5.0

PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN. 5.1 Prosedur Pelaksanaan Tindakan. Saya akan mengaplikasikan model Kemmis dan Me Taggart dalam kajian tindakan ini. Model ini mempunyai empat tahap kajian.

4. memerhati

Reflesiksi

3. bertindak

2. Merancang

22

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggars ( 1988 ) 5.1.1 Refleksi Saya mendapati bahawa murid-murid berhadapan dengan masalah kesukaran mengingat bunyi yang berkaitan dengan diftong berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu. Murid sukar untuk mengingat kembali perkataan perkataan tersebut apabila soalan lisan dan bertulis diajukan kepada mereka. Di samping itu juga murid kurang berminat dalam mengulangi atau latih tubi menyebut dan menghafal serta masih keliru yang sebutan yang betul. Selepas itu saya, membuat tinjauan awal iaitu mengumpulkan fakta berdasarkan pemerhatian, temubual dan lembaran kerja. 5.1.2 Merancang Saya telah merancang tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang timbul tersebut. Tujuan dan objektif utama perancangan ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menyebut dan membaca diftong secara betul mengikut intonasi dan senutan yang tepat. Melalui masalah ini saya merancang untuk mengatasi serta menyelesaikan masalah yang timbul ini dengan menggunakan kaedah nyanyian. Lirik lagu baru telah digubah mengikut melodi lagu kanak-kanak. 5.1.3 Bertindak Kaedah nyanyian ini telah diperkenalkan kepada responden seramai 10 orang dari kalangan murid tahun 2 Gigih semasa proses rawatan berlangsung. Kaedah ini dilaksanakan bagi mengatasi kelemahan kemahiran menyebut dan membatang suku kata yang mengandungi diftong dan vokal berganding. Aktiviti aktiviti yang dijalankan mengikut perancangan yang dirancang oleh saya. Saya hanya menggunakan sekali kitaran sahaja bagi kajian ini. Pelaksanaan kajian ini dilakukan di sekolah kebangsaan Sultan Omar, Dungun selama sebulan. Langkah langkah kaedah nyanyian lagu baru ini telah diringkaskan dan terkandung di dalam jadual 4.

23

Jadual 4 : Langkah langkah pelaksanaan kaedah nyanyian lagu baru


Minggu Langkah Perkara __________________________________________________________________________________ Minggu Langkah 1 Saya memberi ransangan awal dengan memperdengar lagu 1 burung kenek kenek . murid diminta untk mendengar dengan teliti lagu tersebut. Langkah 2 saya memaparkan lirik lagu sebanyak 4 rangkap yang mengandungi perkataan perkataan diftong dan vokal berganding dengan menggunakan papan gulung. Saya mengedarkan lirik lagu kepada murid . Saya akan menyanyi lagu sambil diperhatikan oleh responden. Latih tubi menghafal lirik dan lagu. Murid akan dibimbing oleh saya untuk menyanyi dan mengingati perkataan yang bergaris dan berwarna biru. Murid menyanyi lagu secara berkumpulan berpandukan lirik. Saya akan memerhati tingkah laku murid secara terkawal. Saya menyanyikan kembali nyanyian lagu baru kepada murid. 24

Langkah 3 Langkah 4

Langkah 5 Minggu Langkah 1

2 Langkah 2 Langkah 3 Minggu 3 Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 MingguLangkah 1 4 Murid menyanyi lagu secara melihat dan mengingat lirik dan menghafal. Saya akan membantu mengingatkan lirik lagu baru. Murid menyanyi lagu dengan melihat lirik. Saya menunjukkan gaya semasa menyanyi lagu dan diikuti oleh murid. Murid menyanyi sambil membuat gaya secara kumpulan.

Murid diberi peluang untuk mengingat kembali lirik dan gaya secara terkawal murid menyanyi lagu beserta gaya tanpa melihat lirik secara berkumpulan. Setiap murid dihendaki menyanyi secara invidivu di hadapan guru dengan mengingat lirik dan membuat gaya . Saya melaksana ujian lisan dengan meminta murid menyebut perkataan diftong dan vokal berganding dari lirik lagu secara individu.

Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4

__________________________________________________________________________________ 5.1.4 Memerhati

Semasa proses pelaksanaan berlangsung. Saya membuat pengawasan terhadap kajian yang dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukan oleh saya direkodkan
bertujuan untuk mengenalpasti minat dan respon murid terhadap kaedah yang diperkenalkan. 5.2 Cara Mengumpul data Instrument kajian yang digunakan ialah: 5.2.1 Ujian Pra dan Pos

Sebagai pengukuran terhadap tahap kemahiran responden, saya menjalankan ujian pra dan pos. Ujian pra dilaksanakan sebelum bermulanya kajian terhadap responden. Ujian ini telah diagih oleh saya kepada seluruh murid tahun 2 Gigih untuk mengetahui pengetahuan

25

responden yang terlibat. Murid murid dikehendaki untuk mengisi borang. Ujian pra yang dirangka oleh saya ini mengandungi dua bentuk soalan iaitu soalan A dan soalan B. Ujian pos pula dilaksanakan oleh saya selepas kajian dibuat. Ujian pos ini dijalankan bertujuan untuk menilai sejauhmana kaedah nyanyian ini dapat mengekalkan ingatan jangka panjang responden terhadap tajuk yang difokuskan. Ujian pos yang dibentuk ini sedikit berbeza dengan ujian pra bagi memastikan keesahan ujian. Ujian pos ini mengandungi 3 bentuk soalan iaitu A,B dan C. Rujuk lampiran A untuk melihat soalan ujian pra dan pos. 5.2.2 Soal Selidik

Dalam kajian ini, soal selidik diberikan kepada responden yang berjumlah 10 orang yang telah dipilh oleh saya. Dalam kajian ini soal selidik berbentuk soalan tertutup telah saya aplikasikan. Soal selidik berskala ini mempunyai dua pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK . Responden perlu memilih jawapan yang dirasakan sesuai dengan mereka. Responden perlu memilih jawapan yang dirasakan sesuai dengan mereka. Rujuk lampiran B 5.2.3 Pemerhatian

Menurut pendapat Muhammad Hazman (2009) menyatakan bahawa pemerhatian merupakan satu teknik pengutipan data dengan memerhati tingkah laku subjek kajian secara langsung. Pemerhatian dilakukan dengan merekodkan butiran catatan melalui nota atau sebagainya

tentang situasi yang berlaku di dalam bilik darjah semasa sesi pengajaran da pembelajaran berlangsung. Pemerhatian dibahagikan kepada dua jenis iaitu pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur ialah perhatian yang terdapat item item dikenalpasti terlebih dahulu. Manakala pemerhatian tidak berstruktur ialah pemerhatian yang memerhati sesuatu keadaan secara menyeluruh tentang situasi yang berlaku. Saya telah 26

memilih untuk melakukan pemerhatian secara berstruktur iaitu dengan menyedaiakan suatu jadual pemerhatian tingkah laku dan lisan para responden. Rujukan lampiran 3 untuk jadual senarai semak pemerhatian. Pemerhatian dibuat berdasarkan kepada 6 fokus yang hendak diperhatikan. Di bawah dicatatkan butiran yang terkandung di dalam jadual 5 Jadual 5 : Fokus Pemerhatian Tingkah laku dan Lisan Responden Kod 1 2 3 4 5 6 Fokus Pemerhatian Memberi perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku Melibatkan minta semasa menyanyi Menunjukkan minat dengan kaedah nyanyian lagu intai Berjaya mengingat lirik lagu intai Dapat menyebut dan membatang suku kata digtong Dapat membaca perkataan diftong dari lirik lagu yang dipaparkan

Saya telah membahagikan elemen kepada 6 fokus pemerhatian ini kepada dua aspek iaitu pemerhatian tingkahlaku dan pemerhatian lisan yang dicatatkan di dalam jadual 6. Jadual 6: Aspek Fokus Pemerhatian Fokus Pemerhatian Tingkah Laku Lisan

____________________________________________________________________________ Beri perhatian semasa proses pengajaran nyanyian Dan pembelajaran berlangsung. Berjaya mengingat lirik Lagi intai

Melibatkan diri ketika menyanyi membatang

Dapat

menyebut

dan

Suku kata diftong 27

Menunjukkan minat dengan kaedah lagu dan

dapat mengingati lirik membatang suku kata digtong dan vokal berganding

___________________________________________________________________________

28

Tajuk lagu : buai laju-laju

Buai laju-laju Sampai pucuk rambai Dengar kata cikgu Kita jadi pandai

Buai laju-laju Sampai hujung dawai Dengar kata ibu Belajar tidak cuai.

Buai laju-laju Sampai pucuk ara Dengar kata pak usu


29

Hormat saudara mara

30

You might also like