You are on page 1of 10

KAEDAH MEMBACA : FONETIK

Definisi Membaca

Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Bacaan juga merupakan
satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima.

Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses
mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu.

Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan,
mengamati serta memahamkan kandungannya.Membaca adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara, memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid.

Proses Bacaan i. Bacaan sebagai proses sensori; ii. Penglihatan : Mengenal dan memahami lambang-lambang. Pendengaran : Pendengaran yang jelas.

Membaca sebagai proses pengamatan (perceptual); Diskriminasi: Mengecam, mencari dan membezakan / mengasingkan. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang bertindih. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat / didengar. Turutan : Memahami giliran, urutan dan sekuan. Sintesis : Membuat kesimpulan.

iii.

Membaca sebagai proses bahasa (linguistik); Seni bahasa : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
1

iv.

Membaca sebagai proses mental (kognitif); Daya fikir disemua peringkat: Kefahaman.

Kesediaan Membaca Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang kompleks iaitu membaca. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan secara formal dijalankan. Ia juga adalah satu proses yang berterusan yang perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kesediaan i. Keadaan fizikal; ii. Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang. Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik. Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu. Umur : Peringkat umur yang berbeza. Jantina : Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaan membaca. Kemampuan urat saraf : Otot-otot tangan dan mata khususnya. Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am.

Pengalaman dan persekitaran; Keadaaan persekitaran yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai.

iii.

Emosi, motivasi dan sahsiah; Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangan dan gangguan emosi. Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca. Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal, murung, tidak suka bercakap dan lainlain.

iv.

Kecerdasan dan perkembangan kognitif; Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza.

v.

Daya diskriminasi (pengamatan); Diskriminasi Penglihatan. Diskriminasi Pendengaran.

vi.

Penguasaan bahasa; Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.

Definisi Kaedah Pengajaran Setiap orang guru mesti tahu apakah kaedah hendak digunakan semasa mengajar dalam bilik darjah. Kaedah merupakan prosedur-prosedur mengajar yang terbentuk melalui pendekatan pengajaran yang tertentu. Teknik pula merupakan cara-cara mengajar yang khusus dalam sesuatu kaedah pengajaran. Mengajar bahasa merupakan satu amali. Sebagai tugas amali pengajaran; Dengan cara mengikut prosedur yang lengkap tentang tatacara untuk melaksanakannya. Dengan cara menggunakan satu set prinsip umum bagi melaksanakan tugas tersebut.

Oleh itu, Corder (1975) berpendapat bahawa seseorang guru bahasa yang baik tidak melaksanakan tugasnya berasaskan peraturanperaturan atau resipi. Guru tersebut mempunyai satu set prinsip yang dijadikan panduan bagi melaksanakan tugasnya berasaskan peraturanperaturan. Dengan perkataan lain, guru tersebut mempunyai pegangan umum tentang apa yang terjadi apabila seseorang pelajar belajar bahasa ataupun guru tersebut mempunyai satu teori tidak formal tentang cara mengajar bahasa .

Kaedah Pengajaran Bahasa Pendekatan pengajaran bahasa di atas menghasilkan beberapa jenis kaedah pengajaran. Di antaranya ialah; kaedah nahu - terjemahan/ tradisional kaedah membaca kaedah terus kaedah fonetik/linguistik Kaedah elektif Kaedah audio-lingual

Definisi Fonetik / Fonik

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan: fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh manusia.

Kamus Dewan Edisi Ke-empat: fonetik ialah ilmu bahasa / linguistik yang berkaitan dengan
penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

Kamus Dewan Edisi Ke-empat: fonik ialah kaedah mengajar membaca dengan melatih murid
untuk menghubungkaitkan bunyi tertentu dengan lambang tertentu.

Kaedah Fonetik Kaedah fonik berasaskan teori bahawa belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara bunyi dan lambang yang dilihat. Kaedah fonik ini menekankan kepada setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap abjad mempunyai bunyibunyi tertentu dan ada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam Bahasa Inggeris. Murid-murid Tahun Satu biasanya didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan seperti:-

A = aaaa E = eh H = heh L = el P = peh T = teh Y = yeh

B = beh E = eh I = iiiii M = em Q = qeh U = uuuu Z = zez

C = ceh F = feh J = jeh N = en R = rer V = vev

D = deh G = geh K = keh O = ooo S = sss W = weh

Sambil mengajar bunyi, abjad boleh juga diajar secara permulaan bunyi perkataan seperti huruf a adik, abang, api dan lain-lain. Cara pengajaran fonik ialah dengan mencantumkan vokal dengan konsonan untuk membentuk perkataan. Mulakan dengan perkataan yang pendek dan mudah dahulu serta mulakan dengan huruf vokal. Seterusnya permulaan perkataan, akhiran perkataan, pertengahan perkataan dan baru dimasukkan ng, ny, kh, dan sy. Di antara kebaikan kaedah fonik ialah jika murid-murid telah menguasai ke semua bunyi abjad, mereka akan boleh membaca dalam apa jua bahasa. Bagi kaedah fonik juga, murid-murid Tahun Satu tidak akan tersangkut di peringkat suku kata tertutup kerana bagi membaca sesuatu ayat, mereka harus terus membunyikan perkataan sehingga selesai satu perkataan. Sebaliknya, murid-murid yang diajar membaca berdasarkan kaedah abjad; terutamanya di sekolah-sekolah atau berdasarkan kaedah pandang dan sebut; biasanya di tadika-tadika, mereka tidak dapat membaca dalam Bahasa Inggeris langsung. Walaupun menggunakan hurufhuruf roman yang sama, mereka tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam Bahasa Malaysia untuk membaca dalam Bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku kata tidak serasi langsung untuk Bahasa Inggeris. Apa yang dapat dilihat di sekolah-sekolah, mereka terpaksa menghafal perkataan Inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Banyak manalah yang mampu dihafal oleh murid-murid Tahun Satu, apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula. Dalam kaedah ini, murid-murid Tahun Satu akan diajar mengenal simbol iaitu huruf dan mereka tidak diajar nama huruf tersebut tetapi hanya bunyi yang dikaitkan dengan simbol tersebut. Murid-murid memang mengenal huruf cuma bukan nama huruf tersebut. Nama huruf hanya diajar setelah mereka pandai membaca sahaja.

Ciri-ciri penting dalam kaedah fonetik; i. ii. iii. iv. v. Penekanan pada hubungkait antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Bunyi huruf diperkenalkan dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata. Huruf terus dibunyikan. Mensyaratkan murid-murid untuk mengenal dan mengingat hanya 25 huruf dan bunyinya. Amat mudah, cepat, lancar serasi dengan kanak-kanak / murid-murid Tahun Satu.
6

Kerangka Kaedah Fonetik KAEDAH FONETIK

l Membunyikan huruf dan asosiasi dengan benda Membatang suku kata dan perkataan Membaca frasa dan ayat a t i h Menggunakan bahan bantu belajar a n

Merujuk kepada rajah kerangka di atas, aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan dalam melaksanakan kaedah fonetik adalah seperti berikut; i. Membunyikan huruf dan asosiasi benda dengan huruf bunyi: membunyikan huruf A Z. mengasosiasikan benda dengan bunyi huruf tersebut. contohnya; guru meminta murid-murid memadankan gambarajah semasa guru membunyikan huruf dengan menggunakan kad huruf. ii. Membatangkan suku kata dan perkataan: membatang suku kata. menyebut / membunyikan perkataan tanpa membatang suku kata. Contohnya; guru memberikan suku kata perkataan yang diceraikan dan murid mencantumkan supaya menjadi satu perkataan yang lengkap. Guru menyebut suku kata dan murid-murid perlu membulatkan suku kata berdasarkan sebutan guru.

iii.

Membaca frasa dan ayat: membaca frasa. membaca ayat yang lengkap. Contohnya; guru menunjukkan gambar dan murid-murid diminta membaca pilihan ayat dan seterusnya meletakkan ayat yang sesuai di tempat kosong. Murid-murid diminta menyusun perkataan mengikut susunan ayat yang betul.

iv.

Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonetik: Membina bahan bantu belajar. Gunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah fonetik. Contohnya; bahan: set bacaan bergred.

Kesimpulan Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonetik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf.

Lampiran Contoh pengajaran menggunakan keadah fonetik yang telah dikomersialkan :

EKSPRES-i?
1) Kami menggunakan kaedah pengecaman sukukata. Menerusi kaedah ini pelajar tidak perlu mengenal huruf atau mengetahui sebutan fonetik. Mereka hanya perlu sebut terus bunyinya. Jadi ia lebih mudah dan sangat menjimatkan masa. Contoh, untuk membaca sukukata ja, mereka akan melalui satu langkah sahaja iaitu terus membunyikan 'ja'. Jika menggunakan kaedah mengeja atau fonetik, kanak-kanak perlu melalui 3 langkah iaitu pertama, mengenal huruf atau bunyi 'j', kedua, mengenal huruf atau bunyi 'a', dan ketiga mengetahui bahawa huruf atau bunyi 'j' dan 'a' jika bertemu akan menghasilkan bunyi 'ja'. Untuk itu, kaedah pengecaman sukukata yang kami gunakan terbukti lebih mudah dikuasai oleh kanak-kanak kerana ia dapat menghapuskan beberapa langkah asas tadi. 2) Berapa banyak pola sukukata yang ada dalam Bahasa Melayu? Bayangkan berapa ribu yang perlu diingat oleh seorang kanak-kanak berumur 4 tahun bagi membolehkannya membaca dengan baik ? Sudah tentu dia akan menghadapi kesukaran untuk mengingatinya. Apatah lagi, jika sekadar mengecam sahaja, dia juga mungkin akan lupa apa yang telah diingatnya. Menerusi EKSPRES-i, kami memperkenalkan teknik imaginasi bagi membantu kanak-kanak mengecam sukukata asas dengan lebih mudah.

Contohnya, untuk mengecam sukukata 'a' maka kami katakan "yang bulat ni macam 'a'wan". Manakala untuk sukukata 'ba', kami katakan "yang ada perut didepan ini macam 'ba'dan. Jadi dengan kiasan tersebut, kanak-kanak ada sesuatu yang boleh membantu ingatan mereka dalam proses pengecaman. 3) Setelah kanak-kanak dapat mengecam sukukata asas dengan baik, kami akan memperkenalkan mereka dengan sukukata-sukukata lain. Kali ini, mereka akan mengecam dengan dibantu oleh teknik lenggok bunyi. Teknik ini sungguh mudah sama ada untuk memperkenalkan sukukata terbuka, tertutup, diftong atau sukukata yang melibatkan gugusan konsonan. Malah, kanak-kanak juga diajak menyanyi supaya mereka boleh mengecam dengan mudah. Sudah tentu ini akan menyeronokkan proses pembelajaran

10

You might also like