You are on page 1of 3

Tatabahasa : Imbuhan juru-, pra-, tata-, -man, -wan, -wati

1. Imbuhan juru-, pra-, tata-, -man, -wan, -wati digunakan untuk membentuk kata nama terbitan. 2. Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. 3. Imbuhan juru-, pra-, dan tata- dikenali juga sebagai awalan kerana terletak di depan kata dasar. 4. Imbuhan -man, -wan dan -wati dikenali sebagai akhiran kerana letaknya di akhir kata dasar. Contoh-contoh kata yang menggunakan awalan juru-, pra-, dan tata-. Awalan Kata Dasar rawat teknik bahasa latih selam Awalan + Kata Dasar jururawat juruteknik jurubahasa jurulataih juruselam

Juru-

Awalan

Pra-

Kata Dasar sejarah sangka kata syarat sekolah

Awalan + Kata Dasar prasejarah prasangka prakata prasyarat prasekolah

Awalan

Tata-

Kata Dasar buku bahasa cara tertib kerja

Awalan + Kata Dasar tatabuku tatabahasa tatacara tatatertib tatakerja

Contoh-contoh kata yang menggunakan akhiran man dan -wati Akhiran Kata Dasar seni budi

-man

Kata Dasar + Akhiran seniman budiman

Akhiran

Kata Dasar harta usaha cendekia budaya juta

-wan

Kata Dasar + Akhiran hartawan usahawan cendekiawan budayawan jutawan

Akhiran

-wati

Kata Dasar seni drama olahraga peraga biara

Awalan + Kata Dasar seniwati dramawati olahragawati peragawati biarawati

* Akhiran -wati menyatakan makna bahawa orangnya ialah perempuan atau wanita.

LATIHAN Berikan imbuhan yang tepat pada kata di dalam kurungan.


1. 2. 3. Filem klasik ____________ (seni) Bujang Lapok mempunyai unsur sindiran sosial. Ahmad bercita-cita menjadi seorang _________(ukur) bahan. ``Cuba jauhi ___________(sangka) buruk terhadap kawan-kawan kamu, kata Cikgu Zainal Abidin. 4. ____________ (seni) Sarimah Ahmad kini menetap di Brunei Darussalam. 5. Buku yang tebal biasanya didahului dengan ___________. (kata) 6. Semua murid perlu mematuhi _________(laku) yang diperuntukkan dalam buku disiplin sekolah. 7. Orang ________(budi) sentiasa dikenang sehingga ke akhir hayat. 8. Bantuan itu disumbangkan oleh para ____________ (derma) tanah air. 9. Sebagai seorang _________(wang) di pusat membeli belah, Aminah mesti jujur dan mengutamakan pelanggan. 10. Ibu bapa perlu menitikberatkan pendidikan _____________ (sekolah) bagi anakanak mereka.

Jawapan
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Seniman juruukur prasangka Seniwati prakata tatalaku budiman dermawan juruwang prasekolah

You might also like