You are on page 1of 3

Punca-punca bunuh diri berlaku } Tidak ada faktor yang tepat untuk menyatakan seseorang itu membunuh dirinya

sendiri, namun kita boleh menyatakan kemurungan adalah antara fenomena yang kerap dikaitkan dengan bunuh diri. } Antara punca-punca lain yang menyebabkan seseorang itu membunuh diri ialah:1. Sakit (yang kritikal) 2. Tekanan atau sedih (kematian orang tersayang) 3. Jenayah (mengelak hukuman atau bosan dipenjara) 4. . Penyakit jiwa 5. 5. Kecacatan seperti lumpuh atau hilang anggota 6. 6.. Penyalahgunaan dadah 7. 7. Faktor persekitaran seperti mangsa aniaya seks, 8. kemiskinan, tida kediaman, mangsa diskriminasi, 9. mangsa buli dan lain-lain 10. 8. Kerugian harta seperti kalah judi, pengangguran, 11. hilang harta, bangkrap atau muflis, pinjam along. 12. 9. Masalah seksual seperti putus cinta, cinta tak 13. terbalas atau bercerai 14. Pandangan Agama mengenai masalah bunuh diri. 15. Bunuh diri adalah dianggap berdosa besar dalam pengamatan setiap agama. 16. Dalam agama Kristian dan Islam mengutuk perbuatan mengambil nyawa sendiri kerana 'kita adalah harta Tuhan dan dunia fizikal yang diduduki buat sementara waktu ini ialah tempat ujian yang diberikan tuhan bagi perkembangan moral dan akhlak mulia kita'

Punca-punca keganasan domestik Faktor ibubapa - telalu mengharap sesuatu yang extra-ordinary dari anak mereka. Jika anak tidak perform sebagaimana yangdiharapkan ibubapa akan naik minyak serta kecewa dan seterusnya mendera anak-anak. Faktor kemiskinan dan tekanan hidup - hidup dalam dunia serba materialistik dan akan menganggap anak sebagai penambah bebanan seterusnya mendera atau memukul anak. Kurang penghayatan agama atau moral - tidak mengamalkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang dan perlakuan positif serta berakhlak meningkatkan lagi kadar keganasan domestik. Pengaruh media massa - sering memaparkan kejadian keganasan domestik akibatnya mempengaruhi pihak-pihak tertentu untuk melakukannya contoh seperti penagih dadah, alkohol atau penyakit mental. Langkah-langkah menanggani masalah keganasan rumahtangga

Mengamalkan prinsip nilai murni (agama atau moral) Sentiasa berpegang teguh dengan ajaran agama serta moral. Sentiasa menyemai perasaan kasih sayang, hormat menghormati dan sebagainya. Mengadakan pelbagai kempen Memberi kesedaran dari masa ke semasa kepada masyarakat tentang kesan negatifnya dari keganasan tersebut. (mewujudkan akta keganasan rumahtangga, perkhidmatan kaunseling) Mengadakan perkhidmatan nasihat Melatih kaunselor atau sukarelawan untuk meberi nasihat kepada mangsa. Ada pertubuhan The national Council of Women's Organizations yang mmberikan bantuan kepada mangsa. Penjenayah perlu di beri kaunseling. Tindakan undang-undang. gubal undang-undang yang lebih tegas. Hukum ibubapa yang cuai untuk menjaga keselamatan anak-anak. Pihak berkuasa khususnya polis mestilah segera menyiasat, menangkap dan mendakwa pesalah jika menerima laporan dari orang ramai. Jenis-jenis bersekedudukan Menurut Scott (1994) terdapat empat jenis bersekedudukan iaitu:1. Emancipation atau kebebasan - gadis inginkan kebebasan untuk membuat pilihan sendiri bertentangan dengan kehendak keluarga dan agama. Jenis ini biasanya gagal kerana perasaan bersalah akan memenuhi jiwanya. Hasil didikan keluarga dan agama akan menerjah kembali dalam ingatan. Contoh:- Letcumy atau Amoi berasal dari keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama. Sejak dari kecil larangan agama dikenakan kepadanya. Semakin mengongkong dan menunggu masa/peluang untuk bebas dari larangan agama dan kongkogan ibubapa. Dapat peluang belajar atau bekerja diluar daerah jauh dari ibubapa. Mencari pasangan kerana ingin merasa kebebasan serta bebas dari kongkongan keluarga dan memulakan hidup baru. Convenience Lebih cenderung untuk mendapat kemudahan asas sahaja. Sanggup tinggal bersama untuk mencapai apa yang diingini tanpa sebarang ikatan atau rasa bertanggungjawab. Juga berlaku kepada pasangan yang telah berkahwin namun masih mahu mempunyai hubungan sulit tetapi tak mahu bercerai atau berpoligami.

Contoh:- Ahmad dan Britney Sparrow setuju hidup bersama kerana motif tersendiri. Ahmad mahu kerana boleh mendapat seks dengan mudah manakala Britney pula ingin mendapat kasih sayang, perhatian dari Ahmad. Kedua-dua sepakat untuk tidak berkahwin. Linus Blanket Untuk memperolehi keselamatan dari pihak lain. Selalunya ianya berlaku kepada orang yang mempunyai tahap keyakinan diri yang rendah dan merasa tidak selamat di mana jua dia berada. Contoh:- Sally bersekedudukan dengan teman lelakinya Villa walaupun ia sedar bahawa dia tidak cinta kepada Villa namun setuju untuk hidup bersama semata-mata kerana beliau merupakan seorang yang kurang berkeyakinan dan takut untuk tinggal bersendirian. Testing Paling popular dikalangan masyarakat masa kini. Di ibaratkan seperti perkahwinan percubaaan. Menurut Richard (1996) ianya berlaku kerana ramai yang sudah tidak yakin dengan institusi perkahwinan. Kadar perceraian tinggi lebih baik hidup bersama dahulu tanpa ikatan untuk melihat keserasian dan jika berlaku perpisahan dalam tempoh itu jimat masa dan tidak perlu pergi ke mahkamah. Tiada perasaan bersalah atau bertanggungjawab. Contoh:- Kiru dan Sharmila saling cinta mencintai namun mereka berasal dari keluarga yang berlaku perceraian di dalamnya. Bahkan kebanyakan kawan mereka yang berkahwin sebelum ini pun banyak yang bercerai. Mereka ambil keputusan untuk hidup bersama seperti suami isteri selama dua atau tiga tahun sebagai percubaan untuk melihat atau mencari keserasian bersama. Jika sekiranya ada keserasian maka mereka akan berkahwin jika tidak masing-masing boleh membawa haluan sendiri tanpa ada ikatan atau tanggungjawab. Kesan-kesan bersekedudukan Keruntuhan moral dikalangan masyarakat kerana tidak menurut nilai hidup yang sihat. Keruntuhan institusi rumahtangga. Akan mengakibatkan gejala lain berlaku seperti pembuangan anak, anak tidak ada ayah yang sah dan lain=lain lagi. Wanita terpaksa memelihara anak yang lahir secara sendiri jika berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Tiada pembelaan. Sukar atau tidak mendapat tuntutan harta pusaka apabila pasangan telah mati. Mengikut undang-undang harta akan diberikan kepada waris atau anggota keluarga yang sah sahaja. Tidak sesen pun akan diberikan kepada pihak luar.

You might also like