You are on page 1of 13

Kemahiran Proses Sains: Mengukur dan Menggunakan Nombor

Mengukur adalah satu proses yang melibatkan penggunaan nombor semasa membuat pemerhatian kuantitatif. Kebolehan mengguna nombor dan unit-unit pengukuran yang tepat adalah penting ketika mengukur. Kamu juga boleh menggunakan unit rujukan seperti jengkal, hasta, depa dan sebagainya. Kamu sedang mengguna kemahiran ini apabila kamu...... mengguna alat pengukur. mengguna nombor untuk merekod ukuran dan fenomena. mencatat bacaan yang diambil. mencatat unit bagi ukuran yang dibuat. membuat pengiraan berdasarkan bacaan yang diperolehi.

Kamu boleh mengukur panjang dan lebar buku menggunakan pembaris. nombor.

Gambar 1 Pembaris digunakan untuk mengukur panjang, lebar dan tebal objek.

Gambar 2 Silinder penyukat digunakan untuk menyukat isipadu cecair.

Apakah kegunaan alat-alat ini?

Gambar 3 Alat penimbang digunakan untuk menimbang berat objek.

Gambar 4 Termometer digunakan untuk mengukur suhu.

Aktiviti: Mari bermain dengan nombor! Bahan-bahan: 1- Pembaris 2- Klip kertas 3- Tali 4- Gula-gula 5- Meja 6- Buku 7- Pensel 8- Kapur 9- Kotak Langkah-langkah: 1- Gunakan pelbagai alat untuk mengukur objek yang telah ditentukan. 2- Rekodkan panjang objek-objek tersebut dalam jadual.

Pemerhatian: Objek Meja Buku Pensel Kapur Kotak Kertas Pembaris (cm) Alat-alat pengukur Klip kertas Tali (Bilangan) (Bilangan) Gula-gula (Bilangan)

Soalan: 1) Alat pengukur manakah yang dapat mencatat ukuran dengan tepat? ............................................................................................

2) Kenapakah alat tersebut dapat mencatat ukuran dengan tepat? ............................................................................................ 3) Objek manakah yang mempunyai nilai ukuran yang paling kecil? ............................................................................................
Rumusan: Kemahiran mengukur adalah melibatkan penggunaan _____________. Saya mengukur menggunakan alat _____________. Saya mencatat _________ yang diambil ketika saya mengukur. Dengan menjalankan aktiviti ini, saya dapat mencatat _________ bagi ukuran yang dibuat.

Kemahiran Proses Sains: Berkomunikasi


Berkomunikasi adalah memindahkan maklumat atau idea kepada orang lain melalui lisan dan tulisan seperti teks, gambar rajah, carta, graf, jadual, simbol dan lain-lain.

Kamu berkomunikasi apabila kamu: berkata-kata, mendengar atau menulis untuk menyampai sesuatu. merekod hasil keputusan. melukis dan mengambil nota. menjelaskan sesuatu dengan menggunakan simbol.

Ali telah membeli seekor ikan emas. Ikan emas tersebut telah diletakkan ke dalam akuarium. Ikan emas mempunyai warna kunig keemasan. Ikan tersebut juga mempunyai ekor yang kembang. Gambar 1 Teks Gambar 2 Simbol Gambar 3 Gambar Rajah

Bilangan Hari

Ketinggian anak pokok (cm)

2 4 6 8

3 6 9 12

Gambar 4 Jadual

Gambar 5 Graf

Tenggelam? Timbul?

Bahan-bahan: 12345Span Duit syiling Belon Kain tuala Botol plastik kosong bertutup

1- Tenggelamkan satu objek ke dalam air seperti ditunjukkan dalam gambar di atas. 2- Apakah yang akan berlaku jika anda menarik tangan keluar. 3- Ulang langkah 1 dan 2 dengan menggunakan objek seperti dalam senarai. 4- Rekod pemerhatian menggunakan grafik yang sesuai.

Pemerhatian:

Rumusan : Pada akhir aktiviti ini, saya telah belajar kemahiran _____________. Melalui aktiviti yang dilaksanakan, saya dapat memindahkan maklumat melalui ____________ dan ____________. Saya berkomunikasi apabila saya ____________, ____________ atau ____________ untuk menyampaikan sesuatu. Saya juga dapat ____________ hasil keputusan melalui aktiviti ini.

Kemahiran Proses Sains: Membuat Inferens


Inferens ialah proses membuat kesimpulan awal untuk

menerangkan peristiwa atau objek berdasarkan pemerhatian. Biasanya, pengalaman lepas digunakan sebagai asas untuk membuat kesimpulan awal tersebut. Kesimpulan awal ini mungkin betul ataupun tidak.

Kamu membuat inferens apabila kamu dapat memberikan sebab berlakunya sesuatu.

Contohnya, satu penyiasatan mengenai keperluan pokok telah dijalankan. Dua pokok yang sama jenis dan saiz dilabelkan dengan pokok A dan pokok B. Kedua-duanya disiram dengan air yang sama banyak dan diberi baja yang sama. Bezanya, pokok A didedahkan di luar makmal manakala pokok B diletakkan di dalam almari. Setelah seminggu, apa yang terjadi?

Pokok A

Pokok B

Pokok A B

Pemerhatian Pokok segar Pokok layu

Inferens Pokok mendapat cahaya matahari Pokok tidak mendapat cahaya matahari

AKTIVITI : JOM UJI LIDAH ANDA Bahan dan radas Madu, cuka, air garam, serbuk kopi, piring petri bertanda A, B, C, dan D Langkah-langkah melaksanakan aktiviti :
1. Sampel ujian iaitu madu, air garam, cuka dan serbuk kopi

disediakan. Setiap daripadanya dimasukkan ke dalam piring petri yang bertanda A untuk madu, B air garam, C untuk cuka dan D untuk serbuk kopi. 2. Kamu boleh dikehendaki merasa setiap sampel makanan tersebut. Rekodkan apa yang kamu rasa dan inferens ke atas rasa yang kamu nyatakan.

SAMPEL MAKANAN A B C D RUMUSAN

RASA

INFERENS

Melalui pelaksanaan aktiviti yang melibatkan kemahiran proses sains ...................., kamu boleh membuat .................... awal berdasarkan ..................... Kebiasaannya, inferens adalah berpandukan ..................... dan proses .................... Inferens boleh dibuat dengan menggunakan 5W1H iaitu .........., ..........., ..........., ..........., .........., dan ........... Dengan mempelajari kemahiran ini juga, kamu boleh membuat .................... awal bagi sesuatu aktiviti yang dijalankan.

Kemahiran Proses Sains: Meramal

Meramal merupakan proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa akan datang berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Anda sedang meramal jika anda... memerhati untuk mengumpul maklumat. menggunakan pengalaman lepas untuk menjangka Contoh: apa yang akan terjadi.

Apakah yang akan terjadi kepada kertas bulat berwarna pelangi apaila dipusing dengan laju?

Semuanya akan bertukar menjadi warna putih

AKTIVITI BIAR BETUL?? Bahan dan radas : Belon, tabung uji, serbuk sodium bikarbonat, cuka, air kapur, spatula, silinder penyukat Langkah-langkah melaksanakan aktiviti : 1. Bahan dan radas seperti cuka, serbuk sodium bikaronat, belon, tabung uji, silinder penyukat, spatula dan air kapur telah disediakan. 2. 5ml air kapur dimasukkan ke dalam satu tabung uji. Ambil satu lagi tabung uji dan masukkan 10ml cuka dimasukkan ke dalam tabung uji. Kemudian, masukkan satu spatula serbuk sodium bikarbonat ke dalam tabung uji. Sebelum itu, ramalkan apa yang akan terjadi sekiranya satu spatula dimasukkan ke dalam tabung uji yang berisi cuka tersebut. 3. Letakkan belon ke mulut tabung uji. Sebelum itu, ramalkan apa yang akan terjadi kepada belon tersebut. 4. Belon yang kembang diletakkan di mulut tabung uji berisi air kapur pula. Kamu dikehendaki meramal apa yang akan berlaku kepada air kapur tersebut. 5. Langkah 1-4 diulang dengan mengubah bilangan spatula serbuk sodium bikarbonat iaitu dua spatula dan tiga spatula. Ramalkan saiz pengembangan belon dan kekeruhan air kapur tersebut. 6. Rekodkan keputusan yang kamu perolehi.

BILANGAN SPATULA SERBUK SODIUM BIKARBONAT 1 2 3

SAIZ PENGEMBANGAN BELON

KEKERUHAN AIR KAPUR

RUMUSAN Melalui pelaksanaan aktiviti yang berorientasikan kemahiran proses sains ...................., kamu boleh menggunakan ..................... dan .................... untuk .................... secara .................... apakah .................... yang terjadi daripada aktiviti yang dijalankan. Pelaksanaan peristiwa bercanggah akan lebih menarik .................... di samping memberikan satu bentuk .................... kepada murid-murid.

You might also like