Kertas Kerja Hari Sukan Sekolah SKBBS 2010
HARI SUKAN SEKOLAH SKBBS TAHUN 2010
Hari Sukan SKBBS 2010 kali ini akan diadakan pada 31 Julai 2010, pada hari Sabtu yang akandilangsungkan di Padang SKBBS. Hari sukan ini akan disambut serentak dengan Hari JualanMesra Amal PIBG SKBBS 2010. Berikut adalah beberapa perkara mengenai hari sukantersebut yang mana ibu bapa, guru atau murid-murid bolehlah merujuk untuk mendapatkaninformasi mengenai hari sukan itu nanti.
PENDAHULUAN
Pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang adalah terbentuk dari gabungan intelek, jasmani,rohani, emosi dan sosial yang berpotensi tinggi. Ia terkandung di dalam Falsafah PendidikanKebangsaan. Sehubungan itu, tujuan pembentukan insan yang seimbang tersebut, makaSekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul (SKBBS) akan mengadakan satu temasya sukanuntuk menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Ia dilaksanakan secarapermuafakatan ibu bapa untuk merapatkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat.Temasya Sukan ini dinamakan sebagai Kejohanan Padang & Balapan SKBBS 2010.
1 / 13