You are on page 1of 4

Solat Sunat Wuduk

Tata-cara Melaksanakan Solat Sunat Wuduk @ Solat Syukur Wuduk.


1. NIAT SOLAT SUNAT WUDHUK


Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat wudhu dua rakaat kerana Allah Taala.
2. BACAAN DALAM SOLAT SUNAT WUDUK

- Bacaan pada rakaat pertama:


i. Membaca surah al-Fatihah. ii. Membaca surah an-Nisaa, ayat 64:


Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

iii. Kemudian membaca surah al-Kafirun.

- Bacaan pada rakaat kedua:


i. Membaca surah al-Fatihah. ii. Membaca surah an-Nisaa, ayat 110:


Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
iii. Kemudian membaca surah al-Ikhlas. Bacaan ketika ruku, itidal, sujud, duduk antara dua sujud, duduk tahyat awal dan akhir adalah seperti biasa.
Sesudah memberi salam dan selesai solat, dibaca zikir-zikir di bawah ini sebanyak sepuluh kali.
(10 kali)


ALLAH Maha Besar

(10 kali)


Segala puji bagi ALLAH

(10 kali)


Tiada tuhan melainkan ALLAH

(10 kali)


Aku mohon pengampunan-Mu, Ya ALLAH

(10 kali )

Maha Suci ALLAH dan segala puji puja tertentu untuk ALLAH

(10 kali)


Maha Suci ALLAH, Raja Segala Raja, lagi Maha Qudus

(10 kali)


Wahai Tuhan-ku, aku berlindung dengan-Mu, dari kesulitan di dunia ini dan sulit-sesak hari akhirat


RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT WUDUK Rakaat Pertama 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Wuduk Takbiratul Ihram Doa Iftitah Membaca surah al-Fatihah Membaca Surah al-Quran Rukuk Iktidal Sujud Duduk antara dua sujud Sujud kali kedua Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua 1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)

2) 3)

Duduk untuk tahiyyat akhir Memberi salam ke kanan dan ke kiri

You might also like