You are on page 1of 14

Sinopsis Ringkas

Cerpen ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah ini bermula dengan imbas kembali bagaimana peristiwa Mak Timah mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil dari keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah selalu berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.

Watak dan Perwatakan


Pungut
Seorang gadis yang cacat. Nama sebenarnya ialah Yap Siew Hong. Dia tidak boleh berdikari dan kehidupannya
sentiasa bergantung pada Mak Timah.

Watak dan Perwatakan


Mak Timah

Seorang perempuan tua. Ibu angkat Pungut. Seorang yang penyayang. Seorang yang berpendirian tegas. Seorang yang bertanggungjawab

Watak dan Perwatakan


Bibik
Nenek Pungut yang sebenar. Tidak mempunyai sifat berperikemanusiaan. Mempercayai tukang tilik yang mengatakan anak
yang dikandungkan Siew Lan membawa sial.

Tema
Kasih Sayang
Kasih sayang seoarang ibu terhadap anak
angkatnya walaupun anak angkatnya cacat.

Kesabaran
Kesabaran seorang ibu menjaga anak angkatnya
yang cacat.

Persoalan
Tanggapan masyarakat terhadap golongan cacat
Pungut dibuang oleh keluarga sendiri kerana dia cacat
sejak dilahirkan.

Ketabahan menjalankan tanggungjawab yang berat


Mak Timah tetap menguruskan Pungut walaupun
sedang sakit.

Persoalan
Kepercayaan masyarakat kepada bomoh dan tukang tilik.
Mak Timah membawa Pungut berjumpa dengan
Bomoh Dollah. Bibik melihat nasib anak yang dikandung Siew Lan.

Menolak ketentuan takdir


Keluarga Pungut tidak menerima kelahiran Pungut
yang cacat.

Nilai
Kasih sayang. Bertanggungjawab. Keikhlasan. Belas Kasihan.

Pengajaran
Kita hendaklah menerima ketentuan takdir Tuhan. Kita hendaklah mengasihi sesama manusia.

Pengajaran
Kita janganlah memandang hina dengan golongan cacat. Kita hendaklah tabah menjalani kehidupan.

Soalan 1

Soalan 2

You might also like