You are on page 1of 30

PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM (CTU151)

Pengenalan Ilmu Ketamadunan Islam Di Alam Melayu Sumbangan Tamadun Islam Kepada Peradaban Dunia Sistem Kekeluargaan, Kemasyarakatan Dan Kenegaraan Islam Isu-Isu Kontemporari Dunia Islam

PERISTILAHAN
Pertama : Perkataan Umran. Perkataan ini telah digunakan oleh Ibn Khaldun dalam al-Muqaddimah abad 14M Perkataan Umran berdasarkan kepada Firman Allah s.w.t. Terjemahan: Dia lah Yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. (Surah Hud:61).

PERISTILAHAN
Kedua : Perkataan Hadarah juga digunakan oleh Ibn Khaldun sebagai seerti dengan perkataan Umran. Hadarah bererti tinggal menetap dalam sesebuah wilayah, daerah atau bahagian ibu kota dan bandar.

PERISTILAHAN
Ketiga: Perkataan Madaniyyah Muhammad Firid Wajdi telah dalam bukunya al-Madaniyyah Wal-Islam" (Tamadun dan Islam) dalam tahun l899. Syekh Muhammad Abduh dalam bukunya Al-Islam Wa-an-nasraniyyah Ma'al-'ilm Wa al-Madaniyyah dalam tahun 1901. Muhammad Abduh menggunakan perkataan ini dalam Tafsir al-Manar.

PERISTILAHAN
Keempat : Perkataan Tamadun Yang berakarkan perkataan Madaniyyah. penulis Arab, Jurji Zaidan dalam bukunya yang berjudul Tarikh at-Tamaddun al-Islam (The History of Islamic Civilization).

DEFINISI TAMADUN
Dr. Muhammad Baki: Tamadun ialah segala usaha dan daya cipta yang membayangkan secara khusus daripada manusia dengan menggunakan akal, perasaan dan tingkah laku.

DEFINISI TAMADUN
Syed Muhammad Naqiub al-Attas : Tamadun ialah keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya.

DEFINISI TAMADUN
Abu Bakar Hamzah : Tamadun ialah sesuatu yang lahir dan kembang bersamasama dengan kehidupan manusia dan perkembangan- perkembangan yang lahir daripadanya, sama ada sesuatu yang berupa niskala (abstrak) mahupun yang berupa sekala (material).

KONSEP TAMADUN ISLAM


Tamadun Islam itu merupakan suatu tamadun yang telah diadun dalam bentuk antara bangsa. Sifatnya terbukti di dalam berbagai-bagai bidang kemajuan, terutama sekali dalam bidang kesenian, dan ini termasuk juga senibina. Berbagai-bagai bentuk hasil kesenian dan senibina adalah lahir daripada Tamadun Islam. Adunan ini berpandukan kitab perundangan Islam, iaitu al-Quran dan al-Hadis Ia adalah tamadun yang baru, melambangkan keperibadian Islam yang terus berkembang untuk memberi sumbangan terhadap kehidupan manusia keseluruhannya.

HUBUNGAN KEBUDAYAAN DENGAN TAMADUN

Kebudayaan: Kebudayaan diertikan sebagai cara hidup. Kebudayaan Islam bererti cara hidup Islam. Kebudayaan Barat adalah cara hidup orang Barat. Kebudayaan Islam adalah cara hidup Islam mengikut apa yang terdapat di dalam alQuran dan al-Hadis Nabi s.a.w.

HUBUNGAN KEBUDAYAAN DENGAN TAMADUN


Tamadun:

Kemajuan dan pencapaian hidup manusia mempunyai perkaitan dengan jasmani seperti pertanian, perkilangan, perlombongan dan perindustrian Sistem yang dapat mengatur aktiviti masyarakat ke arah mewujudkan keamanan, keadilan, serta kebenaran yang dapat menegakkan disiplin dalam masyarakat seperti peraturan-peraturan pentadbiran, perundangan, harta benda, dan hal-hal keluarga. Kemajuan hidup juga merupakan kebahagiaan yang berkekalan dengan mengetahui hakikat diri dan alam sekitar, perpindahan ke alam barzakh. Ini adalah juga bersangkutan dengan pegangan dan kepercayaan dalam kewajipan yang telah digariskan oleh Syariat Islam.

KELAHIRAN TAMADUN ISLAM Tamadun Islam lahir di Makkah pada tahun 610M, serentak dengan kelahiran agama Islam dan perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul Allah. Nabi Muhammad s.a.w berpindah ke Madinah pada tahun 623M, di sana tertubuhnya sebuah Kerajaan Islam yang dipimpin oleh baginda. Kerajaan Islam inilah yang telah menjadi pendorong dan sebab berkembangnya Tamadun Islam Tamadun Parsi, Tamadun India, Tamadun Yunani, Tamadun Mesir dan Tamadun Romawi banyak mempengaruhi Tamadun Islam yang baru lahir.

Konsep Tamadun Barat


Kebudayaan Barat adalah cara hidup Barat yang tidak tunduk kepada peraturan-peraturan tertentu Orang Barat menganut agama Kristian tetapi kitab Injil dalam bentuknya yang asli dan murni sudah tidak lagi Hal-hal agama yang berbentuk dasar pun terdapat perubahan-perubahan Edward Burnett Taylor telah memasukkan "kepercayaan" sebagai teras agama adalah sebagai satu daripada ciri-ciri kebudayaan Berbeza dengan kebudayaan Islam yang dibentuk oleh agama yang lahirnya kebudayaan adalah hasil daripada agama itu sendiri.

NilaiNilai-Nilai Universal Dalam Tamadun


Wujudnya persamaan antara Tamadun Islam dengan tamadun dunia yang lain. Tamadun Islam turut mengandungi beberapa ciri yang terdapat pada tamadun-tamadun lain Tamadun Islam tetap mementingkan beberapa ciri yang bersifat material tersebut namun diseimbangkan dengan ciri khusus yang menekankan aspek ruhaniah. Tamadun Islam menekankan aspek urbanisasi, revolusi pertanian, pembentukan sistem pemerintahan dan pentadbiran, perkembangan perdagangan dan sebagainya. Demikian juga tamadun dunia lain seperti Tamadun Lembah Indus, Tamadun Hwang Ho, Tamadun Mesir, Tamadun Greek, Tamadun Rom dan sebagainya. Kewujudan tamadun-tamadun ini sangat bergantung kepada kebolehan bangsa pembentuk tamadun tersebut. Keboleh bangsa Arab adalah berpegang keapda al Quran.

CiriCiri-ciri universal dalam tamadun


Amalan beragama, pembandaran, pengkhususan pekerjaan, inovasi teknologi dan penulisan. Edward L. Farmer berpendapat ciri-ciri tamadun iaitu revolusi pertanian, penempatan kekal, stratifikasi sosial, amalan beragama, urbanisasi, pengkhususan pekerjaan, inovasi teknologi dan pengenalan sistem tulisan. M.A.J. Beg berpendapat ciri-ciri tamadun ialah adanya
Penyebaran teknologi pertanian Penternakan yang mengubah tradisi kehidupan nomad Revolusi dalam perbandaran yang menekankan aspek kemunculan bandar dan negeri, Stratifikasi sosial, Kewujudan sistem pengairan, Teknologi tembaga dan besi Sistem penulisan.

CiriCiri-ciri universal dalam tamadun


Kehidupan bandar (Ibn Khaldun) Jurzi Zaydan mengatakan memberi perhatian kepada iaitu pemerintahan Islam termasuklah sistem pentadbirannya, bandar-bandar Islam, stratifikasi sosial, perkembangan ilmu sains dan pendidikan, bangunan-bangunan yang mempunyai ciri Islam dan kesenian Islam Pembangunan dan pertumbuhan bandar telah diterima oleh kebanyakan sarjana sebagai ramuan utama dalam melihat kelahiran Tamadun Islam. Bandar-bandar Islam ini telah berjaya mengembangkan Islam dan ada ikatan dengan ekonomi

Interaksi Antara Tamadun


Positif: Islam,Yahudi, Kristian Interaksi antara Tamadun Islam,Yahudi dan Kristian semasa zaman kemunculan Islam di Tanah Arab telah memberi beberapa kesan positif. Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad (saw), di Madinah hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberi perlindungan. Di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual daripada kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian.

Interaksi Antara Tamadun


Positif: India, Cina Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. Terdapat kemahiran teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Astronomi India turut diperkembangkan di Negara China oleh ahli-ahli astronomi India.

Interaksi Antara Tamadun


Positif: Islam, China Interaksi Tamadun Islam dengan China yang turut memperlihatkan kesan positif melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. hasil daripada interaksi ini wujud penyebaran agama Islam di Negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina.

Interaksi Antara Tamadun


Positif: Islam, Melayu Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat ketara melalui perdagangan. Kesan positif yang penting tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan dan istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Interaksi Antara Tamadun


Positif: China, Melayu Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu melahirkan kesan positif dala kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu, perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara, iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik Negara China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka.

Interaksi Antara Tamadun


Positif: China, Jepun Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari Negara China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun. Sambungan>>>

Interaksi Antara Tamadun


Tulisan Cina telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun Tamadun China turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun seperti upacara minum the Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran Konfusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun. Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telahm emperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.

Interaksi Antara Tamadun


Negatif: Yahudi, Kristian, Islam Di Eropah misalnya hubungan antara orangorang Kristian dengan Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada hubungan yang tidak baik ini menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan ke-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat daripada faktorfaktor perbezaan agama, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.

Interaksi Antara Tamadun


Islam dengan Kristian dalam Zaman Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri peperangan ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai Perang Salib. Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam dan Yahudi. Peperangan ini turut di-cetuskan oleh faktorfaktor perbezaan agama, ekonomi dan politik.

Interaksi Antara Tamadun


Negatif: India, Islam Di India juga penganut Islam dengan Hindu sentiasa berada dalam keadaan tegang. Terdapat peristiwa-peristiwa yang mana orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu dan kuilkuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam.

Interaksi Antara Tamadun


Raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara keagamaan Hindu. Aurangzeb merupakan raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganut-penganut Hindu. Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lainlain lagi.

Interaksi Antara Tamadun


Negatif: India, China Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat melihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat Cina pada zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendekiawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut.

Interaksi Antara Tamadun


Negatif: Islam, China Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara China.

Interaksi Antara Tamadun


Permusuhan antara orang Islam dengan orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. Pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di tenggara Negara China telah bermusuh dengan orang Islam kerana iri hati kemewahan yang dinikmati oleh orang Islam dalam aktiviti perdagangan, pada 876M berlaku pemberontakan di Canton menyebabkan lebih kurang 120,000 terbunuh. <<TAMAT>>

You might also like