You are on page 1of 1

Pada suatu hari, Nabi Ibrahim a.s telah memohon kepada Allah s.w.

t supaya menunjukkan kepadanya bagaimana Allah s.w.t menghidupkan makhluk yang telah mati. Allah s.w.t bertanya kepada Nabi Ibrahim, Adakah engkau tidak percaya bahawa Aku berkuasa menghidupkan makhluk yang telah mati?. Lalu Nabi Ibrahim a.s pun menjawab Sudah pastinya aku percaya bahawa Kau Maha Berkuasa untuk menghidupkan sesuatu yang telah mati, tetapi aku mahukan kefahaman yang mantap. Allah s.w.t telah memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim a.s dengan memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya mengumpulkan empat ekor burung iaitu Burung Merak, Ayam Jantan, Merpati dan Helang. Selepas itu Allah

memerintahkan supaya menyembelih dan mencincang keempat-empat burung tersebut. Setelah itu, baginda perlulah meletakkan burung2 yang dicincang itu di empat buah bukit yang berlainan. Maka dengan kuasa Allah s.w.t, keempat-empat burung yang diletakkan di bukit yang berlainan itu tadi telah bercantum kembali dan burung-burung itupun terbang ke arah Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim a.s terus memuji Allah setelah melihat kehebatan Allah s.w.t ini.

You might also like