You are on page 1of 22

Arkeologi berasal dari perkataan Yunani iaitu arkhaiologia yang bererti perbincangan tentang benda purba atau silam.

Istilah ini digubah semula pada abad ke 17 oleh seorang sarjana German bernama George Daux

Paul Bahn menyatakan pengertian asas arkeologi ialah satu kajian sistematik tentang masa lampau yang berasaskan budaya kebendaan dengan bermatlamat untuk membongkar, menerangkan dan mengklasifikasikan tinggalan-tinggalan budaya, menguraikan bentuk dan perilaku masyarakat masa silam serta memahami bagaimana ia terbentuk dan akhir sekali merekonstraksinya semula.

Grahame

Clark mendefinisikan arkeologi sebagai satu bentuk kajian yang sistematik ke atas bahan-bahan purba bagi membentuk semula sejarah.

Cottrell

Leonard pula mendefinisikan arkeologi sebagai satu cerita mengenai manusia dengan merujuk kepada tinggalan seperti peralatan yang digunakan, monumen, rangka manusia dan segala yang terhasil dari inovasi yang diciptanya.

Glyn Danial mendefinasikan arkeologi sebagai satu cabang sejarah yang mengkaji tinggalan-tinggalan masa lampau. Kajian sejarah yang menggunakan segala maklumat sama ada bertulis, epigrafik atau tinggalan dengan matlamat akhir untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang manusia masa silam.

Frank Hole dan Robert F. Heizer pula merujuk arkeologi sebagai suatu kajian tentang masa silam manusia yang dikaji terutamanya melalui bahan-bahan peninggalan. Arkeologi juga merupakan satu susunan kaedah dan tatacara penyelidikan masa lalu yang mengambarkan data-data yang diperolehi dan latihan akademik serta orentasi teori ahli arekologi.

Robert J. Sharer dan Wendy Ashmore melihat arkeologi sebagai bahagian khusus tentang teknik yang digunakan dalam menbongkar bukti tentang masa lalu dan sebagai satu disiplin yang mengkaji masyarakat dan kebudayaan silam berdasarkan budaya kebendaan ianya menerangkan perkembangannya serta bagaimana ianya berlaku.

Glyn Isaac menyatakan disiplin arkeologi sebagai satu disiplin yang cuba menerangkan hubungan di kalangan manusia dan di antara manusia dengan dunia kebendaan. Menurutnya lagi, ianya merupakan bukan satu disiplin sains jati, sains sosial dan cabang kemanusiaan tetapi lebih merupakan usaha khusus atau tempat untuk semua bidang bertemu.

J.

de Leat menganggap arkeologi sebagai satu disiplin sains dan cabang kepada bidang sejarah.

Walter

Tylor menyatakan arkeologi tidak lebih daripada suatu kaedah dan kumpulan teknik yang khusus untuk mendapatkan maklumat mengenai budaya.

Nik Hassan Shuhaimi menerangkan pengertian arkeologi pada mulanya ialah satu bentuk kajian ke atas bahan purba melalui kaedah deskriptif yang sistematik pada sekitar awal abad ke 18 kemudiannya berkembang kepada maksud sejarah purba pada abad ke 19 dan kini sebagai satu disiplin yang bertujuan untuk membentuk semula sejarah kebudayaan, sejarah cara hidup dan proses kebudayaan masyarakat pra sejarah, proto sejarah dan sejarah dengan mengkaji artifak dan non artifak serta melihatnya dalam konteks alam sekitar.

rumusan bahwa bidang arkeologi merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang manusia dan kebudayaan masa silam berdasarkan kepada tinggalan dengan kaedah penyelidikan yang sistematik dengan menggunakan pelbagai pendekatan disiplindisiplin yang lain seperti sejarah, antropologi, geologi, geografi, matimatik, fizik, zoologi, botani, senibena, kejuruteraan dan lain-lain. Penumpuan terhadap tinggalan-tinggalan kebudayaan tidak hanya tertumpu kepada aspek kebendaan yang dikategorikan kepada buatan manusia tetapi juga yang bersifat bukan buatan tetapi terhasil secara tidak langsung kesan daripada tindakan manusia dalam membina kebudayaannya yang dikategorikan sebagai non-artifak.

Arkeologi telah berkembang dari satu kegiatan pengumpulan barangan antik dan ianya dikenali sebagai Purbawanisme. Catatan terawal tentang Purbawanisme ialah minat terhadap barangan antik Raja Babylon yang dikenali sebagai Nabonidus (555-539 Sebelum Masehi). Baginda telah mengalicari Kuil Naram-Sin hingga ke lantai asas yang dibina 2200 tahun sebelum pemerintahanya. Hasil dari penemuan galicari tersebut telah di tempatkan di sebuah muzium khas di kota Babylon. Di zaman pemerintahan Julius Caeser, askar Rom telah mengeledah kubur-kubur purba di tanah jajahan empayar Rom seperti di Itali dan Greece. Artifak seperti tempayan, senjata purba dan barangan gangsa telah curi dari kubur dan didagangkan di bandaraya Rom. Kegiatan ini merupakan contoh terawal kegiatan pemburuan harta karun dan perdagangan antik. Ini jelas di catatkan oleh Suetonius seorang sejarawan Rom yang menyebut tentang kegiatan pengumpulan barangan purba oleh Emperor Augustus. Di zaman Pertengahan (Abad ke 14 hingga 17 Masehi), masyarakat Eropah telah dilanda dengan perasaan ingin tahu dan minat untuk mengumpul barangan antik. Antara mereka yang terlibat ialah seperti Paus Alexander VI dan Paus Sixtus IV yang telah menjalankan pengalian di tapak-tapak bersejarah di Pompeii dan Herculaneum, Thomas Howard yang menjelajah dan membeli barangan antik dari Itali, Mesir dan Timur Tengah, Claudius Rich pengumpul duit syiling, manuskrip dan tembikar purba di Baghdad serta Henry Crewick Rawlinson seorang pengumpul tulisan-tulisan purba yang menjelajah ke seluruh Iran.

Galicari di tapak Awamoa di Utara Otago, New Zealand oleh seorang jurukur tempatan iaitu Walter Mantell pada tahun 1852. Galicari ke atas tapak-tapak Haram ashSharif dan Kuil Herod di Juresalem oleh ahli arkeologi British iaitu Charles Warren pada tahun 1867. 6. James Dawson dan ahli arkeologi amatur Australia telah menjalankan galicari di salah sebuah Low Mound di Barat Victoria, Australia pada tahun 1869. Tapak Wor Barrow, Cranborne Chase di Selatan England telah digalicari oleh PittRivers antara tahun 1887

Analisis debunga, perubahan cuaca, pertumbuhan hutan mula diambil kira dalam membuat interpretasi masa lampau. Seperti yang dilakukan oleh ahli botani Scandinavia iaitu Lennart von Post yang membangunkan teknik merekonstraksi tumbuh-tumbuhan purba dengan berdasarkan kajian debunga dalam tahun 1930an. Di Britain teknik ini telah diperkenalkan oleh Grahame Clarke dan pendekatan aspek ekonomi digunakan dalam memahami komuniti masyarakat prasejarah dalam tahun 1949 hingga 1951 pada galicari di tapak Star Carr, Yorkshire, utara England. Antara projek galicari yang telah memantapkan teknikteknik pengalian ialah seperti di: 1. Tapak Lelang dan Kyongju di Korea oleh ahli arkeologi Jepun antara tahun 1910 hingga1945. 2. Tapak Zhoukoudian dan Yangshao-cun di China oleh Johan Andersson dalam tahun 1921.

teknik galicari yang mementingkan aspek stratigrafi dan saintifik oleh Wissler dalam tahun 1917, Richard Woodbury dalam tahun 1954 dan Haag dalam tahun 1959. Dalam merekonstruksikan masa lampau, ahli Arkeologi Baru haruslah memahami organisasi sosial, ekonomi, kepercayaan dan konsep-konsep falsafah masyarakat lampau. Untuk mecapai hasrat tersebut satu pemahaman lengkap harus wujud tentang bagaimana masyarakat dalam kebudayaan masa lampau hidup dari semasa ke semasa

pengumpulan dan pengalian tapak arkeologi untuk tujuan mendapatkan barangan antik manakala aspek teoritikal dan metodologi kajian masih belum diutamakan atau diketengahkan pada Abad ke 19 Masehi. Antara muzium yang menjadi tempat pameran barangan antik dari kegiatan ini ialah British Museum yang dibuka pada 15 Januari 1759 dan antara koleksinya ialah artifak- artifak dari Mesir seperti mumia dan Batu Rosetta yang diperolehi pada tahun 1756 dan 1802, koleksi tempayan Yunani yang dibeli dari Sir William Hamilton pada tahun 1772, 1789 dan 1790 dan galeri koleksi peribadi terbesar barangan antik dari tamadun Yunani dan Rom milik Charles Townley yang dibuka pada tahun 1808.

Arkeologi adalah satu disiplin ilmu yang berlandaskan penyelidikan saintifik dalam mengkaji sejarah masa lampau manusia dan kebudayaannya. Perubahan yang berlaku telah mematangkan bidang ini daripada kegiatan purbawanisme kepada disiplin yang saintifik kerana kesekutuannya dengan disiplin-disiplin jurusan sains tulen dan sains sosial dalam perkembangan ilmu di Eropah dan Amerika Syarikat. Perkembangan ini membolehkan arkeologi dianggap sebagai satu disiplin yang mempunyai tatacara penyelidikan yang teratur

pendekatan dan metodologi yang dikemaskini seiring dengan perkembangannya telah membolehkan pengetahuan mengenai masa lampau manusia dapat dituntut kembali yang diperolehi dari interpretasi tinggalan-tinggalan budaya. Perkembangan penyelidikan ini telah banyak membantu para ahli arkeologi, antropologi dan sarjana sejarah berhadapan dengan persoalanpersoalan mengenai masyarakat purba. Akan tetapi hingga ke hari ini masih timbul kekeliruan tentang kepentingan penyelidikan

Bagi golongan ini penyelidikan arkeologi hanyalah satu bidang yang terlalu cerewet, berkos tinggi dan tidak ekonomik. Sikap negatif ini amat sukar dibendung apabila ianya melibatkan hal-hal perundangan, politik dan pelaburan bernilai berjuta ringgit. Sesetengah pihak pula melihat penyelidikan arkeologi tidak lebih dari satu bidang yang hanya menggunakan teknik yang rapi dan perlahan dalam membongkar tinggalan purba yang kemudiaannya diperagakan dimuzium.

Frank Hole dan Robert F. Heizer bahawa dewasa ini manusia melihat suatu dunia yang dipisahkan mengikut kebudayaan dan politik tetapi dihubungkan dengan erat melalui teknologi dan struktur ekonomi yang berkembang dan mempunyai lingkungan yang sangat luas. Hasrat negara adalah untuk mewujudkan suatu warisan budaya yang dibina daripada penglibatan dalam suatu rasa kemanusiaan yang hanya boleh dicapai melalui arkeologi. Untuk itu kepentingan untuk penyelidikan arkeologi seharusnya tidak dipersoalkan.

G.R. Willey dalam bukunya A History of Archaeology, hanya satu peratus sahaja maklumat tentang masyarakat silam dapat diperolehi melalui dokumen atau rekod bertulis dan selebihnya tidak pernah direkodkan. Sehingga kini penyelidikan arkeologi masih belum cukup untuk mengumpul bukti yang dapat mewakili keseluruhan aspek tamadun manusia yang mencakupi bentuk-bentuk kebudayaan, kreativiti idea, aktiviti dan perubahan yang telah dilakukan oleh manusia dalam evolusi perkembangannya.

You might also like