You are on page 1of 23

OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

PENGENALAN

Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan


politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Keperluan
perlembagaan menjadi lebih ketara dalam sebuah negara yang berbilang etnik
seperti negara Malaysia. Perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan suatu
rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional
dan pembangunan negara serta melindungi kepentingan semua kumpulan etnik.
Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai perlembagaan persekutuan
yang mengandungi 183 perkara yang merangkumi undang – undang tertinggi di
Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang – undang yang telah dibentuk
berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Sumber ini dipetik dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia .
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada
Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Maka
Perlembagaan berkenaan telah berkuat kuasa sejurus selepas Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan ini dibahagikan
kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang
relevan.

• Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan


• Bahagian 2 - Kebebasan asasi
• Bahagian 3 - Kewarganegaraan
• Bahagian 4 - Persekutuan
• Bahagian 5 - Negeri-negeri
• Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
• Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
• Bahagian 8 - Pilihanraya
• Bahagian 9 - Kehakiman
• Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
• Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat

Azman Bin Salleh 1


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

• Bahagian 12 - Am dan pelbagai


• Bahagian 13 - Peruntukan sementara
• Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
• Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

Menurut Modul OUM HBSS 1203, Halatuju Pembangunan Negara ada


menyatakan pada aswasnya, Perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas
yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem
pemerintahan seperti yang termaktud sama ada dalam undang – undang atau
adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang – undang yang
mengandungi peraturan – peraturan yang boleh dikuatkuasakan.

A.S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary ada menyatakan


”Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana
undang – undang dan prinsip – prinsip kerajaan tersebut berpandukan
bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah”.

Setelah mengetahui serba sedikit tentang perlembagaan di atas maka menurut


http://budaklaw.files.wordpress.com/2008/07/tajuk-6-perlembagaan-
malaysia (Dr. Fisol Mydin) telah mendefinisikan Perlembagaan sebagai satu
set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang
mengawal dan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang
lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam serta sebagai satu dasar
formula yang menyatakan tugasan kuasa – kuasa awam di dalam sesebuah
negara

Apakah konsep Perlembagaan? Menurut Dr. Pisol Maidin melalui pautan


http://budaklaw.wordpress.com di dalam tajuk Perlembagaan Malaysia dalam
Konteks Hubungan Etnik di Malaysia ada menyatakan Perlembagaan adalah
sumber undang – undang tertinggi sesebuah negara. Ia juga berperanan sebagai
panduan bagi pembentukan undang – undang samada di pihak kerajaan atau
rakyat dan secara umumnya, perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu

Azman Bin Salleh 2


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

 Perlembagaan bertulis – Perlembagaan yang dikumpul dan disusun


dalam satu dokumen.
 Perlembagaan tidak bertulis – Semua prinsip perlembagaan yang tidak
terkumpul dalam satu dokumen seperti undang – undang yang diluluskan
oleh Parlimen dan keputusan – keputusan mahkamah.
Malaysia mengamalkan Perlembagaan bertulis di mana badan perundangan,
kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada Perlembagaan. Seperti yang
kita ketahui, Perlembagaan Malaysia terdiri daripada :
1. Teks
 15 Bahagian
 183 Perkara dan fasal – fasal
2. Jadual – jadual
 13 jadual
Yang mana ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman,
kedudukan agama Islam, Kewarganegaraan, Bahasa kebangsaaan, Kedudukan
dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah. Di
Malaysia, tidak ada mana – mana institusi yang boleh mengatasi ketinggian
kuasa Perlembagaan. Malah, ketiga – tiga badan kerajaan iaitu badan
Kehakiman, Perundangan dan Eksekutif serta Yang di Pertuan Agong juga
tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Kuasa – kuasa perundangan dan
kehakiman yang dijalankan di mahkamah juga tertakluk kepada sekatan –
sekatan yang dikenakan atau tertakluk di dalam Perlembagaan.
Ini semua kerana terkandung dengan nyata di dalam Perlembagaan pada
perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang – undang utama
persekutuan dan apa – apa undang – undang yang diluluskan yang
berlawanan dengan Perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan
itu terbatal.

Azman Bin Salleh 3


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Unsur – unsur tradisi di dalam Perlembagaan.


Unsur – unsur tradisi adalah antara faktor penting untuk mewujudkan identiti
Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Ia juga merupakan
sebuah kontrak sosial yang telah dipersetujui dan disepakati. Unsur – unsur
tradisi yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia meliputi
 Bahasa
 Agama
 Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
serta kedaulatan pemerintahan beraja.
Ketiga- tiga aspek atau tradisi ini amat penting dan termaktub di dalam
Perlembagaan antara tujuan untuk menstabilkan sistem politik di Nagara
Malaysia. Hak bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam
sebagai agama rasmi negara serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kuasa raja- raja tidak boleh di sentuh atau
dipertikaikan.
Selain itu, unsur tradisi in juga dilindungi dibawah Akta Hasutan¹ atau
lebih di kenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 ( Internal Security
Act 1960 (ISA) ). Ini menyatakan bahawa jika terdapat sebarang hasutan
berkaitan dengan un sur – unsur tradisi ini maka seseorang atau pemula hasutan
boleh dikenakan tidakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Maka di sini
unsur – unsur tradisi boleh dianggap sebagai isu yang sensitif serta dilarang
dijadikan isu perbincangan awam.

______________________________________________________________________________________

¹Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hasutan 1948.


Tafsiran
Dalam Akta ini—“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan manamana Negeri di Malaysia;“menghasut” apabila dipakai
bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain menjadikan
perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan menghasut; “penerbitan”
termasuk semua perkara bertulis atau bercetak dan segala benda sama ada atau tidak serupa jenisnya dengan perkara
bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat atau yang mengikut rupanya, bentuknya atau dengan
apa-apa cara lain boleh menggambarkan perkataan atau gagasan, dan juga termasuk tiap-tiap naskhah dan keluaran semula atau
keluaran semula substansial apa-apa penerbitan; “perkataan” termasuk apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan perkataan atau gabungan
perkataan yang berturut-turut yang lain,
sama ada secara lisan atau bertulis;

Azman Bin Salleh 4


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Sekarang cuba kita sama –sama lihat ketiga – tiga unsur tradisi ini secara
ringkas.
1. Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang
diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan
(selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-
apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara
dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum
lain di dalam Persekutuan.
Bahagaian awal petikan yang terdapat pada Perlembagaan pada Perkara 152
telah menerangkan bahawa bahasa rasmi negara Malaysia adalah bahasa
Melayu dan digunakan untuk urusan rasmi. Maka kita sebagai rakyat Malaysia
perlu tahu dan menjunjung bahasa Melayu sebagai bahasa utama dinegara kita.
Namun, remaja kini lebih gemar memartabatkan bahasa asing berbanding
bahasa rasmi negara kita sendiri. Walaupun Bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahaswa rasmi negara namun kerajaan tidak menghalang mana – mana kaum
untuk menggunakan bahasa ibunda mereka namun mereka haruslah menerima
dan menghormati dan tidak mempertikaikan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara Malaysia.
2. Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja,
kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan
setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan,
tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan

Azman Bin Salleh 5


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh
dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang
berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan,
amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain
hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-
Pertuan Agong mewakilinya.
Membincangkan di sini, Perkara 3 dalam Perlembagaan (1) telah
menyebut bahawa agama rasmi negara Malaysia adalah agama Islam. Kesemua
kaum yang terdapat di negara ini harus menerima pernyataan ini namun, adalah
diberi kebebasan beragama jika diamalkan secara aman dan damai. Malah telah
ditetapkan bahawa Ketua Agama Malaysia adalah Yang di Pertuan Agong. Ketua
Agama bagi negeri yang bersultan adalah diketuai oleh Sultan negeri itu sendiri.
Bagi negeri yang tidak bersultan adalah dibawah Yang diPertuan Agong.
Maka, unsur tradisi ini adalah dipersetujui oleh semua kaum ketika
Perlembagaan digubal dan ianya adalah tidak boleh di pinda atau dipertikaikan
lagi.

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit,


dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah
dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan
istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada
peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong
hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-
undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi
kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri
Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan
anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran
yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam

Azman Bin Salleh 6


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada


biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang
seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh
Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh
undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau
perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara
ini, daripada permit dan lesen itu.
Unsur Tradisi yang ketiga yang terkandung di dalam Perlembagaan ialah
berkaitan dengan kedudukan dak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak yang menjadi kepentingan untuk dijaga, dilindungi dan tidak
boleh dipertikaikan. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia ini juga memberikan
tanggungjawab kepada Yang di Pertuan Agong untuk menjaga hak keistimewaan
berikut termasuk kerajaan dengan mendirikan kuota kemasukan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga boleh dianggap
sebagai sebuah Kontrak Sosial yang menjaga dan mempertahankan hak
ketuanan kaum Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk asal Malaysia.
Kesimpulannya, unsur – unsur tradisi yang termaktub dan terdapat di
dalam Perlembagaan haruslah dipertahankan dan dijaga. Pengetahuan tentang
perkara ini amat penting untuk semua kaum agar kaum lain mengetahui dan
tidak akan mempertikaikannya. Akta Hasutan yang disediakan adalah semata –
mata untuk menjaga unsur tradisi yang telah dipersetujui ini terjaga.

Azman Bin Salleh 7


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Sejarah penggubalan Perlembagaan


Menurut Mohamad Salleh Abas (1987) Sejarah Perlembagaan Malaysia,
ada menerangkan bahawa sejarah Perlembagaan Malaysia berasal sejak Tanah
Melayu berlindung di bawah naungan kerjaan Inggeris pada akhir abad ke -19.
Menjelang tahun 1895, kerajaan Inggeris telah berjaya menguasai negeri Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan pahang yang dkenali sebagai Negeri – negeri
Melayu Bersekutu. Pada 10 September 1899, Mesyuarat pertama Majlis Negeri
Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan
Tanah Melayu.
Selepas Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali, mereka merancang
untuk memperkenalkan malah meluluskan penubuhan Malayan Union pada 10
Oktober 1945 di mana Sir Harold Mac Micheal dilantik wakil Inggeris untuk
mendapatkan tandatangan raja – raja Melayu. Perkara ini telah mendapat
tentangan hebat dari kaum orang Melayu pada masa itu. Antara sebab – sebab
penubuhan Malayan Union adalah:
1. Untuk menyatukan negeri – negeri dan meningkatkan kecekapan
pengurusan pentadbiran.
2. Pihak British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu
telah bekerjasama dengan Jepun sebelum ini dan bertujuan untuk
melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya kuasa raja-raja.
3. Menjadi asas kepada pihak British untuk masyarakat tempatan
memerintah negara sendiri.
Namun, Malayan Union telah ditentang habis – habisan oleh orang Melayu
kerana perjanjian yang berat sebelah dan melenyapkan kuasa orang Melayu
terutama kuasa raja- raja. Antara sebab – sebab penentangan orang Melayu
terhadap Malayan Union adalah kerana:
1. Kuasa raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran Negeri
dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu
dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.
2. Singapura dipisahkan dari Tanah Melayu (Malayan Union) dan ia kekal
sebagai tanah jajahan British.

Azman Bin Salleh 8


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

3. Hak kerakyatan diberikan atas dasar prinsip Jus Soli iaitu penduduk
asing yang bermastautin lebih 10 tahun dan lahir selepas Malayan
Union secara automatik akan mendapat kerakyatan atau menjadi
warganegara.
4. Hak yang sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira
bangsa yang menyebabkan kaum Melayu dan Bumiputera hilang
keistimewaan.
5. Cara Sir Harold Mac Micheal mendapatkan tandatangan raja-raja
Melayu dengan cara paksaan malah ugutan telah menimbulkan
kemarahan orang Melayu yang mana cukup setia dan menjunjung ke
atas rajanya.
Maka, penentangan yang hebat telah berlaku pada masa itu, pada januari 1946,
di Alor Star, dianggarkan seramai 50,000orang Melayu telah mengadakan
demonstrasi membantah penubuhan tersebut. Pada tanggal 10 Februari 1946, di
Johor, dianggar seramai 150,000 orang telah mengadakan demonstrasi. Namun,
pada 11 April 1946, British cuba mengisytiharkan Malayan Union dan Sir Edward
Gent sebagai Gabenor pertama Malayan Union. Pengisytiharan itu telah
dipulaukan oleh orang Melayu dan mahukan Malayan Union digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya British sedar bahawa tanpa sokongan
orang Melayu, Malayan Union akan gagal.
Akhirnya Malayan Union dimansuhkan dan digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini
telah dipersetujui dan berjalan dengan beberapa pengubahsuaian sehinggalah
Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957. Setelah British melihat
kemenangan Parti PERIKATAN pada Pilihanraya umum pada 1955, telah
menjadi bukti bahawa orang Melayu dan bukan Melayu boleh bekerjasama di
dalam membentuk dan mentadbir sebuah negara. Maka British telah
menawarkan kemerdekaan andainya semua rakyat di negara ini bersatu padu
dan mampu bekerjasama.
Berikutan tawaran tersebut, pada Januari 1956, rombongan lapan orang
wakil Persekutuan Tanah Melayu telah berangkat ke London yang diketuai oleh

Azman Bin Salleh 9


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Tunku Abdul Rahman. Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari


sehinggalah 8 Febuari 1956 iaitu telah mengambil masa selama 3 minggu.
Hasilnya pada 8 Febuari 1956, termetrailah perjanjian yang dikenali sebagai
Perjanjian London. Antara kandungan perjanjian tersebut ialah:
 British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos
1957.
 Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan
pemerintahan secara demokrasi.
 British mendapat hak menempatkan askarnya di Tanah Melayu.
 Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan
Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.
 Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan digantkan
dengan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dipegang oleh rakyat
tempatan.
Maka, melalui Suruhanjaya Reid, Perlembagaan telah digubal dan antara
mereka yang terlibat di dalam Suruhanjaya Reid ialah :
1. Lord Reid (British)
2. Sir Ivor Jennings (British)
3. Sir Williamn Mckell (Australia)
4. B. Malik (India)
5. Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Menurut pautan http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid , Suruhanjaya


Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka
Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu
memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini
telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah
Rayuan England, Lord William Reid. Pertemuan sebanyak 118 kali telah
diadakan antara Jun hingga Oktober 1956, iaitu selepas rombongan Parti
Perikatan pulang dari Perundingan London, dan telah menerima 131
memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi. Semua surat

Azman Bin Salleh 10


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan


terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan sendiri.

Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari
1957 yang telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja
diwakili oleh empat orang pemerintah Melayu, empat orang lagi daripada parti
yang memenangi pilihanraya pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi
British, Setiausaha Agung, dan Peguam Negara. Perbincangan mengenai
laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan dan apabila pindaan telah
diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk disahkan.
Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan kerajaan British.

Rang Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan
Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya
pada 15 Ogos 1957 dan Perlembagaan tersebut berkuatkuasa pada 27 Ogos.
(Walau bagaimanapun, secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas
kemerdekaan.) Perlembagaan tersebut kemudiannya telah dipinda dengan
beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi Perlembagaan
Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan
Sarawak lalu membentuk Malaysia

Kesimpulannya disini, proses penggubalan telah mengambil kira masa dan


pengorbanan yang telah dicurahkan terutama oleh kaum Melayu. Sepanjang
tempoh era penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang. Sifat
keterbukaan orang Melayu pada masa itu menerima kaum lain di dalam Parti
Parikatan untuk menubuhkan kerajaan sendiri biarpun tanpa memerlukan jumlah
kerusi dari MCA dan MIC pada masa itu.

Azman Bin Salleh 11


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Kepentingan Perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia


Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang
bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri
budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini
bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana
anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku
yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola
keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan
ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan,
Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya
bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul
dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan ganjil,
malah berada ditahap rendah atau tidak bermoral. (Dr. Pisol Maidin,
http://budaklaw.wordpress.com/2008/07/15/nota-hubungan-etnik/ )
Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga
tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur
sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep
keterunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek
moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu. Etnik dapat
dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan
mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri.
Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada
kedudukan geografi yang berbeza.

Azman Bin Salleh 12


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Pembahagian Jumlah etnik di Malaysia dari 1957 hingga 2005

Etnik Tahun 1957 Tahun 2005

Melayu & 49.8% 16.1 j 65.9 %


Bumi/
putera
Cina 37.2% 6.2 j 25.3 %

India 11.1% 1.8 j 7.5 %

Lain-lain - 0.3 j 1.3 %

Jumlah 100% 24.4 j 100 %

Rajah 1 : Perangkaan jumlah etnik di Malaysia (1957-2005)


Sumber :http://budaklaw.wordpress.com/2008/07/15/nota-hubungan-etnik/
Setelah kita mengetahui maksud etnik itu, maka, dapatlah sekarang kita lihat
kepentingan perkara – perkara di dalam Perlembagaan yang menyentuh konteks
hubungan etnik di Malaysia.
Pertama merujuk kepada Perkara 3 (1), Islam ialah agama bagi
Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Perkara ini menunjukkan bahawa setiap etnik di Malaysia harus mengetahui
bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara dan tidak boleh dipertikaian
amalan dan hukum – hukum agama tersebut haruslah dipatuhi. Kelonggaran
telah diberikan kepada etnik lain untuk menganut agama pilihan mereka namun
Perlembagaan tetap tertulis bahawa Agama Islam adalah yang utama.

Azman Bin Salleh 13


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Seterusnya, merujuk kepada Perkara 8: Kesamarataan. Ia merujuk


kepada semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak
mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Maka,
setiap etnik di Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan ini dan tidak terkecuali
di dalam menerima undang – undang yang dikeluarkan oleh negara ini. Namun
terdapat pengecualian peruntukan di dalam soal agama, kedudukan
keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pentingnya
dimaktubkan di dalam Perlembagaan agar, etnik lain tahu kedudukan mereka
dan sama – sama bernaung di bawah hak kesamarataan.
Antara perkara lain di dalam Perlembagaan yang menyentuh hubungan
etnik ialah pada Perkara 10(4) : Pada mengenakan sekatan-sekatan demi
kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau
ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan
undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf,
kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau
dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181
melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang
dinyatakan dalam undang-undang itu.
Perkara ini merujuk kepada batasan hak kebebasan bersuara daripada
menyentuh kedudukan Raja – Raja, agama Islam, Keistimewaan hak orang
Melayu dan Bumiputera dan kewarganegaraan. Ini menunjukkan bahawa ia
adalah isu sensitif yang perlu dielakkan dijadikan isu perbincangan awam.

Antara Perkara lain yang terapat di dalam Perlembagaan yang menyentuh


konteks hubungan etnik ialah
 Perkara 38: Memberi kuasa kepada Majlis Raja – Raja untukmenghalang
Parlimen membuat undang – undang yang menyentuh kedudukan Raja –
raja Melayu, Keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, Agama Rasmi
dan Bahasa Kebangsaan.

Azman Bin Salleh 14


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

 Perkara 1510(6) : Menyentuh kedudukan agama Islam, adat istiadat orang


Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu dan
kewarganegaraan untuk dipertikaikan walaupun keadaan darurat.
 Perkara 152: kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
tanpa menafikan hak – hak bangsa lain untuk menggunakan bahasa
mereka.
 Perkara 153: Kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.
Perkara 153 amat penting sekali terutama di dalam konteks hubungan etnik di
Malaysia. Pemahaman yang tinggi perlu diterapkan kepada etnik lain untuk
memahami perjanjian atau Perlebagaan ini yang telah dipersetujui dahulu dan
diambil kira hingga masa kini atau masa akan datang.
Dapat disimpulkan di sini bahawa di dalam Perlembagaan telah termaktub
menyenaraikan undang – undang dan peraturan yang perlu dipegang teguh oleh
setiap etnik di Malaysia bagi menjaga kestabilan politik, keamanan dan
kesejahteraan setiap rakyat di negara ini. Kecuaian kefahaman tentang perkara
ini seringkali menimbulkan suasana yang tidak selesa di Malaysia. Malah
sepatutnya setiap individu warganegara ini perlu memahami dan menjunjung
Perlembagaan yang telah dipersetujui oleh datuk nenek kita terdahulu.

Azman Bin Salleh 15


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Kontrak Sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa


kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-
memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan
pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan
Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada
kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada
bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang
mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. (Sumber yang
dipetik daripada http://mymassa.com Artikel 153 Perlembagaan Malaysia,
Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial )

Melalui laman web ini juga (http://mymassa.com) ada menerangkan


bahawa dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak
sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam
kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-
habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang
Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan
golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan
seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional.
Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak
sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Azman Bin Salleh 16


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin terutamanya
pemimpin dari parti kompenen Barisan Nasional. Tidak terdapat syarat-syarat
formal mengenai kontrak sosial ini. Di bawah sedikit petikan mengenai kontrak
sosial.

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah “kontrak sosial” (dari segi
hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat
sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat
kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada
Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa
kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak
sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya
dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada
orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang
Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak
keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara
kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi
yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: “Oleh sebab pemimpin-
pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan,
pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan
istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia,
status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti
penduduk asli Sabah dan Sarawak.” [1]

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam


perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen
perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika
kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas
pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13
Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia,
hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-
kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-
diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah
diberikan.

Azman Bin Salleh 17


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-


orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak
balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh
kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India
boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang
paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-


universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar “meritokrasi”.
Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan
Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan
dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah
sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan
Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya.
Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai
berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar
terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam


laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat
sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas
kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-
peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak
menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli
masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada
orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur
dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang
menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian
semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen


peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang
Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III
dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan
Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan
diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam

Azman Bin Salleh 18


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah


mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih
banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong
ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis
dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-
pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman


(kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “…
apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang
menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak
mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan
masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan
bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh
itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa
Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang
Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan
mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada
masa hadapan.” Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagi mereka yang
mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah
bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus
merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak
dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu.”

Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-


parti politik sejak kebelakangan ini. Semangat muhibah dikalangan pemimpin-
pemimpin awal negara seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang
menjadi pemimpin parti-parti politik pada hari ini. Persoalannya ketika isu kontrak
sosial dimainkan oleh pemimpin bukan melayu, di mana pemimpin-pemimpin
Melayu tampil mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina?
Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan
dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu juga
adalah sama kecuali penekanan yang lebih diberikan kepada orang Melayu)
yang belum terbukti lagi menjamin masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya
anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan untuk ’hidup’ di masa hadapan
sedangkan kita telah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kita
kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu. (Petikan di

Azman Bin Salleh 19


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

atas dimuat turun daripada http://mymassa.com/news/118/ARTICLE/1235/2008-


04-24.html )

Kesimpulannya, kontrak sosial memainkan peranan penting di dalam


menjaga dan mempertahankan prinsip ketuanan Melayu. Kontrak ini sebenarnya
telah dipersetujui dahulu dan ia adalah perjanjian antara orang Melayu dengan
orang bukan melayu di dalam kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan
Bumiputera dan pemberian hak kearga negaraan kepada orang bukan Melayu.
Namun penekanan yang lemah tentang perkara ini telha menyebabkan ramai
golongan muda sekarang tidak mengetahui perkara ini. Sepatutnya golongan
bukan Melayu dan Bumiputera harus tahu bahawa kontrak sosial ini masih
digunapakai dan perlu diikuti sehingga bila – bila. Namun dewasa ini, perkara ini
telah di ambil mudah dan menyebabkan ramai pihak lupa akan perkara ini maka
wujudlah pelbagai ancaman dan soal hak keistimewaan orang Melayu dan kaum
Bumiputera dipertikaikan. Pada pendapat saya, kontrak sosial ini harus
diterapkan di dalam kurikulum pendidikan terutama diperingkat sekolah rendah
atau menengah untuk menanam dan memberi kefahaman kepada golongan
muda tentang perkara ini. Ini agar dapat menjaga dan memelihara kedaulatan
kaum Melayu dan Bumiputera seterusnya menjamin dan menjaga kesejahteraan
semua kaum di Malaysia.

Azman Bin Salleh 20


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

Rumusan

Kesimpulannya, keseluruahan tugasan Kajian Sosial kali ini banyak


membincangkan berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia. Bagaimana
golongan terdahulu berkorban untuk mendapatkan Kemerdekaan malah
membentuk sebuah kerajaan daripada tangan Penjajah.

Melalui tugasan kali ini juga telah memberi peluang kepada saya
untuk mendalami dan memahami kandungan Perlembagaan Malaysia. Ia juga
memberi peluang kepada saya mengkaji dan menilai peraturan dan undang –
undang yang ditetapkan di dalam Perlembagaan. Malah, secara tidak langsung
ia dapat meningkatkan kefahaman saya tentang unsur – unsur tradisi yang
terkandung di dalam Perlembagaan dan keutamaan untuk mengetahui dan
menjaganya.

Selain itu, tugasan ini telah membuka mata saya tentang hubungan etnik
di Malaysia dan kepentingan sebuah Perlembagaan untuk menjaga dan
mengawal kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara yang mempunyai
berbilang etnik. Selain itu, ia juga memberi pemahaman kepada saya tentang
kewujudan kontrak sosial yang harus di peliharan dan difahami.

Akhir kata, melalui tugasan ini dapat kita simpulkan bahawa bukan mudah
untuk membentuk sebuah kerajaan yang mempunyai berbilang etnik di
dalamnya. Perlembagaan sesebuah negara haruslah dijunjung dan dihayati
sebagai satu panduan menjaga keamanan dan kesejahteraan sesebuah negara.

Azman Bin Salleh 21


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

BIBLIOGRAFI
Digitallibrary.my (2008) Perlembagaan Persekutuan, (atas talian),
http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/338_Perlembagaan
_Persekutuan.pdf (30Okt 2008).

Dr. Fisol Maidin (2008) Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik
di Malaysia,(atastalian)
http://budaklaw.files.wordpress.com/2008/07/tajuk-6-perlembagaan-
malaysia (23 Okt 2008)

Dr. Fisol Maidin (2008) Konsep Konsep Asas Hubungan Etnik,(atastalian)


http://budaklaw.wordpress.com/2008/07/15/nota-hubungan-etnik/
(23 Okt 2008)
Muhammad Salleh Abas (1987). Sejarah Perlembagaan Malaysia, Dewan
Bahasa Dan Pustaka. Kuala lumpur.

Mymassa.com (2008) Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, Ketuanan Melayu


dan
Kontrak Sosial, (atas talian)
http://mymassa.com/news/118/ARTICLE/1235/2008-04-24.html
(18.Okt.2008).

Open Universiti Malaysia, (2007). HBSS 1203 Halatuju Pembangunan


Negara, Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Open Universiti Malaysia, (2007). HBSS 2103 Sejarah Perkembangan Negara,


Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Wikipedia (2008) Perlembagaan Malaysia, (atas talian),


http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia ( 23 Okt 2008).
Wikipedia (2008) Suruhanjaya Reid, (atas talian),

Azman Bin Salleh 22


750312025163
OUM HBSS 2103 SEJARAH PERKEMBANGAN NEGARA

http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid ( 23 Okt 2008).

Azman Bin Salleh 23


750312025163

You might also like