Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
3Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kepentingan Pendidikan Moral

Kepentingan Pendidikan Moral

Ratings: (0)|Views: 116|Likes:
Published by Zawatil Faiezi

More info:

Published by: Zawatil Faiezi on Mar 12, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/29/2012

pdf

text

original

 
Kepentingan Pendidikan Moral
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagimenyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangatFalsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaranpendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanankepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dantanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Muriddididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, sertadapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkankurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segalarintangan dan cabaran dalam kehidupan. Pendidikan Moral ialah mata pelajaran terasuntuk murid bukan beragama Islam di peringkat sekolah rendah dan Menengah. Matapelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmupengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakatdan negara. Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum BersepaduSekolah Rendah dan Menengah merangkumi aspek diri, keluarga, masyarakat, alamsekitar dan negara.
BIDANG 1 - PERKEMBANGAN DIRI
1.1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNyaberlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara
1.2 AMANAH
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan oranglain
1.3 HARGA DIRI
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam
 
kehidupan
1.4 BERTANGGUNGJAWAB
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipandengan sempurna
1.5 HEMAH TINGGI
Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
1.6 TOLERANSI
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunyapertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup
1.7 BERDIKARI
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
1.8 KERAJINAN
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara
1.9 KASIH SAYANG
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripadahati yang ikhlas
1.10 KEADILAN
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
1.11 RASIONAL
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakanberasaskan pertimbangan yang wajar
1.12 KESEDERHANAAN
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama adadalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri danorang lain
BIDANG 2 - KEKELUARGAAN
2.1 KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
 
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga
2.2 HORMAT DAN TAAT KEPADA ANGGOTA KELUARGA
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secarabersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis
2.3 MENGEKALKAN TRADISI KEKELUARGAAN
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaanyang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga
2.4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untukmelahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga meruah keluarga
BIDANG 3 - ALAM SEKITAR
3.1 MENYAYANGI DAN MENGHARGAI ALAM SEKITAR
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untukmengekalkan keseimbangan ekosistem
3.2 KEHARMONIAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR
Keadaan saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alamsekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam terpelihara
3.3 KEMAPANAN ALAM SEKITAR
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untukkesejahteraan hidup
3.4 PEKA TERHADAP ISU-ISU ALAM SEKITAR
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusahamenyelesaikannya
BIDANG 4 - PATRIOTISME
4.1 CINTA AKAN NEGARA
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negaramelebihi kepentingan diri

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->