You are on page 1of 11

CONTOH-CONTOH SOALAN KURSUS INDUKSI

SOALAN 1. a. Encik Izwan seorang Penolong Pengarah telah diperuntukkan sebuah bilik khas. Beliau sedang mengambil tindakan terhadap sepucuk surat Sulit. Semasa beliau meninggalkan biliknya kerana berbincang dengan pegawai atasannya, beliau mendapati surat Sulit tersebut telah hilang. Beliau telah mencari ke merata tempat namun masih tidak dapat dikesan. Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh Encik Izwan mengenai kehilangan surat tersebut. (8 markah) b. Cik Arisah seorang Pegawai Tadbir di Jabatan Y telah diarahkan untuk menyiasat dakwaan yang mengatakan terdapat dokumen terperingkat yang telah dimusnahkan tanpa mengikut peraturan. Hasil siasatan mendapati kenyataan berkenaan ada kebenarannya. Beliau telah memanggil pegawai-pegawai yang terlibat dan menasihati mereka tentang cara-cara pemusnahan dokumen-dokumen terperingkat yang betul. Nyatakan nasihat yang perlu disampaikan oleh Cik Arisah. (7 markah)

SOALAN 2. a) Puan Halimah Penolong Pengarah di Jabatan Pendaftaran Negara sedang mengambil tindakan terhadap sebuah dokumen terperingkat Rahsia. Tiba-tiba beliau teringat yang beliau terpaksa menghadiri satu mesyuarat di Kementerian Dalam Negeri. Dalam keadaan tergesa-gesa, beliau terus menyimpan dokumen tersebut di dalam cabinet kelulinya. Nyatakan sama ada tindakan Puan Halimah teratur atau tidak. Berikan alasan anda. (7 markah) b) Cik Fauziah seorang Pembantu Tadbir di Bahagia Pendaftaran Fail, Kementerian Pertahanan telah diarah membuka sebuah fail terperingkat Rahsia. Beliau terus mengambil fail berwarna merah lalu ditulis peringkat keselamatan fail, nombor rujukan fail dan tajuk fail di sebelah luar kulit hadapan fail. Nyatakan sama ada tindakan Cik Mariam dalam menyimpan dan membuka fail tersebut teratur atau tidak. Berikan alasan anda. (8 markah)

SOALAN 3 En. Halim seorang Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan Malaysia telah diarah menguruskan satu mesyuarat untuk membincangkan satu perkara terperingkat rahsia mengenai keselamatan Negara. Beliau telah membuka sebuah fail baru berwarna merah jambu dengan berpalang merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang untuk menyimpan dokumen tesebut. Kemudian beliau menulis peringkat keselamatan, nombor fail dan tajuk fail di sebelah luar kulit hadapan. En. Halim telah mendapat kebenaran untuk membuat 15 salinan dari pemula dokumen terperingkat tersebut untuk diedarkan kepada ahliahli mesyuarat. Oleh sebab beliau khuatir mungkin terdapat salinan yang rosak, beliau telah mengarahkan En. Jamil seorang Pembantu Tadbir membuat 20 salinan. En. Jamil telah lulus tapisan keselamatan kasar semasa mula masuk berkhidmat dulu. Setelah siap membuat salinan, En. Jamil menyerahkan 20 salinan dokumen tersebut

kepada En. Halim bersama-sama kertas yang tersalah cetak. En. Halim telah mengambil kertas yang tersalah cetak lalu mengoyak dan membuangkannya ke dalam tong sampah. Dengan menyenaraikan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh En. Halim dalam mengendalikan dokumen terperingkat tersebut, nyatakan sama ada tindakan-tindakan tersebut teratur atau tidak. Berikan alasan. (15 markah)

SOALAN 4. Encik Alif ialah seorang Pembantu Tadbir (P/O) yang bertanggungjawab terhadap surat menyurat di jabatannya. Setiap hari beliau menerima beberapa pucuk surat rasmi yang dihantar oleh jabatan-jabatan lain. a. Nyatakan peraturan bagi merekodkan surat rasmi di atas kertas minit. (5 markah) Apakah tindakan perlu terhadap surat yang fail tidak dapat dikesan. ( 5 markah) Apakah tindakan diambil jika surat yang diterima untuk perhatian salah seorang pegawai? ( 5 markah)

b.

c.

SOALAN 5 Encik Mohan telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Semasa dilantik, beliau dikenakan syarat tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. Setelah genap tiga (3) tahun berkhidmat, beliau masih tidak dapat disahkan dalam perkhidmatan kerana masih gagal peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan. a. Nyatakan tindakan awal yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan Encik Mohan sekiranya beliau hendak memperakukan Encik Mohan dilanjutkan tempoh percubaannya. (8 markah) b. Pihak manakah yang boleh meluluskan permohonan melanjutkan tempoh percubaan tersebut? (2 markah) c. Apakah implikasi kepada perkhidmatan Encik Mohan sekiranya tempoh percubaan beliau dilanjutkan dengan berdenda? (5 markah)

SOALAN 6 En. Rosli bin Ahmad seorang Pembantu Makmal C7 berkelayakan Cuti Rehat sebanyak 20 hari setahun. Beliau layak mendapat tambahan cuti 5 hari pada tahun 2001 kerana genapnya 10 tahun perkhidmatan. Encik Rosli tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahun 2001. Pada tahun 2001 beliau telah mengambil Cuti Isteri Bersalin apabila isterinya melahirkan anak yang kelima. Terangkan bagaimana Encik Rosli ingin mengumpul baki cuti rehat tahunan ke tahun 2002. Apakah alternatif lain yang boleh digunakan dalam proses pengumpulan cuti ini. (5 markah)
(a)

(b) Berapakah kelayakan cuti rehat tahunan terkini bagi tahun 2002 selepas proses permohonan pengumpulan cuti rehat beliau diluluskan oleh Ketua Jabatannya. (5 markah) Sekiranya beliau mengambil Cuti Haji pada tahun ini, apakah jangkaan kelayakan cuti beliau sehingga 31 Disember 2002. (5 markah)
(c)

SOALAN 7 Sepertimana yang dinyatakan dalam Perintah Am Bab C, jelaskan maksud perkara-perkara berikut:
a.

Cuti (5 markah) Cuti Sakit (5 markah) Sijil Sakit (5 markah)

b.

c.

SOALAN 8 Pegawai Kerajaan dan keluarga mereka yang jatuh sakit layak mendapat rawatan yang disediakan oleh pihak kerajaan atau swasta mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. a. Nyatakan kelas wad dan kadar bayaran wad bagi keluarga pegawai (7 markah) b. Jelaskan tafsiran keluarga pegawai yang layak menerima kemudahan rawatan percuma selepas kematian pegawai. (8 markah)

You might also like