Literasi Bahasa
WAJ3104
1.0Pengenalan
Menurut
Atan Long
(1976), membaca adalah proses menterjemahkan bentukpenulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Inibermakna tanpa memahami apa-apa yang dibaca belum dianggap mahir membaca.Menurut
Dr. Koh Boh Boon,
membaca dapat membantu perkembangan kognitif danafektif seseorang murid Justru itu kemahiran membaca perlu dikuasai diperingkatawal persekolahan bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimbailmu pengetahuan agar mereka dapat berkembang secara menyeluruh dari segiintelek, rohani, emosi dan jasmani, sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara.Sekiranya seseorang murid tidak boleh membaca seperti rakan-rakan sebayamereka, mereka bukan sahaja akan ketinggalan dalam pelajaran, malah mereka jugaakan merasa rendah diri, hilang keyakinan diri dan kurang minat belajar. Justeru,itu, Program Pemulihan Bacaan perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapatmenguasai kemahiran ini. Menurut
Margaret
et.al (1989), guru haruslah memulakanpengajaran mengikut tahap yang sesuai. Aktiviti terpenting yang perlu ditekankan ketika mengajar pemulihan bacaan adalahsebutan fonetik yang betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkanpenerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan bunyiseperti rajah di bawah.
Pemulihan BacaanPage 1