You are on page 1of 4

1

Muharram

Muharram bererti diharamkan. Bulan Muharram, bulan pertama dalam kiraan tahun Qamariah (Hijriah) dan salah satu dari empat bulan yang dihormati. Doa Awal Tahun: 1 Muharram adalah permulaan kiraan tahun hijrah, maka pada tarikh ini setiap umat Islam disunatkan membaca doa awal tahun. Waktunya ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Mahgrib. Doa tersebut ialah: Maksudnya: Segala pujian itu bagi Allah, Tuhan Pentadbira seluruh alam, rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan atas penghulu kami nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah jua Tuhan yang kekal selama-lamanya sedia lagi ada, tiada permulaan, kelebihan-Mu Maha Besar dan Kemurahan-Mu amat limaph yang sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada-Mu pertolongan mengalahkan runtunan nafsu ammarah (nafsu yang mendorong kepada jalan-jalan kejahatan). Kami mohon juga kepada-Mu Ya Allah rasa sedia ada ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Mulia, Ya Allah Tuhan sebaikbaik yang mengurniakan rahmat dan juga sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian, segala pujian itu bagi Allah, Tuhan Pentadbiran seluruh alam. Hari 'Asyura Muharram mengandungi pelbagai peristiwa penting dalam perkembangan Islam sejak Nabi Adam alaihissalam dijadikan oleh Allah subhanahu wataala. Satu kelebihan dalam bulan Muharram ialah pada hari kesepuloh yang dikenali sebagai hari 'Asyura. Pada hari tersebut, umat Islam disunatkan berpuasa. Al-Imam at-Tarmizi telah meriwayatkan dari Abu Qutadah bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Berpuasa pada hari 'Asyura akan termasuk dalam hintungan Allah bahawa puasa itu akan menutup dosa setahun sebelumnya". Kelebihan berpuasa di bulan Muharram sebagaimana diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dari Abu Hurairah radiallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Puasa yang utama (afdal) sesudah Ramadan ialah puasa di bulan Muharram".

Safar Safar bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumahtangga mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan keatas musuh-musuh mereka. Menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan malapetaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka melakukan amalan-amalan karut sebagai cara menolak bala yang dipercayainya itu. Selama berpuluh atau mungkin beratus tahun lamanya mereka telah mengamalkan madi-manda dan berpesta yang dikenali dengan "mandi safar" pada hari Rabu minggu yang terakhir dalam bulan Safar ini. Kebanyakan umat Islampada masa ini khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat kedua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dibenteras dengan kerasnya oleh agama Islam, sebagaimana telah difirmankan oleh Allah subahanahu wa ta'ala dalam surah at-Taubah ayat 51: Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatupun melainkan apa yang telah ditetapkan allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu), maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal". Oleh yang demikian umat Islam hendaklah membuang sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan syirik.

Rabiul Awal Rabiulawal adalah bulan ketiga mengikut kalendar Islam. Rabiulawal bererti musim bunga yang pertama. Ia amat terkenal dikalangan masyarakat Islam kerana didalam bulan inilah Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam dilahirkan iaitu pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi. Perlantikan menjadi Rasul pada 9 Rabiulawal bersamaan 610 Masehi dan kewafatan baginda Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam pada 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijriah. Sebagai Hamba Allah yang taat kepada perintah-Nya dan Rasul-Nya hendaklah mengingati hari kelahiran Junjungan besar kita Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam dengan memperbanyakkan zikir dan selawat tanda bersyukur kepada Allah diatas limpah kurnia-

Nya mengutus Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam yang membawa manusia kejalan kebaikan dan menegah daripada jalan kejahatan. Kewajipan kita sebagai umat baginda ialah menyambung perjuangan baginda itu dengan menyeru manusia kepada jalan Allah dan menegah daripada perbuatan mungkar. Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam surah Ali-Imraan ayat 31-32: Terjemahannya: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); "Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir".

Rabiul Akhir Rabiul Akhir adalah bulan keempat mengikut kalendar Islam. Rabiul akhir juga dikenali sebagai "Rabius Thani" ertinya musim bunga yang kedua. Amalan-amalan sunat di bulan Rabiul Akhir adalah sama seperti amalan-amalan sunat di bulan-bulan lain. Tiada amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan Rabiul Akhir yang menjadi amalan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ataupun para sahabat mahupun salafus-soleh. Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan baik dari hari ke hari tanpa mengira apa jua bulan dalam taqwim. Tingkatkan mutu amalan-amalan fardhu dan tambah amalan-amalan sunat pada setiap masa seperti yang disarankan oleh Islam tidak kira di dalam bulan mana sekalipun. Yang penting adalah niat yang disertakan keikhlasan.

Jamadil Awal Jamadil Awal adalah bulan kelima dalam kalendar Islam. Jamadil Awal bererti musim sejuk yang pertama. Amalan-amalan sunat di bulan Jamadil Awal adalah sama seperti amalan-amalan sunat di bulan-bulan lain. Tiada amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan Jamadil Awal yang menjadi amalan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ataupun para sahabat mahupun salafus-soleh. Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan baik dari hari ke hari tanpa mengira apa jua bulan dalam taqwim. Tingkatkan mutu amalan-amalan fardhu dan tambah amalan-amalan sunat pada setiap masa seperti yang disarankan oleh Islam tidak kira di dalam bulan mana sekalipun.

Jamadilakhir Peperangan Zi Qarad adalah peristiwa penting yang berlaku pada Jamadilakhir, bulan

dalam kalendar Islam sekarang. Kehebatan tentera Islam pada zaman Rasulullah juga tercatat dalam Peperangan Yarmuk pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan Islam. Tentera Rom disertai lebih 100,000 orang kalah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang dalam peperangan itu. Tentera Islam dipimpin oleh Khalid bin Al Walid dan Abu `Ubaidah. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Ada pandangan yang mengatakan peperangan itu berlaku pada Rejab tahun ke-15 Hijrah.

You might also like