Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
158Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Topik 5 - Kesan Latihan Terhadap Sistem Fisiologi

Topik 5 - Kesan Latihan Terhadap Sistem Fisiologi

Ratings: (0)|Views: 4,200 |Likes:
Published by Akhi Muhammad Aiyas
Nota Anatomi dan Fisiologi (PJM 3104)
Nota Anatomi dan Fisiologi (PJM 3104)

More info:

Published by: Akhi Muhammad Aiyas on Mar 14, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/22/2013

pdf

text

original

 
 
X
PENGENALAN
Pergerakan adalah asas kepada kehidupan manusia, sama ada kanak-kanakmahu pun orang dewasa. Seawal usia bayi yang baru dilahirkan dianggap hidupapabila mula menunjukkan tanda-tanda pergerakan anggota badan, tangisandan pernafasan. Sebaik-baik kejadian manusia yang dicipta oleh Allah SWTadalah manusia yang mampu menggunakan anggota tubuh bagi mengharungikehidupan seharian seperti bekerja mencari nafkah, beribadat, menyarakeluarga, ikhtiar hidup (
survival 
), bersukan dan rekreasi. Justeru itu, bagi memenuhi keperluan pergerakan dan beban tugasan makaianya menuntut tahap kecergasan yang berbeza. Keperluan hidup yang pelbagaimenuntut kita bersedia untuk bergerak menghadapi cabaran yang semakin harisemakin pelbagai. Jika tidak, matlamat yang diidamkan atau ditetapkan tidakakan tercapai dengan jayanya.
TTooppiik 
55
 
X
Kesan
Latihan
terhadap
Sistem
Fisiologi
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1.Menghuraikan kesan latihan terhadap sistem kardiovaskular;2.Menghuraikan kesan latihan terhadap sistem otot dan rangka;3.Menghuraikan kesan latihan terhadap sistem tenaga; dan4.Menyatakan keefisienan fungsi jantung, fungsi pernafasan danmekanisme metabolisme.
 
130
 
X
TOPIK 5 KESAN LATIHAN TERHADAP SISTEM FISIOLOGI MANUSIA
Penglibatan pemain dan atlet bermakna mereka bersedia memikul tugasmencabar dari segi fizikal dan teknikal. Tahap prestasi tinggi (
high performance 
)menuntut mereka menyediakan diri dari segi psikologi, fisiologi dan taktik.Kemampuan menumpaskan lawan yang sama handal pada tahap prestasi tinggimemerlukan keupayaan tubuh badan yang seratus peratus mantap dari semuasegi. Kekurangan dan kesilapan boleh membawa kepada kegagalan dankekecewaan. Justeru itu, dalam topik ini kita akan membincangkan dengan lebih lanjut danterperinci lagi tentang kesan latihan terhadap sistem fisiologi manusia.
SISTEM KARDIOVASKULAR
Semenjak zaman silam, jantung telah dianggap sebagai pusat kewujudanmanusia. Segala niat kebaikan dan pemikiran dianggap berasal daripada jantung. Dari peradaban Mesir purba sehingga kepada peradapan kaum Aztek, jantung telah dianggap organ terpenting dan pusat kebajikan. Menurut bukukematian Mesir purba, jantung si mati akan ditimbang pada neraca keadilan.Mereka yang mempunyai kebajikan yang setara atau lebih berat akandibenarkan menikmati kehidupan abadi. Berasaskan andaian ini, jantungmerupakan satu-satunya organ dalaman yang dibiarkan berada di dalam tubuhmumia Mesir purba.Dari segi sains, jantung adalah satu organ bersaiz penumbuk yang bertugasuntuk mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh untuk kegunaan semua sel badan. Jantung akan mulai berdegup ketika manusia masih dalam kandungan,dan tidak akan berhenti sehingga manusia meninggal dunia. Malah, jantungmanusia dapat dipindahkan daripada mereka yang baru meninggal kepadapesakit jantung, untuk membolehkan pesakit jantung untuk terus hidup sihat.Teknik ini yang diperkenalkan oleh Christian Barnard yang melakukanpemindahan jantung pertama pada tahun 1967. Dia meninggal pada tahun 1September 2001 akibat serangan asma
.
 Justeru itu, jantung memainkan perananyang sangat penting dalam kehidupan manusia.Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung, saluran darah, darah dan saluranpernafasan. Sistem ini berfungsi untuk mengangkut bahan-bahan keperluan dan bahan-bahan kumuh sel-sel tubuh. Antara bahan-bahan yang diangkut ialahoksigen (sistem pernafasan), nutrien (sistem penghadaman) dan hormon darikelenjar-kelenjar tertentu. Bahan-bahan kumuh seperti urea, karbon dioksidadan air pula akan diangkut dari sel-sel tubuh dan dihantar ke organperkumuhan.
5.1
 
TOPIK 5 KESAN LATIHAN TERHADAP SISTEM FISIOLOGI MANUSIA
W
 
131
Didapati latihan-latihan yang tertentu akan memberikan kesan yang tertentuterhadap sistem kardiovaskular. Untuk perbincangan ini, latihan yangdimaksudkan ialah latihan berintensiti tinggi, dilakukan tiga kali seminggudalam jangka masa bertahun-tahun.Antara kesan latihan fizikal kepada sistem kardiovaskular ialah Hipertrofi Jantung. Hipertrofi bermaksud penambahan saiz sel atau organ. Hipertrofi jantung dapat dilihat dari dua ciri berikut:(a)Saiz kaviti ventrikel; dan(b)Ketebalan dinding ventrikel.Terdapat perbezaan hipertrofi kardiak dalam kalangan atlet-atlet acara dayatahan dengan atlet-atlet acara bukan daya tahan. Atlet-atlet daya tahan atau
endurance athletes 
(seperti pelari maraton, perenang, pemain hoki ais)mempunyai kaviti ventrikel yang lebih besar berbanding dengan ventrikel atlet-atlet bukan acara daya tahan atau
non-endurance athletes 
. Dari segi ketebalandinding ventrikel pula, atlet-atlet bukan acara daya tahan pula didapatimempunyai dinding ventrikel yang lebih tebal daripada atlet-atlet acara dayatahan.Perbezaan hipertrofi jantung di antara atlet-atlet acara daya tahan dengan atlet-atlet bukan acara daya tahan adalah disebabkan oleh perbezaan gerak balas jantung terhadap aktiviti yang mereka lakukan. Latihan-latihan daya tahan biasanya memerlukan atlet bekerja dalam jangka masa yang lama dan keluaran jantung adalah tinggi. Bagi memenuhi keperluan tersebut, gerak balaspenyesuaian jantung ialah melalui peningkatan saiz kaviti ventrikel. Di kalanganatlet-atlet bukan daya tahan pula, latihan-latihan yang mereka lakukanmemerlukan tekanan darah di arteri pada masa-masa tertentu (gerakan-gerakanmereka berbentuk eksplosif). Oleh itu, gerak balas penyesuaian jantung ialahmelalui penebalan dinding ventrikel.Bagaimana seseorang atlet yang sedang dalamproses pemulihandaripada kecederaan mengekalkan tahap kecergasannya agar tidakmenghadapi masalah kecergasan apabila dia bergiat aktif semula?Bincangkan.
AKTIVITI 5.1

Activity (158)

You've already reviewed this. Edit your review.
merrygut liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Annie Johnson liked this
Woei Tian liked this
Nana Rahim Fx liked this
Amyra Abdul liked this
Julitah Angusi liked this
wong_wei_2 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->