You are on page 1of 8

Sesi 2

Skrip Pengacara Majlis Majlis Perasmian Penutup & Anugerah Cemerlang UPSR 2010 Bil 1 Aturcara Ketibaan Tetamu Kehormat 2 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Skrip Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Dato Haji Ahmad Azmey bin Haji Abu Talib , Pengarah Pendidikan & Latihan Felda. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal Bismillah pembuka bicara. Dari Raub pergi ke Maran, Singgah di Benta membeli manggis, Harap semua berikan perhatian, Mohon saya mulakan Majlis. , , . .,

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Yang Berbahagia Dato Haji Ahmad Azmey bin Haji Abu Talib, Pengarah Pendidikan & Latihan Felda. 2. Yang Berusaha Dr Johan bin Mat Sah, Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist. 3. Yang Berusaha Pn. Hamidah binti Haji Mansor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist. 4. Yang Dihormati Barisan Pentadbir, ahli-ahli jawatankuasa PIBG, ahli-ahli jawatankuasa pengelola majlis, guru-guru, para ibu bapa dan penjaga serta pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2010 yang dikasihi sekalian.

Selamat datang diucapkan kepada semua hadirin ke majlis Mesyuarat Agung PIBG SK (P) Methodist kali ke-38 tahun 2011.

Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato Hj. Ahmad Azmey b. Hj. Abu Talib atas kesudian menerima undangan kami.

Sesungguhnya kehadiran Yang Berbahagia Dato menambahkan lagi seri dan kemeriahan majlis.

Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Yang Berusaha Dr Johan bin Mat Sah serta barisan ahli jawatankuasa PIBG atas sokongan padu untuk menjayakan program-program sekolah.

Tidak dilupakan, para ibu bapa dan penjaga serta pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2010 atas kesudian meluangkan masa bersama dalam majlis pada pagi ini. 3 Doa Hadirin yang dimuliakan. Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon rahmat Moga majlis sentiasa diberkati. Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Najmi Najib bin Mohd Saibani. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Ucapan Guru Besar

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Najmi Najib bin Mohd Saibani atas bacaan doa itu tadi. Bagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, sekarang dijemput pula Yang Berusaha Puan. Hamidah binti. Haji Mansor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuantan untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan YDP PIBG

Majlis merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Puan Guru Besar atas ucapan itu tadi. Seterusnya, Majlis mempersilakan Yang Berusaha Dr Johan bin Mat Sah selaku Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuantan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan Perasmian

Majlis merakamkan setinggi penghargaan kepada Tuan Yang Dipertua PIBG di atas ucapan itu tadi. Hadirin yang dimuliakan. Bagi melengkapkan aturcara majlis perasmian penutup Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 tahun 2011, pihak majlis dengan segala hormat dan takzim menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Dato Haji Ahmad Azmey bin Haji Abu Talib, Pengarah Pendidikan & Latihan Felda untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuantan kali ke38 tahun 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Penyampaian Sijil & Cenderamata Kepada

Majlis merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato atas ucapan itu tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Pelajar-pelajar Sekarang tibalah masanya untuk acara penyampaian Cemerlang anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR UPSR 2010 tahun 2010 yang lalu. Bagi menyempurnakan acara, majlis mempersilakan

Yang Berusaha Tuan Yang Dipertua PIBG dan Yang Berusaha Puan Guru Besar untuk mengiringi Yang Berbahagia Dato Haji Ahmad Azmey bin Haji Abu Talib untuk naik ke pentas. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Hadirin sekalian. Pelajar-pelajar cemerlang ini akan menerima sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM 150 iaitu RM 100 sumbangan daripada Yayasan Pahang, sementara RM 50 lagi adalah sumbangan daripada pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuantan. Sekarang majlis mempersilakan(senarai nama pelajar) 6 Penyampaian Cenderamata Kepada Perasmi Sebagai tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato, majlis dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Yang Dipertua PIBG, Dr. Johan bin Mat Sah untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Dato kerana sudi menyempurnakan aturcara itu tadi. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Penutup

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka majlis sudah sampai ke penghujungnya. Saya mewakili pihak majlis, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis pada hari ini. Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa bali Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali. Marilah sama-sama kita mengakhiri majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kifarah dan surah al-`Asr.

Majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Guru Besar, Puan Hamidah bt Haji Mansor dan Tuan Yang Dipertua PIBG, Dr. Johan bin Mat Sah bersama ahliahli jawatankuasa PIBG untuk mengiringi Yang Berbahagia Dato Haji Ahmad Azmey bin Haji Abu Talib ke majlis jamuan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Para pelajar cemerlang beserta ibu bapa masingmasing dan semua hadirin juga turut dijemput sama untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan.

< TAMAT >

You might also like