You are on page 1of 1

Mohd Norzailani bin Mohd Nor, Ketua Program Ceramah Pertolongan Cemas We Care, Universiti Pendidikan Sultan Idris,

35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. En Meor Hasbullah bin Meor Akim, Tutor Kumpulan A2 Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Tuan, Jemputan Menghadiri Ceramah Pertolongan Cemas We Care Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2, Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Beruniform St. John, Kumpulan A2 QSS Pengurusan dan Pengelolaan Kokurikulum akan mengadakan sebuah majlis ilmu iaitu ceramah mengenai Pertolongan Cemas. Ceramah tersebut akan disampaikan oleh Pegawai Perubatan Universiti yang telah dijemput. 3. Majlis ilmu ini bertujuan memberikan sedikit sebanyak pendedahan tentang cara-cara menangani situasi-situasi cemas. Berikut adalah butir-butir majlis: Tarikh : 14 Mac 2012 Tempat : Blok 2, Tingkat 1, Bilik Kuliah 2, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Masa :4.00 petang 7.00 petang 4. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. BERSATU MEMARTABATKAN ILMU

5 Mac 2012.

Yang Menjalankan Tugas,

.................................................................. (MOHD NORZAILANI BIN MOHD NOR) Ketua Program Ceramah Pertolongan Cemas We Care Universiti Pendidikan Sultan Idris

You might also like