You are on page 1of 23

KELIM

SINOPSIS Menjelaskan definisi kelim, pemilihan kelim, kegunaan kelim, peraturan am menjahit kelim, jenis-jenis kelim dan peraturan menjahit setiap jenis kelim. Hasil Pembelajaran Diakhir tajuk ini, pelajar dapat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Menyatakan maksud Kelim Mengenalpasti pemilihan kelim. Menyenaraikan peraturan am menjahit kelim. Mengenalpasti jenis-jenis kelim. Menyenaraikan kebaikan dan keburukan setiap kelim. Mengenalpasti cara-cara menjahit setiap jenis kelim

Kerangka Konsep Tajuk 1

Definisi Kelim

Kegunaan Kelim

Pemilihan Kelim

Peraturan Am untuk menjahit Kelim

Jenis-jenis Kelim Kelim belah kangkung Kelim betawi Kelim papan mesin Kelim papan tangan - Kelim lipat tindih

Cara-cara menjahit kelim

Definisi Kelim Kelim ialah cara menyambungkan/mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Ia juga digunakan untuk memberi bentuk dan stail pada pakaian.

Kegunaan Kelim 1.2 1 Untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik. 1.2.2 Untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik 1.2.3 Untuk memberi bentuk pada pakaian supaya lebih padan 1.2 4 Untuk perhiasan. Pemilihan Kelim Pemilihan Kelim yang dibuat bergantung kepada: 1 Jenis fabrik - Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik. Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai dijahit dengan Kelim Betawi. 2 Jenis pakaian - Pakaian yang kerap dipakai dan selalu didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh.Contohnya pakaian kanan-kanak. Selain daripada itu kelim papan mesin sesuai untuk jean tetapi tidak seduai untuk gaun fabrik kapas. 3 Gaya dan kedudukan kelim Sesuaikan jenis kelim dengan kedudukan kelim pada pakaian. Contohnya Kelim Betawi sesuai dijahit pada rusuk skirt atau blaus yang lurus tetapi tidak sesuai dan sukar untuk dijahit pada kelim yang melengkung.

Peraturan Am untuk menjahit Kelim. 1. Pilih kelim yang sesuai untuk pakaian yang hendak dijahit supaya ia tahan lasak. 2. Sebaik-baiknya gunakan hanya satu jenis kelim pada seluruh pakaian yang dijahit. 3. Basi kelim mestilah sama lebar dan cukup di seluruh pakaian semasa memotong fabrik mengikut jenis pakaian dan jenis fabrik yang digunakannya. 4. Kelim hendaklah dijahit dengan baik dan tepat pada garis pemadan untuk menjaga bentuk dan rupa yang elok. 5. Tegangan jahitan mesin mestilah betul untuk mengelakkan kelim daripada berkedut. 6. Kelim hendaklah ditekan dengan baik supaya kelihatan kemas di sebelah luar dan dalam pakaian. 7. Ia mestilah rata supaya mudah didobi dan kukuh supaya tahan lasak 8. Lebar kelim mestilah sekata disepanjang pakaian 9. Gunting (snip) semua kelim yang berbentuk melengkung sebelum ia ditekan buka. 10. Kemaskan kelim selepas dijahit dan susupkan semua benang.

Jenis-jenis Kelim 1. Kelim belah kangkung 2. Kelim betawi. Kelim yang dijahit pada sebelah dalam (S.D)

dan tidak kelihatan pada sebelah luar (S.L)

3. Kelim papan mesin. Kelim yang dijahit pada sebelah Luar (S.L) dan 4. Kelim papan tangan 5. Kelim lipat tindih. ahitannya boleh dilihat pada sebelah luar (S.L)

Kelim betawi

Kelim belah Kangkung

Jenis-Jenis Kelim

Kelim papan mesin Kelim papan tangan

Kelim lipat tindih

Kelim belah kangkung: Kelim ini rata dan tidak tebal. Ia dijahit dengan satu baris jahitan di sebelah dalam (S.D) pakaian/fabrik. Kelim belah kangkung ini mudah dibuat dan ia sesuai untuk semua jenis pakaian dan fabrik. Apabila kelim ini dibuka dan ditekan dengan seterika ia tidak boleh nampak di sebelah luar. Lebar siap kelim ini ialah di antara 2 cm hingga 2.5 cm. Kelim belah kangkung ini boleh dikemaskan dengan beberapa cara seperti Jahit lilit ubi, jahit lilit kemas, jahit insang pari, jahit mesin, jahit zig-zag, menggunakan kedua-dua tepi kain, menggunakan kun dan menggunakan gunting pucuk rebung/zig-zag

Proses menjahit Kelim belah kangkung Langkah 1 - Temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan - Semat dengan peniti dan jelujur - Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan pemadan.

Peniti

Rajah 1. 1Proses menjahit Kelim belah kangkung

Langkah 2 Cabut benang jelujur Susup benang jahit mesin yang lebih Kemaskan tepi kelim (contoh jahit mesin/insang pari).

Buka kelim dan tekan dengan seterika di sepanjang kelim di sebelah dalam dan luar kelim.

Kemaskan tepi kelim

Kelim di tekan buka

Susup benang jahit mesin

Jahit mesin

Rajah 1.2 Proses menjahit Kelim belah kangkung

Lebar siap
Buka Kelim dan tekan dengan seterika kbk 1.5 cm2.5 cm

Rajah 1.3 Proses menjahit Kelim belah kangkung

Proses mengemas Kelim belah kangkung

(a) Jahit Insang pari (b) Jahit mesin

(c) Menggunting tepinya dengan bentuk pucuk rebung

(d) Mengg unaka n pita serung /kun Rajah 1.4 Mengemas kelim belah kangkung

Kebaikan dan kelemahan Kelim belah kangkung Bil 1


Sifatnya Kelim yang paling Ia rata mudah dijahit dan mudah di dobi. Ia terdiri daripada Jahitannya sebaris jahitan pada kelihatan di sebelah dalam pakaian luar pakain Kebaikan Kelemahan Kelim mestilah ditekan setiap kali selepas didobi tidak Tidak begitu kukuh sebelah kerana mempunyai sebaris jahitan sahaja. Kelim belah kangkung tidak sesuai untuk kain yang jarang kerana kelim boleh dilihat pada sebelah luar pakaian.

Lebar siap Kelim belah Kelim belah kangkung kangkung 2 cm hingga tidak tebal oleh itu ia 2.5 cm sesuai untuk kain yang tebal

Kelim betawi. Kelim betawi ialah kelim yang tidak nampak nyata dan ia juga dikenali sebagai kelim dalam kelim. Kelim ini terdiri daripada dua baris mata jahitan. Lebarnya kelim betawi yang telah siap ialah 6 mm atau kurang daripada 6 mm bagi fabrik yang nipis dan halus. Kelim betawi ini bergelembung. Ia sesuai bagi kebanyakan kain terutama kain yang berbulu. Kelim betawi ini teguh dan dikemaskan sendiri kerana tepi-tepi kelepet yang tidak berjahit itu adalah terkandung di dalamnya.

Proses menjahit kelim betawi Langkah 1 Temukan S.D fabrik itu bersama-sama dengan garis pemadannya supaya sepadan. Semat dan jelujur 6 mm atas garis pemadan. Cabut peniti

Jelujur

Garisan pemadan

peniti
6 mm

Rajah 1.5 Proses menjahit kelim betawi

Langkah 2 Jahit mesin sejauh 6 mm daripada garisan pemadan Gunting basi kelim sehingga lebarnya 3 mm Jahitan mesin kira-kira 4 mm dari garisan pemadan pada basi jahitan. Gunting basi jahitan hingga tinggal 3 mm dari jahitan mesin.

Gunting basi kelim

Jahit mesin

3 mm 6 mm

Rajah 1.6 Proses menjahit kelim betawi

Langkah 3 Terbalikkan kelim ke SD. Temukan S.L fabrik, semat dan jelujur. Cabut peniti dan jahit mesin di garisan pemadan.

6mm/kurang Garisan Pemadan Jahit mesin

S.D. fabrik
Proses menjahit Rajah 1.7 Kelim betawi

Langkah 4 Susup benang jahitan mesin Tekan kelim ke bahagian belakang pakaian.
Susup benang jahitan mesin

SD Tekan kelim ke bahagian belakang Bahagian belakang Bahagian hadapan benang Jahit mesin

S.L
Rajah 1.8 Proses menjahit kelim betawi

Kebaikan dan kelemahan kelim betawi

Bil 1

Sifatnya Terdiri daripada dua baris mata jahitan dan dikenali kelim dalam kelim Lebar siap kelim betawi 6 mm atau kurang bagi fabrik yang halus

Kebaikan

Kelemahan

Teguh, Mudah didobi Kelim ini agak tebal dan dan tahan lasak tidak sesuai bagi fabrik yang tebal Ia terkemas sendiri dengan Kelim terdiri daripada beberapa lipatan dan oleh itu mangambil masa yang lama untuk mengeringkannya

Sesuai bagi Jahitannya tidak Sukar untuk diubah atau kebanyakan fabrik kelihatan pada sebelah dipinda kerana basi terutamanya bagi fabrik luar pakaian. kelim sangat kecil yang berbulu

Kelim papan Mesin Kelim papan mesin ialah kelim yang dijahit dua kali. Ia kukuh kerana dijahit dengan dua garisan jahit mesin. Kelim papan mesin boleh

disudahkan atau dikemaskan di kedua-dua belah iaitu sebelah dalam atau sebelah luar Jika ia dibuat di sebelah luar fabrik, akan terdapat dua barisan jahitan mesin di sebelah luar, tetapi kalau dibuat di sebelah dalam fabrik, akan terdapat satu barisan jahitan mesin sahaja di sebelah luar. Kelim papan mesin mudah didobi dan sesuai dijahit pada skirt, blaus, kemeja, jeans, seluar, seluar pendek dan pijama.

Proses menjahit Kelim papan mesin Langkah 1 Temukan S.D kedua-dua bahagian sebelah dalam fabrik semat dan jelujur Cabut peniti dan jahit mesin mesin di garis pemadan. Cabut benang jelujur dan susup benang jahit mesin yang lebih.

peniti

Jelujur

SL

SD

Rajah 1. 9 Proses menjahit Kelim papan mesin

Langkah 2 mm. Gunting basi kelim bahagian hadapan hingga tinggal kira-kira 10 mm 2 mm/1.2 cm Buka dan tekan kelim supaya rata. Gunting basi kelim bahagian belakang hingga tinggal kira-kira 5mm 6

gunting

10 12 mm 5- 6 mm

Bahagian belakang Bahagian hadapan

SL

Rajah 1. 10 Proses menjahit Kelim papan mesin

Langkah 3 Lipatkan basi kelim bahagian hadapan membalut basi kelim bahagian Semat dan jelujur jika perlu. Jahit mesin ditepi lipatan kelim supaya selari dengan baris jahitan mesin yang pertama. belakang.

Benang jahit mesin


lebar lipatan 6mm/ kurang bergantungk epada jenis fabrik Lipat basi kelim hadapan membalut basi kelim belakang kurang bergantung kepada jenis fabrik

Bahagian belakang
SL

Rajah 1. 11 Proses menjahit Kelim papan mesin

Kebaikan dan kelemahan kelim papan mesin

Bil 1

Sifatnya Mempunyai dua baris jahitan

Kebaikan Kelemahan Kukuh dan tahan lasak Ia agak tebal dan kerana dibuat dengan lambat kering dua baris jahitan Rata,mudah didobi dan kemas kerana semua tepi fabrik terkemas di dalam Tidak sesuai bagi fabrik yang jarang kerana basi kelim boleh dilihat di sebelah luar fabrik.

Boleh dijahit pada sebelah luar dan sebelah dalam pakaian. - Jika dijahit di S.L fabrik akan terdapat dua baris jahitan di S.L.

Jika dibuat di SD fabrik akan terdapat satu baris jahitan di S.L.

Lebar kelim yang telah siap ialah Kemas kerana semua Susah diubah sebab 6 mm. tepi fabrik terkemas di basi kelim sangat dalam sempit

Kelim papan tangan Kelim papan tangan lebih halus buatannya daripada kelim papan mesin. Ia digunakan untuk kain yang nipis dan lembut seperti kain sutera. Biasanya kelim papan tangan ini digunakan pada pakaian bayi dan baju kurung johor. Proses menjahit kelim papan tangan Langkah-langkah menjahit Kelim papan tangan Temukan kedua-dua sebelah luar fabrik berhadapan, semat, jelujur kasar dan jahit mesin di atas garisan pemadan. cabut jahitan jelujur kasar. - Gunting basi kelim pada bahagian belakang sehingga 6 mm ( ) dan bahagian hadapan sehingga 1.2cm. - Lipat, semat dan jelujur basi kelim hadapan ke atas bahagian belakang. - Tekan kelim ke arah belakang baju - Jahit sembat tepi yang berlipat ke bahagian belakang pakaian. - Cabut jelujur kasar dan tekan kelim yang telah siap dengan kemas.

Jahit Sembat

Raj menjahit Kelim papan tangan

ah 1. 11 Proses

Kebaikan dan kelemahan kelim papan tangan

Bil 1

Sifatnya Kebaikan Sama seperti kelim papan Rata kemas mesin tetapi ia dijahit pada mudah didobi sebelah dalam fabrik dengan jahitan tangan Kelim papan tangan sempit, rata dan kemas tetapi tidak sekukuh kelim papan mesin Ia terkemas sendiri

Kelemahan dan Kelim ini tidak sesuai untuk kain yang tebal

Mengambil masa yang lama untuk menjahit dan jahitan sembat kelihatan disebalah luar pakaian.

Kelim lipat tindih Kelim lipat tindih atau kelim tampal ialah kelim yang biasa digunakan untuk menjahit bahagian dalam dan luar pakaian. Ia digunakan untuk stail dan perhiasan pada pakaian. Kelim ini dijahit di sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu menindih yang lain. Kelim ini kukuh kerana ia dijahit melalui tiga lapisan fabrik. Selalunya kelim lipat tindih digunakan untuk melekat atau mencantumkan bahagian atau kepingan-kepingan baju dan skirt, skirt mendatang, bahu mendatang, ben-ben dan ropol-ropol. Kelim lipat

tindih ini sesuai untuk baju kanak-kanak, pijama, blaus dan baju ibu mengandung.

Proses menjahit Kelim lipat tindih Langkah 1 Sediakan bahagian atas pakaian. Tandakan Garisan tengah hadapan(GTH) dengan jahitan jelujur pada bahagian atas pakaian atau bahu mendatang. Jahit jelujur di garisan pemadan.

Bahu mendatang Garisan Tengah Hadapan (GTH) S.D

Rajah 1.12 Proses menjahit Kelim lipat tindih

Langkah 2

Sediakan bahagian bawah pakaian atau skirt Tandakan garisan pemadan

- Kedutkan 3 mm ke atas garisan pemadan dan 3 mm ke bawah g. pemadan.

GP

----------------------------------------

kedut

------------------------------------Sebelah Luar

Garisan tengah

Rajah 1.13 Proses menjahit kelim lipat tindih

Langkah 3 Melekatkan bahagian atas pada bahagian bawah pakaian - Letak bahu mendatang di atas bahagian bawah Temukan garisan tengan atas dengan garisan tengah bawah Temukan garisan pemadan bahu mendatang dengan garisan pemadan bahagian bawah pakaian Jelujur dan jahit mesin dan cabut benang jelujur.

Bahu mendatang

S.L
Jelujur dan Jahit mesin

Garisan tengah

Bahagian Bawah Sebelah luar

Garisan tengah

Rajah 1 14 Proses menjahit kelim lipat tindih

Langkah 4 Mengemas Kelim lipat tindih Cara 1 Gunting basi kelim hingga tinggal 6 mm dan kemaskan dengan jahitan insang pari.

Sebelah dalam

Jahit insang pari

6 mm Bahu mendatang Sebelah dalam

Cara 2 Gunting basi kelim dari bahagian bawah pakaian hingga tinggal kurang dari 6 mm Gunting basi kelim bahu mendatang hingga tinggal 1.5 mm 1.9 mm Bahagian rata membalut bahagian yang berkedut atau buat balutan sendiri. Jelujur dan jahit sembat pada tiap-tiap mata jahitan mesin. Tanggalkan benang jelujur.

sebelah dalam Bahu mendatang


6.mm

Sebelah dalam

Bahagian Bawah

Jelujur dan sembat pada tiap- tiap mata jahitan mesin

Rajah 1. 16 Proses mengemas Kelim lipat tindih

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KELIM LIPAT TINDIH Bil 1


Sifatnya Kebaikan Selalunya Kelim lipat Kukuh kerana dijahit tindih ini digunakan untuk menerusi tiga lapisan mencantum satu bahagian fabrik pakaian yang rata pada bahagian pakaian yang bergelembung. Kelemahan Kelim ini tidak sesuai pada fabrik yang tebal kerana terdiri daripada satu bahagian yang bergelembung dan kelim ini dijahit melalui tiga lapisan fabrik Ia juga dikenali sebagai Kelim ini rata dan Tidak sesuai pada fabrik kelim tampal mudah didobi yang jarang kerana basi kelimnya kelihatan di sebelah luar pakaian Jahitannya dibuat pada Sangat sesuai untuk sebelah luar pakaian mencantum bahagian yang melengkung, cekung atau pada bentuk yang susah dijahit dengan kelimkelim yang lain

UJIAN 1 1. Kelim belah kangkung paling sesuai untuk ................. A. Kemeja sutera B. Skirt daripada kain kapas

C. D. 2.

Blaus daripada kain rayon Baju tidur daripada kain nailon

Pakaian yang kerap didobi hendaklah mempunyai kelim yang ................ A. kemas dan nipis B. sekata dan tebal C. kukuh dan tebal D. kukuh dan tahan lasak Kelim papan mesin kukuh kerana........................ A. Ia mengemaskan basi kelim sendiri B. ia mempunyai dua baris jahitan mesin C. Ia mudah didobi dan mudah dikeringkan D. basi kelim menghadap ke arah belakang pakaian Kelim betawi mempunyai ............lapisan fabrik A. dua B. tiga C empat D lima Kelim lipat tindih boleh digunakan pada bahagian-bahagian pakaian kecuali ............................ A, Ikatan pinggang B. lubang lengan C. garis bahu mandatang D. garis pinggang mendatang Apakah kegunaan kelim? Apakah peraturan am yang perlu anda ikuti untuk menjahit kelim? Berikan bagaimana kamu menyedia dan menjahit kelim betawi? Bincangkan bagaimana kelim papan mesin dan kelim papan tangan dibuat. Senarai kebaikan dan kelemahan kelim-kelim dibawah.:Kelim Kelim belah Kangkung Kelim papan Mesin 1 2 , 2 Kebaikan 1 2 1 2 Kelemahan

3.

4.

5.

Ujian 2 1. 2. 3. 4. 5.

KEMASAN UNTUK KELIM LIPAT TINDIH

You might also like