You are on page 1of 2

Novel merenang gelora berligar sekitar watak utama Badri,seorang pelajar tingkatan lima.

Badri baru dilantik sebagai seorang pengawas sekolah.dia menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab untuk membantu guru-guru mengatasi masalah disiplin murid-murid di sekolah.Jamil,kawan baik Badri tidak begitu setuju dengan keputusan Badri menerima lantikan sebagai pengawas.Bagi Jamil tugas sebagai pengawas adalah berat.Tambahan pula tidak lama lagi mereka akan menduduki perperiksaan SPM.Badri akur akan kata-kata Jamil itu,tetapi Badri menerima pelantikan itu selepas memikirkan baik buruknya.Badri yakin dia dapat membahagikan masa dengan baik antara tugasnya sebagai pengawas dengan tanggungjawabnya sebagai murid. Meng Kong,Kumar,dan Shahrul adalah antara murid yang sering menimbulkan masalah kepada sekolah.ketiga-tiga mereka terlibat dalam bisnes menjual kad prabayar dan telefon bimbit kepada murid-murid di sekolah.Telefon bimbit dijual secara bayaran ansuran.Hal ini menyebabkan murid-murid meminta belanja sekolah lebih daripada ibu bapa mereka.Kehadiran badri sebagai pengawas baru menyebabkan aktiviti bisnes Meng Kong,Kumar,dan Shahrul terjejas. Berang dengan Badri, Meng Kong,Kumar,dan Shahrul melakukan pelbagai helah termasuklah melemparkan fitnah untuk menggagalkan usaha-usaha Badri dalam menegakkan peraturan sekolah.Sebagai contoh Badri pernah disimbah dengan air semasa berada di dalam tandas.Semasa sedang menunggu bas, Badri dirempuh dengan sengaja oleh seorang pelajar bernama Bob untuk menimbulkan perbalahan. Dalam suatu kejadian lain,seseorang telah memasukan telefom bimbit ke dalam beg Badri.Sebagai akibatnya,Badri telah dimalukan kerana dituduh membawa telefon bimbit ke sekolah.Apabila ditanya oleh Cikgu Jailani,Badri menyatakan bahawa telefon bimbit itu bukan miliknya.Nadira yang suatu ketika pernah menjadi kawan baik Badri telah melemparkan komen yang sinis terhadap Badri.Soalnya jika telefon bimbit itu bukan miliknya ,mengapa telefon bimbit itu berada di dalam begnya?Badri terkejut mendengar kata-kata Nadira.Namun Cikgu Jailani yakin telefon bimbit itu bukan miliknya.Nadira mula bersikap dingin dan membenci Badri sejak terpengaruh dengan fitnah yang mendakwa telefon bimbit itu milik Badri.

Badri mengesyaki Shahrul sebagai dalang kejadian itu kerana sebelum ini Shahrul pernah melakukan perkara yang sama dengan memasukkan rokok ke dalam beg Meng Kong.Shahrul memusuhi Meng Kong kerana rakannya itu telah insaf sejak kejadian dia dikesan mencuri telefon bimbit dari kedai ayahnya.Shahrul juga mendendami Kumar yang mula hendak menjadi baik.Kumar ditangkap oleh Badri semasa hendak memasukan rokok ke dalam beg Meng Kong.Kumar membocorkan rahsia bahawa dia di suruh oleh Shahrul untuk meletakkan rokok ke dalam beg Meng Kong.Kumar dihukum dan diberi kaunseling.Kemarahan Shahrul membuak-buak.Dalam suatu peristiwa, berlaku perbalan antara Kumar dengan Shahrul.Kumar tidak dapat menahan kemarahannya lalu mencekak leher baju Shahrul.Pergaduhan mereka dihentikan oleh Lokman,ketua pengawas.Lokman hanya memberi nasihat agar mereka tidak bergaduh lagi. Dalam keadaan Badri mengalami masalah itu muncul Siew Mei yanh memberikan semangat kepada Badri.Badri menghadapi segala konspirasi sabotaj,dan fitnah yang dilemparkan kepadanya dengan tabah dan berani.Taufik dan Siew Mei turut membantu Badri menghadapi dugaan tersebut.Tanpa mengenal erti kalah ,akhirnya Badri Berjaya dalam misinya.Meng Kong,Kumar dan Shahrul telah insaf atas perbuatan salah yang telah dilakukan oleh mereka.Berkat disiplin diri,ketabahan,dan kesungguhanya,Badri berjaya dengan cemerlang dalam perperiksaaan SPMnya.Badri memperoleh 9A.Siew Mei juga mendapat 9A manakala Taufik memperoleh 7A. Setelah menamatkan pengajiannya di Ireland dalam bidang perubatan,Badri pulang ke tanah air.Shahrul dan Kumar berkongsi modal membuka bengkel kereta di Kuala Lumpur.Meng Kong pula mengambil alih bisnes ayahnya.Jamil dan Taufik berkongsi modal membuka sebuah resort.Nadira membuka sebuah butik,manakala Siew Mei menjadi doctor gigi.Seperti juga teman-temannya yang sudah berkerjaya,Badri juga akan memulakan tugasnya sebagai doctor di Hospital Besar Kuala Lumpur.

You might also like