You are on page 1of 24

MOTIVASI dan KAEDAH MEMBACA

PENGARANG ZAINI UJANG diterbitkan oleh NURIN ENTERPRISE BOOK REVIEW oleh NOR RAHIZAH BINTI A RAHIM

PENDAHULUAN

BAB 1 Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu BAB 2 Motivasi Membaca BAB 3 Metos Tentang Membaca BAB 4 Persediaan Membaca BAB 5 Masa Membaca BAB 6 Rintangan Membaca BAB 7 Kaedah Membaca BAB 8 Membaca Pantas BAB 9 Menghayati Tabiat Membaca

Secara purata masyarakat Malaysia membaca hanya satu halaman buku setahun. Walaupun kadar mengenal huruf masyarakat Malaysia adalah tinggi namun purata jumlah wang yang dibelanjakan untuk membeli bahan-bahan bacaan amat kecil sekali iaitu lebih kurang RM27 sebulan. Ini jelas menunjukkan betapa kita di Malaysia sebenarnya masih mundur dalam bidang pembacaan dipetik dari kata-kata Tan Sri Dr A Samad Ismail

Objektif Penyampaian: Diharapkan selepas pembentangan ini, kita dapat : Menanamkan motivasi dan minat dalam diri untuk membaca. Mendapat bimbingan tentang kaedah membaca dan boleh digunakan dalam P&P.

Menurut kajian : Jika kita membaca tidak mengikut kaedah tertentu, minat terhadap pembacaan akan beransur-ansur berkurangan. Jika kita membaca untuk belajar atau cuba menguasai bidang tertentu kita menghadapi bahaya akan cepat bosan dan merasakan membaca buku itu sebagai satu tugas berat yang mesti ditunaikan. Jika kita berasa kita pandai, maka kita tidak terdorong untuk membaca, tetapi jika kita berasa kita masih bodoh nescaya kita akan membaca terus untuk menambah ilmu.

BAB 1 MAKNA MEMBACA


APAKAH MAKNA MEMBACA ? Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak : 1. Membaca adalah buku. Jika anda tidak mengetahui perkataan-perkataan tersebut, bacalah dengan suara yang kuat. 2. Membaca ialah apabila anda melihat sekumpulan perkataan dalam sesuatu ayat. 3. Kita membaca buku cerita dan membuat latihan pada buku latihan. 4. Membaca ialah sesuatu yang anda pelajari daripada buku. 5. Membaca ialah apabila anda menyebutkan serangkai ayat. Definisi MEMBACA

Melibatkan proses deria dan minda. Proses deria sangat rencam. Kita menggunakan deria mata untuk membaca. Mata akan bergerak dari kiri ke kanan apabila kita membaca huruf roman, bagi huruf jawi mata bergerak dari kanak ke kiri, bagi Bahasa Cina, mata akan bergerak dari atas ke bawah. Mata akan menghantar isyarat pada otak tentang perkataan yang dibaca, kemudian otak mentafsirkannya. Proses membaca juga melibatkan makna. Maknalah yang tersirat pada setiap huruf-huruf yang disusun pada bahan-bahan bacaan. Oleh itu para pembaca mestilah memahami makna bagi menyempurnakan proses membaca.

kbkokobuk

MEMBACA MERUPAKAN SATU PROSES UNTUK MENGENAL SIMBOL BERCETAK HURUF MENGGUNAKAN DERIA DAN MENTAFSIRKAN MAKNA HURUF TERSEBUT MENGGUNAKAN AKAL DALAM SESUATU BAHASA.

MASALAH MEMBACA DALAM MASYARAKAT MELAYU


Tidak menghargai tabiat membaca Tidak menghayati tabiat membaca Kurang membaca Kurang minat untuk membaca Kurang motivasi untuk membaca Kurang menghargai bahan-bahan bacaan Kurang membaca bahan-bahan bacaan yang bermutu, khususnya buku dan majalah bercorak ilmiah Membaca bahan bacaan yang tidak bermutu, khususnya majalah hiburan Membaca bahan-bahan bacaan yang merosakkan mental, jiwa dan emosi, terutamanya buku-buku cerita seram dan sebagainya Membaca hanya untuk lulus dalam sesuatu peperiksaan Membaca hanya untuk kepentingan kerjaya

BAB 2 MOTIVASI MEMBACA

PEPATAH INGGERIS ADA MENYEBUT : Semai pemikiran, terhasillah tindakan; semai tindakan, terhasillah tabiat; semai tabiat, terhasillah sikap; semai sikap, terhasillah matlamat. Motivasi membaca bermakna membaca berdasarkan sesuatu insentif atau dorongan dalaman atau luaran
MOTIVASI MEMBACA Membaca itu jambatan ilmu yang membolehkan kita memperoleh pelbagai maklumat, bersemuka, berbicara, dan berguru dengan penulisnya. Membaca juga menjambatani masa dan tempat untuk kita mendampingi, memahami dan menghayati ilmu pengetahuan. Membaca menenangkan jiwa dan fikiran. Membaca memantapkan aspirasi dan cita-cita, menajamkan semangat, mengentalkan azam, menjadi pembimbing untuk melangkah menjejaki kehidupan yang lebih sempurna, menjadi teman ketika kesunyian, menghiburkan ketika kesepian, meluaskan ufuk pemikiran dan menyuluh hidup. Membaca memajukn diri. Membaca memperluaskan ufuk wawasan diri. Membaca memperbaiki kelemahan peribadi.

BAB 3 METOS TENTANG MEMBACA

1.
2. 3. 4.

5. 6.

Seseorang yang tidak menghayati tabiat membaca barangkali disebabkan beberapa metos tentang membaca. Antaranya : Membaca itu sukar Membaca hanya untuk golongan pelajar kolar putih sahaja Tidak perlu mempelajari kaedah untuk membaca dengan baik Semua perkataan pada bahan-bahan bacaan perlu dibaca dengan hati-hati dan perlahan supaya mudah dicernakan Membaca 500 perkataan seminit adalah mustahil Membaca hanya dalam sesuatu bidang pengkhususan sahaja

BAB 4 PERSEDIAAN MEMBACA

CIRI-CIRI PEMBACA YANG BAIK a). Banyak membaca b). Luas skop pembacaan c). Memahami apa yang dibaca d). Membaca pantas e). Kritis f). Membina pandangan atau sikap sendiri

OBJEKTIF MEMBACA a). Mendapatkan ilmu dan maklumat b). Mendapatkan idea secara menyeluruh c). Mengulangkaji d). Mendapatkan maklumat khusus atau menjawab sesuatu masalah e). Kritik f). Berhibur g). Memenuhkan masa lapang h). Mencari makna dan hakikat

JENIS-JENIS BAHAN BACAAN a). Kitab pegangan hidup g). Majalah b). Buku teks h).Manual c). Buku bukan fiksyen i). Jurnal d). Novel dan tulisan fiksyen j). Bahan bacaan khas e). Buku panduan k). Kertas cadangan / projek f). Suratkhabar l). Surat / memo m). Ensiklopedia / Rujukan

TEMPAT MEMBACA a). Bilik-bilik khas di rumah b). Perpustakaan c). Dalam kenderaan d). Tempat menunggu

BAB 5 MASA MEMBACA

Dalam hubungan masa dengan membaca pula, kita kerap mendengar alasan, Saya tidak ada masa untuk membaca. Kerja banyak. Kalau free nanti, saya bacalah. Mana ada masa untuk membaca. Alasan yang diberikan ini sebenarnya menunjukkan bahawa kita kurang pengetahuan tentang kaedah membaca, di samping kurang motivasi. Kita boleh membaca di mana-mana sahaja dalam apa jua keadaan dan situasi dengan pelbagai bahan bacaan yang boleh dipilih sendiri pada bila-bila masa, yang pentingnya motivasi membaca perlu ditanam dalam diri sendiri dan masa yang ada digunakan sebaiknya.

Masa yang diperuntukkan oleh Allah S.W.T kepada kita hanya 24 jam sehari semalam.Golongan yang tidak rugi ialah mereka yang menggunakan masa yang singkat itu Dengan dipenuhi amal-amal soleh sebaiknya. Sedangkan golongan yang rugi pula ialahMereka yang leka, membiarkan masa berlalu tanpa melakukan sesuatu pekerjaan yang

Tabiat membaca mestilah dituruti dengan masa yang sesuai untuk membaca sesuatu bahan. Jika sesuatu bahan bacaan itu tidak penting dan sekadar untuk hiburan, tidak sesuai bagi kita untuk membacanya ketika masa utama.
Masa utama ialah masa yang paling strategik untuk kita melakukan sesuatu tugas dalam keadaan diri yang segar dan suasana yang mendorongkan, seperti waktu pagi dan malam. Masa senggang ialah period di luar masa utama dan masa yang kita tidak rancangkan. Dalam masa ini kita bolehlah membaca bahan-bahan yang tidak terlalu ilmiah, ringan dan menghiburkan.

BAB 6 RINTANGAN ATAU MASALAH YANG SERINGKALI MENYEBABKAN KITA SUKAR MEMBACA ATAU TIDAK MENGHAYATI PEMBACAAN

1. Rintangan diri 2. Tabiat - tiada motivasi - memenatkan - bosan - malas - telah berusia

3. Kemahiran membaca - kefahaman - lambat - pembahagian masa - perbendaharan kata - penumpuan - sukar mengingat

BAB 7 KAEDAH MEMBACA

Ada

6 kaedah pembacaan : a). Pra pembacaan b). Pembacaan Luncuran c). Pembacaan Imbasan d). Pembacaan Teliti e). Pembacaan Kritis f). Pembacaan Kreatif

PRA PEMBACAAN
Kaedah ini membolehkan kita mengetahui sepintas lalu tentang rangka isi kandungan sesuatu bahan bacaan. Kebaikan kaedah ini : - mengetahui idea utama sebelum membaca dengan kaedah lain - membantu untuk memahaminya dengan mudah dan cepat - menjimatkan masa kerana hanya membaca bab atau bahagian yang penting sahaja - membantu kita untuk membuat keputusan sama ada untuk membaca bahan tersebut atau sebaliknya.

PEMBACAAN LUNCURAN

Kaedah ini ialah kemahiran membaca yang terpantas bagi mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat daripada halaman bercetak. Semasa melakukan kaedah ini, mata kita bergerak pada setiap halaman dengan pantas, dan hanya berhenti untuk menangkap idea utama pengarang.Kaedah ini juga melibatkan kemahiran untuk melompat daripada satu bahgian yang kurang penting kepada bahagian yang lebih penting.

PEMBACAAN IMBASAN

Kaedah ini bertujuan untuk mencari sesuatu maklumat atau fakta khusus dalam halaman-halaman bacaan dengan pantas.

PEMBACAAN TELITI

Kaedah ini bertujuan untuk menggarap seluruh idea, tesis, ungkapan, ayat dan makna sesebuah bahan bacaan. Kaedah ini merangkumi objektifobjektif berikut : -mendapat ilmu dan maklumat -mengulangkaji -mendapatkan maklumat khusus/menjawb sesuatu soalan -mencari makna dan hakikat

PEMBACAAN KRITIS

Kaedah ini bertujuan untuk menilai atau menganalisis sesuatu tulisan. Kaedah ini memerlukan pemikiran yang kritis. Kaedah ini sangat penting dan diperlukan untuk menghasilkan pembaca yang efektif. Oleh yang demikian, membaca secara kritis memerlukan ciriciri berikut : a). Minda yang sentiasa meneroka atau bertanya sesuatu secara mendalam b). Latar belakang ilmu pengetahuan yang luas c). Berkemampuan untuk melakukan sesuatu penilaian d). Berkemampuan untuk mengikuti logik dan pengolahan sesuatu tulisan e). Mengetahui latar belakang penulis dan aliran pemikirannya f). Mempunyai pandangan dan pendirian sendiri terhadap sesuatu bahan yang dibaca g). Mengemukakan reaksi atau pandangan balas terhadap idea utama

PEMBACAAN KREATIF

Pembacaan kreatif melibatkan kemampuan pembaca untuk menjangkaui aspek-aspek yang tidak tercetak dalam bahan-bahan bacaan yang kita baca. Ia melibatkan proses-proses mental dan intelektual yang lebih tinggi. Ia juga membabitkan keupayaan kita untuk memahami sesuatuperkara yang mempunyai makna yang lebih mendalam daripada sekadar makna yang tersurat pada baris-baris ayat yang tercetak itu.

MEMBACA PANTAS

Pengkelasan kepantasan membaca adalah seperti berikut :


1-200 perkataan seminit 2001-400 perkataan seminit 401 600 perkataan seminit 601-ke atas perkataan seminit pembaca lembap pembaca sederhana pembaca pantas pembaca terpantas

BAB 9 MENGHAYATI TABIAT MEMBACA

Untuk membudayakan diri dengan budaya ilmu dan menghayati serta menanamkan tabiat membaca, beberapa faktor perlu diambil tindakan. Antaranya :

- membentuk kumpulan pembaca - membeli buku / bahan bacaan - mewujudkan perpustakaan keluarga di rumh - mendidik dan menanam tabiat membaca anakanak sejak dari kecil lagi

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like