Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
 
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKSINOPSIS
Tajuk 1 mengandungi tujuh topik. Topik ini membincangkan tentang konseppendidikan awal kanak-kanak dan matlamat serta objektif pendidikan prasekolah. Didalam tajuk ini juga diterangkan tentang falsafah dan pandangan tokoh-tokohpengasas pendidikan awal kanak-kanak, perkembangan pendidikan prasekolahsama ada di luar negara dan di Malaysia. Seterusnya, tajuk ini membincangkanmengenai hak asasi kanak-kanak dan Akta Pendidikan 1996.
OBJEKTIF
Pada akhir tajuk ini, para pelajar akan dapat:1. Menghuraikan konsep pendidikan awal kanak-kanak, matlamat dan objektifpendidikan prasekolah.2. Menjelaskan falsafah dan pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikanawal kanak-kanak serta perkembangan pendidikan prasekolah di luarnegara dan di Malaysia.3. Menghuraikan hak asasi kanak-kanak dan Akta Pendidikan 1996 (fasal 15,20, 21, 22, 23 dan 24)
PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL
Sila jawab soalan-soalan ujian pra dan seterusnya membaca unit serta menjawablatihan yang diberi.
Ujian Pra
1. Apakah yang anda faham dengan istilah pendidikan awal kanak-kanak?
 
2. Nyatakan dengan ringkas mengenai istilah pendidikan prasekolah di Malaysia?3. Senaraikan tiga tokoh pendidikan awal kanak-kanak dan nyatakan secararingkaspandangan mereka.4. Jelaskan secara ringkas perkembangan pendidikan prasekolah pada zamansebelum merdeka dan selepas merdeka.5. Terangkan secara ringkas mengenai pendidikan prasekolah yang terkandungdalam Akta Pendidikan 1996.
1.1.1. Konsep Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Apakah yang anda faham dengan pendidikan awal kanak-kanak? Pendidikanprasekolah di negara kita Malaysia merupakan program pendidikan yang memberilayanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga
enam tahun. Mengikut „ The National Association for The Education of Young
Chidren (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-KanakMuda, pendidikan awal kanak-kanak adalah seperti berikut:
The term early childhood refers to t 
he period from birth to age eight,………Early chilhood program provide ‘services for children from birth through age eight in part 
day and full day group programs in centers, home and institution kindergartens and primary school and recreational program 
”.
(Morrison, m.s. 24)
1.1.2. Konsep Pendidikan Prasekolah Di Malaysia
Pernahkah anda mendengar tentang pendidikan prasekolah di Malaysia?Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalamanpembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satutahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
 
Unit 1.2.: Matlamat Pendidikan Prasekolah
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semuaaspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positifsebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.
1.2.1. Objektif Pendidikan Prasekolah
Pendidikan Prasekolah membolehkan murid:1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif untukmenjadi warganegara yang patriotik.2. Menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul dan memperkembangkankemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.3. Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untukberkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar BahasaCina dan Bahasa Tamil.4. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengankedudukan sebagai bahasa kedua.5. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk muridberagama Islam.6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.7. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiranmenyelesaikan masalah.8. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.9. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalankesihatan dan keselamatan yang baik.10. Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam danwarisan budaya.
Latihan 1.2:
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more