You are on page 1of 8

GALAH PANJANG

Galah Panjang dimainkan di luar rumah. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak pada waktu lapang, sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan dipertontonkan untuk pelancong.

Permainan ini terdiri dari 2 kumpulan iaitu KUMPULAN PENYERANG dan KUMPULAN BERTAHAN. Kebiasaannya setiap kumpulan mempunyai 4 hingga 10 orang pemain. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai KETUA dan lainnya adalah sebagai AWAKAWAK sahaja.

Peranan : KETUA KUMPULAN: mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu di sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan di sekeliling gelanggang. AWAK-AWAK : menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.
Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan.

Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, sama ada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

MULA ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. awak-awak mula menyerang melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan Kumpulan dikira mati dan tukar kedudukan X Mendapat mata dan permainan diteruskan

GELANGGANG PERMAINAN GALAH PANJANG

di atas tanah / kawasan bertar / bersimin / di atas padang Tiada ukuran khas dan jumlah garisan lintang bagi awak-awak adalah tidak terhad Penanda garisan menggunakan tepung atau cat

Peraturan
Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.

Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur ke belakang setelah melepasi


garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawanan tersebut.

PENGURUSAN PERTANDINGAN TRADISIONAL


Pertandingan tradisional dijalankan berdasarkan kepada kawasan atau tempat tersebut. Tidak terdapat peraturan yang spesifik yang telah di faktakan untuk permainan-permainan tradisional. Kebanyakan permainan dijalankan dengan cara sendiri atau yang diterima pakai oleh kumpulan yang memainkan permainan tradisional tersebut. Peraturan yang dikenakan adalah berdasarkan kepada persetujuan ramai. Seandainya terdapat sesebuah pihak yang ingin menjalankan pertandingan tradisional secara besaran, pandangan orang ramai hendaklah diambil kira kerana setiap negeri mempunyai permainan yang sama tetapi berlainan dari segi nama dan cara ia dijalankan

You might also like