You are on page 1of 2

Kitab penawar bagi hati

Fasal yang pertama pada menyatakan segala anggota yang tujuh


Fasal yang pertama pada menyatakan mata
Ketahuilah olehmu bahawasanya mata engkau itu menjadikan dia oleh Allah Taala bagi
engkau kerana beberapa faedah yang bangsa akhirat dan bangsa dunia, maka setengah
daripada segala faedahnya yang bangsa akhirat memandang kepada langit dan matahari dan
bulan dan bintang dan lainnya supaya berdalil engkau dengan dia atas ada Allah Taala dan atas
keesaannya dan atas kuasanya, dan setengah daripadanya melihat akan Quran dan melihat
akan jalan kepada masjid dan kepada tempat menuntut ilmu, dan setengah daripada faedahnya
yang bangsa dunia melihat perusahaan engkau, dan melepaskan engkau daripada segala yang
menyakiti, seperti jatuh, dan berlaga, dan bermula mensyukurkan mata itu memelihara
daripadanya tiap-tiap melihat yang haram, seperti melihat perempuan yang lain daripada
isterinya dan sehayanya dan muhrimnya, dan seperti melihat akan yang muda belia, dan seperti
melihat akan aurat laki-laki maka lazimkan olehmu akan memelihara mata engkau kerana
firman Allah Taala :
VC 11 Fb_;
6@0 Fb_A, P [
P[V0 ==1 N f Bb @ B _q

Ertinya bersabda olehmu hai Rasulullah bagi sekalian yang beriman pejamkan oleh kamu
akan mata kamu daripada barang yang tiada harus bagi kamu melihatnya nescaya memejam oleh
mereka itu akan segala mata mereka itu, dan suruh olehmu akan mereka itu dengan memelihara
faraj mereka itu nescaya memelihara mereka itu akan segala faraj mereka itu daripada barang
yang haram dikerjakan dengan dia, dan yang demikian(memelihara) itu lebih baik bagi mereka
itu, bahawasanya Allah Taala sangat mengetahui akan batin yang mengerjakan mereka itu akan
dia semacam dengan zahirnya, maka membalas ia akan mereka itu atasnya. Ada pada itu, ini
mengajar akan kelakuan yang baik dan memberitahu dan menakutkan. Maka adapun mengajar
adab maka firmannya : ( bersabda olehmu bagi bagi sekalian yang beriman nescaya
memejamkan mereka itu akan segala mata mereka itu ) daripada barang yang tiada halal
memandang kepadanya, Dan dengan ini perkataan menyuruh Allah Taala akan hambanya
dengan berkelakuan yang baik, iaitu memelihara matanya daripada melihat yang haram dan
memelihara kemaluannya daripada yang tiada halal dikerjakan dengan dia. Maka wajib atas
sekalian hamba menjunjung perintah tuhannya dan jika tiada nescaya adalah ia jahat perangai
dan patut ia dimurkai dan disiksa dan adapun memberitahu maka firmannya ( bermula demikian
memejamkan mata dan memelihara faraj itu lebih membersihkan dan lebih menambahkan bagi
mereka itu ) memberitahu Allah Taala dengan ini perkataan atas bahawasanya memejamkan
mata dan memelihara faraj itu keduanya sebab bagi membersihkan hati daripada segala dosa dan
sebab bagi membanyakkan pekerjaan kebajikan, dan adapun menakutkan maka firmannya (
bahawasanya Allah Taala sangat mengetahui ia akan batin barang yang mengerjakan kamu akan
dia seperti mengetahui ia akan yang zahirnya ) maka selagi membalas ia akan dia, jika ada ia
yang baik nescaya membalas ia dengan pahala dan kesenangan dan syurga, dan jika ada ia
kejahatan maka membalas ia dengan siksa dan api neraka.

You might also like