You are on page 1of 10

MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA DATO SAIFUL BAHAR BIN DATO HJ.

MOHD ARSHAD DIIRINGI OLEH DIF-DIF KEHORMAT MASUK KE DEWAN. (KOMPANG DIPALU) Hadirin dipersilakan duduk. ( Tarian Selamat Datang ) Begitulah tadi persembahan Tarian selamat datang daripada pelajar Tahun 5 Gemilang, SK Perwira. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Hadirin dipohon berdiri. Hadirin dipersilakan duduk. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia Dato Saiful Bahar Bin Dato Hj. Mohd Arshad (D.I.M.P, D.S.M, A.M.P, A.N.S) Setiausaha Sulit Kanan, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia Yang Dihormati Tuan Hj Azahar Bin Bahari Naib Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SK Perwira Yang Berusaha Pn. Rosilawati bt Abdul Aziz, Penolong Kanan Pentadbiran SK Perwira Pn Zaleha bt Kamaruddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Rosnani bt Ramli Penolong Kanan Kokurikulum Dif-dif kehormat, AJK PIBG sesi 2011/2012, guru-guru, para ibu bapa, seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 1 Malaysia. Salam Perak Aman Jaya. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK Perwira bagi tahun 2011. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia Dato Saiful Bahar Bin Dato Hj. Mohd Arshad, Setiausaha Sulit Kanan, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia kerana
1

sudi hadir pada petang ini. Selamat datang juga diucapkan kepada hadirin dan hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini akan lebih bermakna dan berseri.

Kalau pergi Tanjung Keramat, Belikan saya kain pelikat Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Hadirin dan hadirat sekalian, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Zulkarnain b. Nawi untuk meminpin bacaan doa. ( Doa ) Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Zulkarnain b. Nawi atas bacaan doa sebentar tadi. Bukan rumput bukan rumput, Rumput penghias tepi halaman, Bukan jemput sebarang jemput, Jemput memohon kata aluan Tirai ucapan pada petangi ini, dimulakan dengan ucapan dari Tuan Hj Azahar Bin Bahari, Naib Yang Dipertua PIBG SK Perwira. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ( Ucapan: Tuan Hj Azahar Bin Bahari ) Terima kasih diucapkan. Seterusnya majlis menjemput Pn. Rosilawati bt Abdul Aziz, Penolong Kanan Pentadbiran SK Perwira untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. ( Ucapan: Pn. Rosilawati bt Abdul Aziz) Terima kasih diucapkan. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Besar langit ditepi busut Besar tak muat di dalam peti Besar hajat kami menjemput Besar niat di dalam hati Tanpa melengahkan masa,majlis dengan penuh takzim menjemput, Yang Berbahagia Dato Saiful Bahar Bin Dato Hj. Mohd Arshad, Setiausaha Sulit Kanan, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sk Perwira 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
2

Majlis merakamkan ucapan terima kasih Yang Berbahagia Dato Saiful Bahar Bin Dato Hj. Mohd Arshad di atas kesudian merasmikan majlis pada hari ini.

Yang Berbahagia Dato dan sidang hadirin sekalian, Pendidikan awal separa formal dalam institusi pendidikan bermula di peringkat prasekolah. Pada masa ini, anak- anak diberi pendedahan awal tentang aspek menulis, mengira, membaca dan menaakul. Pada hari ini kita akan sama- sama menyaksikan graduasi murid prasekolah SK Perwira bagi sesi 2011. Bagi menyampaikan sijil dan cenderahati, majlis dengan sukacitanya menjemput, Pn. Rosilawati bt Abdul Aziz, diiringi oleh Pn Zaleha bt Kamaruddin naik ke pentas. Dipersilakan. GRADUASI PRASEKOLAH SK PERWIRA BG TAHUN 2011, DIMULAKAN DENGAN PRA ELIT. DIPERSILAKAN ADIK .. Pra Gemilang Pra Bestari Terima kasih diucapkan kepada Puan Rosilawati Abd Aziz dan Puan Zaleha Kamaruddin. Seterusnya penyampaian hadiah bagi PRESTASI AKADEMIK CEMERLANG TAHUN 2011. Untuk menyempurnakan penyampaian hadiah, dijemput Tuan Haji Azahar bin Bahari diiringi oleh Puan Rosilawati Abdul Aziz untuk menyampaikannya. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Azahar bin Bahari dan Puan Rosilawati Abdul Aziz. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah PRESTASI CEMERLANG MATA PELAJARAN 2011. Untuk itu, majlis menjemput Puan Zaleha Kamaruddin diiringi oleh Puan Rosnani Ramli untuk menyampaikan anugerah tersebut. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Puan Zaleha Kamaruddin dan Puan Rosnani Ramli.

Seterusnya, majlis sekali lagi ingin menjemput Puan Rosnani Ramli diiringi oleh En. Ahmad Nasri bin Din untuk menyampaikan ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM 2011. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Puan Rosnani Ramli dan En. Ahmad Nasri Din. Yang Berbahagia Dato, dan sidang hadirin sekalian, Sekarang kita akan teruskan majlis dengan penyampaian anugerah TOKOH MURID 2011. Penganugerahan ini dinilai berdasarkan pencapaian cemerlang calon-calon dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan yang ditonjolkan sepanjang sesi persekolahan 2011 ini. Penilaian juga dilakukan oleh panel pemerhati yang terdiri daripada para guru dan pentadbir SK Perwira. Untuk itu, tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput, Yang Berbahagia Dato Saiful Bahar bin Dato Hj Mohd Arshad, Setiausaha Sulit Kanan Kementerian
3

Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dengan diiringi oleh Puan Rosilawati Abdul Aziz, Penolong Kanan Pentadbiran SK Perwira, naik ke pentas untuk menyampaikan anugerah kepada para penerima. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Yang Berbahagia Dato dan sidang hadirin sekalian, Kita mulakan dengan TOKOH AKADEMIK 2011 SK PERWIRA. Untuk makluman, penerima anugerah ini adalah mereka yang telah mencatatkan keputusan cemerlang dalam setiap penilaian dan peperiksaan antaranya Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 1,2 dan 3), Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Kecemerlangan ini telah melayakkan mereka menerima anugerah TOKOH CEMERLANG AKADEMIK SK PERWIRA 2011. Dengan itu, dijemput adik : 12Tahniah diucapkan. Anugerah berikutnya bakal disampaikan kepada pelajar yang mencatatkan penglibatan yang sangat aktif dalam bidang bukan akademik. Tokoh-tokoh ini telah berjaya mengaharumkan nama sekolah hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. Kejayaan-kejayaan mereka ini, kami iktirafkan dengan menobatkan mereka sebagai TOKOH KOKURIKULUM SK PERWIRA 2011. Mereka ialah: 1- Adik Akmal bin Haron 2- Adik Nor Izzaz Tahniah diucapkan. Anugerah berikutnya akan disampaikan kepada tokoh cemerlang sahsiah. Penilaian dibuat berdasarkan kepatuhan kepada peraturan, ketrampilan diri, pergaulan positif dengan rakan dan guru serta sentiasa meniktikberatkan amalan nilai murni dalam tingkah laku seharian. Dengan sebulat suara, anugerah TOKOH SAHSIAH SK PERWIRA TAHUN 2011, telah dianugerahkan kepada : 12Tahniah diucapkan. Seterusnya adalah penyampaian anugerah bagi TOKOH KEPIMPINAN. Penilaian para panel pemerhati melibatkan aspek pelaksanaan tugas yang cemerlang dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan, sentiasa memberi saingan kepada rakan yang lain dan menunjukkan sikap yang positif dalam tingkah dan lakunya. Bersikap terbuka dalam menerima
4

teguran dan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri. Dengan ini, TOKOH KEPIMPINAN SK PERWIRA 2011 dianugerahkan kepada adik: 12Tahniah diucapkan.

Yang Berbahagia Dato dan siding hadirin sekalian, sekarang tibalah kita ke acara kemuncak HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SK PERWIRA, 2011 iaitu pengumuman TOKOH KESELURUHAN bgi HARI ANUGERAH SK PERWIRA tahun 2011. Sebelum itu, bagi mengurangkan debaran para hadirin di dalam dewan ini, izinkan saya membacakan sedikit sebanyak latar belakang tokoh ini. Dilahirkan pada 2 Januari 1999, di Hospital Lahad Datu, Sabah ini merupakan putera kelima dari 6 orang adik beradik bagi pasangan Encik Haron bin Ariffin dan Puan Safiah bt Muhammad. Gemar berjoging dan membaca buku sejarah, meminati subjek Matematik dan bercita-cita menjadi seorang Doktor atau Juruterbang. Bila ditanya, siapakah idola anda, dengan tenang dan yakin beliau menjawab: Nabi Muhammad s.a.w. Yang berbahagia Dato dan hadirin sekalian, Tokoh ini merupakan anak kepada seorang pengurus FELCRA di Changat Jong dan ibunya merupakan seorang guru di SMK Seri Setia. Beliau memulakan pendidikan awal di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Lahad Datu Sabah namun terpaksa berpindah ke Teluk Intan, Perak pada hujung tahun 2004. Pada tahun 2006, beliau memulakan pendidikan rendah di kelas 1 Gemilang di SK Perwira. Saban tahun, beliau mempamerkan prestasi yang sangat menggalakkan dan sentiasa mendapat tempat pertama dalam penilaian dan peperiksaan yang dijalankan. Selain itu, beliau juga aktif dalam aktiviti kokurikulum dan selalu berjaya menempa pingat sepanjang mengikuti pertandingan peringkat kelompok, daerah mahupun negeri antaranya bagi acara lompat tinggi, lompat jauh, lari pecut 100 meter, bola sepak dan bola baling serta kriket. Beliau juga berjaya meraih kepercayaan guru dan rakan-rakan untuk meneraju tampuk kepimpinan pelajar SK Perwira bagi sesi 2011. Meneraju Skuad Anti Dadah SK Perwira sebagai Pengerusi, Unit Uniform Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Persatuan Agama Islam juga sebagai Pengerusi. Meneliti kejayaan demi kejayaannya, diumumkan; TOKOH KESELURUHAN BAGI HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SK PERWIRA, 2011 dinobatkan kepada ADIK AKMAL BIN HARON yang juga merupakan KETUA PELAJAR SK PERWIRA, 2011.
5

Setinggi tanhiah diucapkan kepada adik Akmal bin Harun dan para penerima anugerah yang lain. Semoga kejayaan anda akan member inspirasi dan motivasi kepada pelajar yang lain untuk mencapai kecemerlangan pada masa akan datang. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati. Dijemput Tuan Haji Azahar bin Bahari, Naib Yang Dipertua PIBG SK Perwira untuk menyampaikan sedikit tanda mata kepada Yang Berbahagia Dato Saiful Bahar Dato Hj Mohd Arshad di atas kesudian meluangkan masa merasmikan dan menyampaikan anugerah pada petang ini. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato dan Tuan Hji Azhar

Yang berbahagia Dato dan sidang hadirin sekalian, sebelum kita menutup tirai HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERWIRA 2011 ini, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan NASYID yang bertajuk ANAK SOLEH yang diketuai oleh adik NOR AIN JASMIN BT JAMINUS. Mari kita sama-sama saksikan. Terima kasih diucapkan di atas persembahan yang menarik sebentar tadi. Untuk makluman Yang Berbahagia Dato dan hadirin sekalian, persembahan itu tadi telah dibimbing oleh En. Nasri bin Din, guru muzik SK Perwira. Baiklah, sebelum kami mengundurkan diri, izinkan kami melafazkan dua rangkap pantun buat santapan anda sekalian,

Yang Dihormati Tuan Hj Azahar Bin Bahari Naib Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SK Perwira Yang Berusaha Pn. Rosilawati bt Abdul Aziz, Penolong Kanan Pentadbiran SK Perwira Pn Zaleha bt Kamaruddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Rosnani bt Ramli Penolong Kanan Kokurikulum 2- Prestasi Kademik Cemerlang 3- Penyampaian hadiah untuk Prestasi cemerlang mata pelajaran 4- Anugerah cemerlang kokurikulum - Peringkat kebangsaan - Peringkat negeri 5- Tokoh murid 2011 - Akademik - Kokurikulum - Sahsiah - Kepimpinan 6- tokoh keseluruhan

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan panitia yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing.

Tuan- tuan dan puan- puan, Sebelum kita mengakhiri majlis, marilah bersama- sama kita menyaksikan persembahan nasyid oleh pelajar tahun 5 G yang diketuai oleh adik .. Majlis mempersilakan. (Nasyid) . Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara Gugur menguning buah kuini, Menghijau pohon subur dibaja, Majlis kita berakhir di sini, Salah dan silap lupakan saja Sebarang kelemahan harap dimaafi Segala kerjasama sangat dihargai Terima kasih sekalung budi Kenangan nan indah simpanlah di hati Semoga kita berjumpa lagi. Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang bagi tahun 2011 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Para hadirin dijemput untuk ke jamuan ringan . Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

_______________________________________________________________________________

tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar bidang akademik dan kokurikulum Sekolah Kebangsaan Perwira. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG STAR diiringi oleh Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua. Untuk itu majlis memepersilakan Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad, Presiden STAROBA diiringi oleh Dr Mior Hamdan bin Haji Ghazali, Penolong Kanan STAR untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad atas kesudian menyempurnakan upacara oenyampaian anugerah sebentar tadi.
9

Adat tuan adat berserah Mari datang membawa puan Adat bersirih adat sejarah Untuk tuan kami sembahkan

Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi member laluan kepada persembahan pelajar. Persembahan pertama merupakan persembahan Choral Speaking para pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mankala persembahan kedua merupakan nyanyian lagu memeperoleh tempat ke dua dalam pertandingan lagu Perancis sempena Hari Kebudayaan Bahasa Perancis SBP. Beliau juga telah diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu Perancis di hadapan duta Perancis baru-baru ini. Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan persembahan dari para pelajar sekolah Tuanku Abdul Rahman. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking dan nyanyian solo lagu perancis sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan persembahan tadi dibimbing oleh Puan Faizah Ismail, Cik Norhasliza Abdul Hamid dan Cik Norhidayah Abdullah. Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi ke tiga. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian SBP dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

10

You might also like