You are on page 1of 1

Siri Belajar Origami ITNM : Teknik Mudah, Sederhana Mudah, Sederhana Sukar dan Sukar Origami adalah sejenis

seni lipat kertas berasal dari negara Matahari Terbit yang menjadi hobi lazim masyarakat Jepun melebihi seabad lamanya. Perkataan Origami itu sendiri berasal dari perkataan oru yang membawa maksud melipat dan kami bermaksud kertas. Ianya merupakan seni halus yang unik dan menghiburkan selain dapat menghasilkan permainan, barang perhiasan dalam rumah ataupun boleh dijadikan sebagai perkakasan harian. Siri Belajar Origami ITNM ini terdiri daripada empat tahap kesukaran dalam seni melipat kertas yang unik ini untuk dipelajari bersama dan dijual secara berasingan mengikut tahap. Bermula dengan tahap mudah, sederhana mudah, sederhana sukar dan diakhiri dengan tahap sukar; siri origami ini dicetak dalam kemasan kertas matte berwarna penuh dan sederhana besar sesuai untuk diamati dengan jelas bagi mengikuti panduan lipatan kertas secara berperingkat. Setiap buku memuatkan tujuh hingga sepuluh jenis origami yang boleh dipelajari dalam setiap tahap. Simbol-simbol arahan cara lipatan di jelaskan mengikut piawaian origami yang diasaskan oleh Bapa Origami, Akira Yoshizawa dan ini memudahkan anda untuk mengikuti panduan lipatan yang dipersembahkan dalam buku ini. Pelbagai trivia berkenaan origami juga diselitkan dan terdapat glosari perkataan yang ringkas untuk mengenali dunia origami dengan lebih dekat. Origami dikenalpasti oleh pakar sains bahawa ianya merupakan sebuah hobi yang bersifat artistik dan juga saintifik. Pakar kejuruteraan Jepun pernah menggunakan khidmat pakar origami bagi mereka sebuah sistem enjin kereta yang boleh di genggam dengan kemas. Manakala pakar matematik mengakui sifat persegi yang dipraktikkan dalam lipatan origami melatih kebolehan mengenalpasti kiraan sudut dan persegi matematik secara tidak langsung. Justeru itu, mengamalkan origami sebagai hobi dapat melatih minda seseorang bukan saja dari segi kreativiti tetapi juga bahagian otak yang memerlukan aplikasi saintifik seperti kiraan matematik. Ini merupakan sebuah aktiviti yang memberi manfaat bukan sahaja dari segi perhiasan tetapi juga sebagai santapan minda dalam cara yang lebih menyeronokkan. Ianya dapat mengasah minda menjadi lebih tajam dari pelbagai aspek. Siri origami ini sesuai untuk diamalkan oleh pelbagai peringkat umur dari kanak-kanak prasekolah hingga ke golongan professional kerana ianya berbentuk umum dan mudah diikuti. Siri ini juga boleh dijadikan sebagai satu pakej cenderahati atau hadiah kerana rupa luarnya yang menarik dan ceria terutamanya untuk anak-anak kecil. Buku-buku dari siri ini boleh didapati di kedai buku ITBM dan juga boleh dipesan secara dalam talian di laman web ITBM. Dengan harga RM15 senaskhah anda dapat manfaat yang padat untuk seisi keluarga anda.

You might also like