You are on page 1of 13

Budaya adalah suatu cara hidup yang berkembang dan dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang dan

diwariskan dari generasi ke generasi.[1] Budaya terbentuk dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem agama dan politik, adat istiadat, bahasa, perkakas, pakaian, bangunan, dan karya seni.[1] Bahasa, sebagaimana juga budaya, merupakan bagian tak terpisahkan dari diri manusia sehingga banyak orang cenderung menganggapnya diwariskan secara genetis. Ketika seseorang berusaha berkomunikasi dengan orang-orang yang berbeda budaya dan menyesuaikan perbedaan-perbedaannya, membuktikan bahwa budaya itu dipelajari. [1] Budaya adalah suatu pola hidup menyeluruh. budaya bersifat kompleks, abstrak, dan luas. Banyak aspek budaya turut menentukan perilaku komunikatif. Unsur-unsur sosio-budaya ini tersebar dan meliputi banyak kegiatan sosial manusia.[2] Beberapa alasan mengapa orang mengalami kesulitan ketika berkomunikasi dengan orang dari budaya lain terlihat dalam definisi budaya: Budaya adalah suatu perangkat rumit nilai-nilai yang dipolarisasikan oleh suatu citra yang mengandung pandangan atas keistimewaannya sendiri."Citra yang memaksa" itu mengambil bentuk-bentuk berbeda dalam berbagai budaya seperti "individualisme kasar" di Amerika, "keselarasan individu dengan alam" d Jepang dan "kepatuhan kolektif" di Cina. Citra budaya yang bersifat memaksa tersebut membekali anggota-anggotanya dengan pedoman mengenai perilaku yang layak dan menetapkan dunia makna dan nilai logis yang dapat dipinjam anggota-anggotanya yang paling bersahaja untuk memperoleh rasa bermartabat dan pertalian dengan hidup mereka. Dengan demikian, budayalah yang menyediakan suatu kerangka yang koheren untuk mengorganisasikan aktivitas seseorang dan memungkinkannya meramalkan perilaku orang lain. Pengertian Budaya Sungguhpun manusia itu dari segi biologi tidak banyak berbeza dari haiwan primat, tetapi perlakuannya amat berbeza. Manusia dapat menggunakan akal fikiran dan peralatan. Perlakuan mereka dikawal dan didorongkan oleh akal. Proses pemelajaran manusia dapat menentukan corak budayanya. Ilmu pengetahuannya bersifat akumulatif, mampu memahami lambang-lambang yang simbolis seperti bahasa. Sistem pembahagian manusia adalah lebih kompleks daripada haiwan. Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Perlakuan-perlakuan manusia yang diterima dari proses pemelajaran terjalin dalam suatu sistem yang tersusun rapi, iaitu merupakan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjan-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan. Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan. Adakala budaya itu didapati sama ertinya dengan peradaban, tetapi peradaban itu adalah sebahagian daripada budaya. Dalam budaya itu terdapat berbagai-bagai jalinan unsur, ada unsur yang amat besar dan ada unsur kecil. Unsurunsur budaya itu dapat dikelasifikasikan kepada beberapa bahagian yang penting bagi memudahkan perbincangan akademik. Sebenarnya unsur-unsur itu saling berkaitan antara satu sama lain. Dan selalunya unsur-unsur itu bertindih sesama sendiri. Antara unsur-unsur budaya itu terdapat unsur-unsur besar yang dikatakan budaya universal (cultural universal) yang dapat dibahagikan kepada: budaya peralatan bagi keperluan hidup manusia, sistem

ekonomi, sistem sosial, bahasa, kesenian dan mainan, ilmu pengetahuan dan agama serta magis. Dalam unsur-unsur budaya besar itu terdapat pula bahagian-bahagian yang lebih kecil. Dalam berbagai-bagai unsur budaya itu terdapat pula aktiviti-aktivitinya yang tersendiri yang dapat dikatakan aktiviti budaya (cultural activities). Segala aktiviti budaya itu terbahagi pula kepada jalinan-jalinan yang lebih kecil yang kita namakan trait complexes dan kemudian boleh dipecah-pecahkan kepada trait-trait yang lebih kecil. Daripada traits ini terdapat pula pecahan yang lebih kecil yang dinamakan unsur atau items. Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undangundang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan. Dalam penyelidikan anthropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu. Perlakuan dan Kawalan Sosial Pola-pola budaya merupakan satu prinsip atau dasar yang berulangkali berlaku dalam budaya, sehingga ia melahirkan aktiviti budaya atau kompleks budaya. Ia melahirkan suatu sistem pola. Dalam penyelidikan sesuatu unsur budaya itu, hendaklah melihat kedudukan pola itu dalam budaya seluruhnya. Tidak lengkap jika penyelidikan itu hanya ditumpukan kepada bahagiannya tanpa pertimbangkan kedudukannya yang lebih luas. Fungsi Dalam penyelidikan, fungsi mempunyai pengertiannya tersendiri. Fungsi dalam pengajian akademik menerangkan hubungan antara suatu hal dengan sesuatu tujuan tertentu; dan menerangkan hubungan variable antara satu dengan yang lain; dan fungsi juga menerangkan jalinan hubungan antara satu hal dengan hal yang lain dalam sistem yang bulat atau sistem yang lebih luas. Fungsi yang selalu digunakan seharian itu juga dengan mudah difahami, iaitu melihat peranan atau kepentingan sesuatu itu dengan hubungan masyarakat atau sistem yang lebih luas. Dalam pengajian akademik, konsep fungsi itu kemudian melahirkan satu pendekatan tersendiri yang dipanggil fungsionalism. Para pengkaji anthropologi berusaha memberi pengertian yang lebih mendalam mengenai pendekatan fungsi ini, iaitu cuba menerangkan bahawa setiap unsur budaya itu mempunyai guna, fungsi dan maknanya tersendiri dalam masyarakat. Setiap unsur itu dapat dihubungkan dengan sesuatu tujuan atau peranan tertentu dalam masyarakat. Selain itu, sesuatu unsur itu mempunyai makna dan pengertian tersendiri dalam budaya. Aspek ini boleh dikaji dan dianalisis dengan lebih mendalam. Sesuatu unsur budaya yang lahir itu, bersangkut paut pula dengan berbagai-bagai aspek dan unsur lain dalam masyarakat. Oleh itu, apabila mengkaji sesuatu unsur itu hendaklah juga dikaitkan dengan minat-minat yang lain. Ini dikatakan pendekatan minat sosial. Anika budaya Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai, diversiti dalam dimensi masa dan ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai usaha untuk mengkelasifikasikannya; misalnya pembahagian seperti barat dan timur; primitif dan moden; tradisi dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan budaya dan ke dalam kulturkreise. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses mengkelasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan terdapat pula berbagai-bagai sokongan dan ulasan.

Pengertian masyarakat Pengertian masyarakat itu luas dan boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut. Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu. Pengertian masyarakat banyak telah diberikan oleh para pengkaji anthropologi dan sosiologi. Segala pengeritan yang dibincangkan itu adalah benar melihat kepada sudut pandangan masing-masing. Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Adat resam juga digunakan dalam menentukan cara hidup masyarakat. Jadi, budaya adalah sebagai ikatan kepada wujudnya masyarakat. Budaya dan masyarakat adalah sesuatu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Dalam masyarakat itu juga, pentingnya ialah interaksi antara individu-individu yang menentukan suatu pola hidup yang tertentu. Melalui ini terdapatlah suatu sistem komunikasi yang tersendiri. Proses interaksi itu adalah luas pengertiannya, meliputi pelbagai sistem komunikasi. Perlakuan individu dalam masyarakat itu adalah ditentukan oleh pola-pola interaksi, sebagaimana yang ditentukan oleh nilainilai sosial. Pengertian masyarakat adalah sangat luas yang meliputi berbagai-bagai ciri meliputi unit-unit sosial dan institusiinstitusi sosial yang lebih luas. Kelompok-kelompok interaksi sosial yang kecil itu merupakan unit sosial yang tersendiri sehinggalah kepada unit sosial yang lebih besar. Unit sosial itu wujud atas minat dan kepentingan tertentu dengan sistem interaksi yang tersendiri. Masing-masing individu itu berinteraksi bersandar atas kepentingan tersendiri. Unit sosial ini kemudian dapat dipisahkan kepada kategori sosial yang lebih besar iaitu golongan sosial. Golongan bermaksud kelompok sosial yang lebih besar dan selalunya interaksi anggota-anggota itu tidak seerat unit sosial. Golongan sosial ini bergantung kepada asas mana yang dijadikan ukuran atau pembahagiannya. Dalam sesuatu golongan sosial itu terdapat ciri-ciri tertentu yang berasaskan kepada ciri-ciri yang digunakan untuk kategori itu. Kolektif: Berasaskan kepada ciri-ciri tertentu berdasarkan sistem norma di kalangan anggota-anggota masyarakat. Kelompok sosial (social group): Pembentukan kumpulan secara kolektif itu juga melahirkan kelompok seperti kumpulan ras (racial group), kumpulan budaya (cultural group) dan kumpulan ethnik (ethnic group). Setiap kelompok itu mempunyai organisasi dan sistem kepimpinan tertentu. Kumpulan kelompok mempunyai ikatan, seperti tujuan dan minat bersama. Begitu juga anggota kelompok itu terdapat sistem nilai dan norma yang tersendiri. Mereka mempunyai kesedaran bersama. Komuniti: Berasaskan kepada hidup setempat ikatan yang rapat dalam kelompok kecil dan unit sosial yang lebih besar. Institusi sosial: Ini lebih khusus kepada sistem nilai dan norma, mempengaruhi aktivti individu dalam satu kesatuan kemasyarakatan tadi. Mereka mempunyai kepentingan atas minat bersama. Adakala berupa kebiasaan, adat istiadat atau adat resam anggotanya bersama dalam aktiviti, dan menurut sistem norma bersama yang bertujuan untuk memenuhi kompleks tertentu. Institusi pula bermakna badan atau organisasi khusus. Institusi bertujuan memenuhi keperluan kehidupan, seperti institusi kekerabatan, institusi yang bersifat ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Struktur Sosial: Konsep struktur sosial dikemuakan oleh A.R. Radcliff-Brown (1939). Sesuatu prinsip kebudayaan itu adalah terdiri dari jalinan-jalinan tertentu yang dapat menjadikannya sebagai struktur sosial. Struktur sosial amat penting dalam memahami budaya dan masyarakat. Masyarakat dan Budaya Dinamiks Sosial: dalam proses ini kita perlu memahami sosialisasi, enkulturasi, evolusi, inovasi, difusi, assimilasi dan akulturasi. Dalam penyelidikan sosio-budaya persoalan ini hendaklah dilihat dalam konteks perubahannya.

Proses sosialisasi: meliputi seluruh proses penyesuaian individu dalam budayanya secara mempelajari, baik secara formal mahupun tidak formal bagi memahami masyarakat sekitarnya. Seorang itu mengalami proses sosialisasi sejak lahir sehingga seorang itu meninggal dunia. Seorang itu mempelajari norma, nilai dan peraturan-peraturan hidup dalam masyarakatnya. Proses pembudayaan yang disebut enkulturasi, ialah penyesuaian dengan kehendakkehendak budaya sendiri. Konflik sosial selalu terdapat dalam proses sosialisasi itu, sehingga adakalanya melahirkan individu yang menyeleweng (deviants). Aspek penyelewengan dalam budaya ini adalah suatu fenomenon yang terdapat dalam semua budaya. Proses perubahan masyarakat dan budaya Perubahan berlaku kerana budaya itu dinamis, iaitu berlaku perubahan dari masa ke masa. Perubahan itu adakala terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakala berbentuk reformasi atau revolusi. Evolusi budaya ialah suatu proses perubahan masyarakat dan budaya yang mengambil masa yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih berupa secara bersendirian, iaitu tidak ada tekanan dari luar. Konsep perubahan budaya pula merupakan perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil dari pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar. Perubahan budaya itu terjadi secara asimilasi dan akultrasi. Proses evolusi yang mengambil masa lama itu dalam anthropologi dikatakan directional processes yang dilihat dari jauh. Proses evolusi secara berulang-ulang itu dipanggil proses recurrent. Inovasi ialah proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka masa yang tidak begitu lama. Penemuan baru disebarkan kepada masyarakat, dan budaya itu diterima serta dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat. Penemuan (discovery dan invention) ialah penemuan unsur budaya baru. Bila penemuan itu diserap ke dalam budaya maka ia dikatakan penciptaan. Fungsi Budaya Dalam Kehidupan Budaya dalam pengertian biasa ialah satucara hidup manusia dan membawa makna yang sangat luas. Dengan prinsipbahawa budaya itu dicipta manusia, maka budaya itu diperlu dan dihasilkan olehmanusia itu sendiri bagi keperluan hidup. 1.M emenuhi danM enyediakan Keperluan - Semua manusia memerlukankeperluan asasi untuk terus hidup. Oleh yang demikian, manusia menggunakanair untuk kegunaan pertanian, kayukayan untuk pembinaan rumah dansebagainya. Keutamaan pengeluaran produk bergantung kepada keutamaankeperluan dan aktiviti oleh masyarakat. Sebagai contoh, jika masyarakat itumewrisi ilmu pelayaran, maka akan dibina kapa

2.Sebagai Panduan kepada Anggota Masyarakat dalam BertingkahlakuKepercayaan adalah unsur sejagat budaya yang sebati dengan kehidupanmanusia. Manusia memperolehi keperluannya hasil dari tuntutan daripadaagama. Budaya mempunyai peranan memberikan panduan kepada anggotamasyarakat dalam bertingkahlaku dalam memberikan panduan,meliputi: i. perlakuan yang diboleh dan tidak dibolehkan. ii. perlakuan yang patut dan tidak patut. iii. perlakuan yang digalakkan dan tidak digalakkan

3.M engatur Hubungan Sesama Manusia

Dalam masyarakat Malaysia, budaya mendidik kita agar menghormati jiran,tetamu dan sahabat. Dalam masa yang sama kita dilarang menyakitkan hatirakan sesuai dengan ajaran Islam. Ini bermakna dalam menjalani kehidupanseharian, kebudayaan memainkan peranan mengatur hubungan sesamamanusia

Perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah Negara sepertiMalaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, dan Indiayang menjadi majoriti terbesar serta kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum kaum lain menjadi kaum minoriti. Setiap etnik membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisidari nenek - moyang yang terdahulu.Sebelum membincangkan lebih lanjut berkaitan kepelbagaian sosio-budaya, terlebih dahuludihuraikan maksud budaya itu sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan sosio-budaya? Menurutensiklopedia bebas http://ms.wikipedia.org/ budaya atau kebudayaan (daripada perkataanSanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budipekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal .Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga danpengaruh. Apabila ke dua d tenaga,fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagaitamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir danberkelakuan).Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib ( bekas professor Madya UiTM) telah menyatakan dalam laman webhttp://dppwp.wordpress.com/usrah/pembangunan -sistem-sosio-budaya-islam-dalam-kontek-masyarakat-malaysia/ maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradabanbagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyakarat berkenaandalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidupmasyarakat tersebut.Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai,norma, ilmu pengetahuan serta struktur nseni dan intelektual yang membentuk ciri sebeginidipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruhyang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang undang, adat resam dan lain manusia sebagaianggota masyarakat.Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras,etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. MenurutPapalia (2001) individu manusia itu berbezadari segi jantina, saiz badan, kesihatan, tahap tenaga,personaliti dan emosi. Manakala Slavin (1997) pula mengaitkan perbezaan individu dengankonteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalamtahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa, jantina , bakat danminat

PENGENALAN dan adalah konsep-konsep yang luas dan mendalam pengertiannya. Konsep-konsep tersebut sering digunakan untuk memahami kewujudan sosial masyarakat. Tanpa kedua-dua konsep ini, agak sukar untuk kita memahami erti kehidupan sebenarnya.

Untuk kita memahami gaya hidup berbagai jenis manusia termasuklah diri kita

sendiri, sosiologi seringkali menggunakan konsep b u d a y a , yang merujuk kepada perkongsian bersama barangan, ilmu dan kepercayaan sebuah kumpulan manusia atau masyarakat. Konsep ini tidak terhad kepada seni, sastera, dan muzik klasik sahaja tetapi merangkumi aspek-aspek kehidupan lain dalam masyarakat

Ahli sosiologi membahagikan budaya kepada dua jenis iaitu:

(i) budaya kebendaan yang terdiri daripada objek fizikal yang digunakan oleh manusia untuk mencapai matlamatnya. Contoh budaya kebendaan adalah seperti peralatan dan mesin yg digunakan dlm pembinaan @ computer dan mesin kira utk menyelesaikan masalah matematik (ii) budaya bukan kebendaan yang terdiri daripada nilai-nilai, seni lukisan, bahasa, pandangan hidup dan simbol yang mewakili dunia sosial dan fizikal. Contoh budaya bukan kebendaan adalah seperti cerita dongeng kanak-kanak, kod perundangan, muzik dan pandangan hidup yang dipelajari semasa dewasa.

Dalam topik ini, kita akan mengupas aspek budaya bukan kebendaan dan serta pengaruhnya ke atas ahli masyarakat. PERKEMBANGAN BUDAYA MASYARAKAT Sebagai seorang manusia, kita tidak boleh lari daripada pengaruh budaya. Sama ada anda seorang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau sebagainya, anda sudah semestinya membesar dalam sesebuah masyarakat yang mengamalkan budaya atau cara hidup yang tersendiri. Kepelbagaian budaya masyarakat sedunia (sila lihat Rajah 2.1) memastikan bahawa kehidupan manusia sentiasa menarik dan beraneka ragam

Konsep Budaya Apakah yang dimaksudkan dengan ?

Budaya boleh didefinisikan sebagai corak hidup dan juga sebagai pemahaman persetujuan yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian mereka. Ahli sesebuah masyarakat perlu berkongsi idea asas yang sama tentang bgmana masyarakat mereka berfungsi,apa yg pentig dlm kehidupn mereka,apakah artifak mereka dan apakah tindak tanduk mereka. Struktur social maskat merujuk kpd perkara yg praktikal atau instrument yg berkaitan dgn hub social,manakala budaya merujuk kpd aspek simbolik @ luahan perasaan hub social tersebut. Semua makhluk mempunyai corak kehidupan masing2 iaitu kepercayaan agama,gaya membesarkan anak,strategi mencari nafkah seharian,cara memperolehi tmpt tinggal dsb.Apa yg menarik ttg budaya ialah ia mencorakkan kehidupan sesebuah masykat melalui ps pembelajaran. Kebanykkan anak haiwan berupaya utk hidup setelah dilahirkan dgn sendiri,ttp bayi manusia memerlukn penjagaan rapi oleh i/bapa mereka utk terus hidup.beberapa jam setelah dilahirkan,seekor anak kuda sudah boleh menendang dan berlari.bayi yg baru dilahirkn hanya mempunyai bbrapa tindkan reflex.bgmankh bayi memperoleh budya?persekitaran sosialnya akan mendidiknya supaya memperolehi pelbagai kemahiran.Melaui kemaHIRAN jasmani,emosi,rohani ,intelek dan soaial,kanak2 itu akan memahami budaya dan masykatnya.

INTEGRASI BUDAYA DAN VARIASI BUDAYA Apakah yang dimaksudkan dengan ?

Setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Setiap budaya pula mempunyai keunikannya. Misalnya, mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai empat musim akan mengalami musim luruh, sejuk, bunga dan panas. Pada setiap musim pula mereka akan mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan musim yang dialami. Ini amat berbeza dengan mereka yang tinggal di kawasan khatulistiwa yang sentiasa mengalami musim panas dan berpakaian nipis.

Variasi budaya boleh juga dilihat pada makanan. Mereka yang tinggal di Malaysia, Thailand, Indonesia dan India lebih gemar makan nasi berbanding dengan mereka yang tinggal di Amerika, Australia dan United Kingdom yang lebih gemar makan ubi kentang.

Budaya sesuatu kaum itu disesuaikan dengan keadaan sekeliling seperti cuaca, lokasi, bilangan penduduk dan juga tahap teknologi. Walaupun terdapat persamaan seperti agama, namun terdapat variasi di antara budaya. Misalnya, di Malaysia terdapat variasi budaya di antara orang Melayu di negeri-negeri di utara dan di selatan. Aspek Variasi Budaya Variasi budaya merupakan fenomena sosiologi yang mewarnai kehidupan manusia sejak permulaan tamadun manusia lagi. Di sini, kita akan membincangkan tiga perkara: Budaya kecil C o u n t e r c u l t u r e Kejutan budaya (a)

Apakah itu ?

Budaya kecil adalah seperti budaya yang diikuti oleh petani yang bekerja di bendang, nelayan yang ke laut atau penjual sayur di pasar. Mereka ini merupakan sebahagian kecil daripada masyarakat yang lebih besar. Mereka

Aspek Variasi Budaya Variasi budaya merupakan fenomena sosiologi yang mewarnai kehidupan manusia sejak permulaan tamadun manusia lagi. Di sini, kita akan membincangkan tiga perkara: Budaya kecil C o u n t e r c u l t u r e Kejutan budaya (a)

Apakah itu ?

Budaya kecil adalah seperti budaya yang diikuti oleh petani yang bekerja di bendang, nelayan yang ke laut atau penjual sayur di pasar. Mereka ini merupakan sebahagian kecil daripada masyarakat yang lebih besar. Mereka mempunyai nilai, norma dan adat resam yang tersendiri. Budaya kecil boleh dianggap sebagai sebuah budaya yang wujud di dalam budaya yang dominan dalam sesebuah masyarakat. Budaya kecil ini ternyata wujud dalam sesebuah masyarakat seperti Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sambil mengamalkan budaya kecil, mereka ini juga melibatkan diri dalam budaya yang dominan dalam masyarakat. Keadaan ini mewujudkan sebuah bahasa ( a r g o t ) yang hanya digunakan oleh ahli dalam budaya kecil tersebut. Misalnya, nelayan ada bahasanya tersendiri yang terdiri daripada perkataan-perkataan yang mungkin tidak difahami oleh orang yang bukan nelayan. Bahasa inilah yang digunakan oleh penghuni-penghuni kampung nelayan (sila lihat Rajah 2.3) sebagai corak komunikasi di antara mereka. Di Malaysia, kita sering mendengar tentang budaya anak-anak remaja kita (sila lihat Rajah 2.4). Mereka ini dalam golongan usia belasan tahun dan mempunyai gaya hidup mereka tersendiri (pakaian, muzik, bahasa dan makanan) yang berlainan dengan golongan usia 20an dan 30an. Mereka ini juga digolongkan dalam budaya kecil.

(b) counterculture C o u n t e r c u l t u r e merujuk kepada corak budaya yang kuat menentang budaya yang diterima oleh masyarakat umum. Pada zaman 1960an,

terdapat kumpulan remaja c o u n t e r c u l t u r e yang menolak budaya aliran utama pada masa itu yang dianggap terlalu mementingkan diri, kuat bersaing dan mengejar kebendaan. Kumpulan h i p p i e s dan c o u n t e r c u l t u r e yang lain lebih gemar kepada budaya yang bercorak gaya hidup bekerjasama dan mementingkan perkembangan pertumbuhan individu. Perbezaan ini mengakibatkan sesetengah golongan manusia keluar daripada kumpulan masyarakat tersebut.

(c) kejutan budaya Apakah yang dimaksudkan dengan kejutan budaya ? Istilah kejutan budaya merujuk kepada perasaan yang bersifat mengelirukan ( d i s o r i e n t i n g ) dan menekan ( s t r e s s f u l ) yang dialami oleh manusia apabila mereka memasuki atau mengalami persekitaran budaya yang asing. Terdapat banyak perbezaan di antara budaya sesebuah negara dengan negara-negara yang lain. Ramai manusia yang beranggapan bahawa budaya negaranya adalah lebih hebat daripada budaya negara lain. Dengan berlandaskan pemikiran sedemikian, maka tidak hairanlah jika seseorang itu mendapati dirinya kurang selesa dengan budaya yang dilihatnya apabila mengembara atau melancong ke negara lain.

Bayangkan seorang pelajar Melayu dari luar bandar yang dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke sebuah universiti di luar negara seperti di bandaraya New York (sila lihat Rajah 2.5). Memandangkan beliau tidak pernah keluar daripada kampung halamannya, sudah pasti beliau akan terkejut melihat gaya hidup penduduk New York yang berpusu-pusu berjalan ke destinasi masing-

masing tanpa mengendahkan orang lain. Beliau juga akan hairan melihat jenis pakaian yang mereka pakai dan cara pergaulan mereka seharian. Semua ini akan dianggap sebagai sesuatu yang sangat pelik dan asing bagi beliau. Perasaan yang dialami oleh beliau pada ketika itu boleh ditafsirkan sebagai kejutan budaya.

1.2.1 DEFINISI BUDAYA 1.Secara umumnya kebudayaan dalam bahasa inggeris sebagai culture iaitu berasal dari perkataan latin cultura, dalam bahasa mandarin disebut Wen Hua dan dalam bahasa arab disebut Thaqafah. 2.SukukataBu membawa pengertian asli, pertama atau sejati. Manakala Daya mengandungi akal, jalan fikiran, atau penciptaan. DEFINISI UMUM Segala hasil dari akal dan pemikiran manusia yang asli. EDWARD B. TAYLOR (Primitive Culture) Keseluruhan kompleks yang merangkumi pengetahuan, kepercayaan, seni, sikap, undang-undang, adat resam dan kebolehan lain dan tingkah laku yang diperolehi oleh manusia sebagai ahli masyarakat. RALPH LINTON, 1947 (The Cultural Background of Personality) Budaya ialah susunan perlakuan yang dipelajari dan hasil daripada kelakuan inidigunakan bersama dalam masyarakat. RUTH BENEDICT (1947) Budaya sebagai unsur pengorganisasian antara individu dan membentuknya menjadi satu kelompok kebudayaan.

BUDAYA DAN KEPELB AGAI AN KELOMPOK DI MALAYSIA http://pgsrscience.blogspot.com/2010/12/edu3106nota-en-mustoffa.html Budaya Satu bidang sains sosial Antropologi mengkaji tingkah laku luar biasa masyarakat kecil

Sosiologi - pola interaksi Sains politik rebutan kuasa, pemerintahan Sejarah - asal usul Ekono mi - pengeluaran dan agihan sumber Psikologi - per kembangan manusia sejagat Mengkaji - struktur dan sifat manusia - interaksi manusia dengan manusia - interaksi manusia dengan persekitaran - tingkah laku lazim manusia

Kepelbagaian Bentuk Budaya Dalam Satu Masyarakat i.Kebudayaan dominan tingkah laku yang diterima umum masyarakat ii.Subbudaya kelompok kecil yang mempunyai tradisi dan nilai yang berlainan iii.Pertentangan budaya keb udayaan kecil dalam kelompok masyarakat yang bertentangan denganb udaya do minan iv. Ketinggalan kebudayaan (cultural lag ) perubahan kebendaan mengatasi keupayaan kebudayaanbukan kebend aan v. Kejutan budaya (cultural shock ) kejutan akibat perbezaan budaya atau amalan hidup vi.Mesra budaya sedar, prihatin dan boleh menerima situasi dimana terdap at kepelbagaian budaya vii.Silang budaya pertembungan antara dua atau lebih budaya dalam satu situas

BAB IPENDAHULUAN Manusia merupakan makhluk yang sangat komplek dibandingkan denganmakhluk yang lain. Kekomplekkanya terletak pada masalah fisik, kebutuhanhidup, pola perilaku, daya nalarnya dan kehidupan yang dihadapi. Manusia jugasering dikatakan sebagai makhluk yang paling tinggi dibandingkan denganmakhluk lain. Tingginya harkat dan martabat manusia karena manusiamempunyai akal budi. Topik bahasan manusia sebagai makhluk budaya berupayauntuk mengkaji manusia sebagai makhluk yang berkemampuan untuk menciptakan kebaikan, kebenaran, keadilan dan tanggung jawab. Sebagaimakhluk berbudaya, manusia mendayagunakan akal budinya untuk menciptakankebahagiaan bagi seua makhluk Tuhan. Budaya tercipta / terwujud merupakanhasil dari interaksi antara manusia dengan segala isi yang ada di alam raya ini.Manusia diciptakan oleh Tuhan dengan dibekali oleh akal dan pikiran sehinggamampu untuk berkarya di muka bumi ini & secara hakikatnya menjadi khalifah dibumi. Disamping itu manusia juga memiliki akal, integensia, intuisi, perasaan,emosi, kemauan, fantasi dan perilaku.Tujuan pembelajaran topik ini adalah agar mahasiswa memahami konsep-konsep dasar tentang manusia. Manusia sebagaimakhluk budaya hidup dalam ruang lingkup kebudayaan dan kebudayaanlah yangmenciptakan nilai dan makna bagi kemanusiaan

You might also like