You are on page 1of 3

Bahan-bahan untuk Pastri Tat Keju Bluberi

200g mentega/majerin 100g gula ising 1 bj telur 400g tepung gandum 1 cmt esen vanila Cara membuat Pastri Tat Keju Bluberi

1.
2. 3. 4. 5. 6. 7.

Kacaukan mentega dan gula ising sehingga sebati. Tidak perlu terlalu kembang. Masukkan telur dan esen vanila dan kacau lagi sehingga sebati. Tambahkan tepung gandum dan gaul ramas adunan sehingga mendapat tekstur butiran yang lembut. Canai adunan dan potong mengikut saiz acuan. Tekankan kedalam acuan tat yang telah dilenser dengan mentega Cucuk bahagian dasar adunan supaya pastri tidak mengembang dalamnya. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit atau sehingga masak. Masak lebih lama untuk oven tanpa turbo fan.

8. 9.

Keluarkan dari acuan dan sejukkan. Simpan didalam balang sehingga diperlukan.

Bahan-bahan untuk Inti Tat Keju Bluberi


250g krim keju (cream cheese) 3 cmb gula pasir 2 cmb mentega 1 bj telur 6 cmb krim putar (whipping cream) 2 cmb tepung gandum 2 cmb blueberry filling

Cara membuat inti Tat Keju Bluberi


1. 2. 3. Pukul krim keju, mentega dan gula Masukkan telur dan krim putar dan kacau lagi sehingga sebati. Masukkan tepung gandum dan kacau menggunakan teknik kaup balik sehingga semuanya bercampur rata. 4. 5. Ambil sedikit blueberry filling dan masukkan kedalam kulit tat. Sudukan sedikit adunan tat keju menutupi seluruh blueberry filling. Jangan isi terlalu penuh. Sebaikbaiknya melebihi 3/4. 6. Titikkan sedikit blueberry filling dibahagian atas dan lorekkan menggunakan lidi yang tajam untuk membuat corak dan hiasan. 7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 10 minit sehingga masak.

Tip Masakan Komersial


1. Anda boleh mencampurkan 1 cmb susu tepung kedalam adunan pastri untuk memberikan rasa yang lebih lemak pada pastri. Cara ini lebih sesuai sekiranya anda menggunakan majerin untuk menjimatkan kos kerana rasanya seakan-akan anda menggunakan mentega. 2. 3. Biarkan mentega dan krim keju pada suhu bilik sebentar untuk memudahkan memukul adunan. Tat keju bluberi ini sesuai dijadikan produk jualan kecil-kecilan seperti yang saya buat kerana pastrinya boleh disimpan lama. Bila pastri dah sedia ada, tempahan tat keju bluberi ini boleh disiapkan dalam beberapa minit sahaja.

You might also like