You are on page 1of 60

VISI Untuk memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan negara MISI Untuk menerajui

perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada tahap kewibawaan yang tinggi, profesionalisme dan kecemerlangan sejajar dengan aspirasi dan cabaran negara. OBJEKTIF a. Objektif Umum Untuk memastikan keluaran farmaseutikal dan produk-produk penjagaan kesihatan yang berkualiti, selamat, berkesan dan mampu serta mudah diperolehi oleh orang awam.

b. Objektif Khusus
i.

Untuk memastikan bahawa keluaran farmaseutikal yang dibenarkan di pasaran tempatan adalah selamat, berkesan, berkualiti, mampu dan mudah diperolehi, serta menentukan bahawa keluaran kosmetik yang dibenarkan di pasaran adalah selamat dan berkualiti.

ii.

Untuk menjalankan penguatkuasaan akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan keluaran farmaseutikal.

iii.

Untuk menggubal dan mementukan polisi ubat-ubatan yang memainkan peranan penting di dalam penentuan polisi kesihatan kebangsaan

iv.

Untuk mengoptimakan penggunaan tenaga kerja untuk perkhidmatan farmasi di seluruh negara.

v.

Untuk

mengoptimakan melalui

terapi

ubat-ubatan

dan

pemberian yang

penjagaan dan

farmaseutikal
vi.

pengawalan

farmaseutikal

berkesan

perkhidmatan profesional dan farmasi klinikal yang terkini. Untuk menentukan perbelanjaan ubat-ubatan adalah di tahap optimal dan ubat berkualiti terdapat pada masa dan keadaan yang diperlukan.
vii.

Untuk meningkatkan tahap kesedaran pengguna ke atas penggunaan ubat secara rasional dan kesan-kesan advers serta kepentingan maklumat yang mengiringi penggunaan ubat melalui pendidikan pengguna dan pesakit yang berterusan.

viii.

Untuk meningkatkan perkhidmatan farmasi setanding dengan perkembangan farmasi di arena antarabangsa.

LAPORAN TAHUNAN 2007 BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI

PENDAHULUAN
Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan agensi utama kerajaan dalam sektor farmaseutikal yang

bertanggungjawab untuk memastikan ubat-ubatan adalah berkualiti, selamat, berkesan serta mampu dan mudah diperolehi dengan mencukupi dan saksama; agar penggunaanya dapat dimanfaatkan oleh orang awam untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan mereka.

Program Perkhidmatan Farmasi terdiri daripada 3 aktiviti utama; Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, Bahagian Penguatkuasa Farmasi dan Bahagian Kawalan Regulatori Farmasi atau Biro Pengawalan Farmaseutikal

Kebangsaan (BPFK) . Sehubungan itu, program Perkhidmatan Farmasi memainkan tiga peranan utama iaitu:

i.

Memastikan produk untuk terapi

dan penjagaan kesihatan rakyat adalah

berkualiti, selamat dan berkesan dengan menubuh dan melaksanakan sistem pendaftaran nasional bagi produk penjagaan farmaseutikal dan penjagaan kesihatan di samping mengawal industri farmaseutikal dari segi Amalan Pengilangan Baik (APB) ; ii. Melindungi pengguna dari ubat-ubatan yang merbahaya, iklan ubat yang memperdayakan dan amalan-amalan perubatan yang tidak bertanggungjawab melalui penguatkuasaan akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pengimportan, penjualan dan pengiklanan produk farmaseutikal; dan iii. Mengoptimakan terapi ubat-ubatan dan pemberian penjagaan farmaseutikal yang efisien dengan memastikan pengurusan pemilihan, pembelian dan pengedaran farmaseutikal yang berkesan serta penggunaan ubat yang rasional dan kosefektif melalui perkhidmatan farmasi profesional dan farmasi klinikal yang terkini.

SUMBER PROGRAM
Bahagian ini di ketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah Kanan yang bertanggungjawab ke atas Bahagian Penguatkuasa Farmasi dan Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi serta Pengarah BPFK. Tenaga kerja bagi keseluruhan Program Perkhidmatan Farmasi, KKM mengikut kategori anggota dan aktiviti adalah seperti di Jadual 1 dan 2.

Jadual 1: Tenaga Kerja Pegawai Farmasi, 2007


Bil. Jawatan 1 2014 415 131 42 22 1 243 67 37 3 2 1 100 9 33 8 3 1 3133

Kategori/Aktiviti Pengarah Amalan dan Perkembangan Farmasi

Gred JUSA A U41 U44 U48 U52 U54 JUSA C U41 U44 U48 U52 U54 JUSA C U41 U44 U48 U52 U54 JUSA C

Isi 1 1584 208 78 29 21 1 179 43 22 3 2 1 79 9 19 6 2 1 2288

Kosong 0 430 207 53 13 1 0 64 24 15 0 0 0 10 0 14 2 1 0 846

% Isi 100 79 50 60 69 95 100 74 64 59 100 100 100 79 100 58 75 67 100 73

Penguatkuasa Farmasi

Regulatori Farmasi Jumlah

Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Jadual 2: Tenaga Kerja Pembantu Farmasi, 2007


Bil. Jawatan 2474 358 70 30 7 8 9 3 0 0 67 8 2 0 0 3036

Kategori/Aktiviti

Gred U29 U32 U36 U38 U40 U29 U32 U36 U38 U40 U29 U32 U36 U38 U40

Isi 2172 287 66 19 6 5 8 3 0 0 58 8 2 0 0 2634

Kosong 302 71 4 11 1 3 1 0 0 0 9 0 0 0 0 402

% Isi 88 80 94 63 86 62 89 100 0 0 87 100 100 0 0 86

Amalan dan Perkembangan Farmasi

Penguatkuasa Farmasi

Regulatori Farmasi

Jumlah

Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN


PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN MODAL INSAN Penstrukturan Semula Organisasi Dengan penambahan beberapa jawatan Gred U54,U52, U44 dan U41 di BPF pada 2007, ianya telah disusun semula berasaskan sebahagian dari cadangan penstrukturan semula BPF yang pernah dikemukakan ke KKM. Kini terdapat 15 portfolio bagi aktiviti Amalan & Perkembangan Farmasi dan 10 portfolio bagi aktiviti Penguatkuasa Farmasi .

Penambahan Tenaga Kerja Farmasi

i. Penambahan Jawatan

Penambahan jawatan anggota Perkhidmatan Farmasi sejak tahun 2001-2007 yang lalu adalah menggalakkan terutamanya bagi jawatan lantikan Gred U41 dan jawatan naik pangkat Gred U44 hingga U54 bagi Pegawai Farmasi serta jawatan lantikan Gred U29 dan jawatan naik pangkat Gred U32 hingga U40 bagi Pembantu Farmasi (Sila rujuk Jadual 3).

Jadual 3 : Bilangan Jawatan Anggota Farmasi


Kategori/Gred Pegawai Farmasi U41 U44 U48 U52 U54 Jusa C Jusa A Pembantu Farmasi U29 U32 U36 U38 U40 2,199 201 33 2,319 245 41 2,407 277 47 5 2,447 248 51 9 1 2,459 329 54 23 2 2,459 347 60 23 2 2,549 375 75 30 7 569 68 13 3 1 849 97 13 3 1 980 113 13 3 1 1,314 58 180 21 13 4 1 1,414 217 184 21 13 4 1 1,477 290 175 45 12 4 1 2,357 491 201 53 27 *3 1 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007

Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

1 jawatan JUSA C (KUP) telah dikembalikan kepada jawatan hakiki iaitu U54 di Selangor kerana pegawai yang mendudukinya telah bersara

ii. Pengambilan Pegawai Farmasi/Pembantu Farmasi

Pada tahun 2007, seramai 594 orang Pegawai Farmasi Provisional (PRP) telah memasuki perkhidmatan awam untuk menjalankan latihan siswazah selama setahun dan seramai 510 calon telah tamat latihan siswazah dan menjadi Ahli Farmasi Berdaftar Penuh(FRP) yang telah dibuat penempatan ke seluruh negara.

Bagi Pembantu Farmasi pula, seramai 88 lantikan baru dari graduan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB-KKM) telah memasuki perkhidmatan awam serta 39 permohonan kontrak baru telah diperakukan.

iii. Kenaikan Pangkat

Sepanjang tempoh 2007 ini, terdapat 1 orang Pegawai Farmasi Gred Jusa C telah dinaikkan pangkat ke Gred JUSA B, 2 orang Pegawai Farmasi Gred U54 telah dinaikkan pangkat ke Gred JUSA C, 21 orang Pegawai Farmasi Gred U52 telah dinaikkan pangkat ke Gred U54 (memangku) [ seorang PF telah menolak tawaran dengan tidak melaporkan diri ke tempat baru ], 18 orang Pegawai

Farmasi Gred U48 telah dinaikkan pangkat ke Gred U52 (memangku), dan 121 orang Pegawai Farmasi Gred U41 (memangku). telah dinaikkan pangkat ke Gred U44

Bagi Pembantu Farmasi pula seramai 7 orang mendapat pemangkuan U40, 18 orang mendapat pemangkuan U38, 58 orang mendapat Pemangkuan U36, dan 94 orang mendapat pemangkuan U32.

BAHAGIAN AMALAN DAN PERKEMBANGAN FARMASI

UNIT FORMULARI i. Urusetia untuk mesyuarat Panel Kajisemula Ubat KKM. Sebanyak 186 proforma telah diterima dan didaftarkan bagi tahun 2007 yang meliputi 2 proforma A ( untuk memansuhkan ubat dari Formulari Ubat KKM), 80 proforma B (menambah indikasi, pertukaran preskriber, menambah formulasi ke dalam Formulari Ubat KKM) dan 104 proforma D (menambah ubat baru). Satu persediaan tradisional telah disenaraikan ke dalam Formulari Ubat KKM

(FUKKM) pada tahun ini .Bilangan persediaan yang tersenarai dalam FUKKM sehingga akhir tahun 2007 adalah 1389. (Rujuk Jadual 4 & 5) ii. Penyelenggaraan Formulari Ubat KKM & NEDL[National Essential Drug List] Sebanyak 3 pekeliling ubat telah diedarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM sepanjang tahun 2007. Formulari ubat KKM (FUKKM) sentiasa dikemaskini mengikut pekeliling ubat yang dikeluarkan. Formulari ubat terkini dimuatkan dalam intranet BPF,KKM iaitu www.pharmacy.gov.my/intranet untuk kegunaan pegawai farmasi KKM. Manakala di laman web BPF,KKM iaitu www.pharmacy.gov.my tersenarai FUKKM mengikut nama generik, MDC dan kategori preskriber untuk tatapan umum. Senarai Ubat Penting Kebangsaan telah dilancarkan pada tahun 2000 untuk kegunaan di semua sektor kesihatan .Penyemakan senarai NEDL telah dimulakan sejak tahun 2005 dan pada tahun 2007 senarai terakhir telah dibentangkan dalam mesyuarat Panel Kajisemula Ubat . Senarai terkini masih dalam semakan terakhir. iii. Permohonan Ubat Khas Ubat yang memerlukan kelulusan khas adalah: a) b) Ubat-ubat yang berdaftar, tetapi tidak tersenarai di dalam FUKKM Ubat terdapat di dalam FUKKM, tetapi tidak lagi didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ataupun tidak terdapat di pasaran lagi. c) Ubat-ubatan yang tidak pernah berdaftar dengan PBKD.

Kebenaran menggunakan ubat-ubat ini adalah penyelesaian terakhir sekiranya ubat berkenaan dan alternatifnya di dalam Formulari Ubat KKM tidak berkesan atau sesuai. Statistik bagi permohonan Ubat Khas dinyatakan pada Jadual 6, 7 & 8. adalah seperti yang

Jadual 4 : Statistik Formulari Ubat KKM (2000 2007)


Tahun Proforma yang telah diterima Bil Mesyuarat Panel Kajisemula Ubat KKM Bil Pekeliling Ubatubatan Ubat Yang Diluluskan untuk disenaraikan dalam Formulari Kekuatan/ Formulasi baru 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 201 206 199 270 192 152 197 186 2 2 2 2 3 3 3 3 1 3 3 3 3 2 4 3 13 26 18 20 20 19 8 21 15 63 31 23 36 20 11 40 76 3 8 40 17 106 4 15 Ubat baru Ubat Yang Dikeluarkan Dari Formulari KKM

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Jadual 5 :Statistik Kemasukan Ubat Baru ke Dalam FUKKM ( 2000-2007)

80 60 Bilangan 40 20 0 Proforma B Proforma D 1 13 15 2 26 63 3 18 31 4 20 23 5 20 36 6 19 20 7 8 11 8 21 40

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Jadual 6 : Nilai (RM) Permohonan Ubat Melalui KPK Yang Diluluskan (2004-2007)
25,000,000.00 20,000,000.00 15,000,000.00 Nilai(RM) 10,000,000.00 5,000,000.00 0.00 Ubat berdaftar Ubat tidak berdaftar termasuk dalam formulari Tahun 2004 7,429,006.00 5,924,699.22 Tahun 2005 11,936,387 11,345,203 Tahun 2006 18,152,974.52 16,651,916.62 Tahun 2007 21,764,912.16 16,465,014.86

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Jadual 7: Bilangan Permohonan Ubat Melalui KPK Yang Diluluskan (2004-2007)


1200 1000 800 600 Bilangan permohonan 400 200 0 Ubat berdaftar Ubat tidak berdaftar termasuk dalam formulari Tahun 2004 501 323 Tahun 2005 452 512 Tahun 2006 912 705 Tahun 2007 1040 926

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Jadual 8 : Permohonan Ubat- Ubat Khas melalui Ketua Pengarah Kesihatan Oleh Hospital / Institusi Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja
Tahun 2004 Status Ubat Ubat berdaftar Perkara Anggaran Nilai (RM) Bil Jenis Ubat Bil Permohonan Ubat tidak berdaftar [termasuk yang dalam Formulari] 2005 Ubat berdaftar Anggaran Nilai (RM) Bil Jenis Ubat Bil Permohonan Ubat tidak berdaftar [termasuk yang dalam Formulari] 2006 Ubat berdaftar Anggaran Nilai (RM) Bil Jenis Ubat Bil Permohonan Ubat tidak berdaftar [termasuk yang dalam Formulari] 2007 Ubat berdaftar Anggaran Nilai (RM) Bil Jenis Ubat Bil Permohonan Ubat tidak berdaftar [termasuk yang dalam Formulari] Anggaran Nilai (RM) Bil Jenis Ubat Bil Permohonan 21,764,912.16 227 1040 16,465,014.86 173 926 5,522,728.53 170 249 57,629.00 10 13 Bil Jenis Ubat Bil Permohonan Anggaran Nilai (RM) 16,643,764.62 147 711 33 69 18,152,974.13 169 912 3,297,931.70 105 175 8,497,116.00 Anggaran Nilai (RM) Bil Jenis Ubat Bil Permohonan 11,936,387.00 152 452 11,345,203.00 164 512 3,551,758.38 90 166 1,191,774.53 34 52 Anggaran Nilai (RM) Bil Jenis Ubat Bil Permohonan Lulus 7,429,006.00 120 501 5,924,699.22 140 323 Tolak 1,544,310.29 82 153 1,131,656.36 51 67

10

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

iv.

Kod Ubat-Ubatan Malaysia/ Malaysian Drug Code (MDC) Kod Ubat-ubatan Malaysia/ Malaysian Drug Code (MDC) adalah kod yang dibangunkan untuk setiap ubat hingga ke jenamanya untuk tujuan identifikasi berdasarkan kepada struktur dan prinsip Anatomical Therapeutic Chemical (ATC) Classification oleh World Health Organization (WHO). Pada tahun 2007 ini, Edisi Ketiga Kod Ubat-ubatan Malaysia (MDC) telah dihasilkan yang merangkumi MDC lengkap untuk 5511 produk dan ianya boleh diakses di laman web Bahagian Perkhidmatan Farmasi (www.pharmacy.gov.my).

v.

Good Governance in Medicine (GGM) WHO telah melancarkan projek Good Governance for Medicines pada tahun 2004. Matlamat utama projek ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai potensi korupsi dan rasuah dalam sistem farmaseutikal dan mengurangkan gejala rasuah dengan mempromosikan sistem yang telus dan melaksanakan tadbir urus yang terbaik serta mempromosi praktis beretika di kalangan professional kesihatan. Program ini dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu penilaian tahap ketelusan, pembangunan program dan perlaksanaan program GGM. Malaysia merupakan antara empat negara pertama yang menganggotai program ini. Satu bengkel untuk membangunkan program Good Governance in Medicines telah diadakan dari 10th-13th April 2007. Malaysia juga telah menyediakan kemudahan mesyuarat anjuran WHO, Biregional Informal Consultation di Kuala Lumpur dari 18-20hb. Jun 2007. Mesyuarat ini dihadiri oleh peserta dari lapan negara iaitu Malaysia, Cambodia, Laos PDR, Philippines, Thailand, Mongolia, Indonesia dan Papua New Guinea. Wakil wakil dari WHO, Management

Sciences for Health, pakar jangka pendek , 5 orang pemerhati dan 7 penasihat sementara turut serta. Objektif bengkel ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan untuk mengetahui kemajuan perkembangan semasa setiap negara dalam merealisasikan masing. program Good Governance in Medicines di negara masing-

11

UNIT PERKHIDMATAN FARMASI KLINIKAL Objektif Perkhidmatan Farmasi di hospital dan klinik kesihatan KKM ialah untuk memberi penjagaan farmaseutikal yang komprehensif dan tertumpu kepada pesakit. i. Perkhidmatan Farmasi Ambulatori Kaunseling ubat-ubatan secara individu dan berkumpulan dijalankan oleh pegawai farmasi agar pesakit mendapat kesan yang optima daripada

pengambilan ubat-ubatan. Sesi kaunseling berkumpulan untuk pesakit asma, diabetes mellitus, hipertensi, renal, penjagaan antenatal serta program rehabilitasi kardiak juga dijalankan secara aktif. Sejumlah 312,439 pesakit telah diberi kaunseling ubat-ubatan sepanjang tahun 2007 seperti yang tertera pada Rajah 1. Beberapa hospital utama negeri telah dikenalpasti mewujudkan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) yang diuruskan oleh Pegawai Farmasi untuk memberi penjagaan farmaseutikal kepada pesakit dalam rawatan kritikal. Fokus terhadap rawatan seperti diabetes mellitus, anticoagulant (warfarin) dan HIV/AIDs telah dibuat dalam tahun 2007. Perkhidmatan Farmasi Ambulatori juga melibatkan pendispensan dan kaunseling methadone di Pusat Rawatan Gantian (RTG) dengan Methadone di bawah Program RTG Methadone, KKM.

Rajah 1 : Bilangan Pesakit Dikaunsel Bagi Tahun 2007

Pesakit Luar (Hospital)


26,363 102,017

Pesakit Dalam Discaj Wad Pesakit Luar (Klinik Kesihatan)

113,880 70,179

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

12

a.

Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Terdapat 9 jenis MTAC yang telah ditubuhkan yang melibatkan 16 hospital sejak tahun 2004.

Rajah 2 : Pelaksanaan Pendispensan Methadone di Fasiliti Farmasi,KKM


20 15 10 10 5 0 Hosp 2005 KK Hosp 2006 KK Hosp 2007 KK 7 2 6 3 17

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Rajah 3 : Bilangan MTAC Yang Telah Ditubuhkan Mengikut Tahun

14 14 12 10
Bilangan

8 6 4 2 0 1 3

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

13

Jadual 9: Jenis MTAC di hospital-hospital KKM


Tahun
2004 2005

Jenis MTAC
HIV/AIDS Warfarin Renal Transplant Hepatitis C HIV/AIDs

Hospital
Pulau Pinang Tuanku Jaafar, Seremban Duchess of Kent, Sandakan Selayang Selayang Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kangar Pulau Pinang Selayang Selayang Sultanah Aminah, JB Putrajaya Sg. Buloh Melaka Sultanah Aminah, JB Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Serdang Tuanku Ampuan Rahimah, Klang Melaka Umum Sarawak Melaka Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Melaka

2006 Diabetes Liver Transplant Diabetes 2007 HIV/AIDs

Warfarin

Respiratori Neurologi Neurologi (paediatric)


Source: Pharmaceutical Services Division, MOH

b.

Pelaksanaan Aktiviti Pendispensan dan Kaunseling Methadone Dalam Program Terapi Gantian Dengan Methadone Sebanyak 46 (90%) farmasi telah melaksanakan aktiviti Pendispensan dan kaunseling Methadone dengan jayanya daripada keseluruhan 50 buah Pusat Rawatan yang telah dikenalpasti oleh KKM bagi Program Rawatan Terapi Gantian dengan Methadone. Pendispensan methadone dilakukan setiap hari termasuk pada hujung minggu dan cuti umum dimana pegawai farmasi yang terlibat akan ditugaskan secara bergilir-gilir mengikut jadual yang ditetapkan oleh jabatan masing-masing. 100% pesakit dikaunsel ubatubatan sebelum memulakan rawatan secara individu dan berkumpulan. Seramai 3123 jumlah pesakit yang aktif mengikuti rawatan gantian dengan methadone ini daripada 4335 pesakit berdaftar dimana 68.88 % (2151) pesakit mengambil methadone secara Direct Observe Therapy (DOT) 14

dan 29.07% (908) pesakit menerima methadone secara dos bawa balik (DBB).

Kaunseling HIV/AIDS

Dispensing Methadone

c. Usaha-usaha Peningkatan Kualiti Penyediaan Protokol MTAC: 3 jenis Protokol iaitu Protokol MTAC-Diabetes, MTAC-Warfarin dan MTAC- HIV/AIDs telah disiapkan untuk digunapakai di hospital-hospital yang melaksanakan perkhidmatan tersebut. Penyediaan modul latihan sangkutan selama 3 minggu yang diselaraskan untuk digunapakai di tapak latihan bagi MTAC-Diabetes, MTAC-Warfarin dan MTAC- HIV/AIDs.

Penyediaan Garispanduan Pendispensan dan Kaunseling untuk digunapakai di semua Pusat Rawatan Terapi Gantian dengan Methadone. d. Latihan Latihan Luar Negara Bagi memperbaiki perkhidmatan MTAC , Pegawai Farmasi yang terlibat telah dilatih di luar negara selama 1 bulan untuk meningkatkan kemahiran pegawai farmasi tersebut sebagai fasilitator. Tahun 2005 2006 Jenis Latihan MTAC Diabetes MTAC HIV/AIDs MTAC Warfarin
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Jumlah Pegawai 2 orang 2 orang 1 orang 1 orang

Tempat Latihan USA Australia USA USA

15

Latihan Dalam Negara Pegawai yang telah dilatih di luar negara telah dikenalpasti untuk membentuk tapak latihan bagi Pegawai Farmasi lain sebagai echo training bermula tahun 2007. Seramai 15 orang pegawai farmasi telah dilatih secara sangkutan iaitu 4 peserta bagi MTAC Diabetes di Hospital Pulau Pinang, 5 peserta bagi MTAC HIV/AIDs di Hospital Pulau Pinang dan 6 peserta bagi MTAC Warfarin di Hospital Seremban. Sebanyak 3 kursus telah diaturkan dengan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Terengganu pada tahun 2007 dengan bilangan peserta seramai 71 orang. Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi latihan kepada pegawai farmasi yang terlibat dalam pendispensan dan kaunseling methadone. ii. Perkhidmatan Maklumat Ubat-Ubatan Perkhidmatan Maklumat Ubat-Ubatan dijalankan oleh Pegawai Farmasi yang bertugas di Pusat Maklumat Ubat. Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjawab pertanyaan berkenaan ubat-ubatan bagi memperkukuhkan kualiti penjagaan pesakit. Pada tahun 2007, sebanyak 30,485 pertanyaan telah diterima oleh Pusat Maklumat Ubat dan 2,340 kes kesan advers ubat telah dilaporkan kepada Malaysian Adverse Drug Reaction Advisory Committee (MADRAC) iii. Perkhidmatan Farmasi Wad Hampir kesemua farmasi hospital di seluruh negara telah melaksanakan sistem bekalan Unit-of-Use/ Unit Dose kepada pesakit di dalam wad. Dengan melaksanakan sistem bekalan Unit-of-Use/Unit Dose, komplians pesakit dapat ditingkatkan kerana ubat dibekalkan secara individu dan bukannya seperti sistem tradisional di mana pihak wad memesan ubat di dalam kuantiti yang besar dan akhirnya menyebabkan penstoran ubat yang berlebihan.

16

Pengkhususan bagi praktis farmasi klinikal bagi disiplin-disiplin farmakoterapi tertentu telah diwujudkan di hospital-hospital berikut pada tahun 2007 bagi meningkatkan kualiti penjagaan farmaseutikal kepada pesakit: Farmasi Penjagaan Rapi - Semua Hospital Utama Negeri Farmasi Respiratori Farmasi Nefrologi Farmasi Surgikal - Hospital Melaka - Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur - Hospital Melaka, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sibu Farmasi Kardiologi - Hospital Kuala Lumpur, Hospital Umum Sarawak Hospital Selayang, Hospital Pulau Pinang

Hospital Selayang,Hospital Melaka,Hospital Pulau Pinang,Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Seremban juga telah dipilih sebagai tapak latihan untuk melatih Pegawai Farmasi klinikal di seluruh Negara dalam beberapa bidang iv. Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal Perkhidmatan ini dapat memastikan penggunaan ubat yang efektif dan selamat terutamanya untuk ubat-ubatan yang mempunyai julat terapeutik yang kecil. Pada tahun 2007, sejumlah 72,367 pesakit telah menerima terapi ubat secara individu melalui perkhidmatan farmakokinetik klinikal (CPS) yang terdapat di 82 hospital diseluruh negara. Melalui CPS, Pegawai Farmasi memberi khidmat konsultansi terhadap pendosan individu bagi 14 jenis ubat-ubatan berikut: Gentamicin Amikacin Digoxin Carbamazepine Theophylline Lithium Phenobarbitone Netilmicin Vancomycin Phenytoin Valproic acid Ciclosporin Methotrexate Tacrolimus

17

Selain itu, Unit Farmasi hospital juga menyediakan perkhidmatan 24 jam bagi pemonitoran toksikologi serta konsultansi bagi kes keracunan paracetamol (PCM). (Rujuk Rajah 5 dan 6)

Analisis Pemonitoran Terapi Ubat

Rajah 4 : Jumlah Kes CPS Yang Diterima ( 2000 2007)

80,000 70,000 60,000 50,000 40,000 30,000 20,000 10,000 0 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006

72,367 61,594 50,920 37,836 50,484 52,660 54,725 64,046

2007

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Rajah 5 : Jumlah Kes Keracunan PCM ( 2007)

3516

620

Jumlah Kes Jumlah Kes Toksik

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

18

Rajah 6 : Jumlah Kes Keracunan PCM Kanak-kanak (2007)

132

21

Jumlah Kes Jumlah Kes Toksik

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

v. Perkhidmatan IV Admikstur dan Nutrisi Parenteral Total (TPN) a) Perkhidmatan Nutrisi Parenteral Total Objektif utama TPN adalah untuk memberikan perkhidmatan sokongan nutrisi kepada pesakit yang memerlukan bagi meningkatkan kualiti hidup. Sehingga akhir tahun 2007, terdapat 17 hospital KKM yang menyediakan perkhidmatan Nutrisi Parenteral Total (TPN). Pegawai Farmasi TPN juga memberi khidmat konsultansi terhadap keperluan nutrisi parenteral secara individu.

Rajah 7 : Jumlah Beg TPN Yang Disediakan Untuk Dewasa dan Kanak-kanak Bagi Tahun 2007

Sarawak 0 Sabah Kelantan Terengganu Pahang Johor Melaka Negeri Sembilan 82 Putrajaya 174 251 Hosp. Kuala Lumpur Selangor Perak Penang Kedah 141 Perlis 0 0 500 1,000 1,500 2,000 2,500 3,000 3,500 4,000 4,500 5,000 5,500 6,000 6,500

2,062 1,603 457 384 1,078 1,459 365 737 1,053 2,831 1,261

2,396

4,001

3,187 1,234 2,012 1,304 1,550 1,751 3,982 2,912

3,650

Beg (Dewasa)

Beg (Kanak-Kanak)

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

19

Rajah 8 : Jumlah beg TPN Yang Disediakan Dari Tahun 2000 2007

30000

27,453
25000

23,260
20000 15000

18570 13453

19847 17956 17704

20380 14464 11700

10000 5000 0 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007

3619

4620

4644

5403

6816

7651

Jumlah Beg (Dewasa)


Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Jumlah Beg (Kanak-Kanak)

Rajah 9 : Jumlah Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (2002-2007)

2007 2006 2005 2004 2003 2002 0 20,000

108,962 85,532 64,947 45,057 31,991 26,027


40,000 60,000 80,000 100,000 120,000

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

b) Perkhidmatan IV Admikstur Terdapat 17 buah hospital yang mempunyai fasiliti bilik bersih dapat memberikan perkhidmatan IV Admikstur untuk 30,944 kes dan 65,117 persediaan dari Januari hingga Disember 2007. Perkhidmatan ini akan dipertingkatkan dan di diperkukuhkan di masa hadapan.

20

Penyediaan TPN dan IV Admikstur

Rekonstitusi Ubat Sitotoksik

vi. Perkhidmatan Farmasi Onkologi Perkhidmatan Farmasi Onkologi memainkan peranan yang penting di dalam mendispens dan menjalankan rekonstitusi ubat sitotoksik. Sejumlah 21 farmasi hospital di seluruh negara mendispens ubat sitotoksik kepada pesakit kanser tetapi sehingga akhir tahun 2007, hanya 16 hospital mempunyai fasiliti rekonstitusi ubat sitotoksik (CDR).

vii. Perkhidmatan Farmasi Nuklear Lima buah hospital telah dikenalpasti untuk menyediakan perkhidmatan Farmasi Nuklear iaitu Hospital Pulau Pinang, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya, Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Umum Kuching. Pegawai Farmasi dari dua buah hospital iaitu Hospital Pulau Pinang dan Hospital Kuala Lumpur telah melibatkan diri di dalam aktiviti kawalan kualiti (FDG) serta untuk penyediaan kegunaan

radiofarmaseutikal perubatan nuklear.

seperti

fluoro-deoxy-glucose

21

SISTEM PENDISPENSAN UBAT BERSEPADU (SPUB) Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dijalankan di peringkat nasional mulai 1 Jun 2003 setelah projek perintis dijalankan mulai Disember 2001 sehingga Mei 2002. Tujuan SPUB adalah untuk memberi kemudahan kepada pesakit rujukan mendapatkan bekalan ubat di fasiliti kesihatan yang terdekat dengan kediaman, terutamanya pesakit yang tinggal di pedalaman. Bilangan pesakit yang menggunakan perkhidmatan ini juga meningkat daripada setahun ke setahun. Terdapat peningkatan jumlah preskripsi sebanyak 16.4 % pada tahun 2007 berbanding tahun 2006. Didapati 68% daripada kos preskripsi tersebut adalah

daripada ubat kategori A. Statistik tentang aktiviti ini boleh dirujuk pada Jadual 10. Jadual 10 : Transaksi SPUB
2005 Intra State Jumlah Preskripsi Bil. Item Kategori A Bil. Item Kategori B&C Jumlah Kos Ubat Kategori A (RM) Jumlah Kos Ubat Kategori B & C (RM) Jumlah Kos Ubat (RM) 28,705 25,868 Inter State 1 1 , 4 74 1 2 , 8 68 Jumlah 40,179 38,736 Intra State 37,670 30,936 2006 Inter State Jumlah Intra State 2007 Inter State Jumlah

14,092 5 1 , 7 6 2 4 4 , 5 0 2 1 5 , 7 5 2 6 0 , 2 4 5 12,419 4 3 , 3 5 5 4 2 , 0 4 7 1 3 , 6 1 8 5 5 , 6 6 5

50,845

2 3 , 5 61

74,406

56,590

2 9 , 6 5 4 9 5 , 1 1 7 8 9 , 1 7 2 3 6 , 2 3 2 125,404

1,278,718

556,931

1,835,649

1,052,304.36

607,772.48 1,660,076.84 2,252,495 1,017,571 3,270,066

427,909

203,443

631,352

517,091.65

277,249.27 794,340.92 855,308 407,111 1,262,419

1,706,627

760,374

2,467,001

1,569,396.01

885,021.75 2,454,417.76 3,107,803 1,424,682 4,532,485

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

22

Rajah 10 :Bilangan Preskripsi SPUB


70,000 60,000 50,000 40,000 30,000 20,000 10,000 0 2005 2006 2007 40,179 22.8% 60,254 51,762 16.4%

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

UNIT KESELAMATAN PENGUBATAN Unit Keselamatan Pengubatan bermula pada tahun 2007 dengan seorang Pegawai Farmasi ditempatkan di unit ini. Objektif utama unit ini adalah untuk mengumpul maklumat mengenai kesilapan dalam pengubatan dan menyebarkan cara-cara mengatasinya supaya kesilapan tersebut dapat dielakkan.Selain dari menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Medication Safety Technical Advisory (MedSTAC) dan Jawatankuasa Keselamatan Pesakit,Bahagian Perkhidmatan Farmasi, ia juga terlibat dalam lain-lain jawatankuasa yang berkaitan dengan keselamatan pesakit seperti Jawatankuasa Penasihat Teknikal Continous

Professional Development and Consumer Education serta memberi maklumbalas kepada Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia(PSCoM). Pelan masa hadapan unit ini adalah membentuk sistem Medication Error Reporting peringkat nasional. Analisa kesilapan dalam mendispens ubat di kaunter-kaunter Farmasi hospital telah dibuat dan langkah-langkah untuk mencegahnya telah diedarkan kepada semua negeri-negeri. Panduan mengenai Langkah-langkah bagi

Meningkatkan Tahap Pengendalian Ubat-ubatan di Farmasi Demi Keselamatan Pesakit juga dikeluarkan untuk kegunaan kakitangan Farmasi. Di samping itu, 4 ceramah telah disampaikan kepada kakitangan Farmasi dan risalah-risalah telah diterbitkan untuk panduan pesakit-pesakit serta orang awam. Bahagian

Perkhidmatan Farmasi juga terlibat di dalam projek berkaitan keselamatan pesakit khususnya keselamatan pengubatan bersama pihak Institut Pengurusan Sistem Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Rancangan Malaysia keSembilan. 23

UNIT PEROLEHAN FARMASEUTIKAL Fungsi utama unit ini adalah untuk mengenalpasti keperluan untuk ubat-ubatan sedia ada dan ubat baru diproses untuk perolehan secara tender , menyelaras spesifikasi teknikal dan penilaian tawaran tender. Dalam tahun 2007, unit ini telah menguruskan 2 mesyuarat spesifikasi teknikal untuk 95 ubat . Jawatankuasa Penilaian Teknikal Ubat telah mengadakan 10 mesyuarat untuk menilai 158 ubat untuk diproses secara tender. Sejumlah RM 385.9 juta nilai ubat kontrak telah dikendalikan oleh unit ini. Nilai ubat yang telah diperoleh untuk kegunaan di semua hospital dan klinik kesihatan di KKM ialah RM 1,328 juta.

UNIT PEMANTAUAN HARGA UBAT-UBATAN

i.

Kajian Pemantauan Harga Ubat-ubatan. Sepanjang tahun 2007 , 2 kutipan data kajian pemonitoran harga ubat-ubatan telah dijalankan ke atas beberapa premis seperti Jadual 11. Kutipan dijalankan setiap 6 bulan selama 2 minggu iaitu pada minggu kedua bulan Jun dan bulan Disember. Jenis-jenis ubat yang dipantau akan ditambah dari masa ke semasa. Dari analisa data yang dijalankan ke atas kutipan data fasa pertama pada bulan Mac 2006 yang lalu, satu buletin bertajuk My Medprice Edisi 1 telah diterbitkan. Ianya boleh juga didapati di portal BPF www.pharmacy.gov.my. My Medprice Edisi 2 yang merangkumi analisa data bagi 4 fasa kutipan pada tahun 2006 akan siap tidak lama lagi. Analisa data bagi 2 kutipan pada tahun 2007 pula akan dimuatkan dalam My Medprice Edisi 3 dijangka siap pada penghujung tahun 2008 kelak.

Jadual 11 : Kutipan Data Bagi Kajian Pemonitoran Harga Ubat


Malaysia Barat Hospital KKM Farmasi Swasta Hospital Swasta Hospital Universiti 22 20 5 3 Malaysia Timur 22 20 2 -

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

24

ii. Pengkalan Data Harga Ubat-ubatan. Satu perisian untuk pengkalan data harga ubat-ubatan akan dibentuk dan buat masa ini tender/ sebut harga telah dipanggil oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi.

iii. Senarai Harga ubat LP, APPL, Tender Satu kompilasi harga -harga ubat LP, APPL dan Tender telah dikumpul dengan kerjasama pegawai-pegawai farmasi y/m stor perubatan dari semua hospital negeri dan beberapa hospital daerah di Malaysia. Hasilnya telah dimuat dalam satu CD dan telah diedar kepada semua hospital-hospital KKM dan beberapa Pusat Kesihatan.

iv. Senarai Harga Untuk Akta Fi (Pesakit Bayar Penuh) Dan Akta Fi (Perubatan) Senarai harga untuk Akta Fi (Pesakit Bayar Penuh) Edisi 2 telah disiapkan pada tahun 2007. Pindaan harga terkini dalam bentuk Edisi 3 juga hampir siap. Bagi senarai harga untuk Akta Fi (Perubatan) pula Edisi 1 telah siap dalam tahun 2007 , sementara pindaan -pindaan harga akan dikemaskini dalam Edisi 2, yang juga dalam peringkat akhir penyiapannya.

v.Senarai harga borong ubat-ubatan Kompilasi harga harga borong yang didapati dari beberapa syarikat pengedar dan principal juga telah siap pada hujung tahun 2007.

vi. Projek Kawalan Harga Ubat-ubatan Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah meminta kerjasama Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membantu Malaysia mengkaji kawalan harga yang diperlukan dan mencadangkan mekanisma yang sesuai untuk

melaksanakannya.

25

Pihak WHO telah mengesyorkan seorang pakar perunding untuk menjalankan kajian ini. Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah menyediakan Terma Rujukan untuk perunding tersebut dan pada masa ini sedang menunggu maklumbalas dari WHO untuk memulakan perundingan tersebut yang dijangka akan dijalankan pada penghujung Januari atau awal Februari 2008. Bahagian ini sentiasa berhubung dengan WHO untuk mengetahui perkembangan perundingan ini.

Jadual 12: Kumpulan Ubat Yang Dipantau Dan Contoh


Kumpulan 1 34 jenis ubat preskripsi dan non-preskripsi yang biasa digunakan untuk merawat penyaki Tab. Simvastatin 20mg Tab. Captopril 25mg Kumpulan 2 28 ubat paten dan baru sahaja didaftarkan di Malaysia. Contoh: Cap. Anagrelide Hydrochloride 0.5mg, Tab. Levocetrizine 5mg Cap. Dutasteride 0.5mg Tab. Rabeprazole Sodium 20mg Kumpulan 3 11 jenis ubat untuk indikasi yang tertentu seperti ubat-ubatan yang melibatkan transplan dan onkologi Inj. Rituximab 500mg/50ml Inj. Fluorouracil 500mg/10ml. Kumpulan 4 Contoh: Contoh: Inj Epirubicin 50mg Inj. Ifosfamide 1g Contoh: Tab. Aciclovir 200mg, Tab. Ranitidine 150mg

32 jenis ubat yang mencatatkan penggunaan Tab Salbutamol 2mg tertinggi dalam National Medicine Use Survey (NMUS) Tab Atorvastatin 20mg Tab. Lisinopril 5mg.
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Tab Frusemide 40mg

26

KAJIAN NATIONAL MEDICINES USE SURVEY Projek National Medicines Use Survey (NMUS), dimulakan pada Tahun 2005 oleh Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), Hospital Kuala Lumpur dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia. Mulai bulan September 2006, pengurusan projek ini telah diambilalih oleh BPF, KKM manakala pihak CRC, HKL mengendalikan aspek pelaksanaan kajian dan khidmat statistik. Projek ini akan dijadikan satu aktiviti yang berterusan bagi mengkaji penggunaan ubat-ubatan di pelbagai peringkat kesihatan awam dan swasta yang dijangka berubah mengikut masa. Berikut merupakan objektif projek ini dijalankan: 1. Untuk mengetahui jenis dan jumlah ubat-ubat yang dibekalkan di Malaysia. Ianya penting untuk mengukur tahap penggunaan dan perbelanjaan ubatubatan di negara ini. 2. Untuk mengetahui jenis dan jumlah ubat-ubatan yang dipreskrib dan/ atau yang didispens di Malaysia. Ianya penting untuk mengetahui kuantiti

preskripsi dan amalan pendispensan di negara ini. 3. Untuk mengetahui jenis dan jumlah ubat-ubatan yang diguna oleh penggunapengguna di Malaysia. Ianya penting untuk mengukur paten penggunaan ubat-ubatan dan seterusnya menilai penggunaan ubat yang rasional oleh pengguna di dalam negara ini. 4. Merangsang dan memudahkan kajian ke atas kegunaan ubat-ubatan.

Dalam memastikan projek ini dijalankan secara berterusan, sistem yang digunakan untuk pengutipan data-data daripada fasiliti kesihatan awam/ swasta adalah sama ada melalui beberapa tatacara berikut: i) Muat turun daripada pengkalan data sedia ada seperti pengkalan data import dan pengkalan data perolehan ubat-ubatan (procurement

databases). ii) Pengutipan data utama untuk kajian preskripsi/ dispensing.

27

iii)

Electronic Data Capture (EDC) tool yang diperkenalkan untuk sumbersumber tertentu seperti pembelian tempatan daripada fasiliti KKM dan pembelian ubatan oleh klinik-klinik swasta.

Jadual 13 : Pencapaian aktiviti Projek NMUS Bil. Aktiviti/ Pencapaian Pelaksanaan Projek National 1. Medicines Use Survey dengan usahasama Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) HKL Peruntukan Pengendalian 2. Projek NMUS secara berterusan Makluman Melalui Laman Web : 3. www.crc.gov.my/nmus (dengan usahasama Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) HKL Mesyuarat NMUS 4. Governance Board Mesyuarat NMUS - Expert Panel
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Output Penerbitan Malaysian Statistics on Medicine

Pencapaian MSOM 2004: April 2006 MSOM 2005: Oktober 2007 Peruntukan Tahun 2007:

Permohonan peruntukan

RM250,000.00 (Peruntukan Khas dari CRC)

Laman Web dan muat turun MSOM (format pdf) Pengemaskinian berterusan

Bil. Mesyuarat : Setahun sekali

Tahun 2006 1 kali Tahun 2007 1 kali

Melalui NMUS, Malaysian Statistics On Medicines (MSOM) 2004 dan 2005 berjaya diterbitkan serta Malaysian Medical & Health. Usaha penerbitan MSOM 2006 telah dimulakan dan dijangka selesai Julai 2008. Melalui statistik corak penggunaan ubat-ubatan yang diperolehi, maka strategi lanjut dapat dirangka untuk memastikan penggunaannya yang lebih berkualiti disamping turut dijadikan asas kepada cadangan peruntukan sumber penjagaan pesakit yang lebih menyeluruh kepada rakyat Malaysia kelak. Disamping itu, data-data ini juga boleh digunakan untuk membuat perbandingan dengan corak penggunaan ubat-ubatan di negaranegara maju bagi meningkatkan pencapaian kesihatan yang lebih tinggi kepada 28

rakyat Malaysia. Usaha ini penting dalam melaksanakan pemantauan bagi meningkatkan penggunaanya yang lebih berkualiti ke arah perawatan yang lebih kos-efektif. Ini adalah selaras dengan memenuhi objektif salah satu komponen utama Dasar Ubat Nasional yang telah diluluskan pelaksanaannya oleh Kerajaan Malaysia.

Daripada Laporan MSOM 2005, berikut merupakan sepuluh (10) jenis ubatubatan paling banyak digunakan berdasarkan Kumpulan Terapeutik (Jadual 14) dan Nama Ubat (Jadual 15) :

Jadual 14: Sepuluh Penggunaan Ubat Paling Banyak Tahun 2005 Mengikut Kumpulan Terapeutik (Dalam DDD/1000 populasi/hari)

Bil.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

ATC
A10 C07 C09 C08 C10 R03 C03 M01 R06 J01

Kumpulan Terapeutic
DRUGS USED IN DIABETES BETA BLOCKING AGENTS AGENTS ACTING ON THE RENINANGIOTENSIN SYSTEM CALCIUM CHANNEL BLOCKERS LIPID MODIFYING AGENTS DRUGS FOR OBSTRUCTIVE AIRWAY DISEASES DIURETICS ANTIINFLAMMATORY AND ANTIRHEUMATIC PRODUCTS ANTIHISTAMINES FOR SYSTEMIC USE ANTIBACTERIALS FOR SYSTEMIC

Awam
27.2982 17.6430 14.0994 14.4420 9.5495 8.8141 8.1720 4.2187 5.7836 3.5320

Swasta
8.5582 6.0770 7.0660 4.8424 9.0349 4.7442 4.0487 7.5511 5.3744 6.0044

Jumlah
35.8564 23.7199 21.1654 19.2844 18.5844 13.5583 12.2207 11.7698 11.1580 9.5363

USE Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

29

Jadual 15: Sepuluh Penggunaan Ubat Paling Banyak Tahun 2005 (Dalam DDD/1000 populasi/hari) Bil.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

ATC
A10B B01 A10BA02 C07A B02 C08C A05 C07A B03 C10A A01 C09A A04 C08C A01 B01A C06 C10A A02

Ubat
Glibenclamide Metformin Metoprolol Nifedipine Atenolol Simvastatin Perindopril Amlodipine Acetylsalicylic acid Lovastatin

Awam
10.9231 9.1975 10.6187 9.5203 6.4350 2.8973 6.0259 3.9237 3.7934 5.3584

Swasta
1.9997 2.7895 1.0397 1.0908 3.9213 5.4087 1.0429 2.6909 2.4324 0.6636

Jumlah
12.9228 11.9870 11.6584 10.6112 10.3563 8.3060 7.0689 6.6146 6.2258 6.0220

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Laporan lengkap MSOM 2005 dapat diperolehi melalui Laman Web http://www.crc.gov.my/nmus .

DASAR UBAT NASIONAL Dasar Ubat Nasional (DUNAS) merupakan satu rangka kerja strategi-strategi dan komitmen kerajaan dan pihak-pihak yang berkaitan dengan ubat baik disektor awam dan swasta kearah mencapai matlamat jangka sederhana dan jangka panjang kerajaan untuk sektor farmaseutikal negara. Ianya merangkumi empat komponen utama iaitu Kualiti, Keselamatan dan Efikasi ubat-ubatan, Ketersediaan Ubat,

Kemampuan Mendapatkan Ubat dan Penggunaan Ubat Yang Berkualiti. Empat komponen sokongan pula ialah Pembangunan Sumber Manusia, Penyelidikan dan Pembangunan, Kerjasama teknikal dan Pengurusan Dasar Ubat Nasional. Bagi

tahun 2007, pemantauan indikatorindikator DUNAS bagi indikator latarbelakang, struktur dan proses sahaja telah dilaksanakan. Indikator hasil hanya akan diperolehi setelah dasar ini dilaksanakan mengikut pelan tindakan yang dirancang. Indikator latarbelakang memberikan maklumat data demografi, ekonomi, kesihatan dan status farmaseutikal. Indikator struktur memberikan maklumat kualitatif untuk menilai

kapasiti sistem farmaseutikal dalam mencapai objektif dasar ini. Indikator proses memberikan maklumat kuantitatif terhadap proses bagaimana dasar ini 30

dilaksanakan. Seterusnya, indikator hasil pula mengukur hasil yang telah dicapai dan perubahan-perubahan yang disumbangkan atau diperolehi menerusi

perlaksanaan dasar ubat nasional. A. Penggunaan Ubat Berkualiti Untuk tahun 2007, tumpuan yang lebih telah diberikan kepada komponen DUNAS ke-4 iaitu Penggunaan Ubat Berkualiti. Jawatankuasa Kerja Projek Comprehensive National Project on Quality Use of Medicine Consumers (QUMC)" telah ditubuhkan untuk melaksanakan komponen DUNAS tersebut. Ianya merupakan projek tiga-tahun (2006 - 2008) yang dikendalikan secara gabungan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Persatuan Pengguna Malaysia

(FOMCA). Pihak lain yang turut terlibat dan membantu adalah Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan universiti-universiti tempatan. Projek ini melibatkan Kempen Kenali Ubat Anda dan Tinjauan Nasional Terhadap Penggunaan Ubat-ubatan oleh Pengguna Malaysia. Sebanyak RM400,000.00 telah diperuntukkan bagi projek

tersebut pada tahun ini. Objektif projek adalah untuk meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan memberi pendidikan terhadap penggunaan ubat-ubatan secara rasional kepada pihak pengguna. Jawatankuasa telah mengadakan mesyuarat sebanyak lapan kali pada tahun ini untuk perancangan projek kempen. Jawatankuasa kerja kecil yang ditubuhkan

dibawah Jawatankuasa induk ini adalah:

1. Jawatankuasa Kecil Modul Training-of-Trainers (TOT) 2. Jawatankuasa Kecil MEDITIPS (Garis Panduan Perubatan untuk Pengguna) 3. Jawatankuasa Kecil Portal Know Your Medicine 4. Jawatankuasa Kecil Promosi Quality Use of Medicine Consumers (QUM-C)

31

i.

Kempen Kenali Ubat Anda Kempen Kenali Ubat Anda telah dilancarkan pada peringkat kebangsaan di Melaka pada 29hb Jun 2007. Perlancaran peringkat negeri pula telah diadakan di Negeri Sembilan dan Kelantan pada tahun 2007 manakala negeri lain akan dijalankan pada tahun 2008. Objektif utama bagi kempen ini adalah seperti berikut: 1. Meningkatkan kesedaran pengguna tentang penggunaan ubat secara rasional dan hak mereka dalam mendapatkan maklumat ubat. 2. Membekalkan maklumat kesihatan dan ubat melalui pelbagai aktiviti kepada para pengguna. 3. Memastikan pengguna mengetahui ubat yang diambil oleh mereka 4. Memperbaiki laporan kesan sampingan ubat dari pihak pangguna. 5. Mempertingkatkan ilmu pengetahuan ibu-ibu, termasuk yang mengandung dan menyusukan anak. 6. Meningkatkan kemahiran warga emas dalam penggunaan ubat.

ii.

Bengkel Training of Master Trainers dan Training of Trainers Bengkel kali kedua bagi Training of Master Trainers telah diadakan di

Sepang, Selangor pada Mei 2007 dan disertai oleh 65 orang peserta. Pesertapeserta terdiri daripada Pegawai Farmasi Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak), Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur), Zon Selatan (Negeri Sembilan dan Johor), Zon Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan),

Sabah/Labuan dan Sarawak. Objektif bengkel ini adalah untuk memberikan latihan kepada peserta tentang kaedah-kaedah memberi ceramah kepada orang awam dengan lebih berkesan dalam bengkel-bengkel pengguna yang akan diadakan di bawah projek ini.

32

Bengkel Training of Trainers telah diadakan di semua zon seperti di bawah:


Lokasi Zone Timur (Pahang, Terengganu and Kelantan) Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang and Perak) Zon Tengah (Selangor and Kuala Lumpur) Zone Selatan (N. Sembilan, Melaka and Johor) Sarawak Sabah dan Labuan Bilangan Peserta 45 51 35 40 60 45 Tarikh Diadakan Ogos 2007 Oktober 2007 November 2007 Disember 2007 November 2007 Disember 2007

III. Aktiviti QUM-C Peringkat Pusat Berikut adalah aktiviti yang dijalankan di peringkat ibu pejabat Perkhidmatan Farmasi selain dari melaksanakan kerja-kerja sebagai urus-setia projek ini: i) Pelancaran Kempen Kenali Ubat Anda di peringkat nasional di Dataran Pahlawan, Negeri Melaka pada 29 Jun 2007. ii) iii) iv) v) Menjadi tetamu di Rancangan Doktor dan Anda di TV3, Jun 2007 Menjadi tetamu di Rancangan Hello on Two di TV2 pada 9.7.07 Menjadi tetamu di TV 1, Julai 2007 Mengadakan pameran Kempen Kenali Ubat Anda pada Hari Bersama Pelanggan di Putrajaya Nov 2007 vi) Mengadakan pameran Kempen Kenali Ubat Anda pada Hari Konsumer di Stadium Melawati, Nov 2007

33

Peringkat Negeri Sepanjang tahun 2007, banyak aktiviti-aktiviti QUM-C telah dijalankan pada peringkat negeri. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada setiap negeri dan zon: Aktiviti-aktiviti QUM-C
Zon Timur (Panang, Terengganu and Kelantan 20 pameran 10 seminar 1 dialog Perlancaran Kempen peringkat negeri di Kelantan Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang and Perak) Zon Tengah (Selangor and Kuala Lumpur) Zon Selatan (N. Sembilan, Melaka and Johor) 6 pameran 1 seminar Lebihi 20 pameran 5 seminar 1 pameran Perlancaran kempen peringkat negeri di Negeri Sembilan Sarawak 6 pameran 3 seminar radio 1 pameran 1 pertandingan kuiz 9 seminar

Lokasi

Labuan Sabah

Untuk memudahkan komunikasi, seorang Liaison Officer telah dilantik dari setiap negeri. Mesyuarat bersama semua Liaison Officers mengenai projek QUM telah diadakan pada September 2007. Peranan-peranan Liaison Officers adalah mengemaskini dan memberi maklumbalas tentang aktiviti-aktiviti QUM dalam negeri masing-masing kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

34

IV. Tinjauan Nasional Terhadap Penggunaan Ubat-ubatan Oleh Pengguna Malaysia Tinjauan ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia. Satu mesyuarat untuk membincangkan pengumpulan data bagi projek ini telah

diadakan pada 26 27 Oktober 2007 yang melibatkan penyertaan seramai 46 Pegawai Farmasi / Pembantu Farmasi dari semua negeri. Mesyuarat tersebut membincangkan kaedah tinjauan dan pembahagian tempat tinjauan kepada kawasan bandar dan luar bandar pada setiap negeri. Fasa awal bagi tinjauan ini dijalankan mulai November 2007 hingga Januari 2008. Seterusnya fasa kedua akan dijalankan setelah semua negeri melancarkan kempen Kenali Ubat

Anda, bagi mendapatkan perbandingan tahap kesedaran dan pengetahuan penggunaan ubat secara rasional oleh pengguna sebelum dan selepas kempen dijalankan.

B. Portal Know Your Medicine Laman web rasmi untuk Kempen Kenali Ubat Anda telah dilancarkan di Portal www.knowyourmedicine.gov.my pada tahun 2007. Laman web tersebut

mengandungi gambar-gambar kit kempen dan artikel-artikel yang bermanfaat terhadap pengguna. Jadual aktiviti-aktiviti kempen juga sentiasa dikemaskini dalam laman web tersebut. Laman web juga telah diterjemah dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Malaysia akan dimuat naik pada awal tahun 2008. Contoh - contoh Kit Kempen

35

Pelancaran Kempen Kenali Ubat Anda

Persembahan Tarian Traditional

Upacara Perasmian Kempen

Persembahan Nyanyian Koir

Upacara Perasmian Kempen

Tetamu-tetamu Pembukaan Rasmi Kempen dengan Maskot Kempen

36

Penampalan pelekat kereta

Beca dihias sempena perasmian kempen

Pameran Kempen

Pameran kempen

37

UNIT LATIHAN 1) Prestasi Perbelanjaan Latihan Dalam Perkhidmatan (Dalam Negara)


Tahun Jumlah Peruntukan (RM) Bilangan Kursus yang Dijalankan Jumlah Pegawai (Kumpulan P&P) 2006 451,450.00 18 609 Prestasi LDP (Dalam Negara) Jumlah Pegawai (Kumpulan Sokongan) 139 748 451,362.50 99.98 Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan (RM) %

2007

734,865.00

61

962

309

1,271

698,573.22

95.06

2) Kursus Luar Negara

Sebanyak 11 kursus / latihan sangkutan telah dijalankan di negara-negara seperti Amerika Syarikat , Australia, Kanada, Hungary, Taiwan dan UK. Seramai 14 orang Pegawai Farmasi (U41 , U44 dan U48) telah terlibat dalam latihan di luar negara bagi tahun 2007.

38

LEMBAGA FARMASI MALAYSIA (LFM)

Lembaga

Farmasi

Malaysia

(LFM)

adalah

bertanggungjawab

di

dalam

mengendalikan Pendaftaran Ahli Farmasi dan juga Pertubuhan Perbadanan di seluruh negara. Jenis-jenis pendaftaran yang berkaitan adalah: i. ii. iii. iv. Pendaftaran Penuh Ahli Farmasi (Full Registration of Pharmacist) Pendaftaran Ahli Farmasi Provisional (Provisional Registration of Pharmacist) Pendaftaran Sementara (Temporary Registration) Pendaftaran Pertubuhan Perbadanan (Body Corporate Registration)

Statistik aktiviti-aktiviti LFM yang dijalankan pada tahun 2007 adalah seperti di Jadual 16 dan 17:

Jadual 16: Jenis Pendaftaran Yang Dikeluarkan Sepanjang 2007 Kategori Pendaftaran Pendaftaran Penuh Pendaftaran Provisional Pendaftaran Sementara Pendaftaran Pertubuhan Perbadanan Jumlah yang dikeluarkan sepanjang 2007

525
614 9 98

Jadual 17: Sijil Pengekalan Tahunan Yang Dikeluarkan Sepanjang 2007 Jenis Ahli Farmasi Pertubuhan Perbadanan Jumlah yang dikeluarkan sepanjang 2007 4,422 414

39

BAHAGIAN PENGUATKUASA
LEMBAGA IKLAN UBAT A) Kawalan Iklan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 memperuntukkan kawalan ke atas pengiklanan ubat, alat, penyembuh dan iklan berkaitan perkhidmatan perubatan dan kesihatan. Terdapat peruntukan dalam akta untuk membentuk Lembaga Iklan Ubat yang bertanggungjawab dalam melengkapkan peraturan untuk pengiklanan di atas. Lembaga ini telah menyediakan dua garispanduan yang membantu pengiklan-pengiklan dalam menyediakan format iklan yang boleh diterima dan sesuai untuk disiarkan di pelbagai jenis media pengiklanan di seluruh negara. Statistik permohonan iklan pada tahun 2007 adalah seperti di Jadual 18 dan perbandingan untuk tahun 2005 2007 di Jadual 19. B) Pemonitoran Iklan Yang Disiarkan Pemonitoran iklan ini melibatkan aktiviti pengawalseliaan semua iklan yang disiarkan di dalam media cetak seperti akhbar utama dan tempatan, majalah pelbagai bahasa, risalah untuk umum, bahan-bahan promosi oleh syarikatsyarikat jualan langsung dan media elektronik seperti radio, televisyen dan internet. Aktiviti pemonitoran ini juga bergantung kepada aduan yang dikemukakan oleh pengguna, pengiklan, syarikat dan beberapa organisasi bukan kerajaan. Surat amaran dikeluarkan kepada penyiar iklan dan

pengedar produk yang berkaitan apabila iklan yang tiada kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU) disiarkan dikesan. Tindakan mahkamah juga diambil untuk penyiaran iklan bagi kes-kes tertentu. C) Dialog Kawalan Iklan Dengan Pihak Media. Pihak media cetak dan media elektronik juga mempunyai peranan untuk melindungi pengguna daripada iklan yang mengelirukan dengan memastikan hanya iklan yang diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU) sahaja disiarkan. Sebanyak 8 dialog dijalankan untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak media massa.

40

Perkara

Jadual 18 : Permohonan Iklan Bagi Tahun 2007 Permohonan Kelulusan Kelulusan Tidak Tidak Yuran diterima Fast Biasa Lulus perlu Dikutip Track Kelulusan (RM) 1772 208 1218 88 1486 133 40 28 29 3 177, 200 20,800

Iklan Produk Iklan Perkhidmatan

Jumlah

1980

1306

1619

68

32

198,000

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Jadual 19 : Statistik Permohonan Kelulusan Tahun 2005- 2007 Aktiviti/Tahun 1. Bil. permohonan diterima 2. Bil. permohonan yang diluluskan 3. Bil.kelulusan Fast Track secara 843 [52.26%] 1028 [62.04%] 1306 [65.96%] 1338 1428 1619 1613 1657 1980 2005 2006 2007

4.

Jumlah bayaran

RM 161,300

RM 165,700

RM 198, 000

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Jadual 20 : Jumlah Surat Amaran Yang dikeluarkan Surat Amaran Dituju Penerbit Iklan Pengiklan Produk/Perkhidmatan Penerbit & Pengiklan JUMLAH
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Jumlah Surat Amaran Dikeluarkan 19 97 172 288

41

PELESENAN Pada keseluruhannya terdapat peningkatan pengeluaran semua jenis lesen berbanding dengan tahun 2006 (Rujuk Jadual 21). Sebanyak 3005 Lesen Racun jenis A dikeluarkan berbanding 2,945 lesen untuk tahun 2006 iaitu peningkatan sebanyak 2%. Selangor merupakan pengeluar Lesen Racun jenis A tertinggi diikuti dengan WP Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (Rujuk Jadual 22).

Jadual 21 :
Lesen dan Permit Lesen Racun Jenis A Lesen Racun Jenis B Lesen Racun Jenis D Lesen Racun Jenis E

Jumlah Pengeluaran Lesen (2005- 2007)


Tahun 2005 2956 1340 5 19 1654 5974 1935 Tahun 2006 2945 1419 8 8 1912 6292 2032 Tahun 2007 3005 1674 9 16 2166 6870 1994

Permit NaOH Jumlah Pengeluaran Lesen & Permit Bilangan Premis Farmasi
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Jadual 22: Pengeluaran Lesen dan Permit


Lesen Racun Jenis A 12 149 319 200 880 440 86 76 224 106 29 84 194 6 200 3005 Lesen Racun Jenis B 8 81 253 70 360 81 43 57 374 58 33 20 93 22 121 1674 Lesen Racun Jenis D 2 6 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 0 0 9 Lesen Racun Jenis E 0 0 0 4 3 1 0 0 5 0 0 0 0 0 3 16 Permit NaOH 6 45 168 148 435 33 78 78 697 162 50 14 94 4 154 2166

Negeri Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor WPKL N.Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sabah WP Labuan Sarawak Jumlah

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi

42

Pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjual ubat-ubatan

Serbuan ke atas premis yang menjual ubat tidak berdaftar

KAWALAN PREKURSOR DAN BAHAN KIMIA TERKAWAL Bahagian Perkhidmatan Farmasi merupakan pihak berkuasa yang mengawal pengimportan dan pengeksportan prekursor melalui United Nations Convention Against Illicit Traffic In Narcotic Drugs And Psychotropic Substances 1988. Selain daripada itu kawalan juga dilakukan terhadap bahan kimia lain yang banyak berlaku penyalahgunaan. Semua prekursor dan bahan kimia terkawal ini telah disenaraikan di bawah Perintah Kastam (Larangan mengenai Import) dan Perintah Kastam itu prekursor dan bahan kimia

(Larangan mengenai Eksport). Selain daripada

terkawal ini juga telah disenaraikan dalam Senarai Racun di bawah Akta racun 1952. Di bawah Konvensyen ini juga melibatkan pengeluaran Pre-Export Notification (PEN) iaitu satu mekanisma yang digunakan untuk menghalang pemesongan prekursor kepada pasaran haram. PEN dikeluarkan untuk memberitahu Negara pengimport mengenai pengeksportan prekursor yang disenaraikan di bawah Konvensyen. Penggunaan sistem on-line dalam memproses permohonan permit dan juga PEN telah dapat mempercepatkan proses kelulusan. E-permit telah 43

dilaksanakan secara meluas bermula Ogos 2007 untuk kelulusan import dan September 2007 untuk kelulusan eksport. Rajah 11 : Bilangan Kelulusan Permit Import dan Eksport, Eksport Persediaan (Mengandungi Ephedrine/Pseudoephedrine) dan Jumlah PEN yang diterima dan dikeluarkan bagi tahun 2006 dan 2007

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

KAWALAN PEMESONGAN (DIVERSION) Tindakan ke atas pemesongan ubat-ubat psikotropik dan terkawal : Pendekatan A-MORE(Audit-monitor & Research) Pada tahun 2007, Unit ini telah menjalankan pendekatan A-MORE di mana pendekatan diversion audit di gabungkan bersama kaedah pemantauan (monitoring) dan kajian (research). Produk dadah berbahaya seperti methadone, ketamine dan dihidrokodein yang telah dijadualkan sebagai bahan-bahan psikotropik sejak September 2006 telah ditingkatkan pemantauannya disamping produk-produk bahan-bahan psikotropik yang lain. Dari 108 buah premis berlesen yang disiasat, sebanyak 31 atau 29% telah diambil tindakan kerana melakukan pelbagai kesalahan dibawah Akta yang dikuatkuasakan.

44

SIASATAN Unit siasatan bertanggungjawab keatas semua kes yang didapati melanggar Akta-Akta yang dikuatkuasakan oleh Bahagian Penguatkuasa Farmasi. Akta-akta yang tersebut adalah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 , Akta Ubat (Iklan dan penjualan) 1956, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 dan Akta Dadah Berbahaya 1952. Setiap cawangan penguatkuasa farmasi negeri menjalankan siasatan ke atas kes-kes yang melanggar akta-akta tersebut di

negeri masing-masing. Pada tahun 2007 sebanyak 973 kes disiasat berbanding dengan 765 kes dalam tahun 2006.

TINDAKAN OPERASI SERBUAN Tindakan operasi dipertingkatkan untuk mengatasi masalah pengedaran, pengilangan dan pengimpotan produk dicemari racun terutamanya bahan perangsang seks bagi lelaki dan agen pelangsing bagi perempuan, produk palsu dan juga penyalahgunaan bahan-bahan psikotropik dan penyelewengan bahanbahan ini oleh klinik perubatan dan farmasi. Unit Tindakan Khas Operasi Serbuan dibantu oleh unit-unit lain di Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) dan dari semua Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) negeri dan agensi penguatkuasa dari jabatan dan kementerian lain berusaha melaksanakan misi yang tersebut. Operasi serbuan sentiasa dijalankan dari masa ke masa diseluruh negara samada oleh pegawai-pegawai dari CPF negeri berkenaan sahaja atau pun oleh pegawaipegawai dari semua CPF dalam operasi besar-besaran. Pemeriksaan serta serbuan dilakukan ke atas pengilang produk farmaseutikal berlesen dan pengilang haram, pengimpot, pengedar, syarikat jualan langsung dan sebagainya. Turut diperiksa dan diserbu ialah klinik perubatan dan premis farmasi yang diketahui membekalkan dan memesongkan stok bahan-bahan psikotropik kepada penagih.Rampasan terbanyak adalah dari jenis produk perangsang seks, produk tradisional tidak berdaftar, produk racun tidak berdaftar dan produk pelangsing, selain dari rampasan produk kosmetik dicemari racun.Berikut adalah pencapaian bagi tahun 2007.berbanding dengan tahun sebelumnya

45

Jadual 23 : Jadual Nilai Rampasan (RM) dari 2005 hingga 2007


Tahun Nilai Rampasan (RM Juta)
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi

2005 10

2006 18

2007 36

Jadual 24 : NILAI RAMPASAN (%) TAHUN 2007 MENGIKUT NEGERI


NEGERI Pulau Pinang Selangor Kuala Lumpur Sarawak Melaka Johor Sabah Perak Kelantan N.Sembilan Kedah Pahang Terengganu Perlis
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi

NILAI RAMPASAN (%) MENGIKUT NEGERI 39.6 35.9 9.6 4.5 3.1 2.4 1.7 1.2 0.6 0.4 0.3 0.2 0.2 0.2

46

Jadual 25: RAMPASAN TERBANYAK (%) MENGIKUT KATEGORI PRODUK


KATEGORI PRODUK Perangsang Seks Tradisional Tidak Berdaftar Produk Racun Tidak Berdaftar Produk Pelangsing Kosmetik Produk Psikotropik Lain-lain
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi

BAGI TAHUN 2007


PERATUSAN RAMPASAN 40 23 18 10 6 2 1

PENDAKWAAN Sepanjang Tahun 2007, sejumlah 505 kes telah selesai didakwa dengan jumlah kutipan denda sebanyak RM1,028,100. Pecahan pendakwaan mengikut Akta yang dikuatkuasakan dan negeri adalah seperti di dalam Jadual 26. Kutipan denda bagi kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 memberikan kutipan tertinggi iaitu sejumlah RM772,450(75.1%) diikuti kesalahan di bawah Akta Racun 1952 sejumlah RM174,150(16%). Ketinggian jumlah kutipan denda di bawah Akta Jualan Dadah 1952 adalah disebabkan ketinggian hukuman denda di bawah Seksyen 12(1) iaitu denda RM25,000 bagi individu dan di bawah Seksyen 12(2) iaitu denda RM25,000 bagi badan korporat. Tambahan pula jumlah kes yang selesai didakwa di bawah Akta ini adalah yang tertinggi iaitu sejumlah 309 kes bebanding dengan kes selesai didakwa di bawah Akta Racun 1952 sebanyak 143 kes.

47

Jadual 26 : Pendakwaan (Selesai) Mengikut Akta Dan Negeri Bagi Tahun 2007
Bil. Negeri Akta Racun 1952 Akta Racun 1952 (Bahan Psikotro pik) 0 0 8 0 8 0 2 0 4 0 7 0 0 6 0 0 35 6.9 64,700 (6.3) Akta Jualan Dadah 1952 Akta Ubat (Iklan & Jualan) 1956 JUMLAH KES & % JUMLAH KUTIPAN DENDA (RM)

PERATUS (%) 1 0 7.4 3.4 19.1 15.4 2.3 8.4 10.9 0.6 3.9 1.3 9.8 15.4 0.6 0.5 100

1. Perlis 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. Kedah Pulau Pinang Perak Selangor W.P.K. Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terenganu Kelantan Sarawak Sabah W.P. Labuan BPF, KKM

1 1 15 10 19 9 10 1 20 2 11 6 16 21 1 0 143 28.3 174,150 (16.0)

3 0 16 11 142 28 6 19 18 1 3 11 18 30 3 0 309 61.2 772,45 0 (75.1)

0 0 1 1 3 2 0 0 2 0 1 0 1 0 1 6 18 3.6 16,800 (1.6)

4 (0.7) 1 (0.2) 40 (8.0) 22 (4.3) 172 (34.0) 39 (7.7) 18 (3.6) 20 (4.0) 44 (8.7) 3 (0.6) 22 (4.3) 17 (3.4) 35 (7.0) 57 (11.3) 5 (1.0) 6 (1.2) 505 100 1,028,100

9,800 0 76,300 34,750 196,500 158,500 22,950 86,800 112,400 6,300 40,500 13,400 100,400 157,900 6,300 5,300 1,028,100

JUMLAH PERATUS (%) JUMLAH KUTIPAN DENDA (RM) & %

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

PERUNDANGAN FARMASI Undang-undang yang sedia ada sentiasa dikemaskinikan untuk meperkukuhkan penguatkuasan farmasi. Pindaan yang dilakukan adalah untuk mengatasi

kekurangan yang ada pada Akta dan Peraturan yang dikuatkuasakan. Sahingga kini Senarai Racun yang disemak oleh Peguam Negara bagi pewartaan termasuklah: 1. Persediaan topikal mengandungi steroid yang potent dikelaskan sebagai Racun Kumpulan A. 2. Persediaan untuk kegunaan luar yang mengandungi bahan aktif tunggal Clotrimazole dikecualikan sebagai racun. 3. Persediaan Nicotinic Acid jenis prolonged-release dikelaskan sebagai Racun Kumpulan B.

48

Pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984 disemak oleh Peguam Negara bagi pewartaan yang antaranya termasuklah mengasingkan kawalan kosmetik daripada keluaran berdaftar Selain itu satu Arahan Pengarah Perkhidmatan Farmasi di bawah peraturan 29 dikeluarkan bagi memaklumkan pelaksanaan notifikasi kosmetik mulai 1 Januari 2008. PERLINDUNGAN PENGGUNA Aktiviti utama Unit Perlindungan Pengguna ini berfokus kepada pemberian dan penyebaran maklumat serta pengetahuan kepada orang ramai dan kumpulan sasaran mengenai kawalan penggunaan & penjualan ubat-ubatan dan kosmetik di pasaran. Penekanan diberikan mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh kumpulan sasaran yang melibatkan individu, keluarga dan masyarakat umum di bandar dan luar bandar serta kakitangan kerajaan terutamanya kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam penggunaan ubat & kosmetik secara bijak. Strategi komunikasi yang melibatkan Media Elektronik dan Media Cetak digunakan untuk menyebarkan maklumat bagi tujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kumpulan sasaran. Road show telah dijalankan untuk memberikan latihan dan kesedaran mengenai cara mengenali label Hologram tulen dengan menggunakan Hologram Decoder kepada ahli farmasi di premis farmasi swasta bagi kegunaan orang ramai sebanyak 800 set. Disamping itu ceramah secara road show bersama dengan KPDNHEP telah dilakukan melalui seminar Kepenggunaan untuk W anita 2007 anjuran KPDNHEP dengan persatuan wanita (PUSPANITA dan PERKEP) diseluruh negara. Penyebaran Maklumat Melalui Media Massa Dan Pameran

49

Jadual 27: Pencapaian Penyebaran maklumat Ceramah, Pameran Dan Dialog Pada Tahun 2007
Perkara Sebaran Kalender 2007 Sebaran Poster Sebaran Poskad Ceramah Dialog Pameran Penampilan di TV Radio Sebaran melalui akhbar Jan-Disember 2007 25,000 x set 15,000 x keping 200,000 x keping 100 11 155 3(TV1) & 1(TV2) 2(RTM) & 1 (Era) 3

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Contoh Alat Decorder yg akan diletak di Premis Farmasi.

50

Rajah 12 : Jumlah Aktiviti Perlindungan Pengguna (Ceramah, Pameran , Dialog)

90 266 182 149 2004 2005 2006 2007

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Rajah 13: Bil Ceramah,Pameran Pendidikan dan Dialog 2005 2007

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi

51

BAHAGIAN KAWALAN REGULATORI (BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN)


KEPASTIAN KUALITI, EFIKASI DAN KESELAMATAN PRODUK FARMASEUTIKAL Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) memainkan peranan penting selaku Sekretariat kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan bertanggungjawab dalam memastikan produk terapeutik yang diluluskan di pasaran adalah selamat , berkesan dan berkualiti serta memastikan ubat semulajadi dan kosmetik yang diluluskan adalah selamat dan berkualiti. Sejak pendaftaran ubat dilaksanakan pada tahun 1985, sejumlah 200,314 permohonan untuk pendaftaran produk telah diterima. Daripada 201,636 status produk yang direkodkan sehingga Disember 2007, sejumlah 175,746 (87%) produk telah didaftarkan, 18,232 (9%) permohonan telah ditolak dan 7,658 produk telah dibatal atau dipanggilbalik oleh syarikat sendiri atau oleh PBKD atas sebab-sebab tertentu. Sejumlah 27,974 permohonan untuk pendaftaran produk telah dibentangkan kepada PBKD pada tahun 2007. Selepas penilaian dibuat ke atas setiap permohonan, 30,607 produk telah didaftarkan sehingga Disember 2007. Jumlah ubat preskripsi, ubat bukan preskripsi, produk traditional dan kosmetik yang didaftarkan oleh PBKD adalah 449, 413, 1,342 dan 28,403 produk masing-masing. Sejumlah 431 permohonan produk termasuk 90 ubat preskripsi, 59 produk ubat bukan preskripsi, 191 ubat traditional dan 91 produk kosmetik telah ditolak oleh PBKD atas pelbagai sebab. Pihak PBKD telah membatalkan pendaftaran 114 produk, yang melibatkan 48 pendaftaran produk kosmetik dan 2 produk ubat bukan preskripsi disebabkan pembatalan kontrak pengilang dan 64 produk traditional atas isu campurpalsu. Pengenalan kepada sistem online untuk pendaftaran produk dan pelesenan oleh BPFK Malaysia. merupakan sejarah dalam pembangunan regulatori farmaseutikal di Malaysia merupakan agensi regulatori pertama di dunia yang

melaksanakan permohonan pendaftaran produk secara online pada 2002, bermula dengan produk kosmetik kemudiannya diimplementasikan untuk produk

mengandungi racun berjadual (produk terkawal) dan produk bukan racun (produk OTC) pada Julai 2003, produk tradisional pada Julai 2004 diikuti dengan produk 52

veterinar pada Ogos 2007. Statistik berkaitan dengan pendaftaran produk adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 28 & 29 . Jadual 28 : Permohonan Pendaftaran Produk
Tahun 1985-1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 Total Ubat Racun Berjadual 9,166 481 150 376 400 440 617 532 587 796 427 578 509 263 529 703 465 555 17,574 Ubat Bukan Racun 5,935 305 60 111 168 239 671 635 606 789 444 487 448 266 720 645 630 560 13,719 Produk Tradisional 3973 7059 4080 288 415 668 938 1347 1523 1154 1603 1471 2220 1807 1526 1325 31,397 Kosmetik 42 145 51 31 58 130 123 277 610 262 150 214 26,177 30,630 28,632 24,558 25,534 137,624 Jumlah Tahunan Kumulatif 15,101 15,101 828 15,929 4,328 20,257 7,597 27,854 4,679 32,533 1,025 33,558 1,833 35,391 1,958 37,349 2,408 39,757 3,542 43,299 2,656 45,955 2,369 48,324 2,774 51,098 28,177 79,275 34,099 113,374 31,787 145,161 27,179 172,340 27,974 200,314 200,314

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi ,KKM

Jadual 29: Jumlah Kumulatif Produk Berdaftar


Tahun 2003 2004 2005 2006 2007 Ubat Racun Berjadual 10143 10496 10823 11356 11805 Ubat Bukan Racun 7463 7689 7989 8686 9098 Produk Tradisional 12851 13821 15129 16857 18200 Kosmetik 6751 47513 83525 108240 136643 Jumlah 37208 79519 117466 145139 175746

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

53

Jadual 30: Hasil Tahunan BPFK, Tahun 2007

Aktiviti Produk Pendaftaran Perlesenan Perkhidmatan Makmal Pemeriksaan APB Jualan Barangan Terbitan Lain-lain Jumlah
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

RM 10,233,050.00 1,238,000.00 547,650.00 107,420.00 7,625.00 115,252.28 12,248,997.28

Pengawasan produk-produk berdaftar di pasaran merupakan sebahagian daripada proses regulatori dalam memastikan komplian yang berterusan terhadap keselamatan, efikasi dan kualiti produk. Sampel produk-produk berdaftar dalam pasaran akan diambil untuk ujian di bawah program surveilans. Untuk tujuan ini, sejumlah 2,538 sampel produk berdaftar telah diambil pada tahun 2007. Berdasarkan keputusan analisa ujian makmal, 6 kelompok produk telah dikenakan tindakan Panggilbalik Tahap II (dalam masa 72 jam) dan 138 kelompok produk dikenakan tindakan Panggilbalik Tahap III (dalam masa 30 hari) kerana masalah kualiti. Tindakan panggilbalik tersebut melibatkan 17 ubat preskripsi, 13 ubat bukan preskripsi ,103 ubat tradisional dan 11 produk kosmetik. Pendaftaran 25 produk pula telah dibatalkan kerana sampel yang diuji didapati dicampurpalsu dengan bahan racun berjadual. Sejumlah 2,413 label dan sisip bungkusan juga telah dipantau di bawah program surveilans. Surat amaran telah dikeluarkan untuk 157 produk yang didapati tidak mematuhi keperluan pelabelan yang telah ditetapkan. BPFK turut menjalankan siasatan ke atas 316 aduan produk yang diterima daripada professional kesihatan dan orang awam dan tindakan punitif seperti Panggilbalik telah dilakukan ke atas sesetengah produk berkenaan. Sejumlah 3,056 laporan kesan advers (ADR) ubat telah diterima , dengan peningkatan sebanyak 20% berbanding dengan jumlah penerimaan pada tahun sebelumnya. Dari jumlah tersebut 2,991 laporan dikaji dan 2,808 laporan dihantar kepada Pusat Pemonitoran ADR WHO di Uppsala, Sweden. Analisis daripada laporan ADR yang diterima menunjukkan lebih daripada 41% dan 35% merupakan laporan ADR yang dilaporkan daripada kalangan ahli farmasi dan doktor perubatan yang berkhidmat di hospital kerajaan (Rajah 14).

54

Dalam aspek kawalan kualiti, sejumlah 68,774 ujian telah dijalankan ke atas 5,322 sampel,di mana 2,128 (40%) sampel adalah untuk permohonan pendaftaran, 2,761 (51.9%) dari aktiviti surveilans, 155 (2.9%) sampel aduan produk, 270 (5%) sampel dari aktiviti penguatkuasaan and 8 (0.2%) daripada sumber lain (Rajah 15). Pada tahun 2007, 373 lesen untuk premis pengilang telah dikeluarkan di mana 60 lesen daripadanya adalah untuk premis bagi produk farmaseutikal, 175 adalah untuk ubat tradisional dan 138 untuk pengilang kosmetik. 873 lesen pengimport telah dikeluarkan di mana 213 adalah lesen untuk produk ubat farmaseutikal, 152 tradisional dan 508 lesen pengimport produk kosmetik. Untuk lesen pemborong, 1,034 telah dikeluarkan di mana 455 adalah untuk produk mengandungi racun berjadual dan 579 untuk produk bukan racun, ubat tradisional dan kosmetik (Rajah 16). Maklumat tentang premis pengilang berlesen, pengimport dan pemborong yang terkini boleh didapati di laman web BPFK (www.bpfk.gov.my).

Rajah 14: Analisis Laporan Kesan Advers Ubat (ADR) Berdasarkan Kategori Pelapor ( 2003-2007)

1400 1200 1000 800


Bilangan Pelapor

600 400 200 0


Pegawai Perubatan Lain-lain(Ahli Farmasi,Pegawai Pergigian) Doktor/Doktor Pakar Swasta Syarikat Hospital Universiti 2003 646 169 60 141 47 2004 988 352 83 188 54 2005 1079 606 157 368 153 2006 1273 726 64 330 150 2007 1075 1283 61 409 240

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

55

Rajah 15: Pengujian Sampel ( 2003-2007)

80000 70000 60000 50000 40000 30000 20000 10000 0

56641 51251 51424

63410

68774

4867

4266

4605

5185

5322

2003

2004

2005 Sampel Ujian

2006

2007

Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

Rajah 16: Jumlah Lesen Yang Dikeluarkan ( 2003-2007)

1200 1000 800 600 400 200 0 2003 2004 Pemborong


Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM

875 864

943 652

970 776

1034 873

316 217

456 227

296

336

373

2005 Pengimport

2006 Pengilang

2007

56

PENGLIBATAN ANTARABANGSA BPFK terus memainkan peranan aktif dalam usaha harmonisasi melalui

penglibatan dalam ASEAN Consultative Committee for Standards and Quality (ACCSQ), Pharmaceutical Product Working Group (PPWG), ASEAN Cosmetic Committee (ACC) dan Traditional Medicines and Health Supplements Product Working Group (PWGTMHS). Penglibatan antarabangsa yang lain termasuk memudahkan integrasi penjagaan kesihatan ASEAN dan EC-ASEAN Economic Cooperation on Quality, Standards and Conformity Assessments, serta aktiviti-aktiviti Pharmaceutical Inspection Cooperation Scheme (PIC/S). BPFK turut terlibat dalam perundingan antarabangsa lain seperti Mesyuarat Teknikal dan menggerakkan Bilateral Arrangements dengan negara ASEAN serta Malaysia-US Free Trade Agreement (MUSFTA). terlibat dalam rundingan

LAWATAN DAN LATIHAN KEPADA PELAWAT LUAR NEGARA Sepanjang tahun 2007, BPFK menerima 65 orang pelawat luar negara dari Bhutan, Mongolia, Nigeria, Singapura, Filipina, Ghana, Arab Saudi, Vietnam, United Kingdom, Sri Lanka, Lao PDR, Uganda, China dan Macedonia. Pelawat-pelawat yang datang untuk lawatan sambil belajar telah diberi latihan mengikut keperluan spesifik masing-masing dalam aspek Kawalan Kualiti, Pendaftaran Produk, Amalan Pengilangan Baik dan Pelesenan, atau Farmakovigilan dan Surveilan.

57

HALA TUJU & PERANCANGAN MASA HADAPAN


Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi akan menjalankan program Pendidikan Pengguna secara berterusan agar pengetahuan kesihatan orang awam dalam ubat-ubatan dan keluaran farmaseutikal dapat ditingkatkan . Promosi melalui media cetak dan elektronik serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi lebih perhatian agar mesej dapat disebarkan dengan lebih jelas dan meluas dalam usaha meningkatkan kesedaran, pemahaman, pengetahuan ubatubatan secara rasional di kalangan pengguna. Pengguna juga akan dididik agar lebih bijak dan berhati-hati apabila menggunakan sebarang produk yang terdapat di pasaran sekaligus dapat mengurangkan risiko kesan buruk ubat-ubat palsu. Selain itu, perkhidmatan maklumat ubat-ubatan juga akan terus diperluaskan pada masa hadapan melalui perancangan penubuhan National Pharmacy Call Centre yang berpusat di Hospital Kuala Lumpur. Pertambahan dari segi bilangan anggota dan perkembangan dalam sumber manusia profesional telah membolehkan Perkhidmatan Farmasi KKM memulakan perkhidmatan baru di samping menambahbaik perkhidmatan sedia ada, secara kolektif langkah-langkah ini telah mulai menampakkan hasil yang diharapkan. Perkhidmatan farmasi klinikal yang berorientasikan pesakit dan masyarakat telah diperluaskan dari segi liputan dan keberkesanannya dengan penekanan terhadap aspek kualiti dan keselamatan yang berlandaskan penjagaan farmaseutikal yang lebih menyeluruh meliputi setiap peringkat penjagaan kesihatan. Amalan farmasi dipastikan mematuhi piawaian dan garispanduan, proses membuat keputusan yang berlandaskan bukti saintifik yang terkini, dan seterusnya mementingkan

profesionalisme dan kompetensi di kalangan sumber manusianya. Perkembangan pesat dari segi sumber manusia perlu disertai dengan perkembangan sistem dan infrastuktur bagi memungkinkan produktiviti

perkhidmatan dipertingkatkan. Tindakan seperti menaiktaraf dan mengakreditasi fasiliti perkhidmatan sedang giat dijalankan, misalnya dalam Rancangan Malaysia ke-9 ini program farmasi telah berusaha mendapatkan sejumlah peruntukan untuk menaiktaraf dan membina fasiliti-fasiliti makmal aseptik khususnya untuk Cytotoxic Drug Reconstitution, Total Parenteral Nutrition dan IV Admixture di beberapa buah hospital di seluruh negara. Selari dengan usaha tersebut, langkah untuk 58

memperkukuhkan aspek sistem dan peraturan kerja dijalankan melalui usaha penggubalan kemahiran garispanduan memulakan dan peraturan teknikal, pembangunan kapasiti, perkhidmatan yang berpengkhususan. Semua

dan

pendekatan ini adalah merupakan perancangan strategik yang telah direncanakan untuk mempertingkatkan liputan,keberkesanan dan kualiti perkhidmatan. Keutamaan dalam perkembangan perkhidmatan seterusnya perlu

dikenalpasti terutamanya dalam usaha membangunkan perkhidmatan yang berpengkhususan , fokus kepada aspek keselamatan pesakit dan mengintegrasikan faktor penilaian ekonomi dalam pengendalian formulari dan sistem pembiayaan untuk ubat-ubatan. Sesungguhnya di dalam era perkembangan yang begitu pesat ini, pendedahan kepada senario global dan keterbukaan minda di kalangan peneraju perkhidmatan farmasi adalah amat diperlukan.

Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kepastian kualiti ubat-ubatan di pasaran diperkukuhkan melalui aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan. Aktiviti penguatkuasaan seperti pemeriksaan dan pelesenan yang melibatkan pengawalan ke atas pengimpotan, pengedaran, penggunaan bahan terkawal dan kawalan pemesongan bahan kimia industri untuk aktiviti haram perlu dipertingkatkan lagi. Perundangan farmasi yang lebih komprehensif akan dimantapkan lagi dengan memasukkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Selain itu, bahagian penguatkuasa

akan meningkatkan aktiviti perlindungan pengguna serta mengurangkan permintaan ke atas ubat-ubatan tidak berdaftar. Dalam usaha untuk meningkatkan aktiviti penguatkuasaan, perancangan yang lebih strategik akan diambil serta tindakan yang lebih berkesan ke atas pihak yang gagal mematuhi peruntukkan undang-undang akan diperkukuhkan lagi. Bahagian Kawalan Regulatori (BPFK) Bagi tahun mendatang, sistem kawalan regulatori akan diperkukuhkan melalui beberapa strategi seperti pemantapan kawalan kualiti di kalangan pengilang produk tradisional, peningkatan kepakaran dalam bidang-bidang khusus seperti

bioteknologi, pemeriksaan premis kajian klinikal dan juga perlesenan premis pengeluaran produk plasma dan darah. BPFK juga sedang mengambil langkah untuk mengimplementasi sistem pendaftaran bagi bahan aktif farmaseutikal. Apabila 59

dilaksanakan kelak, ianya merupakan fasa keenam dalam keseluruhan fasa pendaftaran produk oleh BPFK. Dengan adanya sistem laman web, yang dinamakan QUEST, akronim untuk kualiti, efikasi dan keselamatan, pihak syarikat boleh mengemukakan permohonan pendaftaran dari mana-mana tempat di dunia, pada bila-bila masa, 365 hari setahun. Penggunaan sistem QUEST terbukti memberi manfaat bukan sahaja kepada BPFK, tetapi juga kepada industri tempatan iaitu dengan memudahkan proses pendaftaran dan mengurangkan birokrasi. Dalam usaha penambahbaikan berterusan, kerja menaiktaraf QUEST2 kepada QUEST sedang dijalankan.Dalam aspek kualiti pula, BPFK sedang meneruskan usaha

untuk mendapatkan pensijilan ISO 17025 pada/sebelum tahun 2008 bagi menaiktaraf sistem pengurusan kualiti makmal.

KESIMPULAN Program Perkhidmatan Farmasi pada hari ini diperkasakan dengan pertambahan anggota yang konsisten dan berterusan melalui perkhidmatan wajib. Perkembangan ini memberikan peluang kepada Perkhidmatan Farmasi, KKM memperkenalkan bidang-bidang yang baru disamping memperkukuhkan dan memperluaskan liputan dan keamatan perkhidmatan yang sedia ada. Gabungan dari semua pendekatan ini dan memastikan perkhidmatan farmasi tidak tersasar dari fokus untuk ubat-ubatan yang berkualiti, selamat, berkesan, mencukupi dan mampu diperolehi, adalah merupakan daya pacuan yang diharapkan dapat memberikan impak mempertingkatkan tahap dan kualiti kesihatan rakyat Malaysia.

60

You might also like